oLepas majlis konvokesyen adik, aku terasa nak ke Ikea. Bertahun-tahun sebelum ini berada di KL, tak pernah langsung aku jejak kaki ke Ikea. Lalu di depan dia selalu la. Famili semua pernah pergi. Selama ni asyik dengar cerita & tengok katalog saja, jadi sementara aku berada di KL nak ambil kesempatan ke situ. Wife selalu ajak pi singgah bila balik kampung, tapi tak berkesempatan..... sebenarnya segan nak pi sebab malas nak terlekat dalam jem.
Satu-satunya gudang Ikea di Malaysia terletak di Damansara. Berada bersebelahan dengan kompleks membeli belah One Utama. Gudang Ikea bersambung dengan kompleks Ikano & apa entah di sebelahnya tu. Tempat letak kereta sangat puas hati. Ruangnya luas, teratur, cerah & kemas. Guard yang ada menjalankan tugas dengan baik termasuklah tolong memberitahu parking kosong kepada pengunjung.

Cara persembahan di gudang mereka sangat menarik. Ia dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti ruang tamu, dapur, bilik tidur, lampu, aksesori dalaman rumah dan lain-lain. Bahagian ruang tamu menyaksikan banyak kubikel yang telah disusun perabot seperti ruang tamu. Setiap sudut pasti ada kelainan & susun atur perabot & aksesori juga sangat menarik perhatian. Setiap perabot & item di setiap kubikel tertera tag harga & kod yang perlu ditulis oleh pembeli jika berminat & diberikan kepada pekerja untuk mengambilnya nanti. Mereka membuat gudang ini jalan sehala. Pengunjung tidak akan tersesat dengan sususan & aturan di dalamnya. Ia dibuat supaya pengunjung meyusuri setiap ruang dalamannya & pasti tidak akan terlepas pandang setiap bahagian.




Ada suatu ruang yang menempatkan jam-jam dinding & loceng. Design yang sangat menarik & harganya juga berpatutan. Ada yang besaiz cukup besar, berkenan betul.... tapi lain kali kot aku beli sebab aku terbekenan dengan satu jam ni. Tinggal pun satu ja. Terus aku sambar. Sebenarnya, aku dah ambil suatu jam dinding. Murah sungguh. RM3.30. Terasa terpaksa beli... bila nampak yang tu.... terus letak balik...


Ingatkan tak beli apa-apa... terbeli juga beberapa barang. Dapatlah juga buat kenangan lawatan sambil belajar di Ikea. Nak datang lagi entah bila... Nak beli perabot jauh sekalilah... Sangat molek sekali sekiranya Ikea membuka cawangannya di Utara, Sabah & Sarawak.
Waktu operasi:
Isnin-Khamis: 9.30pagi-10.00malam
Jumaat-Ahad termasuk cuti umum: 9.30pagi-11.00malam
Layari: www.IKEA.com.my
4 KOMEN ANDA:
study lamp, tong sampah, bakul baju busuk aku, white board anak aku - antara barang yg aku pernah beli kat ikea...
perabot ?? - mahal laa harga kat ikea nih...tapi design dia mmg cun...menceriakan...harga jek yg tak larat....
kalau dah gila jam, jam juga yang dituju
Memang harga perabot mahal. Ada yang aku rasa boleh buat sendiri. Hehehe...
Kalau dah gila jam tu, camtu la. Punyalah teruja bila nampak jam. Hahaha...
hahha...baru nie aku dgn shidi pergi starhill...nampak jam dinding Corum dgn jam Meja Panerai...cun gila...tapi harga tak agak agak la
Post a Comment