Suatu ketika dulu ungkapan 'jam telefon' sangat popular. Konsep jam telefon pada waktu itu yang aku faham seolah-olah macam jam James Bond yang berfungsi sebagai telefon. Hebatnya! Maklumlah masa tu aku masih sekolah rendah lagi. Pentafsiran maklumat boleh jadi pelik-pelik.... Macam-macam bentuk yang bermain di fikiran pada waktu tu....
Pengenalan aku dengan Casio Databank 30 oleh sahabat aku pada ketika itu, telah membawa aku mengenali kepada beberapa lagi model Databank seangkatannya. 'Jam telefon' yang disampaikan ke telinga aku tu sebenarnya adalah model ini....
Casio Databank Phone Dialer DBA-80
Casio Databank Phone Dialer DBA-80 dikeluarkan pada tahun 1987. Aku mula mengenalinya sekitar awal tahun 1990an. Kenal pada rupanya saja. Fungsinya aku masih tak tahu & tak begitu faham apa yang dimaksudkan dengan phone dialer. Ajaran pada waktu itu jam ni boleh telefon.... hmmm.... tak percaya sebenarnya pasal waktu tu aku dah mula mengenali jam & tahu serba sedikit pasal jam Casio ni.
Sebelum memiliki Casio Databank 50, aku selidik jam ni.... walaupun tidak mempunyai sumber informasi internet & tidak bertanya seller pada waktu tu, info yang aku dapat darireview kawan aku masa tingkatan 1 dulu mengenai Casio Databank 30 miliknya telah memberikan aku sedikit fahaman mengenai fungsinya.
Jam ini bukanlah berada dalam impian aku pada waktu itu kerana idaman aku tetap Casio Databank & bukannya Databank phone dialer ini kerana aku tak berapa minat disebabkan ia tidak boleh dipakai lasak, ia bukanlah jam kalis air & lubang di tengah tu memungkinkan air masuk dengan cukup mudah. Mungkin disebabkan lubang itu & seperti ada speaker di dalamnya membuatkan ramai yang menganggap jam ini boleh telefon. Kagum juga jam telefon wujud sebelum adanya telefon bimbit seperti sekarang....
Rupa model Databank tidak 'lari' & hampir sama saja. Fungsinya yang pelbagai itulah yang menarik minat aku terhadapnya & dengan ketiadaan telefon bimbit padam waktu itu, jam dengan kelebihan ingatan nombor telefon di dalamnya sangat memudahkan kehidupan pada zaman itu.
Bila umur semakin meningkat remaja & Databank 50 sudah ada di tangan, aku sudah mula tahu yang Casio Databank Phone Dialer DBA-80 ini sebenarnya memiliki kelebihan mendail nombor telefon & jika digunakan pada telefon awam, jam ini boleh dail nombor itu tanpa perlu kita memasukkan duit ke dalam telefon itu pun. Aku tak berapa percaya cerita mengenainya yang aku dengar dari banyak sumber & aku masih tidak percaya akan kelebihannya itu.
Alangkah ruginya juga kerana aku tidak memilikinya pada ketika itu kerana ia memang berkeupayaan untuk berbuat demikian tanpa perlu kita mengeluarkan duit pun. Tiba-tiba saja aku terasa macam orang jahat... wakaka.... Kesahihan mengenainya disampaikan oleh 2 seller jam ini. Sekarang pihak Telekom telah mengenalpasti kebolehan jam ini & mengenalpasti kelemahan telefon awam pada waktu itu & sekarang mereka telah mengebah sistemnya.... Kini kelebihan jam ini hanya tinggal kenangan & aku cuba membuktikan ketidakbolehannya beberapa hari selepas mendapatkannya.... ternyata memang tidak boleh.... & display telefon awam itu pun berubah menjadi haru biru selepas aku cuba.... rasa bersalah pula aku.... minta maaf no..... aku hanya nak mencuba saja.... hehehe....
Sebenarnya telah beberapa lama aku fikirkan nak beli jam ni. Memandangkan aku memang sedang memburu model-model lama Casio & model ini berada dalam nostalgia aku, aku cuba dapatkannya juga. Jam ini aku beli semasa bercuti di Johor.... kedai lama di pekan kecil ternyata mempunyai model-model lama yang sudah tidak dipandang lagi oleh generasi baru. Model-model yang akan memasuki era klasik tak berapa lama lagi hanya menjadi hiasan meramaikan majlis display di kedai-kedai menanti tuan baru yang tak kunjung tiba. Banyak juga jam-jam lama yang aku jumpa yang talinya sudah menjadi bergetah, melekit & ada juga tali yang sudah pun reput....
