Maklumat terbaru dari bro ex001.
Rolex Submariner date stainless steel sekarang akan dihentikan pengeluarannya. Ia akan digantikan dengan model yang diperbuat dari ceramik. Seperti Omega Seamaster yg keluar dengan casing liquid-metal, Rolex juga turut serta mengeluarkan model yang lain dari kebiasaannya. Pembaharuan ini bukan saja suatu yang baru malah juga akan turut menaikkan lagi harganya yang sudah sedia mahal.
Nampaknya, Submariner turut menerima nasib yang sama dengan model Sea-Dweller yang sudah pun dihentikan pengeluarannya & digantikan dengan model Deep Sea. Barangsiapa yang berkemampuan, eloklah sambar 1 Submariner sekarang sebelum harganya melambung jauh lebih tinggi.
Kalau sudah dihentikan perngeluarannya nanti & tetap berkenan dengan model stainless steel, alternatif samada stok lama ataupun jam terpakai. Rasanya harga 2nd hand pun akan turut naik kalau permintaan tinggi.

4 KOMEN ANDA:
Sekarang pun dah keluar submariner dengan bezel lacquer bukan macam dulu.
Untuk pengetahuan pembaca, jam Rolex dah pun naik harga 7%.
Setiap penambahbaikan atau pembaharuan sudah pasti ada peningkatan harga.
Kalau takda apa perubahan pun Rolex akan tetap naik harga. Tambahan dengan model yang bakal keluar nanti, rasanya Submariner akan cecah RM30k... Kesiannya kat aku... isk...
hehehe jgn bimbang bro, jam 2nd hand byk.
Rolex dah hentikan pengeluaran Stainless steel bezel submariner dan gantikan dgn ceramic bezel submariner. Dan yg terbaru ceramic Sub kaler ijau. Mcm hulk. so sekarang submariner dah ada muka hitam, biru dan hijau. dah makin kalerful. sikit hari lagi mungkin keluaq muka oren pulak utk lawan oren monster hehehehe.
utk gambar2 sub terbaru boley tgk kat sini. Cun WOOOO. mcm nak 1 jaa hehehe.
http://forums.timezone.com/index.php?t=msg&th=1446392&start=0&rid=58864
Lawa gilos. Berkenan betul kat Explorer tu. Hadoi......
Post a Comment