Monday, July 5, 2010

Periksa tekanan darah cik.....


CASIO BP-100


Tahun 1993 merupakan tahun kelahiran ciptaan pertama ini di dunia.... suatu jam yang bukan saja boleh mengukur kadar denyutan jantung, malah dapat juga mengukur tekanan darah. Hebat! Inilah satu-satunya jenama di dunia yang mengeluarkan model dengan gadget yang hebat.

Masihku ingat lagi iklan jam ini suatu ketika dulu. Alangkah kagumnya pada ketika itu dengan adanya teknologi jam yang mampu mengira tekanan darah. Tahun 1994 pada ketika aku di tingkatan 2, kawan aku dari keluarga orang senang membeli jam ini. Jam dialah yang paling hebat & rasanya yang paling mahal di sekolah pada waktu tu. Masa tu aku sangat cemburu &admire jam dia. Selalu juga aku pinjam buat bacaan tekanan darah aku. Kawan aku ni seorang yang pemurah, lokek & sangat suka bantu kawan-kawan yang dalam kesusahan. Moga dia dimurahkan rezeki.

Setelah aku berpindah sekolah pada tahun 1996, tiada lagi kelibat jam tu yang aku tengok selepas itu walau di mana-mana sekali pun. Sekarang jam tu sudah tiada masa aku jumpa kawan aku seuatu ketika dulu.... Duan, sebenarnya aku nak minta beli dari hang kalau jam tu ada lagi.... wakaka...



Cukup kagum sebenarnya untuk melihat tulisan BLOOD PRESSURE MONITOR (BPM)pada sesuatu jam. Manakan tidak, belum ada lagi jam seumpamanya di dunia sebelum ini hinggalah sekarang. Hanya Casio sahaja yang menghasilkan jam sebegini. Mereka yang tidak mengikuti perkembangan Casio tidak akan tahu akan kehebatan jam berjenama Casio, sejarah serta evolusi serta teknologi yang telah di hasilkan mereka. Aku juga pasti ramai yang tidak pernah melihatnya apatah lagi tahu akan kewujudannya.

Ramai menganggap Casio hanyalah jenama biasa & murah... Mungkin disebabkan harga kebanyakan Casio murah, ramai yang tidak appreciate jenama ini... ada juga yang langsung tidak memandangnya. Psikologi manusia hanya menilai kehebatan sesuatu benda hanya berdasarkan harga. Ramai yang beranggapan lagi tinggi tinggi harga, lagi hebat jenama/benda itu. Bagi aku ia suatu yang tak betul kerana kualiti sesuatu jam bukannya 100% terletak pada harganya & tidak semua jam yang beribu-ribu itu berbaloi untuk dibeli. Ini pendapat peribadi aku saja. Kita semua punya minat & kehendak masing-masing... semua orang tak sama. Hormatilah satu sama lain....

Ramai juga yang akan terkejut besar bila dengar ada Casio selain Protrek & G-Shock Frogman yang di jual lebih RM1.6k & aku pernah jumpa model tersebut yang dijual hampir RM2k. Disebabkan terkejut dengan harganya aku minta seller keluarkan untuk tatapan mengapa harganya sedemikian rupa.... Ternyata memang patut harganya begitu pun sebab teknologinya & kualiti buatannya juga bukan calang-calang. Tunggu cerita seterusnya mengenai jam misteri itu pula.... Detikduabelas sudah beri bunga-bunga akan kehadiran jam tu....



Melihat design jam yang sebegitu rupa, barangkali ramai yang tertanya apakah fungsi dua 'benda' misteri di atas jam itu? Mengapa pula ada logo 'love' pada display? Persoalan itu sangat berkait rapat. Jam bukan saja nampak semak dengan info, malah nampak sophisticated. Jam ini sepatutnya keluar pada masa sekarang... Maksudnya di sini, teknologi Casio telah merentasi zaman...

Benak aku pernah tertanya, mengapa ada orang menganggap jam digital jam budak-budak & hanya untuk kanak-kanak? Yang buat aku terfikir semula apabila beberapa hari lepas aku dengar ayat yang sama. Mungkin penomboran digital yang membuatkan pemikirannya begitu. Mungkin disebabkan kanak-kanak banyak dibelikan jam digital.... kalau dibelikan jam analog, apakah kanak-kanak itu mampu membaca waktu & kenal apa yang dipakainya itu? Sudah tentulah jam dengan penomboran yang jelas lebih mudah dibaca & difahami kanak-kanak.... jawapannya jam digital lah yang paling sesuai. Mungkin juga dia tidak pernah melihat & tahu kewujudan model yang sophisticated dengan banyak fungsi begini.... dimana langsung tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak pula.

