Dunia horologi kita menjadi kacau bilau dengan wujudnya jam replika. Jam-jam ini meniru hampir 100% jam asli, diperbuat menggunakan material yang murah & movement yang murah serta kualiti buatannya juga tidak begitu baik. Tujuannya... untuk memperdaya sesiapa yang melihatnya serta mempercayai ianya adalah jam original & memberi peluang untuk membeli jam dengan rupa yang sama dengan original dengan harga yang murah. Sambutan awal tahun baru 2011 aku mulakan dengan suatu artikel mengenainya.. Ada beberapa largi artikel telah aku buat mengenai jam replika. Anda boleh layari artikel yang lepas.
Aku tidak ada masalah kepada sesiapa yang membeli jam replika kerana itu adalah kehendaknya & dia pun tahu itu adalah jam replika. Aku juga pernah memiliki jam replika suatu ketika dulu. Ramai juga kawan-kawan aku mempunyai jam replika & mereka ada sebab sendiri untuk membeli & aku sangat menghormati mereka.
Namun yang menjadi masalah ialah mereka beli jam itu tetapi tidak mengetahuinya ia adalah jam replika & bermati-matian cakap ia adalah jam original. Seller pula tak bagitau status sebenar jam tu malah dia juga mengatakan jam tu adalah original. Aku berasa kasihan kerana mereka perhabis duit yang banyak untuk memiliki jam yang mereka sangkakan original. Bukan semua orang mampu, mempunyai ekonomi yang kukuh & senang untuk membeli jam seperti orang lain. Ada yang terpaksa simpan duit bertahun-tahun, bekerja keras siang malam semata-mata untuk memenuhi impan memiliki jam idaman.... Bayangkan perasaannya jika dia tahu jam miliknya itu adalah replika setelah bersusah payah untuk mendapatkannya.... Ini suatu yang aku tak dapat terima. Sesuatu perlu dilakukan...
Ini bukanlah jam replika... tapi adalah model original Seiko SNAA95P1 Sportura.
Ini pula adalah model SNAA95P2 (model bertali kulit) milik saudara Koleksi Jam Maximus. Terima kasih kepada beliau kerana membenarkan aku untuk menggunakan gambar jam miliknya khas untuk artikel ini. Menurut beliau.. semoga ia bermanfaat.
Ini pula model replikanya.... Siapa sangka Seiko juga ada replika kerana ramai yang beranggapan replika hanya wujud pada jam Swiss. Jangan tertipu kerana Casio RM50 juga ada tiruan juga... Aku agak terkejut juga masa mula-mula melihatnya... Model ni pun ditiru! Ada beberapa lagi model ditiru termasuklah diver SKX007 mahupun Monster. Layari TheTick-TheTick & Detik Dua Belas untuk melihatnya.
Lihatlah perbezaan & persamaan jam replika dengan yang original (kanan). Jika tidak perhatikan betul-betul pasti ada yang membelinya. Mujur juga seller ini jujur dalam perniagaannya & meletakkan jam ini bersama-sama dengan jam replika yang lain. Bila jam ni di tangan, barulah nampak ada benda yang tak kena. Aku tak adjust masa pukul 10:10 sebab tuan kedai dah adjust masa ikut waktu yang sebenar. Aku menghormatinya & tidak mahu ganggu. Syukur juga kerana beliau tak kisah untuk aku mengambil gambar.
Perkara pertama yang kantoi ialah jarumnya... itu benda pertama aku kenal pasti semasa mula-mula melihat dialnya. Buatan keseluruhan jam ini tidak kemas & ia bukanlah hasil kerja Seiko & tidak sepatutnya bukan begitu.
Replika (kiri) vs original (kanan). |
Kita bandingkan pula dengan jam original milik saudara Maximus. Segala tanda itu adalah perbezaan yang nyata. Memang sekali imbas sama, tapi jika kita tahu ciri yang original, kita tidak akan mudah tertipu.
- Jarum saat chrono replika merah berbanding yang original yang sepatutnya oren.
- Register untuk alarm (anak panah hijau) itu berlainan dari yang original.
- Subdial (anak panah biru muda) sepatutnya tidak flat seperti replika (kiri).
- Jarum jam/minit (anak panah ungu) sepatutnya berwarna putih.
- Hour marker yang sedikit berlainan (bulatan coklat)
- Marker kecil saat pada chapter ring tiada pada jam replika (bulatan merah).
