Monday, July 19, 2010

Perjumpaan lewat malam

Beberapa minggu lepas aku bersama sorang lagi member jam yang juga otai berkunjung ke rumah sorang otai. Banyak ilmu diperturunkan & aku mula faham dengan konsep movement.Sementara ilmu diperturun & memerhai otai buat kerja, kami dipersembahkan dengan koleksi member baik ni. Koleksinya belum pernah aku tengok dalam beg macam ni....


Wah... banyak sungguh.... banyak yang sangat-sangatlah rare.... kita sama-sama lihat satu persatu....


Omega Seamaster & Seiko Orange Monster...... sebenarnya Moster tu berlainan sedikit berbanding Monster terbaru. Aku tak bawa jam aku, kalau tak boleh lihat perbezaannya. Sekali pandang, memanglah sama.... cumanya warna oren dialnya sebenarnya lebih gelap berbanding model baru sekarang. Model ini adalah keluaran tahun 2004. Jam aku keluaran tahun 2008. Warna 2008 punya oren pudar (oren kurang masak). Model dalam gambar ni oren terlebih masak.



Seiko World Time (kiri) & Seiko Navigator. Dua-dua model ni model yang sangat rare.Susah dapat & dijual dengan harga yang tinggi sekarang. Yang menarik minat aku pada World Time tu, inner bezel dia masih boleh diputar.... cukup susah nak jumpa jam lama (tak kira model) boleh pusing lagi inner bezelnya.



Seiko World Time & Clebar. Jangan biarkan rupa Clebar itu menipu anda kerana.....



.....di dalamnya tersimpan movement yang cukup mengagumkan....



Buren & Universal. Dua-dua ni jenama Swiss yang sudah tiada.... Tuan punya jam ini adalah seorang otai jam yang sukakan kepelbagaian movement dalam koleksinya.... kita boleh lihat mengapa....



Inilah keunikan movement Buren. Movement ini mempunyai micro-rotor yang kini yang hanya dipunyai oleh jenama Swiss yang bukan saja berpuluh tapi ratusan ribu ringgit harganya. Pemasangan cermin akrilik sebagai caseback begini nampak sungguh menarik & sangat sesuai untuk beliau yang suka melihat & menikmati kecantikan movement sesuatu jam. Sayang sekali.... aku takda jam yang sesuai nak buat macam ni.....



Zenith & Omega



Longines & Omega



Longines & Universal



Zenith & Longines... ya beliau memang banyak jam Zenith...



Omega military!



Model yang sangat-sangatlah rare ini pernah ditawarkan pada harga RM5k.... namun ditolak permintaan tu sebab sebenarnya harga jam ini sekarang sudah mencecah RM7k. Rasanya tuan jam tak mungkin nak jual jam ni....



Aku memang sukakan model military.... & Omega ni.... Superb!



Dua ketul Zenith....



Baume & Mercier (kanan) & aku tak dapat baca jenamanya (kiri).... Model chronograph otai ni sangat mengujakan.



Disebelahnya pula adalah Citizen chronograph yang juga rare.



Vulcain alarm (kanan)..... yang paling mengghairahkan ialah bunyi & getaran alarm seperti jam loceng! Kuat gila. Jauh lebih kuat berbanding Seiko Bellmatic & mana-mana jenama Swissalarm yang pernah aku dengar.



PAM submersible? Ya & bukan.... replika beb.... ini bukan tuan yang sama.... tuan lain. Saja selitkan. Tuan jam ini adalah tuan kepada jam-jam replika yang aku jual dalam Jam Pilihan. Cantik bukan?



Zodiac Olympics..... Keseluruhannya gold plated..... Apa yang menarik? Bukan saja designnya pelik... aku beberapa kali pusing jam cari yang mana atas yang mana bawah.... tapi dailnya juga unik....



Jam ini sebenarnya hanya mempunyai satu jarum. Jarum minit yang panjang tu & jarum jam (pendek) tu sebenarnya dicetak di atas dial. Maksudnya keseluruhan dial itu akan bergerak & berfungsi sebagai jarum jam. Pelik, unik & pertama kali aku tengok....



Seiko Presmatic. Cantik sungguh jam ni. Casingnya unik & cantik... serta decorated dialnya menambahkan kecantikan jam ini & memberikan wajah yang cukup cantik kepada keseluruhan jam.



Kalau dipolish lagi casingnya, makin bergermerlapan & bling bling lagi hendaknya.


