Monday, January 25, 2010

Jam dengan Swiss Design


Dengar nama Orkina pasti siapa pun tak tau jenama apa. Ramai tak pernah dengar jenama ini apatah lagi melihatnya. Orkina merupakan suatu jenama jam keluaran China. Sudah pasti ramai yang belum pernah tengok jam ni memandangkan ia bukanlah dijual di kedai jam. Jam ni aku beli dari booth jam di Tesco Sri Alam, Johor Bahru. Dari maklumat abang, jam ini kini sudah tidak dijual lagi di situ sebab dia pun pernah beli Orkina skeleton kat situ. Boleh cari jam ni dalam eBay.



Orkina menawarkan pelbagai design. Jam yang mereka hasilkan bukan saja memberi bacaan waktu, malah mereka juga menampilkan jam dengan pelbagai complication seperti kalendar, moon phase, sub second, tourbillon sepertimana pengeluar Swiss. Nampaknya kuasa China semakin berkembang, semakin maju & serius dalam penghasilan jam. Enjin-enjin dengan complication yang pelbagai ini bukanlah buatan Orkina. Orkina hanya satu jenama saja & enjin pula syarikat lain yang keluarkan. Banyak jenama menggunakan enjin-enjin ini termasuklah jam-jam replika kerana harga yang jauh lebih murah. Tapi sesuatu yang murah akan mempunyai flaw atau kekurangan. Biasalah bila sesuatu nak buat murah, banyak perkara perlu ditolak tepi.... terutamanya kualiti.

Namun, bukan semua enjin mereka tidak bagus kerana enjin-enjin mereka mempuyai gred & ada yang memang berkualiti tinggi seperti Seagull & mereka juga ada menghasilkan enjin dengan flying tourbillon.


Aku ambil contoh jam Orkina dalam koleksi aku. Jam yang telah menjangkau umur 2 tahun ini masih berfungsi dengan cemerlang & menepati waktu. Design & complication yang dipunyai jam-jam ini sangat menarik perhatian aku. Rupanya itu memberi gambaran seperti ia adalah jam yang mahal & tiada jam Jepun mahupun Swiss menawarkan complication begini pada jam-jam yang berharga rendah. Seperti yang aku cakap tadi, aspek kualiti agak kurang dengan jam-jam buatan China ini. Sesuailah dengan harganya yang sangat murah.


Orkina KC097

Bentuk segiempat jam ini sangat mengujakan terutamanya apabila ia direka dengan tourbillon yang nampak pada dail. Pergerakannya sangat mengasyikkan. Tali jam ini masih original tapi talinya sangat tak tahan. Hanya beberapa kali pakai, talinya sudah menampakkan ianya akan putus.


Mempunyai sub second di tengah (jarum merah kecil), subdail 24 jam & moon phase. Kesemuanya berfungsi dengan cemerlang sekali. Kalau perasan ada beberapa jenama yang agak terkenal menggunakan enjin ini pada jam mereka. Perkataan Swiss Design tertera pada dail pukul 6. Design yang diilhamkan dari Swiss ini membawa rupa & gaya yang mahal padanya.


Dail dengan corak kelopak bunga jelas kelihatan & nampak cantik. Marker nombor Arabic dengan lining keemasan dibuat agak kemas. Jarum mempunyai luminous marker, namun tidaklah seterang mana. Kalau perasan ada sedikit flaw pada moon phase. Aku rasa macam lebihan gam terlekat padanya. Namun ia tidak mengganggu pergerakan moon phase itu. Disebabkan buatannya tidak begitu kemas, terdapat sedikit habuk terperangkap di dalam dail. Casingnya bukanlah polished finishing, tapi hanya disadur krom. Dah nampak ia mula nak 'turun' di sambungan cermin & casing pada pukul 6 tu. Biasalah, jam murah. Apa yang nak harap sangat.


Crown diapit oleh 2 button yang tiada fungsi. Dengan adanya ia, jam nampak sarat dengan fungsi.


Enjin ini tidak boleh wind ataupun hack. Buatannya juga tidak halus dengan kesan kotoran sedikit terlekat di beberapa komponen, paling jelas pada rotornya. Walaupun begitu, perjalanan enjin lancar. Namun power reserve tak tahan lama jika cuma bergantung pada pemakaian saja. Caseback dikunci dengan 4 skru di setiap penjuru. Hanya tertera nama Orkina & nombor siri KC097 padanya. Brush finishing tidak begitu cantik & aku rasa jam ni bukanlah water resistant.


