Saturday, March 13, 2010

Biaq betui......

Aku tak tau nak letak tajuk apa sebenarnya. Jadi hentam sajalah... Jam ni sebenarnya kepunyaan bro Ijan Jamlama. Ada sedikit masalah dengan jam ni... Kesian... banyak doktor dah jumpa tapi semuanya tak mujarab. Dari Sarawak, sampai ke tangan Abg Lan Jamlama... akhirnya sampai kat tangan aku.... dah lama sebenarnya jam ni masuk dalam simpanan, sampai terlupa ada jam ni. Ehehehe..


Masalah jam ni cuma satu.... lubang lug cetek sangat. Bila pasang tali, mudah tertanggal dari lug. Nampak ada kesan pateri kat lug. Mungkin lubang lug dulu terlalu luas. Cuma aku pelik macammana lubang lug ditebuk sebegitu rupa. Rasanya luang tu pun custom made.

Aku tanya kedai jam pasal nak tebuk lubang tu. Ada yang nak tengok jam dulu. Rasanya dia nak hantar kedai lain yang boleh buat juga. Lambat la camtu. Kos tebuk mungkin tinggi camtu. Last-last aku terfikir nak cuba buat sendiri dengan sokongan bro Ijan sama.... kalau tak jadi.... err.... terpaksa aku beli jam tu... ekekeke...

Terfikir juga macam mana nak tebuk. Alat yang bakal aku guna tu, keluar air.... jam lama dah tak water resistant. Aku siap balut jam tu macam mumia. Punyalah tak mahu air masuk.... Lepas tu jam terbiar lama sebab sibuk sangat..

Baru-baru ni aku terfikir nak tengok enjin jam tu. Aku pun buka la caseback.... alangkah tertipunya tipah....

.... rupa-rupanya jam boleh dileraikan macam ni. Aiseh... bro Ijan pun tak bagi tau boleh lerai camni... kalau tak, memang aku balut macam mumia. Lupa pula nak ambil gambar mumia tu. Hahaha...


Alat yang aku guna tak dapat digambarkan dengan kata-kata mahupun rupanya... Punyalah misteri sampai gambar jadi camni.... Atas langkah berjaga-jaga ianya terpaksa jadi camni...

Gambar proses tak dapat aku tunjuk, sebab terlalu misteri. Aku buat pun sorang-sorang petang tadi secara misteri dalam bilik. Takda orang nak ambil gambar...


Setelah beberapa percubaan, berjaya juga aku dalamkan lubang lug jam ni. Nasib baik menjadi... ehehehe.... Balik rumah, aku cuba pasang pin & ternyata tak mampu nak tertanggal lagi.... Bro Ijan, tak lama lagi akan sampai semula jam ni ke Sarawak. Dia dah rindu sangat kat tuan dia...


12 KOMEN ANDA:

amer|zhafran said...

tahniah bro..mmg DIY laa..baru betul2 pakar jam lau dah bleh repair jam guna tangan sendiri..mmg hebat..tabik spring kt abg..

btw..jam ape tu??nmpak vintage gila2 dah..hehe

duniajam said...

Tq. Pandai tebuk je. Nak repair enjin tak pandai lagi. Baru dok belajar skit2. Takda jam untuk korban. Hahaha...

Ni jam vintage. Tak pasti tahun bila. Mungkin 60an.

Zulekhzan B. Fauzi Saadi said...

ha...tu dia...lama betul jam ni jalan2 semenanjung ye...kdg2 rindu betul nak pakai jam ni...tq asmar...kalau la org tau apa tool yg kau pakai tu,memang lawak punya....hahaha....detail jam tu boleh dilihat di :
http://jamlama.blogspot.com/2009/07/rotary-air-force-military.html

TIMEasitis said...

apa la alat kau nie...musykil habis aku nie....kau pakai keris ke apa?..ke kau pakai company kau punya barang...hahahah

Narong said...

hooiii....aku repot kat pengarah tempat ko keje...penyalahgunaan equipment....aku pun nak pinjam weeeiii.....nak buat korek blok moto.....huhuhuh

ex001 said...

habis jam tu. dah ditebuk tupai.

Mr Dils said...

Bro, boleh tahan. setiap masalah ada jalan penyelesaiaannya. Nak cari jalan tu le ambik masa sikit. Nanti aku call hang nak belajaq...Boleh?

duniajam said...

Hehehe.... Tak dpt aku bgtau alat apa tu. Nanti bikin panas. Hahaha..

Aku main buat je tu. Hari tu je line clear skit. Wakakaka...

TIMEasitis said...

ish...serius musykil...kui kui kui

Anonymous said...

salam... lama tak explore blog kekawan... menjadi juga idea yang pernah aku terbayangkan hari tu...

Suka Jam said...

aku tau brg nih.. hehe!! Creative & berani.. Ni baru ganas, sesuai dgn samurai itam ko yg garang & ganas tuh..

duniajam said...

Sukajam, ssshhhh..... hahaha...

Abg Lan, mmg tak terfikir pun masa tu. Terasa nak minta technician ja tolong buat. Lps abg bg idea tu yg buat. Tu pun diam2. Payah kalau orang tgk. Banyak mulut. Nanti ada la nasik tambah... hehehe...