Perjumpaan malam tu berakhir agak lewat juga. Macam-macam ilmu yang aku terima dari 2 orang otai yang sangat aku respek. Jumpa di lain hari..... Terima kasih tuan kerana membenarkan share koleksi tuan dengan kawan-kawan.

32 KOMEN ANDA:

Jay muzill said...

Koleksi jam original ni dah dapat izin ke daripada pemilik untuk display?

Replika tu tak mandang pun...

Kesian tuan punya jam-jam original tu, koleksinya dipaparkan bercampur aduk dengan replika.

anisyazila said...

wowww...manyaknyer jam..dunia jam betol neh...hehe

duniajam said...

Muzill,
Ko tak baca habis ke? Lain kali kalau nak cakap sesuatu kita kena selidik dulu. Kalau setakat nak kata orang bg org sakit hati takda faedah pun & jangan bangga sangat dengan kedudukan kita sekarang.... dunia kita roda.... rezeki Allah yang bagi.....

duniajam said...

Jojoe,
Saja share dgn org. Syok rasa dapat berkongsi. Hehe...

Anonymous said...

hehehe tuan punya pam replika tu pun tak kalah koleksi vintagenya. kalau campur 2 2 koleksi 2 otai tu mau 10 page entry kali ni. Apa pun Prof Madya Hamid dgn Ku Azman memang otai yg humble dan tak lokek ilmu. mcm padi makin tunduk makin berisi. Tabikkk!!!!!

Rugi tak boleh join mlm tu sebab ada hal yg tak boleh dielakkan. Bro DJ, Dr. Hamid p melbourn 2 minggu, tak pesan apa2 ke?

Suka Jam said...

Aku tabik dgn dua otai ni sebab benarkan koleksinya dikongsi bersama sahabat2 di blog ni. Moga blog ni kekal dan terus memaparkan koleksi-koleksi yang menarik untuk tatapan dan menambahkan ilmu dunia horologi ini. Aku tabik hang bro DJ, byk ilmu yg ko dah kongsi kat sini. Dunia kita ni kecik, jadi apa yg boleh dikongsi, kita kongsi. Jgn kedekut & terlalu memilih rakan2. Musuh jgn dicari, ilmu kita kongsi-kongsi. Jgn pulak banding2kan kita dgn org lain. Tak semua minat kita sama. Aku nak pencen sementara la bro..

duniajam said...

Bro ex001,
Rugi tak join malam tu. Best betui. Tgk 4 ketui jam baru Prof Madya... terliur gak... cuma gambar tak amik ja. Pesan kanggaroo 2 ekoq.... Haha...

duniajam said...

Bro sukajam,
Terima kasih bro. Tanpa sokongan kawan2 masakan aku masih berada di sini. Aku suka berkongsi dengan orang. Apa yang aku dapat akan aku sampaikan juga kepada semua.

Tujuan aku buat blog semata-mata berkongsi minat saja & mencari kawan. Bukan nak menunjuk2 dengan apa yg ada, tunjuk terer jauh sekali. Sebab aku tak terer pasal jam pun & masih mencari ilmu... Sementara nikmat Allah beri kita syukuri pemberiannya. Jangan sampai kita kufur nikmat kerana segala2nya milikNYA & bila2 masa DIA boleh tarik balik dengan sekelip mata.

TIMUR said...

Kita berkongsi apa saja samada lama atau baru.

Jam2 sebegini mmg seronok digilap... aku bercadang nak buatkan kotak khas utk setiap satu jam2 lama.

duniajam said...

Betul bro. Tak kisah pun sebab kita bukan pilih bulu. Aku dah sediakan kotak khas untuk jam2 digital aku.

Cadangan aku nak sediakan kotak asing2. Diver asing, digital asing, vintage asing, military/pilot asing. Tapi tak byk yg lain tu. Belambak digital ja. Haha...

hadi_8149 said...

Assalamualaikum.
Aku pun peminat jam juga. Takat ni baru ada 3 koleksi, jam Alba pemberian bapa aku, jam Q&Q dan jam US Submarine. Aku ni memang tak mampu nak beli jam mahal-mahal. Tumpang tanya, ada tak jenama jam lain yang sewaktu dengan US Submarine dan Q&Q yang berkualiti dan paling penting,murah (bawah RM 100)?

duniajam said...

Wa'alaikumussalam hadi,

Selamat datang. Tahniah dengan koleksi yg ada. Tak kisah bro. Minat jam tak semestinya perlu minat & beli jam mahal2. Kita semua sama ja.... minat jam.