Dengan diameter casing 32mm (tidak termasuk crown) & 54mm lug to lug, ia adalah jam yang besar. Jam nampak cantik & unik. Rupanya menampakkannya eksklusif & mahal. Ramai staf tempat kerja aku sukakannya & tak berani nak tanya harganya sebab ingat mahal. Seperkara yang aku suka mengenai Orkina ialah mereka tidak menggunakan nama jenama yang lebih mahal seperti jam replika walaupun ada di antara model keluaran mereka menyamai rupa jam Swiss yang mahal itu. Boleh dikatakan Orkina adalah homage kepada jenama yang mahal itu.


Orkina KC060

Orkina ini menawarkan complication yang berlainan dengan fungsi kalendar. Ia mampunyai subdail 24 jam, hari & tarikh. Sekali imbas rupanya seperti Patek Philippe.


Berbanding KCo97, Orkina KC060 ini mempunyai kualiti yang agak bagus. Aku amat berpuas hati dalam banyak segi dengan jam ni. Rupanya sangat cantik dengan kemasan yang setanding jam Jepun.


Rupa segaknya disumbangkan oleh warna dail, jarum, chaper ring & 'berlian' (walaupun kurang bersinar) yang bergabung menghasilkan suasana yang cukup harmoni padanya. Dalam banyak view, jam nampak cukup kemas & bergaya.


Dail bercorak menambahkan rupa eksklusif padanya. Buatan jam ni nampak lebih kemas berbanding KC097 & finishingnya nampak lebih halus. Tertera Swiss Design padanya juga. Bagus kerana mereka tidak menggunakan nama-nama keluaran Swiss. Aku sukakan mereka punya standart & tidak malu untuk menggunakan nama sendiri pada jam mereka. Mereka tidak mahu berselindung & ingin memberi tahu mereka juga wujud untuk memenuhi dunia kita.


Button yang wujud padanya kini berfungsi untuk mengubah hari & tarikh. Kena tekan dengan alat tajam ataupun pen.


Caseback jenis skru menampilkan cermin exhibition yang menampakkan enjin yang memacunya. Buatan enjinnya juga lebih baik berbanding KC097. Seperkara yang cukup membanggakan, enjin ini boleh wind & juga hack. Sesuatu yang jarang berlaku pada jam Jepun. Hanya enjin high-end saja yang mempunyai fungsi ini. Tapi jika dibandingkan dari segi finishing enjin dengan Jepun, ianya kurang memberangsangkan jiwa. Namun, detikan jam ini sangat memuaskan hati si pemakai.


Jam tampak segak & handsome. Suatu dress watch yang cantik & beseri. Eksklusif suatu perkataan yang sesuai padanya. Dari jauh, orang akan tertipu juga dengan rupanya yang nampak mahal itu. Tapi bila dekat, orang akan terkejut akan jenamanya pula. Orkina? Ianya cukup untuk membuatkan mereka yang melihatnya dalam dilema berserta pelbagai tanggapan...


Orkina KC 060 vs Omega Speedmaster (replika)

Sekali imbas, Omega Speedmaster tu mempunyai fungsi chronograph. Hakikatnya fungsinya tak ubah seperti Orkina tu.


Nampak jelas buatan enjin Omega kurang kemas & kasar. Potongan komponen-komponen juga nampak kasar.


Gandingan mereka berdua menunjukkan layout enjin yang sama. Perbezaan sangat ketara pada finishingnya. Finishing Orkina nampak lebih halus & cantik berbanding Omega.


Ini adalah contoh terbaik jam yang menunjukkan enjin keluaran China yang mempunyai perbezaan gred. Gred tinggi mempunyai finishing & buatan yang lebih kemas. Kedua-dua jam mempunyai fungsi yang sama... cuma aku terlupa pula nak periksa samada enjin Omega boleh wind & hack atau tidak. Aku rasa ia tiada kelebihan itu.

Enjin sepertimana KC060 itu banyak digunakan oleh jenama ternama terutamanya jenama fesyen/butik. Walaupun jam berjenama China tidak begitu popular sekarang, mungkin suatu hari nanti mereka akan menguasai pasaran jam dunia dengan kualiti yang cukup memberangsangkan. Mungkin akan lebih banyak jenama akan keluar dengan potensi yang bakal menggugat dunia. Masa yang lama diperlukan mereka untuk meningkatkan kualiti. Aspek kualiti perlu dititikberatkan mereka. Namun untuk mengeluarkan jam dengan harga murah, kualitilah perkara pertama yang perlu dikorbankan.