Perumpamaannya sama seperti anggapan pemikiran yang mengatakan bahawa kartun hanyalah untuk kanak-kanak. Adakah benar kartun HANYALAH untuk kanak-kanak? Sudah pastilah tidak! Tidak semua kartun itu pula sesuai untuk tontonan kanak-kanak contohnyaSouth Park & Futurama. Kartun-kartun itu tidak sesuai untuk mereka tambah-tambahlah kartun South Park yang banyak unsur negatif & lucah.

Sebenarnya kartun membantu manusia berimaginasi & membantu dalam mencari ilham. Banyak kartun yang membolehkan manusia berfikir, menenangkan fikiran & memberi pengajaran yang sangat berguna berbanding filem biasa. Malah kartun juga membantu membentuk idea serta kreativiti manusia. Bandingkan kanak-kanak yang melihat kartun dengan yang tidak (ada ibu bapa yang sangat melarang anak mereka yang asyik melihat kartun), kanak-kanak yang melihat kartun mempunyai banyak imaginasi & idea yang sangat kreatif yang adakalanya orang dewasa tak mampu berfikir. Banyak idea-idea bernas mampu dikeluarkan mereka berbanding kawan mereka yang tidak menonton kartun. Ini bukannya omongan kosong. Kajian pernah dibuat & terbukti benar! Jadi anggapan kartun hanyalah untuk kanak-kanak perlu disangkal sama sekali. Sengaja aku cerita keluar dari tajuk supaya pembaca & mereka yang beranggapan sedemikian berfikir kembali anggapan-anggapan itu & menilai semula serta cuba mengenal kembali apa yang telah & pernah dikotakan sebelum ini...



Berbalik pada topik.... JP-200W (kanan) bukanlah rentetan keluaran BP-100. Walaupun mempunyai fungsi yang hampir serupa tapi ia tidak sama. Kemampuan JP-200W hanyalah 'membaca' denyutan jantung sahaja. JP-200W sebenarnya keluaran berikut selepas JP-100W(gambar di artikel sebelum ini).



Keluarannya yang berbeza bukan saja menyaksikan fungsi yang berbeza, malah design serta susun atur sensor juga berlainan. JP-200W hanya mempunyai photosensor berbanding BP-100 yang mempunyai 2 sensor di atasnya.



Kondisi jam sangat memuaskan hati walaupun sudah berumur hampir 20 tahun sejak keluaran pertama. Ke semuanya masih berkeadaan original termasuklah tali masih berkeadaan baik.



Keluaran BP-100 adalah seumpamanya kerana keluaran seterusnya tidak lagi berkeupayaan sepertinya lagi. Dari banyak sudut, jam memberikan pandangan istimewa kepada yang memandang. Tiada lagi kelibatnya di pasaran kita malah nak berjumpa orang yang memakainya juga sangat susah & boleh dikatakan tiada..... samada sudah rosak ataupun disimpan rapi sebagai koleksi peribadi yang istimewa.

Tidak pasti berapa harganya kini sebab aku pernah cuba bida di eBay dari seller Jepun tapi tak menang sebab harga dah menjangkau hampir RM1k. Jam yang dalam kondisi terpakai pun ada yang sudah mencecah RM500++. Harga untuk jam Casio vintage kini meningkat. Seingat aku dulu harga jam ini lebih kurang RM360. Mungkin 16 tahun lalu nilai tu sudah cukup besar. Cuma nak bandingkan saja perbezaan yang telah berlaku kini.



Kelainan button yang ada padanya hanyalah pada warnanya saja. Seperti model-model lain, warna yang kontra padanya itu (merah) menunjukkan fungsi utamanya. Pengguna tidak akan keliru dimana perlu ditekan untuk menggunakan fungsi utamanya.



Dua sensor di atasnya serta tulisan BPM pasti menimbulkan persoalan. Terasa istimewanya jam ini & tidak akan dapat dilihat lagi pada model terkini. Impak yang ada padanya mampu menjadi pembuka bicara...

Seperti model-model lain, jam ini juga didatangkan dengan beberapa kombinasi warna... Hitam/kelabu, hitam/kuning, silver (bersama bracelet) & juga casing kuning keseluruhan.



