Khamis (18 Mac 2010) merupakan tarikh yang tak dapat dilupakan oleh kami sekeluarga apabila adinda bongsuku menerima segulung ijazah setelah berpenat lelah selama 5 setengah tahun. Mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), pengajiannya yang bermula di Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka selama 1 setengah tahun (kursus intensif), kemudian melanjutkan pula pengajiannya ke Institut Perguruan Tuanku Ampuan Afzan, Kuala Lipis selama 4 tahun untuk program sarjana muda.
Program ini merupakan perintis apabila adikku merupakan batch pertama yang dibuat kursus ini di bawah anjuran Open University of Malaysia (OUM) dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Tidak seperti dahulu, perlu ada ijazah lain baru boleh mohon masuk ke institut perguruan di bawah program KPLI, program terbaru ini terus diserap masuk dengan sijil SPM. Jimat masa & wang.
Mungkin disebabkan majlis konvokesyen untuk program ini yang pertama, pihak OUM telah memilih PWTC sebagai tempat untuk berlangsungnya majlis ini. Ramai yang tidak berpuas hati dengan pemilihan tempat ini yang dikatakan tidak sesuai. Apa yang bakal diceritakan ini merupakan apa yang berlaku semasa majlis ini yang nampak poros & tidak profesional. Adikku & mak abah... malah hadirin yang hadir meluahkan rasa tidak puas hati & kecewa dengan apa yang berlaku.
Tempat diadakan majlis tak sesuai kerana dibuat di tempat yang sentiasa sibuk di tengah kota raya. Tempat letak kereta merupakan suatu masalah untuk semua orang. Aku pun jenuh cari ruang kosong. Tepi jalan PWTC semua penuh. Parking bertingkat juga penuh. Mujur ada pasaraya The Mall di depannya. Namun, kadar cas parking amatlah mahal!
Penganjuran yang tidak profesional oleh pekerja OUM yang mengendalikan graduan. Bahasa yang digunakan kasar seperti menengking para graduan apabila memanggil. Pintu masuk untuk ibu bapa juga tidak diberitahu di mana & ibu bapa yang hadir terpaksa bergegas ke sana ke mari mencari pintu masuk. Yang paling tak puas hati & amat mengecewakan apabila tempat duduk untuk ibu bapa tak cukup!!! Untuk apa diberi kad jemputan sekiranya tempat duduk tidak mencukupi? Mereka tidak bijak menganggar nisbah pelajar & ibu bapa. Pekerjanya juga tidak tegas & ada juga perilaku yang aku rasa tak patut disebutkan di sini.
Selepas meneliti situasi itu, rupa-rupanya pekerja telah melepaskan hadirin yang awal masuk dahulu tanpa melihat atau meminta kad jemputan sebelum masuk. Siapa yang datang awal dibenarkan masuk tanpa kad walaupun kanak-kanak kecil! Jadi hadirin lain yang ada kad, tak boleh masuk sebab penuh. Nampak sungguh kebodohan mereka di situ. Di mana kredibiliti OUM dalam penganjuran majlis yang dianggap bersejarah bagi semua graduan & ibu bapa? Alangkah kecewanya graduan apabila ibu bapa tak dapat melihat mereka menggenggam skrol di atas pentas. Perasan seronok & teruja terus hilang.

Kecewa apabila tiada komunikasi sesama pekerja. Dewan itu 6 tingkat. Dari tingkat bawah, nak masuk.... perkerja cakap tingkat atas kosong. Bergegas semua ibu bapa yang ada kad naik atas. Sampai di atas... cuma lepas 1,2 saja yang boleh masuk. Lepas tu cakap tingkat atas lagi.. Sampai atas, sama juga. Lepas tu cakap di bawah pula yang kosong. Pulak dah!! Bukannya semua orang muda, ada yang tak sihat & dah berumur terpaksa naik turun tangga semata-mata untuk masuk ke dalam dewan. Hanya hampa yang diterima.
Naik turun, naik turun tangga... semua orang kalut nak masuk. Akhir sekali abah 'sound' sorang pekerja sampai menangis. Pilu apabila dengar ada ibu bapa yang datang jauh dari Sabah, Sarawak yang datang nak tengok anaknya menggenggam segulung ijazah tak dapat masuk. Yang masuk pula adalah orang yang tak sepatutnya berada di dalam. Penuh budak-budak & anak kecil di dalam dewan. Paling menyedihkan apabila terdengar rintihan seorang ibu dari Pahang.... "kalau tahu tak boleh masuk, lebih baik pi motong".... Apa yang anda rasa apabila dengar ayat tu keluar dari seorang ibu yang susah? Sedih gila!!!

Ibu bapa yang tak dapat masuk, hanya menunggu di luar dewan. Di luar dewan disediakan 4 khidmat mengambil gambar, namun harganya amat tinggi. Untuk pembelian cenderamata juga mengejutkan apabila penjual jambangan bunga pun tidak tahu yang adanya majlis konvokesyen hari tu. Suasana agak sibuk apabila hari itu juga pekerja sedang sibuk menguruskan Pesta Buku Antarabangsa. Emmm..
Apabila majlis dalam dewan selesai, para graduan semua keluar & satu lagi masalah timbul. Sesak! Tu yang dikatakan tempat tak sesuai. Bila terlalu ramai orang di dalam ruang yan kecil & berasak-asak... ada yang pengsan.... Muntah ada...

Aku tak faham kenapa penganjuran OUM ini langsung tak profesional & nampak langsung tiada persediaan. Sebelum majlis juga tiada rehearsal diadakan & tiada persepakatan & persefahaman antara pekerjanya. Adikku kecewa apabila mak abah tak dapat masuk tengok dia. Frust betul! Pihak OUM perlu mengambil tindakan drastik memperbetulkan keadaan ini. Adalah lebih baik majlis konvokesyen ini diadakan di institut perguruan pelajar itu sendiri yang pada aku lebih baik & dapat diuruskan dengan baik.
8 KOMEN ANDA:
abang ipar ku marl...nanti kim salam kat abah...mintak maaf byk2 sebab sy tak dapat pi majlis konvo...ada tugas penting yg perlu diselesaikan.....huhuhu
pehh...hang ada adik tak pernah citer kat aku aaahhh...
congrats...moga2 menjadi pendidik yg terbaik...
Woi... abah marah ko tak datang. Bengang gila dia. Wakakaka....
Aku rasa semua geng PS Riderz tau. Ko terlepas dari pengetahuan rupanya. Ekekekeke....
ni yg buat sy bersemangat nk jadi cikgu nih..
hahaha
Bila dah ada semangat, usaha akan datang... insyaallah kejayaan pasti menjelma...
Byk silap ketua ajk pelaksana konvo ni.. tu yg haru biru konvo adik ko.. hmmm... syg tul ibu bapa x dpt tgk anak sendiri konvo.. antara peristiwaa bersejarah ni.. Bestnya aku konvo dulu2, bwk parent jln2 semenanjung.. Pi padang besaq wei.. juling bijik mata tgk barang masa tu..
Tu la. Apa boleh buat. Memang frust masa tu. Pengurusan memang hampeh. Geram tul aku....
Nasib baik balik Sarawak mata ko tak juling. Hahaha...
Sampaikan ucapan tahniah sy kpd adinda bro...hehehe.cita2 tu nak jadi ckgu jgk...tp last2 dok kilang.huhu
Insyaallah... terima kasih... Takpa, rezeki masing-masing. Kita merancang, Allah yang tentukan...
Post a Comment