Monday, February 7, 2011

Keratan akhbar H4U penyeri rumahku....

Dah lama pasang niat nak frame keratan akhbar H4U tu... tapi tak berkesempatan. Cadangannya nak hantar buat kat kedai. Tapi kos la mungkin tinggi. Dok cari frame gambar yang sesuai tak jumpa pulak... Ahad lepas pi Parkson, jumpa frame besar ni. Macam muat... aku main agak & beli yang paling besar.... Diskaun pun banyak, jadi RM20+ ja... Ok sangatlah tu...


Bila letak ja paper tu... lebih dari cukuplah pulak.. takpalah.... hantam sajalah Labu.... 


Akhirnya siap juga.. sengaja gantung tak sama level... bagi pelik sikit.... Walaupun frame lagi besar dari keratan tu, tapi aku berpuas hatilah dengan hasil kerja sendiri... 

Moral cerita... ukur dulu saiz paper sebelum beli frame... ekekeke....

10 KOMEN ANDA:

Zuhaimie Manaf said...

memang patut dibanggakan bro. Perjumpaan sulung yang akan menjadi sejarah terhebat pengumpul jam di Malaysia. Jam dinding ulysse nardin tuh....hehe

adrlee said...

nice doc. no play play on H4U.

duniajam said...

Haha... tima kasih semua... tanpa sokongan kalian, perjumpaan tu takkan berjaya. Hehe

amer|zhafran said...

terbaik bro..baru la makin bersemangat..hehehe..teruskan perjuangan!

Suka Jam said...

Aku print je keratan akhbar tu.. yg original takde. huhu!! Dapat yg "replika" pun jadilah untuk dibaca.. huahua!!

duniajam said...

Tq.. semangat yg penting.. hehe...

Sukajam, replika pun serupa bro dgn yg ori. Haha...

thetick-thetick said...

aku punya nantih aku nak frame gak... tapi gantung di Study Room, dekat dengan meja tempat aku baiki jam

duniajam said...

Sambil repair jam, sambil tgk H4U... semangat tu bang. Haha

ahmad azri said...

cadangan : kalu mau cantik lg keliling keratan akhbar tu letakkan pembalut hadiah yg menarik supaya lebih menyerlah keratan akhbar tersebut.hoho

duniajam said...

Tq bro. Mmg menarik cadangan tu. Boleh diusahakan lepas ni. Hehe