Saturday, October 15, 2011

Casio Twin LED - untuk anak saudara...

 Casio Twin LED DMR-100 ini merupakan koleksi peribadi aku. Ia merupakan model lama yang sukar ditemui kini. Ia mempunyai 2 LED dengan 2 warna berbeza hijau & kuning. Lampu tersebut akan bernyala apabila fungsinya digunakan. 



Keadaannya sangat baik & bateri baru sudah ditukarkan. Nyalaan LED itu akan berkelip-kelip menandakan masa sudah tamat (TIMER).

Jam ini akan dihadiahkan kepada anak saudara aku yang kehilangan Casio F-91W ketika mandi laut. Jam ini akan menggantikan jam itu & diharap anak saudara aku akan seronok dengan jam baru ini kelak.. 

Sebenarnya mood aku agak down hari ni... artikel terbaru pengembaraan aku terpadam tadi.. panjang berjela aku karang & makan masa berhari-hari... boleh terpadam tadi... Adoi la... Kena karang dari awal balik la jawabnya...  hmmmm.....

6 KOMEN ANDA:

walikard said...

Aku pernah terkena gak mcm ni...bukan blog post, tapi assignment :p Apapun, jam tu mmg rare, dan unik featurenya. InsyaAllah, gerenti anak sedara DJ senyum sampai dlm tidur :)

duniajam said...

Tu la.. sakitnya hati... mood down terus hari ni.. frust betul la.. Ada mood balik baru nak karang balik.. huhu..

Nnt balik kg nak bagi jam ni kat dia... sedih ja ckp jam dia hilang kat laut hari tu.. kesian plak aku dengar.. Haha

Pencinta Masa said...

Aku betoi tak paham macamana boleh terpadam dan takdak dalam Edit Post walaupun dah auto saved. Takpa, maknanya hang kena karang lebih baguih dari had hilang tu

duniajam said...

Nak buat camno.. huhu... dah buat nak habis dah pun.. hadoi.. ni kena karang balik.. aduhai....

pak brown said...

Salam bro..... nama aku Pak Brown minat aku pun sama mcm kau... aku ada banyak koleksi jam digital jenama casio dari tahun 1981 sampai sekarang. Semenjak 1981 sampai sekarang tak ada lain jam yang aku pakai melainkan Casio.

duniajam said...

Salam Pak Brown,

Gempaklah bro.... best kumpul Casio lama. Bg aku Casio lama lebih ada umph & unik berbanding yg baru2 skrg. Tahniah bro! Jarang jumpa kwn yg kumpul Casio2 lama ni. Hehe