Wednesday, July 28, 2010

Keputusan poll... Jam apa yang anda minat?

Sejak dua menjak ni, blog aku banyak berkisar pasal jam digital... lebih-lebih lagi Casio. Sengaja aku nak alih pandangan semua dengan konsep, kelebihan & keunikan jam digital pula. Ramai yang terlepas pandang & memandang enteng dengan jam digital & Casio terkena tempias ini. Selalu sangat kita dihidangkan dengan jam analoq (quartz, automatik, kunci) yang sudah biasa dilihat & diperkatakan....

Apa kata kita alih pandangan sejenak kepada jam digital seketika & melihat model-model rare yang sudah tidak dikeluarkan lagi. Memandangkan aku kurang jenama digital lain berbandingCasio... maka banyaklah model Casio yang bakal anda lihat. Casio banyak mengeluarkan model-model dengan fungsi yang tertentu berbanding jenama lain.



Sepanjang penulisan blog ini, aku ada selitkan juga undian untuk pilihan jenis jam yang anda suka. Sepanjang tempoh 30 hari undian dijalankan, dapat dilihat peningkatan terhadap pilihan jam digital. Bukanlah niat aku supaya pembaca meminati jam digital sepenuhnya, tapi ingin melihat sejauh mana penulisan blog DJ ini membantu anda melihat semula sejenis jam yang agak dipandang sepi & mungkin dengan penulisan ini boleh membuka mata pembaca mengenali semula jam digital & mungkin juga anda akan meminatinya juga. Nampaknya ramai yang sudah mula melangkah ke arah itu.

Konsep jam jam digital yang sangat mudah. Mamberikan bacaan waktu yang tepat, jelas & cepat. Otak tak perlu proses membaca jarum jam kerana paparan LCDnya memberi bacaan waktu secara terus. Seperti yang telah diungkapkan sebelum ini.... kita akan sama-sama menatapi keindahan jam digital pula...

6 KOMEN ANDA:

TIMEasitis said...

aku masih berpihak pada analogue..tapi, aku terbuka sikit tak semestinya minat automatic engine, quartz pun tak kurang hebatnya (juga lebih murah)

tapi jam digital tetap hebat, selalu juga berangan nak beli G-Shock..tapi kewangan belum mengizinkan...insyallah nanti nanti la...

heheh

duniajam said...

Minat aku di dua2 jenis jam ni. Dua2 aku tak lepas pandang. Auto ka, quartz ka, digital ka akan aku beli kalau ada kritiria yg aku nakj.

Aku order Gshock Mudman hitam/oren. Itu yg sesuai dgn aku banding yg lain. Hehe... Mudman tak tinggi sangat harga. Harga sebelum diskaun pun tak sampai RM350.

ayisy said...

Aku pun begitu, semua jenis jam minat tak kira auto, quartz, analog dan digital. Janji jam tu aku minat. Huhu...

Takder unsur spesifik yg membuatkan aku minat terhadap sesuatu jam. Biasanya aku lihat, belek, tengok spec kemudian terus suka atau tak. Huhu...

Mudman kawan aku pernah beli paling murah dapat RM260 selepas diskaun. :)

dabu said...

dabu pun x kisah jam mana pun,yg penting minat tu...best gak ada digital ni,dan x sempurna kalau x dak jam2 auto lg antik..

TIMEasitis said...

betul la yang penting si pembeli memang minat...org lain suka ke tak lantak la kan...hehehe

duniajam said...

Hehe... Bila kita dah suka tu, tak kisah dah apa org lain ckp. Nasihat, tips, cadangan dari kwn2 adalah satu cara... tp akhirnya jawapan adalah pada kita sendiri. Kita suka, kita beli. Hehe...