Saturday, September 18, 2010

Timex military... antara jam perang terawal....

Tahun 1940 menyaksikan fenomena letusan jam military di pasaran dunia. Mungkin akibat perang dunia yang meletus pada zaman itu, menyebabkan hampir keseluruhan pembuat jam turut ikut berperang dengan penghasilan model perang (military). Timex antara jenama terawal yang menghasilkannya.

Bila jam perang datang mengganggu, komando semut datang mempertahankan sarangnya.... Timex mengeluarkan jam-jam yang cukup berpatutan harganya pada waktu itu disamping menawarkan ketahanan yang cukup membanggakan dengan pelbagai ujian lasak/ketahanan terhadapnya & diadaptasikan ke dalam siaran televisyen di zaman 1960an.



Suatu ketika dulu, aku pernah ada model military dari Timex.... tapi waktu itu aku tidak tahu halatuju & minat pada ketika itu & ambil keputusan untuk menjualnya.... Lepas jual terasa menyesal pula. Banyak sumber & carian dilakukan namun tak berjaya.... beberapa bulan lalu, aku telah berjaya mendapatkannya semula menerusi Mudah.my. Kondisi jam itu masih berkeadaan baik & dibeli tanpa tali dibekalkan.



Inilah jam aku dahulu. Bentuk casing berlainan dari yang baru ini namun jiwanya sama.



Tiada perbezaan melainkan design casing saja. Jarumnya sama & movementnya juga sama. Casing base metal ini masih berkeadaan baik & tiada kesan krom tertanggal padanya. Saiznya juga tidak besar. Bicara yang mudah ianya adalah 'boy size'.



Dial 24 jam ini merupakan satu ciri-ciri jam military. Jarum saat yang kemerahan itu memberikan kontra yang jelas & sesuai dengan rupanya. Dial jam military kebanyakan model tidak berbeza antara satu sama lain.



Berbeza dengan model yang pernah aku miliki dulu, kini tiada lagi tulisan 'Great Britain' padanya. I really miss that.....



Crown dapat diputar dengan mudah & proses mengunci movementnya adalah pasti tanpa ragu-ragu.



Casingnya kini sedikit bersegi berbanding yang lama. Dari pandangan ini nampak seperti cermin akriliknya bercalar balar. Namun calarannya itu tidak jelas dari pandangan atas & ianya juga adalah calaran di bahagian dalam & bukannya di luar. Kena buka & polish di bahagian dalam.



Hanya caseback sahaja yang diperbuat dari stainless steel. Caseback jenis snap-on & hanya memerlukan pisau untuk membukanya. Power reserve telah teruji selama 41 jam 56 minit.



Nampak janggal juga sebenarnya sebab saiznya kecil. Namun itulah saiz jam zaman dulu. Dengan zaman sekarang, saiz ini adalah untuk perempuan. Bagi peminat jam, sudah pasti ia tidak begitu menjadi masalah sebab memakainya kerana sukakannya, sejarahnya, rarity-nya. Kalau nak ikutkan, model-model art deco zaman dulu jauh lebih kecil dari saiz Timex ini. Ia adalah trend pada zaman itu yang kini menjadi sejarah. Zaman berubah, manusia semua nak benda-benda besar sekarang....



Tali yang dikenakan padanya adalah dari Seiko. Aku sukakan tali ini sebab sisipan tali yang diperbuat dari stainless steel. Dengan saiz kanvas yang agak besar & kasar, terasa betul militarynya tu. Ada pelbagai lagi jenis tali military Seiko & ia bakal diceritakan di episod akan datang.

Syukur kerana aku dapat bertemu kembali dengan jam yang pernah masuk ke dalam koleksi aku. Termeterai juga hasrat untuk menebus kekesalan menjualnya dulu. Kini ia menjadi salah satu koleksi bersejarah buat aku...

10 KOMEN ANDA:

Zhentan said...

Salam

Tanya sikit, apa yang didefinasikan sebagai jam Military ? Maybe DJ boleh explain sikit...ye la, mcm jam diver, ada kelebihahan tahan dalam air, jam aviator ada gaya instrument kapal terbang...selalu tertanya tanya value jam military... boleh explain tak...

thanks

duniajam said...