Tiga2 jam yg bro ada tu mmg tahan. Sangat berbaloi harganya dengan kualiti yg kita dapat. Satu lagi Casio. Jam ni boleh dapat bawah RM100. Cuma kena carilah sebab tak banyak model Casio bwh RM100 lepas diskaun.

Jay muzill said...

Tidak ada niat nak sakitkan hati sesiapa pun tambahan sesama blogger jam.
Hanya sekadar satu pemerhatian. Jam asli tentunya tidak molek dicampur aduk dengan yang palsu.

Semua orang bebas memilih tapi hak cipta asal adalah harta intelek yang dilindungi oleh undang-undang Negara yang perlu dihormati.

Sememangnya rezeki kurniaan Allah SWT untuk dikongsi sesama insan di jalan yang halal.

Terima kasih atas teguran dan jika komen saya yg terlalu bersahaja hingga Dr tersinggung, harap maaf...

TIMEasitis said...

wei hadi ...jam US submarine kau walau kau rasa murah ...istimewa tau...cuba kau kaji selidik asal usul nya kalau kau belum tahu...tak caya tanya DJ...hehhe...kalau tak mo..boleh jual kat aku hehehhehe

anyway, aku nampak ada komen pasal replika...ntah la susah nak kata, memang la hak intelektual ke apa ntah...aku pun ada patent kan produk ciptaan aku , aku paham la kalau org curi rekaan aku

tapi aku paham gak, rezeki Allah bagi lain lain...dah mampu nya replika..aku sendiri ada jam homage ...org kata tu pun replika...lantak la nak kata apa...janji aku happy...duit aku pun

kat sini tak yah la kutuk kutuk...suka puji, tak suka tak yah la tinggal komen...tak membina pun...lain la kalau setiap komen negatif DJ boleh dapat singgit...cam tu hari hari komen pun takper...letih letih menulis karya satu malam, amik gambar, kos nak gi lepak lagi...kos air lagi , maybe kena belanja tuan punya jam lagi...so hargai la usaha murni DJ

lagi satu...jam replika tue bukan jam ker...cuba tengok waktu...hah...kan sama...wakakakkaka

dah la jgn kutuk kutuk org...hehehhe

TIMEasitis said...

Tapi kan DJ ...aku sebenarnya hangin la ngan kau nie...

tak ingat ker kat kawan kawan lain nie...annouce la kalau nak gathering...walau pun jauh , mungkin aku boleh gagahkan juga....(konon la)

dah la turun KL pun bukan nak jumpa aku dgn shidi...mentang mentang koleksi aku tak seberapa...beg simpan jam pun aku takder.....aku bukan apa...sebenarnya aku memang nak sangat rembat jam boy london kau tue...tunggu masa nak jumpa jer....wakakakakkakakak

wei lama dah tak nampak shidi kan ...bersara dah ker...

duniajam said...

Takda hal. Sebenarnya aku buat sekadar jalan penceritaan dalam blog & aku bagitau jam tu replika ke tak supaya org tak keliru. Tak kisah pun bab campur aduk sebab sekadar bercerita ja.

Aku memang menyokong harta intelek. Disebabkan takda undang2 yang menguatkuasa, jam tiruan/replika sangat banyak. Aku pun tak bersetuju. Lain kalau jam tu homage. Cumanya pembelian apa2 jam adalah berdasarkan minat & kemampuan kita. Kalau itu pilihannya, beli saja.

Kita berkawan tak kira sapa. Tak rugi pun berkawan & berbaik dengan orang. Sebab keberkatan hidup kita juga bergantung dengan hubungan baik sesama insan.

duniajam said...

Wei Zhentan, kompom aku tak bawa Boy London tu bila jumpa ko. Haha... Kalau hilang, ko orang pertama aku cari... Lawa plak jam tu ye... wakaka...

Insyaallah bro, perjumpaan tu bulan 12 ni. Kita buat sesama kawan2 di sini. Bukan formal pun. Takat ada karpet merah je. Haha....

Shidi slow skit skrg. Dia ada agenda lain. Nnt kita pi serbu rumah dia. Hehe...

Aku beli jam ikut minat & kemampuan je. Jam Swiss aku tak berapa minat sebenarnya. Bagi aku overprice & sejarah diorang tak begitu mengagumkan aku sepertimana Seiko. Sejarah tu buat aku hilang respek skit dengan jam mat saleh ni. Hanya ada beberapa saja jam Swiss yg aku minat. Nak beli pun yg aku betul2 minat & rasa berbaloi ja.

duniajam said...