Walaupun begitu, bukanlah mereka tidak mampu untuk menghasilkan jam yang berkualiti. Lihat saja link ini. Mereka juga mempunyai jenama berkualiti setanding watchmaker yang lain. Bukti lain ialah mereka juga telah mengambil-alih beberapa syarikat Swiss ternama seperti Titus, Sandoz (Hong Kong), Doxa (Hong Kong). Dunia kini sudah nampak kuasa China & mereka telah berjaya menggugat kuasa besar dunia dalam segala segi. Mungkin suatu hari nanti, dunia horologi akan meriah dengan jam mereka.

Leia Mais…

Friday, January 22, 2010

Beli barang online

Nak beli barang kini mudah dengan adanya 'kedai' online. Dengan satu klik kita boleh beli barang yang kita suka. Pelbagai barang yang sukar diperolehi atau tiada di kedai-kedai di sini (Malaysia) boleh didapati dengan mudah di internet. Satu alternatif bagi kita untuk dapatkannya jika tak dijual di sini.

Banyak jenis jam samada baru, terpakai atau vintage dijual dengan banyak sekali di internet. Satu dunia boleh layari & satu peluang perniagaan bagi mereka yang ingin berniaga dari rumah. Selain jam, banyak aksesori, peralatan, spare-part & lain-lain boleh dibeli dari internet & aku pun banyak beli barang dari internet. Jadi aku nak cerita skit mengenai cara-cara atau apa yang perlu diambil tahu berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa ni. Sekurang-kurangnya mereka yang tidak pernah atau tak berani nak beli tahu caranya & mengambil langkah yang perlu.

Selain dari website yang boleh dipercayai, pembelian boleh dibuat dari eBay. eBay merupakan hub jualan internet terbesar di dunia. Dari sekecil-kecil benda sampai sebesar-besar benda pun dijual.... kereta, moto, bot, rumah & kapal terbang pun dijual. Penilaian aku buat dulu untuk memastikan barang tu lebih murah. Ada yang lebih murah & ada juga lebih mahal dari sini. Tengoklah yang mana lebih berbaloi. Adalah lebih untung sekiranya kita mempunyai rakan di luar negara. Lebih jimat kos. Perlu diingat juga yang pembelian di internet akan mengambil masa untuk barang sampai ke tangan kita. Masa boleh jadi 2 minggu sampai sebulan. Kalau jenis tak suka tunggu lama, kena banyakkan bersabar...

Pembelian di internet selalunya menggunakan kad kredit. Ada juga yang menggunakan cara lain... wire transfer, bank draft, money order dan lain-lain. Jangan tanya cara lain tu sebab aku tak tau pasal tak pernah buat. Untuk pembelian di eBay, pembayaran menggunakan akaun Paypal adalah yang paling mudah, selamat & berkesan. Mendedahkan nombor kredit kad kepada individu lain boleh mengundang risiko. Namun ada juga website yang tiada kemudahan paypal & perlu masukkan juga nombor kad kredit. Kena pandai cari web yang dipercayai sebelum buat keputusan beli. Cara aku, aku cuba elak untuk tidak beli barang melainkan dengan paypal saja.


Ini adalah web official Paypal. Paypal menyediakan perkhidmatan yang mudah & selamat. Nak buka akaun Paypal mudah sepertimana nak buat email saja. Nombor kad kredit yang didaftarkan kepada mereka dijamin selamat. Pihak mereka akan link nombor kad kredit kita kepada bank. Penjual hanya akan menerima bayaran sahaja. Nombor kad kredit kita mereka tidak tahu.

Namun kena hati-hati juga... kerana aku dapat tahu ada web Paypal palsu. Keseluruhan web sama melainkan ia tiada lambang 'mangga' sepertimana dalam bulatan merah di penjuru kanan bawah. Jika tiada 'mangga' tu, jangan log-in & isi apa yang diminta kerana maklumat itu akan diambil si penipu.

Bukan hanya di internet... janganlah percaya langsung jika anda menerima panggilan dari mana-mana pihak yang
offer kad itu, insuran la yang memerlukan kita beri nombor kad kredit kita. Ramai penipu di luar sana yang memang nak sangat-sangat butiran perbankan kita. Cukup c*l*k* mereka ini...

