Casio G-Shock tak perlu disangkal lagi ketahanannya & umum sudah mengetahui akan pembuatan, teknologi & ujian ekstrem terhadapnya. Casio DW5600E adalah kesinambungan kepada keluaran pertama mereka pada tahun 1983 iaitu DW5000C-1A. Model DW5600E dipercayai dikeluarkan sekitar tahun 1996. Mempunyai design yang boleh dianggap evergreen,bentuk klasik ini masih dikeluarkan hingga ke hari ini dengan penampilan warna & fungsi yang pelbagai.
Keadaan jam ini sangat daif. Pertarungannya bersama tuan yang ganas telah menyebabkannya cedera parah. Sudah lama ianya tidak menerima sentuhan menaik taraf rupanya.... Model DW5600C adalah model yang terdahulu darinya. Perbezaan hanyalah terdapat pada casing DW5600C yang diperbuat dari stainless steel & caseback jenis skru, manakala DW5600E casingnya adalah dari polimer & caseback kebiasaan Casio dengan 4 skru di penjuru.
Tahukah anda bahawa body/bezel semua G-Shock boleh ditukar? Kalau tak tahu tak apa sebab taukeh kedai jam yang jual G-Shock pun tak tahu ianya boleh ditukar. Jawapannya itu agak mengejutkan aku sebenarnya..... Tali aftermarket & body/bezel baru ini telah dibeli tidak beberapa lama dulu....
Aku cari body dengan tulisan coklat seperti asalnya namun tak jumpa. Jadi beli sajalah yang mana ada.... Terdapat 2 variasi LCD iaitu berwarna coklat seperti ini ataupun yang berwarna kelabu (kebiasaan). Model terkini DW56XX mempunyai beberapa varisi tambahan umpanya reverse dial, merah, oren & sebagainya. Dengar cerita DW5600 dengan reverse dial dengan nombor 1545 pada talinya adalah model limited. Aku tak pasti sejauh mana kesahihan maklumat ini sebab ramai seller sampaikan maklumat yang sama. Ia bukanlah model limited edition.... tapi ia limited... entah la Labu....
Kebiasaan G-Shock hanya ada 4 skru yang 'menambat' body/bezel kepada casing di bawahnya.
Bila dah buka body.... terungkai segala persoalan....
Keadaannya sangat kotor & kekotoran yang aku tak pasti dah berapa lama tu sudah keras.... Jangan mudah terpengaruh dengan rupanya yang buruk itu kerana ia tersimpan sejarah yang tersendiri....
Lepas puas hati mencungkil daki yang ada.... jam dicuci pula dengan sabun.... Hasilnya bukan saja bersih malah wangi pula....
Bila dah bersih, barulah syok skit nak pakai 'baju' baru....
Pasangkan dengan hati-hati. Jangan terus tekan masuk. Nanti patah bula bahagian body/bezel dekat button tu.
Sungguh ketara perbezaannya dari yang sebelum ini.
Ini adalah model DW5600E untuk pasaran antarabangsa. Tapi yang ingin aku sampaikan dari gambar ini adalah terdapat sedikit perbezaan di antara model ini dengan yang aku punya tu..... kalau perhatikan betul-betul....
.... akan nampak jua bezanya..... model ini (gambar atas) sebenarnya adalah model JDM.... Mengapa? Untuk model JDM model ini didatangkan dengan tulisan 'FOX FIRE' pada dial... dimana pada model pasaran antarabangsa hanya tertulis 'ILLUMINATOR'. Tiada perbezaan pun melainkan tulisan itu saja. Biasalah, kebiasaan Jepun akan buat kelainan untuk model mereka tak kira jenama apa. Polisi mereka yang akan beri layanan istimewa kepada rakyat sendiri harus kita puji.
Design klasik ini sangat mengujakan & pada hemat aku ini adalah a true G-Shock. Ia sangat diminati ramai di seluruh dunia & keluarannya kini sangat pelbagai. Salah satunya dalam gambar katalog tu.... sama saiz dengan yang sebenar bila dibandingkan.... Ia sangat popular di kalangan penggemar G-Shock (kebiasaan mereka akan ada model ini) & bukan saja digunakan oleh ramai bintang filem Hollywood malah tentera juga menggunakannya kerana terbukti sangat lasak, heavy duty dengan banyak keadaan & suasana. Menurut sumber ia juga qualified untuk misi NASA di angkasa lepas.
Mempunyai fungsi asas masa & tarikh... ALARM, TIMER & STOPWATCH. Versi lain mempunyai pelbagai fungsi tambahan. Fungsi asas ini sudah mencukupi untuk pelbagai keadaan & situasi.
Apakah perbezaan lampu FOX FIRE dengan ILLUMINATOR? Lebih terang kot? Tiada perbezaan sebenarnya. Perkataan FOX FIRE hanyalah digunakan untuk membezakan model pasaran antarabangsa dengan model JDM.
Perasaan mamakainya ketika ini adalah seperti mendapat jam baru semula. Rupanya kini berbeza & kembali kacak seperti dulu. Hanya dengan modal yang sedikit sudah mampu menukar keseluruhan wajahnya. Jika anda memiliki jam G-Shock yang sudah lama tersimpan dalam laci... apa kata beri sedikit 'makeover' kepadanya... mungkin sedikit sentuhan anda itu dapat memberikan perubahan yang istimewa seterusnya mengambalikan ingatan bersamanya di masa lalu.....