Ada jam yg memang dibuatkan khas untuk tentera. Sejarah jam military secara detail aku tak tau sgt. Kena banyak baca lg. Tp permulaannya sejak perang dunia dulu. Jam2 dibuat untuk kegunaan tentera pada masa lalu.... yg kini dah jd salah satu pilihan pembeli. Salah satu cabang jenis jam pula sekarang.

Kenapa jam military ada 24 jam? Sebab tentera mambaca waktu mengikut sistem 24 jam. Masa adalah 1 elemen penting dalam ketenteraan. Jam2 pada waktu itu boleh hack supaya penentuan waktu misi yang perlu dijalankan adalah selaras untuk semua tentera. Penentuan waktu yg lambat katanya salah satu punca pengeboman Pearl Harbor dulu.

Boleh tengok jam military vintage tak lari design dia. Mungkin untuk memudahkan penyelarasan waktu & design yg simple supaya tidak menjadi suatu elemen sasaran musuh. Design sekarang tak banyak berubah sgt, cuma ada la penambahan ikut perubahan zaman & jam military pula dah tak diguna pakai tentera. Orang biasa ja yg guna. Jadi hanya jenama2 tertentu saja... wallahualam....

viruspronto said...

betul kata DJ..masa adalah amat penting bg seorang anggota tentera..sampai sekarang pun, anggota tentera masih guna jam tangan jarum (walaupun byk jam tgn yg lebih canggih)..dlm dunia ketenteraan..perkara ni dipanggil pelarasan masa.

sistem 24 jam diguna pakai utk elakkan kekeliruan. Cthnya serangan pada jam 8( 8 pagi ke mlm??)jadi sistem 24 jam lebih selamat dan senang digunakan.

duniajam said...

Tq bro. Info yang berguna.

TIMUR said...

Mengikut pendapat dan mod peribadi aku jam askar mesti enjin kunci! detikan mesti kuat mcm jam bom jangka...baru le best...

Suka Jam said...

Jam military analog mesti ada sistem 24jam pada dial. Untuk penentuan masa a.m & p.m. Jam2 military dulu banyak pakai jam kunci pasal tak rosak sangat kalau terkena air & lumpur, masih boleh kunci untuk guna jam.

Tapi sekarang askar & komando byk guna jam digital. Contohnya suunto D4, D6 & D9. Zaman sekarang military memerlukan bacaan kedalaman selaman, ketinggian dari aras laut, chrono, memory, dll... Boleh cari kawan2 anggota VAT69 Malaysia.. hehe!!
Wallahualam..

Suka Jam said...

Jam military analog mesti ada sistem 24jam pada dial. Untuk penentuan masa a.m & p.m. Jam2 military dulu banyak pakai jam kunci pasal tak rosak sangat kalau terkena air & lumpur, masih boleh kunci untuk guna jam.

Tapi sekarang askar & komando byk guna jam digital. Contohnya suunto D4, D6 & D9. Zaman sekarang military memerlukan bacaan kedalaman selaman, ketinggian dari aras laut, chrono, memory, dll... Boleh cari kawan2 anggota VAT69 Malaysia.. hehe!!
Wallahualam..

duniajam said...

Jam military kunci mmg best. Yg moden skrg macam2 design & movement yg dibuat bukan untuk tentera macam dulu.

Ada 1 lg jam military yg bakal aku review. Jam yg diissue untuk kegunaan tentera. Terkejut gak tgk harga dia kat internet. Tengah cari jarum macam asal. Yg skrg ni macam jarum tak ori dah. Cari tak jumpa. Hadoi...

Zhentan said...

thanks semua utk maklumat yg mendalam..

mungkin DJ boleh buat satu artikel, mengupas klasifikasi jam...apa dia jam military, apa dia jam diver, apa dia jam etc etc...bagus kalau ada sumber rujukan :)

duniajam said...

Insyaallah.... hehe...