Friday, July 16, 2010

Casio Blood Pressure Monitor BP-120


Jam ini merupakan jam yang mempunyai fungsi yang hampir sama dengan model sebelum ini. Casio BP-120 merupakan rentetan keluaran dari BP-100. Jika tak salah aku, model ini dikeluarkan pada tahun 1993. Sudah tidakku sangka, walau sudah 17 tahun, jam masih berfungsi dengan sangat baik.



Keadaan casing kelihatan sangat memuaskan. Design berbentuk segiempat ini memberikan rupa yang berlainan berbanding abangnya BP-100.



Walaupun mempunyai DNA pemeriksa tekanan darah manusia, ia bukan saja menampilkan rupa yang berlainan malah fungsinya juga sedikit berbeza. Kita lihat perbezaan dengan abangnya kemudian.



Jam hanya mempunyai 4 button. Button fungsi utamanya bukan saja berwarna kuning menyerlah malah saiznya juga besar. Casing langsung tidak terjejas.



Kini tulisan BLOOD PRESSURE MONITOR (BPM) terpampang dengan jelas & dibuangengraving & bukannya print seperti abangnya.



Sensor panel kini bersambung diantara photosensor & sensor. Cara letak jari juga berbeza. Button kuning itu menunjukkan fungsi utamanya seperti kebiasaan jam lama Casio. Tulisan & graf pada sensor panel itu sebenarnya bukannya printed, tapi ianya adalah engraving yang memastikan tulisannya tidak akan hilang jika tergesel-gesel dengan jari dalam jangka masa lama.



Seperti kebiasaan Casio, caseback dikemaskan dengan 4 skru di setiap penjuru.



Garisan merah sekeliling display sedikit sebanyak memberikan rupa 'manis' kepadanya. Jam ini hanya mempunyai ketahanan water resistant saja. Takat terkena renjisan air masih ok lagi. Jangan sengaja terjun sungai sudahlah....



Paparan LCD cukup ringkas & mudah dibaca. Tidak sekompleks BP-100.



Untuk menggunakan fungsi BPM, button kuning hanya perlu ditekan dalam mode timing. Beberapa saat selepas tekan, akan tertera BP-M pada display yang menandakan ia sedang berada dalam mode BPM & sedia digunakan.

Sebelum menggunakannya, data asas perlu dimasukkan. Untuk model ini hanya data bacaan tekanan darah dalam keadaan rehat saja yang perlu dimasukkan.



Kadar denyutan jantung boleh rekod terus. Namun paras tekanan darah pula, kita perlu masukkan sendiri berdasarkan bacaan yag telah di ambil dengan alat khas BPM (Alat yang doktor dok guna periksa tekanan darah pesakit).

Setelah data dimasukkan, bolehlah mula membuat bacaan dengan jam pula. Jika terdapat apa-apa kesilapan, LCD akan memaparkan RETRY atau ERROR. Kena ulang semula untuk bacaan yang betul.



Setelah bacaan dapat dibuat, data akan disimpan terus ke dalam jam & kita bole lihat semua. Data boleh disimpan sebanyak 30. Namun ia bukanlah alat pengukur tekanan darah yang tepat & Casio pun clain jam ini bukanlah medical device. Aku dah cuba beberapa kali cuba & bacaannya berlainan dari alat BPM tu.


Boleh lihat terdapat sedikit perbezaan bacaan tekanan darah dengan alat itu. Namun kadar denyutan jantung bolehlah dikatakan agak tepat. Aku belum berkesempatan nak uji ketepatan BP-100 lagi. Selepas review hari tu, aku tukar bateri.... ternyata fungsi BPM jam itu sudah boleh digunakan kembali.



Pemakaian di tangan tampak segak, bergaya & pasti gadget di tangan ini memberikan kelainan dari kebiasaan jam yang dipakai sebelum ini. Tidak semestinya anda tidak boleh bergaya dengan jam digital.



----------------------------------------


BP-100 vs BP-120 vs JP-200W


3 model bergandingan di dini hari. Bersama-sama mereka mempamerkan kelainan & persamaan yang ada. Tali BP-100 & BP-120 masih original manakala JP-200W telah ditukar baru (bukan original).



Ketiga-tiganya memberikan impak yang berlainan walau dari sudut pandangan mana pun...



Yang jelas... mereka bukanlah jam biasa yang mudah didapati di kedai-kedai kini... semuanya sudah pun pupus dari pasaran kita & agak sukar untuk membelinya di internet sekali pun.