Tp jam luxury Swiss yg tak terjangkau harganya tu mmg aku kagum. Genius & gempak pemikiran watchmaker diorang hasilkan jam yg sebegitu hebat. bagi aku seni penghasilan Swiss memang. Dari segi fihishing, jam Jepun takleh lawan. Seiko pun berguru dgn Swiss bab finishing ni.

Bagi aku jam2 luxury tu satu hasil seni yang indah & hebat! Cumanya jam Swiss middle ni aku rasa overprice skit. Sebab ada model Seiko lebih baik buatannya banding Swiss tu. Hehe...

hadi_8149 said...

Asslamualaikum.
Aku seronok betul sejak jumpa blog ni sebab boleh dpt kawan baru walaupun tak pernah bersua. Aku nak ucap terima kasih atas cadangan berkenaan jam Casio tu. Walaupun jam US Submarine murah/mampu milik tapi aku bangga dapat memiliki jam ni. Tambah pula bila DJ habaq jam ni jenama Malaysia, lagilah membuak-buak semangat patriotik. US Submarine yang baru aku beli, salah satu perkara yang aku suka sebab lambang submarine dia dgn stail baru, lebih bergaya drpd lambang yg lama. Berbaloi betul aku beli dgn harga RM 58 (harga sebenar RM 69).

duniajam said...

Wa'alikumsalam,

US Submarine punya design mmg cun. Jauh lebih cun dari model lama & hampir setaraf Seiko dari segi design. Movement yg US Sub pakai ada dari Japan & ada juga movement Swiss! Kalau movement Swiss harganya mahal skit. Overall, jam ni memang best. Harga bro beli tu sangat berbaloi!

anisyazila said...

waahh..panasnya kat sini..tak apa doktor..jgn marah2.. biasala hidup ni..kdg2 tak semua benda yg kita buat orang lain leh terima.. sabar jelah..apapun, tak salah berkongsi minat dan hobi..teruskan usahamu my friend~~~~chayok!!!

duniajam said...

Tak marah... hehe.... biasalah tu.... usaha tetap akan diteruskan.... ehehehe....

anisyazila said...

ya..bagus mcm tu.. biar apa org kata yg penting semangat kita tak luntur... chewaaahh...namapun cikgu..mcm berucap kat perhimpunan lak..hahaha

duniajam said...

Cikgu kena power cakap. Baru student semangat. Kalau depa tak semangat, ketuk kepala macam aku kena dengan Cikgu Fulantiram dulu. Haha...

amer|zhafran said...

salam bro2 ku sekalian~hehehe

dah lama sy xbeli jam ni..dengki la plak bila baca blog2 bro2 yg duk update jam baru nih..adoi..susah hati la mcm ni..hahaha..btw..kalu bleh sy nk join gak event bulan 12 ni..nk kenal dgn bro2 semua..boleh x bro DJ..kita p dgn beetle kita cmna??ada bran??hahaha...mesti seronok tgk koleksi bro2 semua ni..adoii..xsabaq laa plak..hehehe

duniajam said...

salam amer,

Boleh sgt join nnt. Bulan 12 ni aku nak bagi Beetle aku rehat dulu. Psl bulan 11 ni dia akan berjalan jauh lagi... round semenanjung sekali lagi. hehe...

anisyazila said...

hahah..hang sebut cikgu fulan buat aku teringat kisah dulu2.. adui... sakit owwhh aku rasa..huhuh...cam kejam tol dia tu... balik2 kena denda ja..siap jadi pontianak keliling kelas tu yg tak tahan.. pahit but memorable..

duniajam said...

Bukan setakat kena tabuh, tampar & tumbuk lagi.... HUhuhu.... semua tu kenangan yg tak dapat dilupakan...

TIMUR said...

ha.. cam ni le... tak usah gaduh2, yg besar jgn dipekecikkan dan yg kecik jgn diperpanjangkan...err baru aman dunia

duniajam said...

Betui tu bro. Tak molek gaduh2. Kita nak berkawan je. Syok bila sama2 support sesama sendiri. Kominiti kita kecik je.

Apa2 pun bulan 12 ni punya perjumpaan kita sama2 cuba realisasikan. Harap2 aku takda kursus masa hari tu. Susah hati gak pasal tiap2 tahun mesti ada kursus bulan 12.

TIMEasitis said...

ala...kursus tak kan sebulan kot....heheheh

duniajam said...

Kursus 1 hari je. Cuma takot terkena tarikh tu. Huhu...