Jam mempunyai 4 button di kiri kanan casing.



Keadaan casing masih baik tanpa calar. Sukar untuk dapatkan lagi jam Casio dengan MADE IN JAPAN kini... kecuali model Protrek (masih Japan).



Display sarat dengan info & mempunyai bahagian yang berwarna kuning yang lebih kecil 'dot' LCD-nya. Garisan merah sekeliling display sangat kontra serta menaikkan lagi imej jam ini. Fungsi yang dibawa bersamanya juga banyak dengan tambahan kemampuan 'membaca' tekanan darah. Tahun 1990 pada display menyatakan bahawa ia dicipta di awal tahun 1990. Model pertama ini dikeluarkan pada tahun 1993 & sudah lama tiada dalam pasaran.



Jika didekatkan lagi penglihatan, kita akan dapat saksikan penomboran & data yang mampu dicatatkannya. Bahagian display atas (kuning) akan merekodkan bacaan denyutan jantung. Akan ada graf gelombang yang akan muncul bila fungsi utama digunakan. Logo 'love' bermaksud jantung. Ia akan berkelip-kelip jika ada pulse denyutan jantung diterimanya.



Ia juga mempunyai lampu. Seperti biasa lampu klasik kuning akan bercahaya. Walaupun tidak memenuhi ruang LCD, namun bacaan masa mampu dilakukan.


Kita lihat fungsi istimewanya...

Dalam fungsi pertama, ia mempunyai 3 mode. Blood Pressure Monitor (BPM)... boleh 'membaca' tekanan darah, Memory (REM)... rekod data bacaan sebanyak 30 & jugaBiofeedback (Bio F.B)... yang memberi maklumbalas kepada pengguna terhadap tekanan darah & denyutan jantung supaya pengguna dapat memantau aktiviti yang berkaitan.



Dalam mode BPM, setelah button merah (BP start) ditekan, display akan memaparkan DEMO. Hanya setelah data dimasukkan, DEMO tidak akan kelihatan lagi kerana data akan terus direkodkan. Dalam DEMO, data tidak direkodkan. Hanya bacaan semasa dilakukan. Cuma jam ini mempunyai sedikit masalah pada sensor & tak mampu mengesan pulse dengan betul. Disebabkan itu, data tidak dapat dimasukkan.

Setelah beberapa saat, paparan RELAX akan kelihatan. Dua jari perlu diletakkan pada sensorseperti pada gambar. Bila semua dah tenang & pulse sudah wujud.... jam pun dapat mengesannya, kerlipan jantung kelihatan (menandakan pulse) & gelombang EKG akan keluar pada display atas.

Untuk membantu kiraan serta bacaan jam dengan baik, data perlu dimasukkan dahulu. Untuk bacaan yang betul, tekanan darah perlu diambil dahulu dengan alat BPM yang betul. Untuk membantu jam membuat bacaan yang lebih tepat, 2 jenis bacaan tekanan darah perlu dimasukkan iaitu dalam keadaan rehat & juga bersenam. Setelah mendapat bacaan, data itu perlu dimasukkan ke dalam jam. Jika semua data telah direkodkan, jam ini mampu menghasilkan graf prestasi secara keseluruhan. Hebat! Kemampuan ini tiada pada model seterusnya. Sayang sekali, terdapat sedikit masalah pada sensor.

Namun perlu diingat,.... ia bukanlah alat medical yang tepat & sesuai. Casio juga tidak claim begitu. Ia membuat perkiraan berdasarkan data yang telah dimasukkan & rekod-rekodnya sebelum ini.

Walaupun begitu, ia boleh digunakan untuk memantau secara ringkas. Sekurang-kurangnya pengguna dapat mengetahui sedikit sebanyak keadaan jantungnya & kesihatannya serta perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut sekiranya terdapat perbezaan yang ketara terhadap bacaan. Bagus juga sebagai langkah berjaga-jaga.



Jam ini mempunyai 6 mode. Fungsi utama & pertama lebih kepada becaan tekanan darah. Jikabutton mode ditekan berulang kali, 3 mode ini sahaja akan berulang-ulang. Ia dibuat begini untuk tidak melecehkan pengguna yang ingin menggunakan fungsi utamanya & supaya tidak akan keliru dengan fungsi-fungsi yang lain sekiranya tersalah tekan button.