Perbezaan di antara keduanya dapat diperlihatkan dengan cukup jelas. BP-100 mempunyai 2 sensor yang diletakkan berasingan & memerlukan 2 jari untuk menggukannya. Sebaliknya BP-120 hanya memerlukan satu jari sahaja.

BP-100 mempunyai water resistant 50m manakala BP-120 hanya mempunyai rating water resistant saja. Pada aku, BP-120 mempunyai rupa yang lebih segak & ringkas berbanding BP-100 yang nampak lebih besar & tegap..



Sama tapi tak serupa. Hanya fungsi BPM saja yang sama. BP-100 lebih advance dalam banyak segi berbanding BP-120. Perbezaan sangat ketara dari segi fungsi di mana, BP-120 tidak mempunyai ALARM, STOPWATCH & TIMER. Bukan itu saja, walaupun ianya juga adalah jam BPM, namun fungsi BPM tidak sama dengan BP-100. Fungsinya kurang sedikit & hanya memerlukan satu simpanan data asas saja (dalam keadaan rehat) berbanding 2 untuk BP-100 (dalam keadaan rehat & bersenam). Selain itu, ia tidak mampu untuk menghasilkan graf keseluruhan data sepertimana BP-100. Namun disebalik kekurangan fungsi ini mesti ada sebabnya. Ianya bertujuan untuk memudahkan penggunanya kerana ia tidak sekompleks BP-100.



Walaupun JP-200W mempunyai DNA mengira kadar denyutan jantung, tapi ia bukanlah berada dalam kategori yang sama dengan BP-100 kerana ia bukanlah jam BPM. Fungsinya direka dengan sebegitu rupa & amat sesuai untuk mereka yang bersukan.

Penciptaan pertama dari Casio ini merupakan yang pertama & yang terakhir. Sejarah telah dilakarkan oleh model ini & tercatat di dalam rentetan sejarah penciptaan terulung mereka. Casio tidak lagi meneruskan keluaran BP kini termasuklah JP. Beberapa model BPtelah dikeluaran mereka seperti BP-100, BP-120, BP-300 & satu lagi aku tak pasti. Model-model ini sudah memasuki kategori sukar didapai samada baru mahupun terpakai. BP-100 itu pula bolehlah dikatakan sudah tiada di pasaran. Sekiranya anda terjumpa mana-mana model ini walau di mana-mana pun, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya. Anda tidak akan rugi menikmati gadget ciptaan Casio yang sudah tiada di pasaran kini.

18 KOMEN ANDA:

TIMUR said...

gambo2 ko cantik sekali! bertambah seri...

duniajam said...

Tima kaceh.... isk... terharunya.....

Suka Jam said...

Weh, apa ni.. kumpul byk2 jam casio BP nih? Meh bagi aku seketul..

duniajam said...

Haha..... pengerasnya kena lebih skit. Wakaka.... Best wo.... ahahaha....

TIMEasitis said...

best memang best...tapi bila nak nampak jam grail kau nie...buat aku tertanya tanya model apa...brand apa...apa yang unik sangat ??? hmmmm heheheheh

duniajam said...

Ok... nnt aku letak gambo tu. Hahaha...

Anonymous said...

dijual ga jamnya?

duniajam said...

Ya. Jam ni sudah dijual. Minta maaf ya.

Alex Tan said...

Hi,

I would like to know where can I buy BP-100 or BP-120 or BP-300??

If you have one, are you willing to sell?

Thanks

duniajam said...

Hi Alex

You can try your luck at mudah.my or eBay.com. I have full set of the BP100, but at the moment I'm not willing to sell it yet. Very difficult to find one nowadays with a good condition

Unknown said...

I got one bp120
Cntct me 0139699659

Unknown said...

Saya ade sebjik bp100..sensor masih berfungsi dengan baik..cuma bunyi x de..x tau la ape masalahnya..

Unknown said...

Saya ade sebjik bp100..sensor masih berfungsi dengan baik..cuma bunyi x de..x tau la ape masalahnya..

Unknown said...

Saya ade satu..masih elok lagi..
Bp 100..tali pon masih ori lagi..

Unknown said...

Tuan saya brminàt,sesiapa yang ad minta hubungi saya 01111239391

Unknown said...

Sy pun ada simpan 2 biji bp100 & bp120 dll rare2 digital jam lama

Mie kemubu said...

Jason ching.. jam casio bp 120 ada lagi ke

duniajam said...

Mie kemubu

Saya dah jual lama jam tu. Tapi kalau tak silap saya pernah nampak satu kat Carousell