Tuesday, January 11, 2011

Video game Nintendo... suatu nostalgia berharga...


 Suatu benda yang generasi sekarang terlepas adalah permainan konsul lama... mungkin sudah boleh dikategorikan sebagai vintage kerana sudah melebihi 20 tahun ini.... Permainan konsul masih ada lagi namun sudah moden dengan animasi grafik yang mengagumkan & ciri-ciri yang sangat comlicated & advanced. 

Konsul Nintendo ini hadir dalam hidup aku sekitar tahun 1987 yang mana aku baru saja darjah satu pada ketika itu. Kalau tak silap aku, ia mula dikeluarkan pada tahun 1986... sehingga kini, ia masih kelihatan hebat! Pada ketika itu, kalau tak salah, satu lagi yang popular juga adalah Atari. Keadaannya masih baik tanpa sebarang kerosakan & beberapa tahun lalu aku pernah gatal tangan pasangkannya kembali kerana 'rindu' kepadanya..... yang mengejutkan aku, ia masih beroperasi dengan baik!

Semasa awal pembeliannya, aku satu-satunya di taman perumahan itu yang mempunyai permainan ini. Maka pada ketika itu, rumah aku merupakan pot lepak paling meriah. Sampai orang yang tak kenal pun boleh tau datang rumah aku tengok. Depa mai bukan nak main, tapi nak tengok. Selepas itu kawan-kawan teracun, maka perlahan-lahan menyaksikan sorang demi sorang beli. Tapi bukanlah Nintendo, tapi jenis yang masukkan katrij kat atas.. lupa pulak namanya. Ia dikeluarkan beberapa tahun selepas Nintendo dikeluarkan.


 Zaman dulu, katrij besar-besar. Katrij Nintendo ini besar tapak tangan. Masa itu juga permainan-permainan ini sangatlah popular... yang paling popular pada ketika itu... Super Mario Bros. 


 Ini pula adalah keluaran seterusnya. Katrijnya kecik, separuh dari Nintendo. Kawan-kawan aku pakai jenis ni. Aku tak boleh pinjam kalau takda adaptor macam yang kat bawah tu. Masa tu bertukar katrij adalah perkara biasa. Aku & sahabatku Amar selalulah pi kedai di pekan beli game baru. Yang bestnya, kami beli & balik main... kalau tak best, kami pi tukar balik ambik game lain. Haha... Masa tu mahal betul satu-satu katrij ni. Ada yang sampai RM100.. memang masa tu sistem bertukar game la jawabnya. Ada pula satu katrij yang ada bermacam-macam game.... 4 in 1, 6 in1, 10 in 1, 40 in 1... pendek kata lagi banyak game dalam tu lagi best & sempurnalah game tu.


 Sistem Nintendo ni istimewa & unik. Sepertimana masukkan kaset video VHS dulu, ianya juga sama. 


 Katrij dimasukkan ke dalam sampai rapat & kemudian ianya ditekan ke dalam (gambar kanan). Lepas tu, tekan button power.  Konsul ni dah merasai banyak kesengsaraan aku semasa bermainnya... pernah kena ketuk & hempuk sebab aku 'kalah'. Salahkan konsul sebab aku main tak lepas-lepas. Haha.. Tapi ia masih setia berfungsi dengan cukup baik & masih senyum kepadaku.... 

Ingat lagi masa mula-mula bermain.... game Exerion. Game jet tembak-tembak di angkasa lepas. Bila aku tekan kiri, aku pun turut senget ke kiri.... kalau kanan, kepala aku pun turut senget ke kanan... kalau tekan button & 'watak' game tu tak megikut kehendak aku, aku akan bangun & berjalan sekali.... kononya nanti 'dia' akan pergi ikut kehendak aku... wakakaka...


Ini adalah screenshot Super Mario Bros... game lagenda... Aku rindu betul saat-saat tu.... Pernah suatu ketika dulu aku main sampai habis level dengan satu nyawa... masa tu cekap la.. sekarang ni level 1 pun boleh game over. Haha..


Dulu aku & kawan-kawan suka main ramai-ramai. Aku & Amar suka buat tag team. Kami dua selalu main sama-sama.. Antara game yang kami suka main sama-sama... GI Joe, Contra, Double Dragon, Rockman... Kami main sampai habis game tu... kenangannya waktu tu...


Screenshot Contra
Apa yang budak zaman sekarang ada sangat berbeza. Mereka tidak merasai perubahan ini sepertimana evolusi telefon bombit yang pada ketika itu sebesar briefcase... Sapa ada waktu tu boleh kata orang kaya... Semua orang akan jakun tengok sebab tak ramai orang ada & sangat-sangat mahal harganya! Kebanyakan budak sekarang tidak appreciate dengan apa yang ada malah kondem lagi mak bapak kalau beli henfon yang tidak menempati citarasa mereka. Dalam kes game konsul ini, mungkin ada yang tak berpuas hati kalau di hadiahkan Playstation 2... sebab nak PS3... 