Untuk menggunakan fungsi kedua, button mode perlu ditekan selama beberapa saat. Ia akan bertukar memasuki fungsi kedua (bulatan merah). Untuk fungsi kedua ini, ia mempunyai fungsi seperti kebiasaan jam seperti ALARM, STOPWATCH & TIMER. Yang menarik mengenainya, masa masih dapat dilihat di kotak kecil (sebelah 'love') walaupun berada dalam mode lain.

Fungsi-fungsi ini juga tidak dimiliki oleh model keluaran seterusnya... itu yang dikatakan model ini adalah yang seumpamanya di dunia & Casio tidak mengeluarkannya lagi walaupun untuk model Casio BPM yang lain.



Jam tampak hebat & saiznya yang agak besar itu sudah menyatakan kelainan & keistimewaan yang ada padanya. Syukur kerana jam yang paling aku admire sejak 16 tahun lalu sudahku miliki. Tidakku sangka jam yang pernah disebut setahun lalu pada artikel pertama blog ini (PENGENALAN), kini sudah berada di tangan & tak pernahku bayangkan juga dapat melihat kembali kelibat jam yang pernah memberikan impak besar dalam dunia jam aku....

Nostalgia aku bersama Casio sangat besar impaknya kepada aku. Proses pembesaran aku bersama jenama ini sangat terkesan di hati. Banyak lagi model Casio nostalgia ini inginku cari. Walau di mana berada, akanku cuba gapai selagi khudrat masih di sisi...

11 KOMEN ANDA:

matbond said...

hehe bro..keluag dah jam ni.memang sebijik la rupa dia.x sangka aku ble tgk lg.teringat bos aku masa operasi di pulau tigabu kudat.dia masih simpan ke tak tau la.dia pun dah pindah dang wangi.kalo jpa dia ble tanya2 ni..he

duniajam said...

hehe... kenangan tu bro. Kira hebat la sapa ada waktu tu, Jam dah kira mahal. Mungkin RM300 waktu tu sama atau lebih dari nilai RM1k sekarang. Hehe....

matbond said...

sayng tak ambik gambar dlu.kalo tak ble jgk tgk2.he

duniajam said...

Kalau ambik gambo masa tu mesti best bila tengok balik. Kenangan tu. Td call kawan aku tanya balik jam dia tu, dah takda dah... Huhu....

ayisy said...

Pehhh! Jam-jam macam ni lah yg sy suka. Masalahnya Casio dah tak keluarkan lg. Masa tengah ada di pasaran, takder duit nak beli. Masa dah ada duit, takder pulak di pasaran. Adehhh....

matbond said...

bos aku dulu tu x dpt kontek dah.mau tnya kwn2 jgk ni.mana la tau masih dia simpan.hehe

duniajam said...

ayisy,
masa tu aku form 2 duit mana ada. Pi sekolah mak bagi 50sen je. Kadang2 30sen. Haha... Mana la ada duit nak kumpul. Kadang2 tak makan masa rehat sebab nak simpan duit. Haha... Satu2 jam yg aku beli hasil duit simpanan aku, Casio apa ntah... RM30.... syg aku jual jam tu. Aku jumpa harga dah naik sampai RM100++ 2nd hand. Tgh dok cari jam tu balik...

matbond,
kalau ada boleh minta beli. Haha...

TIMEasitis said...

respect la bro....memang menarik ....

TIMEasitis said...

Catatan tahun kau memang tepat, tahun tahun yang sama aku juga jumpa jam jam nie...rasa kagum tue memang tinggi....Aku juga pernah memiliki dua casio...satu g-shock , satu lagi tak ingat model apa...dua dua dah hilang...kesal betul....

Baru nie ada tgk protrek...cuma rasa agak mahal,maybe satu hari nanti bila aku banyak sangat duit...

jam digital bukan jam budak budak..kita org malaysia jer cakap mcm tue...percaya tak kawan aku american ramai pakai digital...ni semua proffesional yang selalu travel sana sini...digital tetap terbaik...askar US pun aku jumpa banyak pakai digital...aku selalu jumpa us army masa aku kat korea pasal tempat aku duduk dekat dgn US army base....

duniajam said...

Tu la. Ramai yg berpandangan camtu. Aku cuba nak ubah semua persepsi yg tak betul tu. Ada beberapa lg Casio bakal masuk koleksi.... kumpul duit dulu...

duniajam said...

Pelik aku.... ada komen lagi ni sebenarnya.... mana ntah hilang....