Suatu nama yang kurang diperkatakan kini adalah Helbros. Pencarian aku mengenai jenama ini tidak menemui banyak informasi. Helbros diasaskan oleh Helbein Brothers pada tahun 1913. Mereka merupakan watchmaker Swiss German berkelas sederhana yang mempunyai matlamat untuk menghasilkan jam berkualiti yang mampu dimiliki.
Mereka menghasilkan movement mereka sendiri & ini boleh kita lihat pada catatan pada movement mereka dengan kod PUW XXXX. Beberepa jenis movement dihasilkan contohnya seperti automatik, jam dengan kemampuan menentukan lunar time & termasuklah movement 'electric'. Aku mohon maaf kerana kekurangan maklumat mengenai sejarahnya. Mungkin sifu-sifu boleh bantu menceritakan dengan lebih lanjut mengenainya.
Dalam rentetan sejarahnya juga, pemilik syarikat Helbros beberapa kali bertukar milik. Mungkin disebabkan itu, ada jam-jam Helbros ada yang tertera Swiss ataupun Germany untuk model vintage.... Jadi adakah masih wujud jenama ini? Ya... namun aku tak pasti samada ia masih dikeluarkan lagi atau tidak.. kerana model baru mereka kini pada aku sudah hilang serinya..... kerana ia kini sudah diambil alih syarikat Jepun kalau tak salah aku berdasarkan beberapa web yang menjual jenama ini. Ia tidak lagi menggunakan movement mekanikal kerana kini ia adalah quartz & jenamanya kini sebaris dengan jenama-jenama butik....
Ini merupakan kompilasi antara beberapa model mereka kini. Nampaknya design mereka kini lebih meniru jenama-jenama lain, harganya murah, quartz & jam-jam ini bolehlah dikategorikan sebagai homage... Pada hemat aku, model vintage lebih mempunyai 'kick'...
Model ini merupakan antara jam vintage terawal aku miliki. Gabungan jam lama dengan kamera lama memberikan aura klasik berkuasa dua. Kamera itu pernah aku gunakan semasa darjah enam tahun 1992. Design jam ini tersendiri... & mempunyai nilai klasik yang tersendiri. 'Nilai' ini jarang dijumpai pada banyak model vintage lain memandangkan kebanyakannya tidak mengunakan movement in-house seperti Helbros. Walaupun namanya kurang dikenali, design begini sangat sukar dijumpai & jika digandingkan dengan jam-jam vintage lain pasti jam ini lebih terserlah.
Casing base metal dengan gold plated ini masih berkeadaan baik tanpa kesan 'penurunan' yang ketara. Casing bersaiz lebih kurang 33mm (tidak termasuk crown) merupakan saiz standart pada zamannya. Crown tidak bertanda berkeadaan baik namun sudah longgar.
Dial berkeadaan sangat baik tanpa sebarang sentuhan penambahbaikan. Jarumnya juga berkeadaan sangat baik. Mempunyai penunjuk hari & tarikh, di mana perletakkan penunjuk hari pada kedudukan yang istimewa di bahagian tengah dial.
Dial yang melengkung ini memberikan rupa yang berkilauan pada kebanyakan sudut pandangan. Ia dibuat dengan cukup baik & berkualiti... hasilnya inilah... dah berpuluh tahun umurnya, ia masih kelihatan kacak! Sepertimana dial yang melengkung, jarum saat & minit turut melengkung juga. Suatu ciri vintage yang sudah hilang pada jam model sekarang.
Kedudukan penunjuk harinya itu pada kedudukan yang lari dari norma kebiasaan jam, malah ia juga dibuat melengkung! Tertera dengan jelas sekali tulisan GERMANY pada dial pukul 6 yang menunjukkan dari mana asalnya...
Caseback skru juga berkeadaan sangat baik. Perkataan 10 MICRON G itu pernah memberi persoalan & keraguan untuk aku memakainya kerana mempunyai perasangka ianya adalah emas tulen. Disebabkan itu, aku tidak memakainya. Kepercayaan itu diperkuatkan lagi dengan warna emasnya itu yang tidak 'turun' seperti kebanyakan jam lain. Aku tidak begitu arif mengenai jam-jam lama begini & persoalan itu dijawab oleh sifu aku & suatu kelegaan kerana boleh memakainya kerana ia hanyalah plated. Caseback itu sendiri mempunyai ring skru luaran yang bertindak sebagai kunci. Ia perlu dibuka dahulu & kemudian penutup dikeluarkan.
Bahagian dalamnya juga mempunyai sijil peranakan yang jelas.
Movement automatik 17 jewels ini berfungsi dengan cemerlang. Ia juga mempunyai keupayaan kunci (winding). Tak banyak jenama yang mempunyai movement in house sendiri. Sayang sekali legasi & sejarah mereka sudah mati & tidak diteruskan lagi kerana kualiti movement boleh dikatakan sangat baik & memuaskan. Walaupun sudah lama, ia berkeadaan bersih & masih berfungsi dengan baik. Berdasarkan gerakan jarum saat, aku andaikan ia mempunyai kelajuan 18000bph.
Movement PUW 1363 ini sudah dipatentkan & tiada jenama lain boleh menirunya...
....sayang sekali ia tidak lagi wujud & dikeluarkan lagi...
Pemakaian jam ini selesa ringan. Seperti tidak terasa ia ditangan. Tali dark brown yang dikenakan padanya memberikan rupa yang sangat segak & sangat sesuai ia dipakai ke majlis formal ataupun kerja.
Helbros sudah tinggal sejarah... walaupun ia masih wujud. Kerana sejarah pembuatan jam mereka sudah tidak diteruskan lagi. Sayang sekali kerana sejarah pembuatan jam mereka juga tidak begitu diperkatakan. Mungkin kerana beberapa kali pemindahan milik serta namanya kini sudah diberi nafas baru oleh Jepun membuatkan 'sejarah' yang sepatutnya dibawa bersamanya pada model baru itu hilang walaupun tertulis SINCE 1913 pada dial. Bagi aku, model vintage lebih mempunyai 'nilai'... malah lebih 'bernilai' dari kebanyakan jenama vintage lain yang kini sudah sepi.....
Leia Mais…