Projek kecil-kecilan ni sebenarnya dah lama dirancang. Tapi tak ada masa nak buat. Apa yang aku bakal buat ni sebenarnya aku tak pernah buat lagi sebenarnya. Hanya berdasarkan pemerhatian & logik saja. Jadi.... hentam sajalah Labu.....
Alat-alat yang aku guna ni sebenarnya dibeli sedikit demi sedikit. Alat terbaru yang aku beli dalam ni adalah 'watch hand remover'. Aku beli alat tu semata-mata untuk projek ni. Cutting pad yang berwarna hijau tu rasanya sesuai untuk kita buat kerja yang membabitkan jam. Bukan saja tidak akan mencalarkan jam, ia juga kesat. Jam & komponen-komponen tak akan bergelongsor.
Seiko 7002 yang aku beli ni sebenarnya aku nak buat custom. Tapi memandangkan komponen yang sesuai dengan 7002 tak banyak didapati & harganya agak tinggi, tak jadilah nak buat. Disebabkan kurang berminat dengan warna oren dialnya, aku nak tukarkan dial itu kepada hitam untuk samakan dengan Seiko diver yang lain.
Alang-alang dah nak buka jam, periksalah apa yang patut. Movement tidak mempunyai apa-apa masalah & baru saja diservis dulu....
Cumanya, gasket o-ring sudah tidak berapa baik keadaannya (anak panah merah). Perlu ditukar baru & diletakkan silicon grease.
Crown & stem masih berkeadaan baik.
Untuk keluarkan jarum.... ini cara aku yang aku tengok otai buat & aku rasa yang terbaiklah.... putarkan supaya kedudukan jarum pada pukul 12. Yang aku buat ni, pukul 12 malam setelah tarikhnya bertukar. Bila nak pasangkan balik, letak semula jarum pada pukul 12 juga. Cara ni, kita lebih senang ingat kedudukan jarum yang betul.
Gunakan 'watch hand remover' tu, tanggalkan jarum satu persatu. Ada tukang jam otai aku tengok tak guna alat ni pun. Dia cuma guna screw driver flat. Boleh juga. Tapi kena betul-betul hati-hati takut tercalarkan dial.
Berjaya juga tanggalkan jarum...
... Langkah seterusnya..... tukar saja dail tu....
Beginilah rupa movement tanpa dial. Kalau tak letak dial pun takpa.... boleh jadi ala-alaskeleton....
Dalam pemeriksaan, didapati dial oren tiada satu tiang. Ia hanya dilekatkan dengan double sided tape (bulatan merah). Mungkin telah patah....
Tiang-tiang itu perlu dimasukkan ke dalam lubang khas yang telahpun disediakan untuk laluan tiang dial itu. Ada suatu skru terdapat pada lubang itu untuk mengetatkannya.
Pasangkan jarum semula & inilah hasilnya. Perlu ingat, memandangkan semasa pemasangan dial baru ini, movement berada dalam keadaan bergerak. Sudah tentu, waktunya bukan lagi tepat pukul 12 malam. Untuk memudahkan aku memasang kembali jarum, aku putarkan crownsehingga tarikhnya bertukar. Setalah tarikh bertukar, barulah aku pasangkan jarum semula. Selapas pasang, aku cuba pusingkan jarum ke pukul 12 malam. Ternyata tepat pukul 12 malam, tarikh akan bertukar. Sukses....
Gasket aku sudah tukar yang baru & telah diletakkan silicon grease. Silicon grease ini bukan saja membantu menolak air jika memasuki celahan caseback, ia juga tidak akan mengalir masuk ke dalam movement. Sekaligus ia membantu meningkatkan tahap kalis air jam tu.
13 KOMEN ANDA:
tahniah kerja tangan yg pasti amat memuaskan hati...
aku ada buka satu jam, sampai la nie tak siap lagi buat...heheheh
caya la bro.belum pernah aku bukak lg enjin jam ni.aku rasa bukak boleh tapi pasang rasanya tak boleh kot.hehe.kalo enjin mr bean ok je bukak pasang.ahak
Tq semua. Ni kira try & error ja.... nasib baik jadi. Haha... Kalau tak jadi.... kedai jugak le jawabnya... kekeke.....
Bestnyer.. Aku nak try kat turtle lak, kasi warna oren ka, merah ka, biru ka.. haha!! Kena order dial & hands remover ni..
Boleh buat bro. Kasi rupa lain skit. Turtle ramai org custom. Hehe...
Aku nak try kat turtle aku 6309-7040 kepada dial 6105-8*** la.. mesti mcm mewah & bergaya.. aku suka dial 6105-8***. Best...
Kalau tak pun try tukar jd 6217 punya dial.. Kena beli byk dial la mcm tu.. tiap2 hari tukar dial.. kui3!!
Ok gak bro. Aku da tgk org buat. Cun gak. Rupa lain terus. Aku lak pernah terasa nak lukis dail sendiri macam Fortis IQ Limite Edition. haha...
Tukar dial pd movement yg betul tidak menjejaskan harga jam tapi kalau tukar dial dgn movement yg lain.. tu projek fraken, real collector tak nak jam franken tapi bagi hobbyist takpe untuk dapat kelainan, harga pun jatuh merudum kalau dah di fraken jam tu.
Apa-apa hal tahniah Doktor kerana berjaya menukarkan dial, wbpun tak semua dial jam dibuka dengan melonggarkan skrew di tepi movement ada berbagai bentuk pengikatan dial kat movement.
Terima kasih Dato'. untuk jam ni tiang dial baru tu diikat dgn skru kecil kat lubang kemasukannya. Dial lama tu patah satu tiang. Cuma lekat dgn double sided tape ja. Adoi... Takpa, sekurangnya2 tahu dah lepas ni nak buat camno. Hehe... Jam lain tak pernah buka dial lagi. Mungkin lain jam, lain cara mengikat dialnya.
Kat mana nak beli alat2 tu?
Terima kasih.
Jack, tgk kat blog ni. InsyaAllah ada alat2 tu. Boleh try buat nnt. Hehe...
http://time-asitis.blogspot.com/
Tq
Semasa memasang jarun dlm keadaan jln yg hidup ke atau bgi stok..sbb auto ni dia sentiasa berherak je.
Mohd Hafizee Yusoff
Sebenarnya saya sudah tak pasti samada jarum jam ni bergerak atau tidak sebab dah lama sy buat. Tapi pendapat sy jika movement jam tu tak bergerak adalah lebih baik.
Terima kasih
Post a Comment