Pembelian dari eBay memerlukan kita mendatar dengan eBay dahulu. Pembayarannya akan dilink dengan Paypal. Jika kita dah ada akaun Paypal, kesemuanya akan manjadi mudah. Jika belum ada akaun Paypal, daftarlah terlebih dahulu. Kebanyakan penjual juga menggunakan perkhidmatan Paypal jadi tak susah nak buat bayaran. Aku nak cerita sedikit bagaimana nak menilai penjual yang boleh dipercayai.


Kita ambil contoh jam Seiko SKX ini. Ada barang yang dijual secara lelongan & hampir semua barang dalam eBay dijual dengan menggunakan kaedah lelong (bid). Setiap barang yang dilelong mempunyai masa yang ditetapkan. Kaedah lelong ni mudah saja, siapa yang letak harga paling tinggi sebelum masanya habis, dialah pemenang. Tapi sebelum bid, kita pastikan dulu samada di sini (Malaysia), boleh dapat lagi murah atau tak. Janganlah letak harga terlalu tinggi melebihi harga yang dijual di sini (Malaysia). Tak berbaloi jadinya.

Mulakan bid anda dengan harga paling minimum. Nanti bila tempoh dah nak tamat barulah bid habis-habisan. Sebab jika kita terus letak harga tinggi terus, nanti apabila sampai tempoh tamat... harga jam tu akan melambung terlalu tinggi dalam tempoh yang singkat. Kena pastikan juga kos penghantaran. Jangan hanya mengira harga barang tu saja. Kena campur kos penghantaran juga. Ada seller letak harga penghantaran terlalu tinggi. Ada yang lebih tinggi dari harga jualan pun ada. Tak berbaloi juga. Namun ada juga seller yang cuma free of charge.

Perlu juga pastikan seller tu sorang yang boleh dipercayai. Bulatan-bulatan merah tu menunjukkan perkara yang perlu diambil berat sebelum beli barang tu. Setiap seller mempunyai rating. Peratusan yang mereka dapat itu bergantung kepada komen pembeli. Seller yang bagus mempunyai peratusan melebihi 95%. Peratus yang rendah bermaksud mereka mempunyai komen yang tidak baik. Boleh baca komen-komen mereka untuk maklumat lanjut. Nombor dalam kurungan '()' itu menunjukkan bilangan barang yang telah dijualnya. Bilangan yang banyak menunjukkan juga dia seorang yang telah lama menjual dalam eBay & boleh dipercayai. Pihak eBay akan memberi title 'TOP RATED SELLER' kepada seller yang bagus & boleh dipercayai.

Sebelum bid, kena pastikan juga cara pembayaran (selalunya Paypal) & juga liputan penghantaran mereka. Ada yang worldwide, ada juga yang hanya ke beberapa negara tertentu saja. Namun ada juga seller yang melarang pembeli negara-negara tertentu dari membeli dari mereka. Ada seller juga yang mempunyai demand terhadap pembeli. Pembeli yang kurang komen atau mempunyai komen yang negatif, mereka mempunyai kuasa untuk tidak menjual barang itu.


Jika yang tadi perlu bid, jam ini pula kita boleh beli terus. Perlu campur harga jam dengan kos penghantaran. Untuk seller ni, dia letakkan 'FREE SHIPPING'. Free la maksudnya. Seller ini juga memberi peluang untuk kita buat offer kepadanya. Kita boleh tawarkan harga yang lebih rendah dari yang dia letak. Dia akan maklumkan kepada kita samada boleh beli atau tak dengan harga yang kita tawarkan itu. Selain jam ini, kita juga boleh tengok barang-barang lain jika seller ini menjualnya.


Jika muka hadapan tiada diletakkan kos penghantaran, muka berikutnya mungkin diletakkan kos itu. Kita boleh pilih negara kita & dapatkan nilai kos tersebut. Namun jika tiada juga, kita boleh tanya seller kos penghantaran itu. Jenis pembayaran juga diletakkannya seperti dalam bulatan merah.


Selain eBay, terdapat satu lagi web jualan yang besar iaitu Amazon. Cara tawarannya lebih kurang sama dengan eBay. Aku tak pernah beli apa-apa dari sini lagi.


