Wednesday, March 30, 2011

Suka duka 2 tahun bersama Dunia Jam


Bertarikh 24 Mac 2011 yang lepas, cukuplah 2 tahun DUNIA JAM wujud di alam maya ini. Bertitik tolak dengan niat untuk memberi maklumat kepada pembaca, ia diteruskan untuk berkongsi minat & maklumat, pencetus minat, hub maklumat, bertukar-tukar fikiran, percambahan idea, menambah kenalan dan sebagainya.

Nama DUNIA JAM dipilih selepas beberapa nama dibentuk... Ia nampak ringkas & memberi definisi yang jelas akan maksud blog ini. Tahu siapa yang bagi nama? Isteri aku! Haha... Beliau banyak memberi idea & cadangan kepada aku, berkongsi minat & memberi semangat dalam pengendalian blog ini. Terima kasih sayangku....


Apa ya?


Pada ketika penubuhannya.... hanya beberapa blog saja yang wujud pada ketika itu... Mereka ini merupakan otai & pencetus blog jam di Malaysia.... Nama-nama penting dalam blog Malaya ialah Irhomdeys, Jamlama, Jamkoleksi, Classicmalaya... Mereka merupakan pioneer blog jam di Malaysia. Dengan konsep jualan jam secara maya, aku pula terpanggil untuk mewujudkan blog informasi mengenai jam memandangkan tiada lagi blog informasi jam wujud pada ketika itu... Sebagai tuntutan fardhu kifayah, aku cuba wujudkan blog ini sebagai blog informasi pertama dalam bahasa Melayu (& akan dikekalkan begitu) walaupun pada waktu itu aku sangatlah jahil mengenai jam... Sekurang-kurangnya aku sendiri dapat menambah ilmu dalam pencarian idea & info mengenai jam. Di samping itu, sebagai salah satu sumber maklumat bagi mereka-mereka yang memerlukan informasi sepertimana pencarian aku dulu yang terkontang-kanting mencari maklumat jam.

Aku tak kisah akan populariti (hit) blog ni memandangkan ia berbahasa Melayu... kalau bahasa Inggeris, satu dunia boleh baca.... Bila dalam bahasa Melayu skop pembaca menjadi kecil & tertumpu kepada pembaca  di Malaysia, Indonesia, Brunei & Singapura... Tak kisahlah, asalkan maklumat yang inginku sampaikan tercapai objektifnya & memang berniat untuk menyampaikannya kepada peminat jam di Malaysia . Rasa lebih selesa disampaikan dalam bahasa Melayu & sebagai trademark blog jam berbahasa Melayu di Malaysia.

Suka-duka dalam pencarian maklumat ditempuhi. Pengalaman yang mahal aku terima kerana duit yang banyak diperhabiskan sebagai eksperimen & pembelajaran. Kemudian disampaikan pula dalam blog sebagai langkah berjaga-jaga, sebagai langkah penjimatan & peringatan supaya pembaca tidak melakukan kesilapan, belajar dari pengalaman & boleh menjimatkan wang. Tak apa... pengalaman itu sangat berharga buat aku & merupakan guru yang paling berkesan. 

Dunia Jam juga pernah menjadi bahan serangan individu yang tidak berpuas hati.... Kepada pembaca setia sedia maklum kejadian itu & kronologi gangguan tersebut. Entah apa yang tidak dipuaskan hati pun tak tau lah... Alangkah baiknya jika individu tersebut berbaik-baik dari bermusuhan kerana impak adalah kebencian ramai kepadanya... Allah itu maha adil.... harap beliau dibukakan hati & diberikan hidayah....

Semakin Dunia Jam menjelajah dunia horologi semakin banyak yang diperolehi. Disamping informasi, Dunia Jam juga telah menambah ramai kenalan dipelusuk negara bukan saja di Malaysia malah di luar negara juga. Walaupun penulisan dalam bangsa kebangsaan, itu tidak menghadkan perhubungan & persahabatan. Alhamdulillah...

Sejak penubuhannya, Dunia Jam menyaksikan penambahan banyak blog mengenai jam. Ia suatu perkembangan yang cukup sihat. Di harap kawan-kawan dapat meneruskannya & janganlah sampai tak mengira akan rakan-rakan blogger lain dalam jualan jam. Biarlah harga yang diletakkan itu setanding... 

Namun sejak akhir-akhir ini update Dunia Jam agak perlahan disebabkan kesibukkan kerja yang semakin bertambah, hobi lama yang semakin marak api kemaraannya... memanggil-manggil untuk kembali aktif & juga beberapa hal yang tak mampu untuk aku ceritakan di sini... 

Di sini Dunia Jam mengharapkan sokongan rakan-rakan blogger, pembaca setia, peminat jam untuk terus menyokong Dunia Jam. Insyaallah Dunia Jam akan diteruskan lagi walaupun pernah pasang niat untuk berhenti blogging... Dunia Jam cuba untuk meneruskannya selagi mampu. Terima kasih tak terhingga kepada anda semua di atas sokongan yang tidak berbelah bagi diberikan kepada Dunia Jam selama ini... Terima kasih, terima kasih, terima kasih & terima kasih.... 

Tiada apa yang mampu diucapkan lagi selain terima kasih....


Seperti yang dijanjikan..... DUNIA JAM mempersembahkan GRAIL WATCH yang ditunggu-tunggu selama ini....

