Wednesday, March 17, 2010

Boleh kunci jam Seiko?

"Ya! Memang boleh".

"Habis tu bila wind crown jam Seiko takda apa kesan pun"....


Sebenarnya memang boleh. Tapi caranya agak leceh & memerlukan alat untuk membuatnya. Tapi sekurang kurangnya power reserve jam tu boleh bertahan lebih lama dari hanya menggoncangkannya. Aku cerita untuk enjin Seiko saja. Sebab jam lain boleh kunci. Aku rasa cara ni boleh juga diguna pakai untuk jam-jam Orient juga.



Jam pilihan, Seiko Helmet 6139 & Seiko 7002. Kebiasaan enjin Seiko pasaran kita & enjin lama tidak mempunyai fungsi kunci. Seiko hanya membenarkan enjin yang terbaik untuk mereka saja. Maka dapatlah kita enjin biasa ini. Namun, bukanlah tidak bagus. Memang terbukti enjin Seiko cukup tahan, reliable & dipercayai.


Kalau dah tak boleh kunci pada crown... habis tu di mana? Apa yang nak aku ceritakan caranya ni mungkin agak leceh.... leceh la juga sebab nak kunci enjinnya perlu kunci pada enjinnya secara terus (direct). Bermaksud di sini, kena buka caseback lah....



Bila dah buka caseback, tempat yang perlu dituju untuk enjin ini ialah pada skru dalam bulatan merah tu. Skru itu terletak pada gear enjinnya yang besar. Caranya....



... gunakan screwdriver leper pusingkan skru ikut arah jam. Kalau lawan jam, skru tu akan terkeluar pula dari gear. Pusingkannya & akan kedengaran bunyi "kreeeekkk".... seperti bunyi enjin jam lain yang dikunci. Pusinglah berapa kali yang suka... macam kunci crown lah...



Pilihan kedua ialah Seiko 7002. Enjin jam ni lebih kurang sama dengan kebanyakan enjin Seiko lain.



Enjin ni senang nak tengok sebab memang nampak gear yang besar tu.



Seperti tadi, pusingkan skru ikut arah jam. Tindakan ini akan 'mengunci' enjinnya. Seperti jam yang boleh kunci pada crown, enjin ini juga boleh cumanya perlu tenaga, masa, khudrat & semangat untuk buat. Jika jam tu power reserve tak lama jika hanya menggoncangnya... maka inilah salah satu penyelesaiannya.


Selamat mencuba....

7 KOMEN ANDA:

amer|zhafran said...

tq bro sbb wujudkan DIY nih..sy mmg duk fikir mcm mana nk bg power reserve jam seiko military sy kuat balik..jam sy lau x pakai dlm 5 jam dah KO..huhuhu...n skrg dah jumpa penyelesaian masalah power reserve nih..tq boss...

Narong said...

fuh..pepagi dah kena bukak caseback jam sebab nak kunci jam...alasan bagus kalau bos aku tanya apasal aku selalu lambat pi keje..huhuh

TIMUR said...

DJ ni betui2 seorang DOKTOR laa... Bukan setakat gigi, kalau jam tak jalanpun boleh pegi bikin kat klinik pergigian...err tapi klinik dia aje la...kalu teruk boleh dapat MC kut? Fuh!

duniajam said...

Ilmu di diperturunkan oleh seorang Prof Madya kat aku. Gempak dia ni. Memang otai sungguh. Hehehe...

Narong, Jangan ko lambat pi keje ckp aku yg suruh buat. Hahahaha...

Timur, jgn jam yg teruk pun mai minta MC. Nanti serba salah aku... Ekekeke...

Woi! Tak tidoq lagi ka? Aku takpa la mmg tengah cuti... wakakakaka....

Tok Janggut said...

Ilmu yang sgt berguna...trima kasih Bro....

Suka Jam said...

Thanks bro, coz ada seketul seiko aku boleh mati time pakai.. cis!! Citizen gak thn power reserve dia kalau jam2 jepun ni..

duniajam said...

Berbanding Seiko, enjin Citizen lebih halus. Boleh kunci plak tu. Power reserve pun tahan. Yang paling best... harganya jauh lebih murah dari Seiko

Kalau kawan2 ada apa2 tips untuk dikongsi... bolehlah email ka, SMS ka, pos surat ka. Tak kisah. Nama korang akan dikreditkan dlm tips tu. Kita kongsi sama2...