Kepada mereka yang sebaya ataupun seangkatan dengan aku, mungkin posting ini dapat mengimbau kembali gadget & perkembangan zaman 80-90an yang pada ketika itu kita sangat admire & sangat-sangat ingin memilikinya... namun tidak berdaya.... mungkin ada di antara kita hanya mampu memilikinya sekarang ini... bersyukurlah dengan apa yang apa....

9 KOMEN ANDA:

amer|zhafran said...

bro masih simpan benda nih??bro mmg hebat lah..mmg dilahirkan utk bnda2 mcm ni..hehe..sy xde consol netendo ni tp game contra tu pernah main tau..hahaha..game paling payah pernah sy main dan xpernah menang game tu..asyik2 kalah jer..haha..mmg lawak laa igt balik time umo darjah 2 dulu..hahaha..kenangan2..tq bro!!

duniajam said...

Haha... benda tu masih tersimpan dgn baik. Elok lg. Rasanya masih boleh main. Cuma kabel je dah hilang. Mana ntah letak.

Contra tu aku main sampai habis dah. Dgn Amar, kami pulud dua. Haha... Skrg ni aku try main, level satu pun jenuh berkali2 try.. asyik game over ja. Haha

TIMEasitis said...

tak sempat merasa....main umah kawan, tak mampu nak beli.....

sempat rasa PS2 jer..tu pun dah zaman zaman lapuk di telan zaman

hehhehe

duniajam said...

Masa keluar PS1, punyalah teringin nak ada.. tp aku tak mampu nak beli.... Pi kedai dgn kawan main benda tu. Masa tu main Tekken. Kawan aku terer main, aku tgk je. Teringin nak beli PS2... sampai skrg aku tak beli2. Haha

Pencinta Masa said...

Hang pernah main game & watch? Aku rasa ni lagi awai dari konsul game ni kot. Sebab aku main masa darjah 3 ka 4. Tapi mula2 pun dok pinjam org punya jugak. Lepaih tu bila dapat result Penilaian Darjah 5, makcik aku belikan. Yahoo!!

duniajam said...

Pernah... masa tu kami dok tukar2 dgn kawan2. Game lain2... yg paling ingat game Western Bar. Haha

Notty Notes 012-2410228 said...

early 90's-2000 bila ebay hangat, byk budak dulu xada beli bila gaji, demand naik.. harga tinggi sangat masa tu. bila PS, Sega,16 bit, PSP etc. keluar, harga turun mendadak... dia org ada family & concentrate pc games, sosial website, digital world. so this classic tinggal kenangan. new generation pulak suka ipon, imac gagets. the circle for this just hilang just like that. cam dulu my datuk cita pancing ikan, camping etc. (boring gila hobby tu) masa tu i suka main guli, konda kondi, chopping, if i cita to my kids...pi lah bapak saya nie boring..

the original nintendo is still best coz sound mmg gempak & grapic clear. mmg ada beza if pakai tape not ori or 999 in 1 tu.

doc..... one day kita team up contra.
(30 lives of course)

GI Joe i dah lupa game tu, but i know is best..
Contra buat 30 lives saja.. hehehe
Double Dragon part 1 ? classic ... last boss ada machine gun..
Rockman another naik darah game, bila dah biasa..senang.
star wars tu nice soundtrack..hero kecik pakai pedang belasah

game hot like castlevania, midway 1942, twin bee, ice climber... ooohhh no please...get me a PSP...

duniajam said...

Contra tu mmg legend bro. Aku main game tu taktau langsung ada cheat. Haha... Main sopan ja... pernah main tak mati2 sampai level last kalau tak silap. Best tul masa tu main tag team. Haha...

Double Dragon 1 bro. Real classic fighting game. Haha.. Kwn pinjam tak bg balik.. hampeh betui.. Ingat lg sampai skrg.. amik kesempatan atas kebaikan masa tu. Cis!

Main Rockman boleh darah tinggi. Tp my fren dpt tau dia punya cheat. Aku main, dia push button supaya setiap kali jumpa bos, bos akan freezes... tempak dia sampai mati. Haha.. Tp bos level last takleh freezes la plak... tp masa tu skill betul... boleh menang. Haha.... Skrg ni kantoi la kot... Ekekeke

geram said...

aku pun ada nintendo ni, tapi dah rosak, game x nak start bila masuk cartridgenya & tekan power on. Kluar skrin kelabu kat tv aku. Agaknya ia merajuk sebab sya abaikan dia lebih kurang 10 tahun lebih. Kali terakhir aku main nintendo ni pada tahun 1997. Baru je tahun ni nak mainkan ia semula, sebab dah bosan hari2 main game online cam Dota, Counterstrike, Perfect World, Angry Birds kat laptop aku. Dahlah nintendo tinggal sebilik ngan aku sebab tv aku pun diletak dlm bilik sya, agaknya dia 'cemburu' ngan laptop sya lah. Tapi aku jaga dia dengan baik, bila kotor berhabuk, aku lap dia sampai bersih berkilat, skg dia
buat aku cam ni pulak! Nak buang dia pun...tak sanggup, nanti menyesal pulak. Anak2 aku pulak langsung tak nak sentuh dia. Lebih suka kat laptop sya..