- Terdapat lebihan gam pada jam replika (bulatan kuning) & tekstur dial berkotak agak besar & tidak kemas buatannya.
Kita tengok pula dari pandangan lain untuk lebih jelas... Tengok tanda-tanda tersebut. Jelaskan perbezaannya? Jelas sekali tarikhnya setaputnya tidak berlatar belakangkan putih (bulatan kuning).
Finishingnya jelas tidak kemas. Alur brushed finishing tidak kemas, tidak halus & tidak selari.
Extension lug tidak kemas buatannya & begitu juga yang lainnya.
Hah! Inilah ciri-ciri paling besar, mudah lihat & senang dikenali. Model Sportura & Velatura sepatutnya mempunyai caseback seperti gambar kanan (original) & bukannya 'flat' seperti di kirinya (replika).
Ini juga ciri yang jelas sekiranya ciri-ciri pada dial sukar dikenal pasti. Ye la kan, bukan senang nak kenal pasti apa yang ada pada dial... nampak lebih kurang sama ja. Tetapi kekemasan lain yang sepatutnya ada pada Seiko kita mudah kenal pasti. Lihat tulisan SEIKO itu. Jelas sekali ia berbeza dari yang original seperti dalam gambar kecil itu. Jenis font berbeza & kurus berbanding asalnya.
Ini adalah jam original. Lihat tulisan SEIKO pada clasp & lihat kualiti braceletnya...
Perkara asas yang perlu diambil tindakan:
- Tahu ciri-ciri original. Bagaimana nak tahu? Study dulu jam tu betul-betul & tengok/survey banyak kedai untuk melihat, kenal & mengetahui jam original.
- Tahu harga yang sepatutnya untuk jam itu. Sebab jika dijual rendah dari harga yang sepatutnya & ia pula jam baru.... pastinya ada suatu yang tidak kena.
- Jangan terlalu ghairah dengan harga murah yang ditawarkan. Study dulu bro.
- Pegang & hayati betul-betul jam itu sebelum seluk poket ambil duit... Jangan terburu-buru dalam pembelian anda.
- Tahu ciri-ciri besar Seiko.... umpamanya untuk jam ni finishing, tulisan SEIKO & rupa caseback.
- Tahu apa yang anda buat.....
Di harap sedikit sebanyak informasi ini berguna untuk anda. Mungkin ada beberapa fakta aku tertinggal, tetapi sekurang-kurangnya anda tahu bagaimana untuk mengenalpastikannya.
Berhati-hatilah dalam setiap pembelian anda.
9 KOMEN ANDA:
Thanks bro utk informasi...kali ini akan lebih berhati2 pergi ke mana2 kedai jam..tapi jam gshock tiruan mmg ada di kebanyakan kedai2jam..tapi diorng bagitau.......
Casio paling byk. Aku tgk haritu Edifice pun ada. Gshock la yg paling bermaharajalela... ekekeke
Sekarang ni Seiko dan Casio pun nak direplikakan? Sedih ...
Yang paling sedih kalau tengok kat mudah.my. Peniaga jual replika tapi tak sebut malah ada yang claim original. Hmmm...
Takda undang2 yang membendung benda ni. Bukanlah nak potong periuk nasik org. Cumanya perlu ada kawalan skit.
Pointnya di sini, peniaga perlu telus & jujur. Itu saja.... Kalau replika ckp replika sebab kalau org mau, org akan beli juga. Kalau tak dah dikira menipu pembeli.
Doc, undang-undang pasal barang tiruan, termasuklah jam ni memang ada, cuma mungkin penguatkuasaan kurang.
Pembeli yang tertipu pun boleh bawa penjual ke Tribunal Tuntutan Pengguna untuk tuntutan sivil kalau nak.
Tapi the best approach is always, dapatkan maklumat sepenuhnya sebelum buat keputusan untuk beli.
Ya... Perlaksanaan tu yg kurang. Huhu...
Apa bro kata tu betul. Dapatkan seberapa byk maklumat pasal jam tu dulu sebelum beli.. baik jam lama mahupun jam baru.
Cara terbaik..... kalau ragu2.. jangan beli.
aku dah check... seiko chrono ciplak nih pakai movement original epson (Seiko)... cuma siri movement jeh berbeza dengan sportura nih... movement seiko epson lama
Kalau ada peluang nak tgk movement dia nnt. Hehe
In Asian fashion world seiko watches was famous for its solemn, practical style and became extremely famous among successful people.
breitling replica
Post a Comment