Adidas seringkali dikaitkan dengan pakaian sukan. Produk mereka terdiri dari hujung rambut sampailah ke kaki. Tidak seperti jenama seanggkatannya yang lain, mereka turut mengeluarkan produk jam tangan sebagai aksesori tambahan.
Jam yang mereka hasilkan agak unik. Model ini amat popular sekitar awal tahun 2000 & didatangkan dengan pelbagai pilihan warna. Kini ia sudah tidak lagi dihasilkan. Kepopularannya dahulu menyebabkan ia juga turut direplikakan & di jual di pasar-pasar malam. Aku tak pasti samada masih ada lagi atau tidak jam adidas di pasar malam kini.
Design jam ini funky & sporty. Kotak khas untuknya diperbuat dari getah & berbentuk bulat.Design kotak jam sangat sesuai dengan design jam itu sendiri. Dial krom berwarna kekuningan memberikan rupa yang cantik apabila dipandang & ditambah pula dengan cermin tebal yang cembung itu, ia menghasilkan kilauan yang istimewa.
Jam diperbuat seperti gelang tangan & cara pemakaiannya juga adalah seperti gelang boleh lentur. Keseluruhan jam diperbuat dari campuran polycarbonate dengan fiber glass.... hasilnya cukup tahan, kuat & sangat ringan. Terfikir juga bagaimana nak setting masa kerana ketiadaan crown.....
Bahagian dalaman jam boleh ditanggalkan dari casing dengan mudah..... mendedahkan bahagian dalam yang terselindung. Disebabkan bahagian dalamnya yang boleh ditanggalkan begini, casing luarannya boleh ditukar-tukar mengikut mood atau ditukar sekiranya casing luarannya rosak atau patah. Namun casing luaran tambahannya itu perlu dibeli secara berasingan.
Pemakaian jam ditangan dirasakan seperti memakai gelang. Jam sangat ringan & hampir tidak rasa di tangan. Adidas tidak silap menghasilkan jam ini kerana keseluruhan jam ini sangat sesuai dengan trademark yang dibawa mereka. Jam ini sangat sesuai dipakai ketika bersukan kerana jam 'terselindung' di sebalik rupa gelangnya, sangat ringan, kalis air 30 meter & dibuat dari bahan yang cukup tahan lasak.
Unik, tersendiri & sporty..... ungkapan yang sesuai untuk jam adidas ini.....
9 KOMEN ANDA:
mcm gula-gula ...
Tu la. Hahaha...
ada kawan aku beli satu dulu...kenapa ntah? best ker? ...tapi DJ kau pakai tak sesuai la...macam awwww!!!! hehehe
jangan mare abang DJ
Jam ni bini aku punya. Haha... Aku pun tak sanggup nak pakai. Pompuan pakai ok. Sesuai sgt. Kalau aku pakai, lari staf aku. Haha..
Bleh tahu model adidas nie...berminat nak beli nie
edan....
Mohon maaf edan. Tak pasti lak model apa jam ni. Isteri yg minat jam ni masa nampak kat kedai jam. Ada beberapa warna. Beli di kedai jam di Komtar Penang.
Masih ada jual ker?tp Kalo Penang mcm jauh aje..SBB sy stay kL ..day lama cari jam ni..boleh kirim ker?hehehe
Masih ada jual lagi ker? Nak kirim beli boleh ker?
i ada beli time thun 2006 kot @ rm120 color biru gelap lgi cntik. masi ada lgi tak di pasaran i pun nak beli jga....
Post a Comment