Thursday, January 27, 2011

Pernah tengok benda ni?

 Sudu? Bukan..... Sudip? Bukan..... Garfu? Kompom lagi bukan.... Aku pertama kali juga tengok benda ni sebenarnya. Nampak antik sungguh....


 Pelik sungguh benda ni & aku takda idea pada mulanya pasal setiap satunya mempunyai perbezaan & saiz yang tersendiri.


 Yang ni lain pula design dia & tertera SWISS pada pemeganganya... Hmmmm... Masih blur?


 Mari kita tengok kepelbagaian yang ada..


Nak buat burger benjo boleh, mungkin kena buat banyak-banyak...


 Pemegang telur? Entah la Labu....


Ini clue & jawapannya... ia sebenarnya adalah pembuka caseback jam. Pasti ramai yang belum pernah tengok benda ni. Gelak sakan aku masa tengok tulisan-tulisan ni. Paling tak tahan tengok CITIZEN tu. Antik betul & kedai jam sendiri pun terkejut tengok benda n & pelik bagaimana tuannya mendapatkannya. 

Menurut tuannya, beliau mendapatkan alat ni sikit demi sedikit dari banyak tempat samada kedai jam lama & kedai-kedai barangan antik & ia juga mengambil masa yang cukup lama untuk mempunyai bilangan koleksi seperti sekarang. Kedai jam yang melihatnya pula yang ingin beli dari beliau. Ekeke... Sebenarnya ada banyak lagi yang aku tak paparkan. Yang ditayangkan hanyalah sebahagian. 

Siapakah tuannya? 
Tips: Pernah mengikuti perjumpaan H4U tempoh hari... 

Mungkin kita boleh melihatnya di perjumpaan H4U akan datang & aku cuba minta tuannya bawa alat ni untuk tatapan kita di perjumpaan akan datang... Insyaallah...

10 KOMEN ANDA:

Pencinta Masa said...

Ingatkan pembuka tudung botol oren sarsaparilla atau pun besi acuan kuih raya ...

Irhomdeys Vintage Watches said...

Aku ada 3 caseback opener mcm ni tp warna hitam. Nanti H4U aku bawak hehehe

duniajam said...

Mula2 tu ingat penutup botol gak... tp lain2 bentuk lak tu.. confius.. Haha...

Tuan Syed, elok juga bawa. Ramai yg tak biasa tgk. Hehe

Suka Jam said...

Mula-mula tengok pun aku fikir pembuka penutup botol air. Tapi bila tgk nama swiss dah dapat agak caseback opener. Tapi penah try tak kat penutup botol? kot2 banyak fungsi dia selain dari buka caseback.. haha!!

Pencinta Masa said...

Dekat Swiss diorang guna juga untuk bukak botol champange ... kununnyalah.

duniajam said...

Haha... betui gak tu... Ekeke....

dabu said...

sangkaan aku mula2 alat untuk "kasi" dulu2 ka..hehehe..akhirnya btol jua...

zalizalu said...

hahaha.. mati-mati aku ingatkan pembuka botol... kekeke... tp stylo gak design dia....

amar said...

ini mesti 'abg" asmar yang punya.hehe

duniajam said...

Muahaha.. tau takpa...