Jika yang lain tu web jualan sedunia, lelong.com.my adalah salah satu hub jualan online terbesar di Malaysia selain mudah.my. Cara lelong.com.my juga hampir menyamai eBay. Apa yang perlu diambil berat juga sama seperti eBay. Tidak seperti eBay yang memerlukan kita mempunyai kad kredit, lelong.com.my hanya perlu transfer duit ke akaun bank seller saja. Selalunya mereka menggunakan Maybank2u.com. Jika kita bank-in duit pula, kita perlu menunjukkan gambar resit bank sebagai bukti pembayaran.

Walau apa pun barang anda beli dari mana-mana web sekali pun, sila pastikan anda fahamkan peraturan & syaratnya dulu supaya tidak menimbulkan ketidakfahaman & menyusahkan diri sendiri pula. Diharap sedikit penerangan ini anda boleh faham & tahu serba sedikit tentang dunia jualan online pula.

Leia Mais…

Wednesday, January 20, 2010

Epos 3396 vs Rolex Submariner 14060M

Tajuknya sendiri pun dah rasa tak patut. Tak patut sebab kedua-duanya tak sesuai dipadankan kerana dari liga yang berlainan. Tak patut sebab kedua-duanya jauh berbeza dari segi harga, kualiti, mahupun standart jenamanya. Perbandingan ini bukanlah nak mencari jam terbaik.... perbezaan sudah jelas pada namanya saja.

Jam dalam keluarga diver ini mempunyai sifat & standart yang tersendiri. Masing-masing ada kelebihan yang lain tiada. Harganya jauh berbeza disebabkan penggunaan bahan yang berlainan, buatan tangan, jenis enjin & sejarah (heritage) mereka. Secara ringkas kita tengok perbezaan antara keduanya.


Banyak jenama membuat homage Rolex dalam siri model keluaran mereka. Design yang evergreen ini mampu bertahan walaupun 100 tahun lagi. 'Nilai' yang dibawa oleh Rolex ini telah menjadi lagenda yang tak dapat dilupakan dalam dunia horologi & memberi impak yang sangat besar hingga menjadi ikutan watchmaker sedunia.

Rupa Submariner yang sangat dominan ini memberi imej yang low profile, prestige, segak & kemas. Apa yang cuba disampaikan oleh Rolex sangat jelas pada jam mereka itu hingga menjadi kegilaan ramai pengumpul jam sedunia. Maklumat yang aku dapat dari sahabat bro ex001, Submariner 16610 (model ada tarikh) belum tentu dapat dibeli oleh kita walaupun bawa cash ke kedai. Model ini, perlu mengikut turutan nama dalam waiting list yang telah lama menunggu. Model 16610 dijual macam pisang goreng sampaikan ada yang sanggup tunggu berbulan-bulan malah lebih untuk mendapatkannya. Bila kita nak beli, entah jauh mana nama kita di bawah sekali waiting list tu.

Nama Rolex sendiri amat dikenali walaupun orang kampung yang tak tahu pasal jam pun. Namanya sangat gah hingga ada kedai pajak gadai yang hanya menerima Rolex untuk digadai & tidak jam lain. Jam-jam Rolex boleh disimpan & dijadikan pelaburan. Harganya juga tidak banyak jatuh kalau nak jual. Sebab harganya meningkat saban tahun. Bila harga baru jam Rolex meningkat, jam 2nd hand juga turut menerima tempias & boleh dijual lebih tinggi dari harga beli.

Bentuk, design serta jarum lambang Mercedes mereka banyak menjadi ikutan watchmaker lain. Submariner yang dipaparkan ini adalah siri 14060M. Bentuknya 100% sama seperti 11610, cuma yang berbeza ianya tiada tarikh. Harga kedua-duanya juga berbeza. Submariner dibuat menggunakan bahan stainless steel bekualiti tinggi & hanya Rolex menggunakannya iaitu 904L (sejenis aloi corrosion-resistant stainless steel). Berbeza dengan Epos, ia menggunakan stainless steel 316L yang banyak sekali digunakan oleh watchmaker sedunia.

Dari segi tahap selaman juga berbeza. Epos hanya mampu bertahan sehingga 200 meter manakala Rolex lebih handal dengan tahap selaman sekali ganda menjadi 300 meter.


