Monday, March 22, 2010

Rombongan DJ ke rumah bro Hassan Detikduabelas

Beberapa hari sebelum ke KL, aku dah contact bro Hassan & bro Narong nak berjumpa nanti. Nak ajak sekali kawan-kawan lain sama. Tapi bila dekat-dekat nak sampai waktunya, masing-masing ada hal yang tak dapat dielakkan. Maka terpaksalah batalkan hasrat berjumpa. Pada masa tu juga, aku bercadang nak stay KL cuma sehari, tapi terlepas sampai 3 hari 2 malam. Hehe...

Hari terakhir, bro Hassan ajak jumpa pagi tu sebelum aku bertolak balik. Disebabkan aku terlalu 'pandai' jalan-jalan di KL, terpaksalah aku guna GPS cari rumah Hassan. Jumpa Hassan di Masjid Puchong Perdana & terus bawa ke rumahnya. Cantek sangat tu bro. Aku memang nak tengok sangat koleksi bro...

Terkejut aku tengok koleksinya. Rasanya kalau jual semua tu boleh beli kereta baru. Fuh! Banyak sungguh! Jam Seiko saja pun dah lebih banyak dari semua koleksi aku. Banyak model-model terutamanya Seiko yang belum pernah aku tengok. Model-model rare & pupus bro Hassan ada. Aku selitkan beberapa model yang aku suka tengok & rare...


Alba Manta. Patutlah dah takda... semua ada kat sini.... Aku cukup berkenan dengan oren tu. Tak sangka jam ni cukup solid. Dipacu oleh enjin Seiko 7S26, kelainan ditampilkan hanya pada warna dail, texture dail & bezel. Terdapat juga model limited edition yang menampilkan casing dengan PVD coating.


Suatu jenama yang cukup rare.... Dalil... Kompas di tengahnya itu menunjukkan arah kiblat. Bro Hassan turut mempunyai model Dalil diver yang cukup sporty & unik.


Sama jenama, tak sama enjin & fungsi. Junkers sebelah kanan merupakan model GMT yang dipacu oleh enjin quartz. Marker orennya itu memberikan wajah garang padanya.


Junkers, Moscow Classic, Junkers.... ke semuanya mempunyai persamaan, yakni ke semuanya adalah jam kunci. Aku cukup berkenan dengan Moscow Classic tu. Casing seakan-akan Pam itu juga mempunyai design dail yang hampir sama. Jarum subsecond gabungan warna merah-putih memberikan keunikan tersendiri padanya. Enjin jenis kunci ini adalah sama dengan Junkers sebelah kanan. Junkers itu menggunakan casing & bracelet yang keseluruhannya dari titanum. Cukup ringan & selesa di tangan.


Seiko 5 Sport. Sekali pandang macam jam biasa. Sebenarnya ia mempunyai inner bezel yang boleh berputar. Bezel itu boleh putar dengan putarkan crown. Masih berfungsi & berputar dengan cukup cemerlang.


Seiko Bullet! Nak cari satu pun susah, bro Hassan ada dua! Antara oren & hitam, hitam yang paling susah jumpa. Nama Bullet datangnya dari marker yang berbentuk seperti peluru. Chapter ring dwi-warna itu menambahkan seri rupanya. Hasilnya... suatu jam yang cukup sporty & garang.


Tiada perbezaan sangat di antara Bullet & SKX. Keduanya berkongsi casing, bezel & juga enjin. Perbezaan hanya pada dail & jarum saat saja.


Model yang sama tapi berbeza... berbeza dari mana datangnya. Sebelah kanan adalah Made In Japan (bulatan merah) & tertera juga tulisan 21 jewels pada dail. Model SKX yang tiada tulisan itu biasanya adalah dari Singapura.


Seiko Bullhead ini hanya mempunyai perbezaan pada warna dail & jarum saat. Namun terdapat juga perbezaan lain.... yang merah adalah Speedtimer. Boleh tengok tulisannya pada dail. Aku tak pasti apa perbezaannya. Semuanya nampak sama saja.


3 pahlawan Samurai ini bergandingan merebut hati sang puteri. Siapa yang menang, tiada siapa yang tahu kerana ke semuanya nampak gagah, garang & kacak. Samurai kiri merupakan model titanum. Tengah merupakan Samurai stainless steel & kanan adalah Samurai custom. Jam ini dibeli begini. Yang aku tahu tiada keluaran Samurai begini sebelum ini. Tak pasti samada memang wujud keluaran ini atau adalah kerja individu. Namun gabungan dail putih dengan bezel hitam besama jarum Monster ini memberikan rupa yang sangat sporty & kacak.


