Tuesday, July 13, 2010

Keputusan ujian ketahanan power reserve


Sebelum ini aku belum pernah buat apa-apa ujian pun terhadap ketahanan power reserve jam aku. Memandangkan kebetulan ada beberapa jam kunci kawan-kawan dengan aku, jadi bolehlah aku buat ujian dengan serentak. Jam kunci (winding) lebih mudah nak uji berbanding automatik sebab kita boleh tahu tahap maksimum kunci jam tu.

7 jam yang menjadi mangsa ujian. 3 jam milik aku & 4 lagi milik kawan-kawan yang nak dijual. Sementara jam masih ada di tangan, aku ambil kesempatan uji setiap satunya.
  • Junkers 'Hooters'
  • Replika Luminor Panerai (2)
  • Suako
  • Wood skeleton (nama aku bagi sendiri)
  • Zenith (2)

Ujian bermula pada 11 Julai & berakhir sebentar tadi (13 Julai) menyaksikan keputusan yang amat mengejutkan & memberangsangkan.




Keputusannya:

1st Junkers 'Hooters' (64 jam 2 minit)
Manufacturer claim, power reservenya cuma 40 jam.

2nd Replika Luminor Panerai [tali coklat] (59 jam 22 minit)
Agak mengagumkan bagi movement replika ini. Movement yang digunakan olehnya berbeza dari yang satu lagi. Sebab tu harganya mahal sedikit.

3rd Zenith [3 jarum] (50 jam 59 minit)

4th Replika Luminor Panerai [tali hitam military] (50 jam 7 minit)

5th Wood skeleton (46 jam 4 minit)

6th Zenith subsecond (43 jam 17 minit)

7th Suako (42 jam 8 minit)

8 KOMEN ANDA:

Suka Jam said...

Junkers ni main spring dia pjg kot? haha!! Tp jam replika aku dah buat memang sama mcm bro DJ buat. Aku try memang lebih 48jam power reserve. Seiko aku test paling lama pun 36jam jerk..

duniajam said...

Tak sangka aku sebenarnya. Yang paling tak sangka tu, Junkers tu. Lama sungguh. Boleh angkat lagi seketul ni. Haha...

TIMEasitis said...

aku terkejut gak nie...tak sangka kan....anyway jam wooden skeleton tu jam apa?

hadi_8149 said...

aku baru saja baca catatan tentang jam fortis. nak tanya, ada tak jam fortis bawah rm 100?

duniajam said...

Zhentan,
wooden skeleton tu jam yg aku pun tak tau jenama apa. Nampak cantik. Bagi bini pakai. Hehe..


Hadi,
Takda jam Fortis bawah RM100. Model baru pun paling kurang dalam RM1.5k second hand. Kebanyakannya jauh lebih tinggi. Model vintage dalam RM300+ kalau tak salah aku. Mungkin boleh dpt lagi murah. Tapi condition tak cun selalunya.

duniajam said...

Maklumat terbaru dari Red Army yang aku baru dapat tadi...

-----------------------------------

Some of the Poljot 3133 movement use inside the Junkers watch can even withstand up to 70 hrs of power reserve. The normal power
reserve for P3133 up to 42 hrs with the chrono function off.

The watch in the pic come from the JUNKERS collection, model 6612-4.
This model is already out of production so now become difficult to find.

We still have one piece in one store in Singapore. The retail price is RM.2,356.00


------------------------------

Kepada yang berminat dengan model yang sama macam aku tu, hubungi Red Army secepat mungkin sementara stok masih ada.... maybe the last one in the region.

TIMEasitis said...

saja nak share...last weekend saja aku gatal buat test gak...jam homage aku nie la....

dapat 56 jam 5 minit...nak try jam lain semua automatic...so susah nak tahu kalau dah fully wind ke belum...
so nie je satu jam yang han winding....

tapi agak puas hati dapat 56 jam nie...aku budget dalam paling kuat antara 42 ke 48 jam jer..tak perasan dia boleh tahan sampai 56 jam...hehehe

duniajam said...

Lama gak tu. Aku rasa movement homage ko sama ngan replika PAM tali coklat tu. Puas hati beb bila movement jam kita jauh dari jangkaan. Hehe..