Jam yang aku beli ini adalah NOS. Beberapa kedai aku jumpa masih mempunyai model ini. Waktu jumpa, tak terasa nak beli pun... tapi berjumpa jodoh di Johor juga rupanya. Kedai tu masih mempunyai satu lagi jam ini & boleh aku cuba dapatkannya jika ada yang berminat bila aku bercuti di Johor raya nanti.
Jam dengan button yang banyak suatu yang mengujakan aku suatu ketika dulu. Suka main tekan-tekan & rasa advance.... bila jam ada banyak button & fungsi...
Japan made..... memang suatu ciri yang aku nak. Lihat casebacknya.... tiada skru..... hanyasnap-on saja. Salah satu sebab tu tak kalis air.... Menurut seller, jam ini masih dikeluarkan lagi tapi sudah bukan buatan Jepun.... tapi aku tak berapa percaya infonya kerana yang aku tahu jam ini telah pun dihentikan pengeluarannya sudah lama & aku tak pernah jumpa model ni selain dari Japan. Katanya lagi, model terbaru selepas Japan sudah tidak mampu mendail telefon seperti ini lagi. Kesahihannya aku tak dapat pastikan.... Mungkin ada kawan-kawan yang pernah jumpa jam ni buatan negara lain.
Fungsinya....
Jam ini mempunyai 6
mode.- Databank (50 memori simpanan nombor telefon)
- Schedule (boleh simpan schedule ataupun peringatan tarikh & data... jam akan berbunyi bersama peringatan pada tarikh & waktu yang telah ditetapkan).
- World time.
- Alarm.
- Timer.
- Stopwatch.
Lampu kuning beb...
Kalau perasan, ada speaker comel di dalamnya & mungkin itu memberi kepercayaan jam ini boleh telefon.... & dengan tertulisnya PHONE DIALER... mengukuhkan lagi prasangka itu....
Button kiri tertera 24H/PHONE.... PHONE? Menang betul boleh telefon & bercakap la ni.... sebenarnya button itu digunakan untuk mendail nombor yang telah disimpan di dalam memorinya.
Caranya.... letakkan jam pada ganggang telefon & tekan botton (bulatan kuning).... jam akan tolong mendail nombor tersebut & bunyi dail akan kedengaran. Seronok juga dengar bunyi dailnya tu. Tit, tut, tut, tit, tut.....
Jika dulu fungsinya ini menyelamatkan duit penggunanya... kini ianya menjadi sejarah yang boleh dikongsi cerita saja. Menurut seller, jam ini suatu ketika dulu cukup laris & dia terpaksaorder banyak lagi akibat kehabisan stok. Menurutnya lagi, para tentera cukup suka dengan jam ini. Jam ini didatangkan dengan dua versi.... satu dengan casing resin begini & satu lagi stainless steel. Aku lebih suka resin kerana lebih bernostalgia pada aku....
Pemakaian di tangan tak ubah seperti Casio Databank aku sebelum ini.... rupanya sama melainkan lubang di tengahnya itu saja. Seperti biasa, jamnya cukup ringan seperti tak pakai jam. Jam ini tidak boleh dipakai untuk aktiviti lasak... tak sesuai. Aku belum pernah pakai jam ini ke mana-mana melainkan dalam rumah saja. Aku tak berani pakai di khalayak ramai kerana takut terkena percikan air...
Kelemahannya? Tak juga... bergantung kepada cara pemakaian kita. Aku risau secara tak sengaja terkena air sebab kebiasaan aku yang pakai jam diver.... risau takut terlupa aku sedang pakai jam ni. Tambah-tambah dengan aku yang setiap hari naik motor ke tempat kerja.... tak berapa sesuai aku memakainya.
Lihat saja persamaan yang wujud di antara mereka...
Fungsi yang dimiliki kedua-duanya adalah sama melainkan Phone Dialer mempunyai kelebihan tambahan iaitu dapat mendail nombor telefon.
Hampir tiada perbezaan di antara kedua-duanya melainkan speaker di tengah Phone Dialer. Skrin LCD yang dimiliki Phone Dialer juga sedikit berbeza dari segi saiz. Design jam 80an ini sudah agak ketinggalan... namun ciri-ciri ini mencerminkan nilai klasik & umurnya.
Casio Databank Phone Dialer DBA-80 kini sudah menjadi sejarah. Jejaknya pasti sudah meninggalkan kesan kepada mereka yang pernah menggunakannya. Bakti & jasanya banyak... walaupun hakikatnya suatu kesalahan.... tapi keunikan & kelebihan yang ada padanya pada ketika itu tidak mampu disaingi oleh jenama lain & merupakan satu-satunya jam di dunia yang mempunyai fungsi terunik ini.....
Leia Mais…