Perbezaan dengan Samurai stainless steel (SS) dengan Samurai titanum (Ti) sudah pasti pada bahan titanum itu. Ia juga berbeza pada dail, dimana Samurai SS mempunyai tekstur pada dail & Ti pula plain. Jarum & marker Ti juga lebih gemuk (gambar 1). Kegagahan Samurai nampak di situ. Model Ti juga mempunyai crown guard & bezel silver (gambar 3). Persamaan pada casing wujud di sisi bertentangannya (gambar 4). Jika di pandang dari sini, memang tiada perbezaan.



Menurut bro Hassan, ada satu lagi Samurai custom di kedai yang dibelinya itu. Namun gabungan jarumnya itu sangat tidak kena. Boleh tengok gambar Samurai tu di artikel lepas. Model Samurai kanan itu sangat segak apabila diletakkan di tangan. Cukup anggun & sporty serta mampu memberikan aura menoleh kepadanya.


Seiko Scuba digital? Memang aku tak pernah tengok bro... Manalah bro cari? Cukup cantik & langsung tak terjejas. Jam ini adalah NOS & masih terdapat plastik biru pada caseback. Cukup berkenan & sanggup aku letak duit jika bro Hassan nak jual.


Sumo hitam vs Sumo oren... suatu gabungan yang cukup mantap. Seperti yang disebutkan dulu, model JDM ini hanya boleh didapati di satu-satunya kedai di SS2, PJ. Hanya tinggal 2 saja model hitam. Sumo.... the end...


Seiko Turtle 6105-8110!!! Aku cukup berkenan bila pertama kali melihatnya. Patutlah bro Hassan sangat menggilainya. Jam-jam ini terlah difurbished dengan cukup cantik. DNA Sumo datang daripadanya.... pada jarumnya saja. Enjinnya boleh hack. Kedua-duanya sangat memukau pandangan mata & hati. Hatiku terpaut & akan mencarinya satu. Koleksi Seiko diver aku hampir lengkap....


Baby UFO vs UFO. Enjinnya sama namun casing yang berbeza. Kenapa Baby UFO? Saiznya kecil sedikit dari UFO. Perbezaan lain boleh lihat pada rupanya itu.


Sekali pandang sama.... renung betul-betul ada bezanya. Kanan adalah Speedtimer. Jangan tanya kenapa sebab aku memang tak tahu...


Zappelin.... Tempat lahir yang sama dengan Junkers..... Jerman. Model diver ini menggunakan Trigalight Microtec H3 ataupun orang dok panggil tube gas sebagai marker. Jarum hanya menggunakan luminous biasa. Teknologi tube gas tidak memerlukan pencahayaan untuk mengecasnya. Ianya akan bercahaya sendiri & terang di dalam gelap & tidak akan malap selama lebih kurang 20 tahun! Jenama-jenama military banyak menggunakan teknologi ini seperti Luminox, Marathon & Traser. Penggunaan tube gas ini cukup bagus untuk jam diver kerana lume tidak akan malap. Doxa & Ball sudah mula menggunakannya. Aku agak pelik kenapa Zappelin tak guna tube gas pada jarumnya juga. Nanti bila lume jarum dah malap, hanya dail yang bercahaya.


Ia dipacu oleh enjin ETA 2824-2. Bagaimana nak tahu model enjin ETA? Senang saja.... tenung betul-betul pada nombor di bawah balance wheel. Akan tertera jenis enjinnya seperti dalam gambar kecil.

Banyak lagi koleksi bro Hassan yang cukup mengujakan aku. Bateri kemera aku hampir habis ambil gambar jam-jamnya. Hampir 3 jam aku lepak rumah bro Hassan. Masih banyak jam yang masih tersimpan & tak sempat aku tengok. Mungkin lepas ni, kita akan buat perjumpaan besar-besaran seperti yang dibuat rakan-rakan di Indonesia....

Wassalam....

16 KOMEN ANDA:

TIMEasitis said...

kalau buat perjumpaan besar besaran ...pasti aku malu nak datang...jam ada sikit jer..kui kui...apa kata bagi alamat bro hassan...ingat boleh buat rompakan besar besaran ...heheheh...mana shidi...kau nak join aku tak?? kita rompak sarjan hassan

duniajam said...

Kalau kira malu tu, aku lagi la. Koleksi aku jam2 biasa ja. Tak kisah pun sebenarnya. Yang penting semangat persahabatan antara kita tu yang penting. Bukannya nak buat perlawanan sapa paling banyak jam. Hehehe... Kawan aku ada 3 jam je. Tapi dia punya semangat cukup tinggi. kuikuikui...