Finishing jam sangat ketara perbezaannya. Boleh nampak alur brush finishing pada Rolex yang cukup ketara & ia sukar diperolehi pada jam dangan stainless steel 316L. Warna bezel, jenis font & design bezel Epos banyak dipengaruhi Rolex. Datang dari keluarga Swiss, Epos bukanlah nak menjadi Submariner.... hanya mengampil ciri prestige yang ada pada Submariner. Saiznya yang besar itu sangat sesuai jika digandingkan dengan Rolex Sea-Dweller. Epos membawa ciri yang cukup standart & boleh menyamai Rolex sebenarnya. Dengan harga yang berpatutan, ia menjadi salah satu pilihan homage kepada Rolex.


Cara finishing ke atas Rolex & Epos juga berbeza. Keseluruhan Epos adalah brush finishing, manakala Rolex brush finishing pada bahagian atas casing & polished finishing di sisinya. Tiada lubang lug disediakan di sisi Epos sepertimana Rolex. Selain dari design bezel yang sama, design bracelet kedua-duanya juga sama.

Kedua-dua crown jenis skru down & saiznya juga hampir sama. Saiznya sangat sesuai untuk jam jenis skru down. Tiada logo pada crown Epos, manakala Rolex ada dengan 3 dot padanya. 3 dot itu melambangkan sistem Triplock yang ada padanya. Sistem ini mempunyai 3 sistem gasket di dalamnya. Apabila crown diskru-down rapat ke dalam casing, sistem ini memberikan suatu lagi perlindungan terhadapnya.


Saiz kedua-duanya sangat berbeza & jelas dalam view ini. Saiz bracelet Epos lebih lebar & mempunyai clasp yang pendek, manakala Rolex pula sebaliknya. Selain dari enjin buatan tangan pada Rolex, harganya yang mahal itu juga disumbangkan oleh penggunaan sedikit emas putih pada jarum & indeks bezel (kalau tak salah aku). Penggunaan emas putih ini bagi mengelakkan kedua-dua bahagian itu dari menjadi pudar & berkulat dalam jangka masa panjang.... (sila betulkan jika maklumat ini salah). Ramai yang tak tahu pasal ni...


Bukaan clasp memberikan rupa yang berbeza. Tiada engraving dibuat di dalam link clasp sepertimana Rolex.


Cara & design extension clasp pada Epos hampir sama dengan Rolex. Nampaknya Epos sangat menyintai Rolex dalam banyak segi.


Keunggulan yang ada pada Submariner tidak dapat dinafikan lagi. Serius dalam membawa imejnya setanding dengan namanya itu. Rasa selesa, hebat, mantap & lain dari yang lain serta suatu lagi perasaan yang aku tak dapat gambarkan... aura yang dikeluarkannya cukup kuat.

Kedua-dua jam mampunyai ciri-ciri yang hebat & sesuai dengan gaya yang tersendiri. Epos tersendiri dengan kualiti yang mengagumkan... manakala Rolex telah menjadi lagenda & ikutan sepanjang zaman...


*********************************************


Untuk bacaan lebih lanjut untuk setiap jam ini, boleh layari review yang lepas pada link di bawah.



Leia Mais…

Sunday, January 17, 2010

Modifikasi jam

Minat manusia ni pelbagai. Ada yang sukakan sesuatu berkeadaan asal & ada juga yang sukakan modifikasi untuk mencari kelainan dari orang kebanyakan, contohnya kereta & moto. Macam-macam yang dibuat ke atas kenderaan tu sampai hilang rupa asal. Ada yang sanggup melabur berpuluh ribu ringgit modifikasi kenderaan kesayangan ke tahap yang orang lain tak terfikir. Kesemuanya itu hanya untuk kepuasan sendiri. Wujudnya mereka ini juga membolehkan kita menyaksikan tahap 'kegilaan' manusia yang mempunyai minat yang pelbagai.

Begitu juga bagi mereka yang gilakan jam. Bagi yang sudah bosan dengan rupa asal, bolehlah buat modifikasi pada jam anda itu. Mungkin dengan sedikit modifikasi boleh memberikan suatu kepuasan & 'nyawa' baru kepada jam itu.

Boleh jumpa banyak jam-jam custom di internet. Tengok jam-jam ni buat rasa semangat nak buat juga. Ada yang memang cun betul. Dalam banyak-banyak jam, Seiko yang paling banyak dibuat. Mungkin disebabkan sparepart jam ni yang banyak & murah, ia menjadi pilihan mereka yang sukakan modifikasi. Saksikanlah...


Seiko SKX

Seiko diver SKX007 ataupun dikenali sebagai SKX Bond. Selain bracelet design lain, jarumnya juga telah ditukar.