29 KOMEN ANDA:

Anonymous said...

dengan izin ALLAH, dunia jam menemukan aku dengan bermacam macam sahabat

Pencinta Masa said...

Aku nak ucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kedua buat Dunia Jam! Kira dah berlari dah kot sekarang. Apa2 hal pun, aku nak ucapkan tahniah kat hang sebab menjadi antara blog jam berbahasa Melayu terawal di dunia maya ni. Memang aku rasa blog hang ni menjadi bahan rujukan dan sumber inspirasi banyak kaki jam Malaya ni. Seperti mana yang aku cakap dlm blog aku, aku pun mula terlintas nak tulis blog bila mula ikut blog hang dan jugak berkenalan dgn hang. Memang banyak jasa hang ni.

Akhir kata, semoga terus berblog!

duniajam said...

amar

Alhamdulillah.... moga persahabatan akan terus berkekalan...

duniajam said...

Pecinta Masa

Terima kasih banyak bang. Insyaallah DUNIA JAM akan diteruskan lagi... Huhu...

sah_kul said...

Tahniah dari kami sekeluarga :)

duniajam said...

sah_kul.... terima kasih bro!

amer|zhafran said...

tahniah bro~semogo trus suksess..hehehe..jasamu dikenang..haha..mcm nk bersara plak dah..

duniajam said...

Terima kasih atas sokongan bro. Hehe

Anonymous said...

jgn pencen

duniajam said...

daku cuba...... huhu

Suka Jam said...

Tahniah DJ, blog ko jugak menjadi inspirasi & rujukan kepada aku untuk menemui jam yang serasi & berbaloi untuk disimpan. Thanks. Sekarang aku menjadi silent collector je lepas ni. Ya, aku dah tau apa yang aku inginkan & sesuai dengan budget aku yang tak seberapa ni.. kuikuikui!!

duniajam said...

Terima kasih bro atas semangat yg ko berikan selama ni. Yang paling penting persahabatan yang terjalin selama ini diteruskan....

zuhaimie said...

Bro DJ, ko la pencetus aku buat blog..dan ko jugak pencetus aku minat jam...ko jugak sumber maklumat utama aku tentang jam..ko lah segalanya....terima kasih bro..

duniajam said...

Waaaaa.... aku boleh nagis bro ckp camtu.... terharunya... sob sob....

Suka Jam said...

Jangan nangis bro, haha!! Inilah hasilnya kalau kita ikhlas dalam melakukan sesuatu, orang akan suka dengan kita.
Kalau niat nak menunjuk-nunjuk, kebencian yang datang. (mcm kes yg lepas2 la..)
Walaupun dah tak aktif lagi (dlm bab membeli jam la), masih banyak benda dalam dunia horology yang kita boleh bincang kat blog ni.

TIMUR said...

Tahniah DJ, elok blog2 cam ni diperbanyakkan. Maklumlah, bukan semua blogger ada masa nak buat artikel tiap hari.

Zulekhzan B. Fauzi Saadi said...

aku ajak2 ayam je dulu suruh kau tulis blog...kau buat betul2 rupanya...betul kata bro hasan sas tu...tak semua blogger ada masa nak buat artikel...banyak makan masa jugak tu nak buat research..edit gambar...perah otak lagi nak susun ayat...

aku kalau tertengok jam "Rotary Air Force" aku tu,memang aku teringat ngan kau...ada kisah di sebalik jam tu...hahaha...

teruskan bro...

duniajam said...

Terima kasih semua.... insyaallah akan diteruskan....

Ijan, satu pengalaman aku repair jam tu. Hehe

TIMEasitis said...

Tahniah....itu jer yang sesuai aku ucapkan...

thetick-thetick said...

tahniah, selamat menyambut ulang tahun... semuga banyak lagi idea ilham dan bahan2 menarik buleh dihidangkan buat tatapan peminat dan penggila jam se malaya....

Tukang Besi said...

Salam Dr. Asmad..nice entry..tersentuh hati ni bila baca..hehe..ape2 pon,Dr. tetap yg terbaeklah..horology di msia tak akan bergerak jika tiada insan seperti Dr. yg menggerakkan.. =)

duniajam said...

Terima kasih atas sokongan kalian.... terharu aku... isk...

Pencinta Masa said...

Aku baca pun sebak ... sob sob!!

dabu said...

Selamat Ulangtahun DUNIA JAM..seperti rakan2 blogger lain,sy juga nk ucap terima kasih & semoga maju jaya dlm bidang yg DJ ceburi terutama Bidang Horology ni..tanpa DJ & rakan2 Perjumapaan H4U tahun lepas tidak akan berjaya..SYABAS!!..insyaallah sy akan sentiasa menyokong DJ & rakan2 yg lain..Tanpa Blogger2 jam ni pasti org diluar sana x kenal & cinta dgn jam2 vintage ni..salam..

duniajam said...

Terima kasih bro....

Ahmad Ijat said...

sahabat,
selamat ulang tahun kedua...

jgn berhenti bro..dah bagus dah blg ko ni...keep it up!! :-)

duniajam said...

Insyaallah bro, terima kasih...

rizal said...

tahniah jugak dari aku yg xda jam ni...

duniajam said...

terima kasih bro. Lama tak jumpa hang. hehe