Wednesday, January 5, 2011

Helbros.... suatu sejarah silam....

Suatu nama yang kurang diperkatakan kini adalah Helbros. Pencarian aku mengenai jenama ini tidak menemui banyak informasi. Helbros diasaskan oleh Helbein Brothers pada tahun 1913. Mereka merupakan watchmaker Swiss German berkelas sederhana yang mempunyai matlamat untuk menghasilkan jam berkualiti yang mampu dimiliki.

Mereka menghasilkan movement mereka sendiri & ini boleh kita lihat pada catatan pada movement mereka dengan kod PUW XXXX. Beberepa jenis movement dihasilkan contohnya seperti automatik, jam dengan kemampuan menentukan lunar time & termasuklah movement 'electric'. Aku mohon maaf kerana kekurangan maklumat mengenai sejarahnya. Mungkin sifu-sifu boleh bantu menceritakan dengan lebih lanjut mengenainya. 

Dalam rentetan sejarahnya juga, pemilik syarikat Helbros beberapa kali bertukar milik. Mungkin disebabkan itu, ada jam-jam Helbros ada yang tertera Swiss ataupun Germany untuk model vintage.... Jadi adakah masih wujud jenama ini? Ya... namun aku tak pasti samada ia masih dikeluarkan lagi atau tidak.. kerana model baru mereka kini pada aku sudah hilang serinya..... kerana ia kini sudah diambil alih syarikat Jepun kalau tak salah aku berdasarkan beberapa web yang menjual jenama ini. Ia tidak lagi menggunakan movement mekanikal kerana kini ia adalah quartz & jenamanya kini sebaris dengan jenama-jenama butik....




Ini merupakan kompilasi antara beberapa model mereka kini. Nampaknya design mereka kini lebih meniru jenama-jenama lain, harganya murah, quartz & jam-jam ini bolehlah dikategorikan sebagai homage... Pada hemat aku, model vintage lebih mempunyai 'kick'...



Model ini merupakan antara jam vintage terawal aku miliki. Gabungan jam lama dengan kamera lama memberikan aura klasik berkuasa dua. Kamera itu pernah aku gunakan semasa darjah enam tahun 1992. Design jam ini tersendiri... & mempunyai nilai klasik yang tersendiri. 'Nilai' ini jarang dijumpai pada banyak model vintage lain memandangkan kebanyakannya tidak mengunakan movement in-house seperti Helbros. Walaupun namanya kurang dikenali, design begini sangat sukar dijumpai & jika digandingkan dengan jam-jam vintage lain pasti jam ini lebih terserlah.


Casing base metal dengan gold plated ini masih berkeadaan baik tanpa kesan 'penurunan' yang ketara. Casing bersaiz lebih kurang 33mm (tidak termasuk crown) merupakan saiz standart pada zamannya. Crown tidak bertanda berkeadaan baik namun sudah longgar.


Dial berkeadaan sangat baik tanpa sebarang sentuhan penambahbaikan. Jarumnya juga berkeadaan sangat baik. Mempunyai penunjuk hari & tarikh, di mana perletakkan penunjuk hari pada kedudukan yang istimewa di bahagian tengah dial. 


Dial yang melengkung ini memberikan rupa yang berkilauan pada kebanyakan sudut pandangan. Ia dibuat dengan cukup baik & berkualiti... hasilnya inilah... dah berpuluh tahun umurnya, ia masih kelihatan kacak! Sepertimana dial yang melengkung, jarum saat & minit turut melengkung juga. Suatu ciri vintage yang sudah hilang pada jam model sekarang.


Kedudukan penunjuk harinya itu pada kedudukan  yang lari dari norma kebiasaan jam, malah ia juga dibuat melengkung! Tertera dengan jelas sekali tulisan GERMANY pada dial pukul 6 yang menunjukkan dari mana asalnya... 


Caseback skru juga berkeadaan sangat baik. Perkataan 10 MICRON G itu pernah memberi persoalan & keraguan untuk aku memakainya kerana mempunyai perasangka ianya adalah emas tulen. Disebabkan itu, aku tidak memakainya. Kepercayaan itu diperkuatkan lagi dengan warna emasnya itu yang tidak 'turun' seperti kebanyakan jam lain. Aku tidak begitu arif mengenai jam-jam lama begini & persoalan itu dijawab oleh sifu aku & suatu kelegaan kerana boleh memakainya kerana ia hanyalah plated. Caseback itu sendiri mempunyai ring skru luaran yang bertindak sebagai kunci. Ia perlu dibuka dahulu & kemudian penutup dikeluarkan.


Bahagian dalamnya juga mempunyai sijil peranakan yang jelas.


Movement automatik 17 jewels ini berfungsi dengan cemerlang. Ia juga mempunyai keupayaan kunci (winding). Tak banyak jenama yang mempunyai movement in house sendiri. Sayang sekali legasi & sejarah mereka sudah mati & tidak diteruskan lagi kerana kualiti movement boleh dikatakan sangat baik & memuaskan. Walaupun sudah lama, ia berkeadaan bersih & masih berfungsi dengan baik. Berdasarkan gerakan jarum saat, aku andaikan ia mempunyai kelajuan 18000bph. 