SKX dengan bezel yang berlainan. Ditambah pula dengan tali kulit berlubang, rupanya yang asal telah bertukar hanya dengan modifikasi yang minimum ini.


Model yang sama dengan banyak modifikasi.... dail, jarum, insert bezel & bracelet.


SKX pilot, mungkin itu nama yang sesuai untuk jam ni.


SKX dengan casing PVD coating, jarum & dail custom dari Samurai kalau tak salah.


Perubahan yang agak ketara pada SKX ini. Owner membuat perubahan drastik dengan 'menghilangkan' hari/tarikh pada jam ni. Terfikir juga macam mana nak buat insert bezel sebegitu.


Ini pula suatu perubahan yang agak extreme. Perubahan dari diver ke military menampakkannya sesuai untuk pemandu kereta kebal.


Cun! Pemiliknya pandai bermain dengan warna & bezel. Modifikasi pada dail adalah seperti Doxa Sub & jarum adalah dari Samurai.


Modifikasi kedua pada jam yang sama ini sangat cantik. Penggunaan jarum ini sangat sesuai. 5 bintang!



Seiko Monster

Namun bukan semua modifikasi 'kena' & sesuai. Ada juga yang kurang menarik pada aku. Contohnya Monster di atas yang hanya bertukar jarum. Orange Monster dengan jarum putih agak kurang sesuai, tapi jarum hitam dengan Black Monster nampak ok juga.


Ini juga perubahan yang sedikit. Hanya bertukar layer pada dail saja. Nampak berlainan skit.


Suatu modifikasi yang agak kurang memberangsangkan. Dail dibuat hitam seperti SKX Bond. Tapi tak berapa 'masuk' dengan design jarum & dail tu.


Penggunaan dail hijau padanya melambangkan pemiliknya seorang yang berani. Nombor bezel yang engraving itu diletakkan bahan luminous padanya. Sudah pasti dalam gelap ia nampak cantik.


Satu lagi modifikasi yang agak minimum. Yang bertukar hanyalah jarum, dail & bracelet.


Modifikasi yang dibuat ini bagaikan keseluruhan jam nampak seperti diperbuat dari titanum. Entah coating apa yang digunakan. Dail hitam dengan lining jarum & marker hijau nampak cantik juga. Simple & menarik.


Ini suatu modifikasi yang pada aku sangat cantik. Penggunaan dail & jarum pilot style dengan luminous oren yang bergabung dengan casing Monster ini nampak sangat sesuai.


Modifikasi ini sangat sesuai serta cantik. Rupanya bertukar menjadi Monster Pilot.



Seiko Samurai

Samurai standart dengan modifikasi jarum.


Modifikasi bezel hitam & jarum memberikan rupa yang sangat cantik pada jam ini. Rupanya seakan-akan Seiko Samurai bro Detikduabelas.


Suatu lagi perubahan yang minimum. Tapi jam ini bukanlah dari pemilik jam. Tapi jam di kedai dalam display. Kata seller, jam ni dikeluarkan dari kilang begini. Tetapi ikut pengetahuan aku & kawan-kawan, tidak ada keluaran Samurai yang sebegini. Dah la nak jumpa original pun susah, yang jumpa pula begini rupanya. Rupa original telah tiada & jarum itu kurang 'kena' dengannya. (Gambar ehsan bro Detikduabelas)


Suatu modifikasi yang extreme. Perubahan ini menampakkan seperti jam ini sudah karam berpuluh tahun dalam laut. Dengan panorama begitu, ia betul-betul nampak macam kapal karam. Genius!



Seiko Turtle

Pemiliknya mungkin seorang peminat Doxa Sub.


Bijak kerana kombinasi jarum, dail & bezel sangat sesuai dengan bentuk casing ini.


Seiko Doxa. Dail dengan marker yang hampir sama dengan Doxa Sub & dengan kombinasi jarum itu membuatkan ia seperti Doxa Sub yang original.
Hmm... Ni yang buat aku nak cari Turtle gak ni....


Untuk melihat pelbagai lagi jam custom, boleh layari gambar Seiko custom.
(Terima kasih bro Ahmad Norman)


Ada juga website yang menjual jam mengikut kesukaan kita. Kita boleh order custom/personalize ikut seperti yang kita nak. Boleh layari 121 Time untuk maklumat lanjut.

Leia Mais…