Kalau Sarjan Hassan aku tak berani bro. Senapang beso gajah dia ada. Cari nahas namanya. Ekekeke...

she-D said...

Setakat Senapang gajah tak main ler..kita ader Bazooka Tenuk Merah tau..sekali tembak berkecai pangkreas wOOO..Nazri depa ni Durian kita ni ubi lenyek..mana boleh duduk satu meja ngan depa..sob..sob..nasib baik adik DJ cun kalau tidak dah lama majok tau..muekekekekeke..

timur said...

Sarjan Hasan senapang pakai peluru bazooka tau...

OK! Bilangan jam tak penting, yg penting semangat! Kumpul semangat dulu baru kumpul jam...

Kalau boleh BELI jam tiap2 bulan, Tiap minggu lagi bagus... Kalu dah banyak sangat simpan bank, mcm simpan duit.

duniajam said...

Aiseh... ke situ lak. Hahaha... Aku ni buah langsat je... Huhuhu...

Betul. Bilangan tak penting. Yang penting semangat & silaturrahim antara kita. Nak dapat share dgn org yg minat sama bukan senang. Bila jumpa, memang seronok sangatlah. Ehehehe...

Macam aku yang kira baru start kumpul ni memang takat tu je la kemampuan aku. Skit-skit upgrade. Tu yang nak kurangkan lagi stok yang ada. Nak simpan yang betul-betul suka ja. Ekekeke...

TIMEasitis said...

Dj boleh blah nak kata kau baru nak start kumpul jam...sedangkan boy london darjah enam kau pun masih simpan...kau lagi hardcore, by the time kau sebaya sarjan hassan, jam kau boleh buat tutup lantai..punya banyak...

Narong said...

aku mmg dah lama jek perati n riki2 umah bro hassan nih....sikit ari mmg aku rampok rumah dia...mmg aku larikan samurai titanium, 6105-8110, sumo oren, alba wave oren.....aaaahhh.....alang2 tuh satu peti besi dia la aku larikan...huhuhuhu

dabudabi said...

aku dengar bank2 ni apehal..korang jgn..bro hassan dah upah bodyguard dah..ketua dia Tuan Kamal Ariffin tu..jgn main2 hehehe...

TIMUR said...

Haha...Buat apa masuk umah Srj Hassan lalu tingkap, umah dia tak da pintu ka?? Atau memang tak jumpa pintu? Tapi sebelum rampok beri le salam dulu, sampaikan hajat bertandang tu dengan sopan santun dan berbudi bahasa... kalau boleh berpantun-pantun...amacam?

she-D said...

Mekum..boleh merompak???Wakkakakaka...BRo Timur ni kut sarjan hassan nie..anyway kalu bertandang kt KL singgah2..boleh kongsi Info ker..

duniajam said...

Hahaha.. masa zaman Boy London dulu, terasa nak simpan je. Maklumlah budak2. Jam dah tak boleh pakai, aku simpan. Tu yg masih ada. Zaman budak2 pakai Casio. Bila start keje yg baru mula secara serius. Muahahaha...

Nanti kita buat perjumpaan, kita jumoa semua orang. Baru best. Kita buat hujung minggu. Tapi bukan dalam masa terdekat ni la. Rasa penat drive jauh tak hilang lagi. Nak bawa keta pun segan. Aku naik moto ja p keje. Hehehe...

ex001 said...

wuih byknya jam! ni baru pengumpul jam namanya .
Kalau pakai jam lain2 hari2 mau 2 thn baru habis pakai semua ni.

duniajam said...

Tu wa... Banyak sungguh. Banyak yg unik. Jom ramai2 buat rombongan ke rumah dia. Kalau ramai2 tu, tak sempat pandang. Boleh sebat 1,2 dlm poket. Bro Hassan tak perasan kot... Muahaha... Bukan aku kata, hati jahatku yang berkata-kata. Harharhar...

Aku nak buat survey psl perjumpaan kita nanti....

TIMEasitis said...

jumpa jgn tak jumpa...tapi kan nak jumpa..cari tempat sesuai...kedai mamak memang ok ..tapi kalau nak display jam masing masing maybe tak sesuai....cari tempat elok sikit la..boleh makan..boleh borak...boleh tunjuk jam..and yang pasti ramai nak amik gambar...so kena ada space nak buat benda benda tue

JACK' TREASURE CHEST said...

Doktor DJ... kenape x ajak aku gi umah Hassan, aku free minggu tu huhuhu

duniajam said...

Aiseh. Sebenarnya memang berhajat pun pagi tu. Cuma terfikir tuan Syed kerja hari tu... huhuhuhu....