Movement PUW 1363 ini sudah dipatentkan & tiada jenama lain boleh menirunya... 
....sayang sekali ia tidak lagi wujud & dikeluarkan lagi...


Pemakaian jam ini selesa ringan. Seperti tidak terasa ia ditangan. Tali dark brown yang dikenakan padanya memberikan rupa yang sangat segak & sangat sesuai ia dipakai ke majlis formal ataupun kerja.

Helbros sudah tinggal sejarah... walaupun ia masih wujud. Kerana sejarah pembuatan jam mereka sudah tidak diteruskan lagi. Sayang sekali kerana sejarah pembuatan jam mereka juga tidak begitu diperkatakan. Mungkin kerana beberapa kali pemindahan milik serta namanya kini sudah diberi nafas baru oleh Jepun membuatkan 'sejarah' yang sepatutnya dibawa bersamanya pada model baru itu hilang walaupun tertulis SINCE 1913 pada dial. Bagi aku, model vintage lebih mempunyai 'nilai'... malah lebih 'bernilai' dari kebanyakan jenama vintage lain yang kini sudah sepi.....

20 KOMEN ANDA:

dabu said...

tak dinafikan..memang klasik & tersendiri..x rugi simpan..
meleleh air mataku...

duniajam said...

hehe... sudah pupus.... huhu.. tp jam ni juga sudah di ambang mencari tuan baru juga... haha

Pencinta Masa said...

Nice vintage. Tahun bila ni? Jangan jual bro, tak jumpa kat kedai dah tu ...

duniajam said...

Tak pasti bila... mungkin 60an.... jam ni mmg tengah di ambang kepupusan termasuk dgn saya sendiri... Haha... Tgk nnt camno...

TIMEasitis said...

Mar...ada lagi ke company helbros ni...aku jumpa website nie...nampak mcm dah tutup la...http://www.helbros.com/2101.html

sayang....brand ni ada nilai....tapi hilang di arus kemodenan dunia...:)

duniajam said...

Tgk web tu mmg dah tutup. Mungkin itu kompeni lama. Jenama tu masih wujud. Tp rasanya dah dibeli kompeni Jepun & buat penjenamaan semula.

Aku tgk beberapa web yg jual jam ni, tulis origin dari Jepun skrg.

TIMEasitis said...

tapi gambo yang kau letak ni...lawo gak yang design macam AP ...heheheh....berangan jer

duniajam said...

Haha....kembang hidung aku bro... ekekeke...

Suka Jam said...

Wehhh!! Aku bagi amaran keras kat ko.. Ko jangan la jual jam ni.. Huaaa!!!! Keluar balik dah cerita pasal jam Helbros gold face ni.. Mana nak cari lagi jam Helbros dengan clean face mcm ni..

duniajam said...

Haha... ada kwn aku dah booking kalau aku nak jual. Aku kena fikir betul2... sampai ada jam yg korang akan terkejut kalau aku ckp nak jual pun ada gak ni. Muahaha...

Suka Jam said...

Jam ni memang jadi idaman ramai suatu masa dulu.. Last2 let go jugak la..

duniajam said...

Jam2 yg kita ckp taknak jual tu mungkin akan jual gak satu hari nanti. Huhu...

Priority aku skrg dah berubah. Byk jam aku lepaskan untuk memenuhi tuntutan yang lebih penting. Takpalah.... Sob sob...

Pencinta Masa said...

Apa tuntutan yang lebih penting tu? Speedy Pro kot ...

thetick-thetick said...

Helbros adalah salah satu koleksi vintage aku yang terawal. Ada aku postkan gambar kat artikel aku yang terawal. Aku pernah buat research pasal brand ni. Roller-coaster punya brand. Ada Helbros Made in Germany, France, Swiss and lastly Helbros landed kat negara Uncle Sam - now made in USA. Dah tak pakai enjin swiss lagi. Banyak pakai enjin Miyota. Brand dah tak popular lagi so manufacture dia reduce the cost. Sama macam Jules Jurgenson. Semua dah bertapak kat USA. Hari Selasa lepas aku pergi WK (Wong Kim) Gallery kat Central Market tempat aku "lego" jam Helbros tu... tak salah aku tahun 2002/03 dulu. Terperanjat aku, jam tu ada lagi kat dalam display! Apsal tak bole jual, aku tanya Salesman kat sana. Dia kata ini jam vintage size kecik orang tak minat. Hmmmhh... aku tau pasal apa dia tak boleh jual. Diorang taukeh tu jual jam vintage 3 4 kali ganda dari Amcorp dan kedai-kedai lain... pasal tu la orang taknak beli! Ah Kim...sorry heh

duniajam said...

Tq bang. Dulu pernah tgk Helbros tp Swiss kat dial. Dok cari info tak jumpa.Web Jules Jurgenson upun ckp depa dah tutup & tak berniaga dah. Tp warranty depa masih ada & akan attend customer yg beli jam depa

duniajam said...

Bro Pecinta Masa... Speedy pro jauh lg perjalanannya.. ada yg lebih penting. Ekekeke...

Unknown said...

ada yg tau gak dimana bisanya itu jam lagi. punya ku hilang.

duniajam said...

masril awin...

susah nak cari jam ni sekarang. Sangat rare

Unknown said...

Aku punya 1 jam merek helbros ini model putar chronometer

Unknown said...

Aku punya 1