Tuesday, September 14, 2010

Kepelbagaian luminous

Ujian suka-suka ini telah dilakukan tidak beberapa lama dulu. Sebanyak 19 jam terpilih untuk ujian ini. Lepas ujian dibuat, baru tersedar yang Seiko 6105 tiada..... terlupa pula aku nak uji sekali.

Jam-jam yang dibuat ujikaji adalah seperti berikut:
  1. Casio Trisport
  2. Bruno Banani
  3. Citizen Eco-drive Perpetual Calendar
  4. Citizen Eco-Drive chronograph
  5. Citizen Oxy
  6. Epos Sportive 3396
  7. Jeep chronograph
  8. Junkers 'Hooters'
  9. Levi's Cooper
  10. Orkina
  11. Orient open heart
  12. Orient calendar
  13. Seiko 5 ladies
  14. Seiko 5 Sport
  15. Seiko 'Dilot'
  16. Seiko Orange Monster
  17. Seiko Military
  18. Seiko Samurai
  19. Seiko Sumo

Jenama yang berlainan menampilkan penggunaan luminous paint yang berlainan juga.... kecuali Jeep yang menggunakan teknologi yang jauh berlainan dari ke semuanya. Ujian dilakukan sepertimana saudara SukaJam buat beberapa ketika dulu.



3 jenama dalam deretan ini ialah Epos, Seiko & Junkers.
Dari kiri Seiko Dilot, Epos, Seiko Sumo, Samurai, Orange Monster & Junkers

Boleh dilihat, Seiko lebih terang cahaya lumenya berbanding jenama lain selepas ke semuanya didedahkan kepada cahaya secara serentak untuk suatu jangkamasa. Seiko telah membangunkan teknologi pencahayaan LumiBrite yang lebih terang, lebih tahan lama & selamat kepada pengguna mahupun kepada alam sekitar. Luminous jenama lain tidak dapat dipastikan jenis apa. Namun, memang terbukti Seiko mendahului yang lain. Dalam semua Seiko, Sumo yang paling terang.

Bacaan lanjut tentang LumiBrite DI SINI.



Jeep chronograph

Jeep menggunakan teknologi pencahayan dari mb-microtec iaitu trigalight. Ia manggunakan gas tritium yang dimasukkan ke dalam tiub kecil. Pencahayaannya sekata, terang & bercahaya tanpa memerlukan ia didedahkan kepada cahaya seperti luminous biasa. Ia sentiasa bercahaya & mempunyai half life selama 20 tahun. Teknologi ini turut digunapakai oleh beberapa lagi jenama terkenal seperti Traser, Luminox, Marathon, Ball, Doxa dan beberapa jenama lagi.

Bacaan & penerangan lebih lanjut mengenai teknologi ini, boleh dilayari di mb-microtec



Cahaya luminous Citizen berbeza warnanya berbanding Seiko. Warnanya kebiruan berbanding Seiko yang berwarna hijau. Sebenarnya banyak jam di sini lagi. Tetapi yang bercahaya hanyalah Seiko & Citizen. Yang lain-lainnya sudah malap, terpadam (bercahaya sekejap) & ada yang malu-malu nak bernyala...



Di tengah itu ialah Jeep dengan trigalight. Tat kala cahaya yang lain kian pudar.... trigalight sentiasa bercahaya tanpa sedikit pun pudar.... mungkin selepas 20 tahun cahayanya akan sedikit pudah disebabkan half life tritium selama 20 tahun. Itulah kelebihan trigalight.



Seiko Dilot & Epos Sportive



Seiko Sumo & Seiko Samurai



Seiko Orange Monster & Junkers Hooters



Keadaannya dengan Jeep di bawahnya....



Cantik betul keadaan ke semua jam yang bercahaya tu. Rasa macam lampu 'lip-lap' saja. Boleh lihat bagaimana pencahayaan trigalight berbanding LumiBrite. Dari segi luminous paint, LumiBrite adalah yang terbaik, malah diakui antara yang terbaik di dunia. Teknologi trigalight yang dibangunkan oleh mb-microtec telah memberi satu lagi pilihan kepada pembeli merasai teknologi yang digunapakai oleh para tentera. Bagi yang sukakan jam yang bercahaya sekata tanpa malap & tanpa memerlukan stimulasi pencahayaan luaran.... trigalight adalah jawapannya.

8 KOMEN ANDA:

amer|zhafran said...

indah sungguh teknlogi lume ni noh~ishhh...asyik2..

duniajam said...

Bila tengok senmua jam bercahaya mmg nampak cantik. Best betul. Hehe

manok said...

tgk jam lume sblm tido smbil lyn blues,best.tp lenguh tgn beb.nk cr wall punye x pulak jumpa2.seiko diver yg tukar dial baru dh tak mantop terangnye.nk try luminox plak.distributor luminox baru tukar,rege mahal lainmcm dr oversea tu

duniajam said...

Mmg best bro. Tp 6105 tu mmg terang walau dial baru. Tp tak sehebat lume diver baru tu. Tu yg syg terlupa nak test hari tu. Hehe... Seiko diver vintage dah malap dia punya lume. Turtle aku nyala kejap sgt, pastu terus malap. Adoi... tp tgk gak jenis lume yg dial baru guna. Mmg ada yg tak terang mcm ori.

Luminox pakai trigalight sama macam Jeep. Yg bestnya dia pakai warna berlainan. Berkaler2 cahayanya. Tp harga la mahal. Hadoi....

manok said...

seiko lama ni kena brpijak kt bumi yg nyata la.kena trima hakikat brg dh lama,rupanya gitu la.janji enjin kencang udah.eh,tp bkn bole relume blk ke.dpt mcm sumo,puas ati.

luminox aritu main tikam2 kt ebay.sekali mng la pulak.navy seal 8817.rasa brsalah kt pakcik seiko,sbb beli brand lain.huhu

duniajam said...

Hahaha.... main tikam2 ni bahaya gak. Aku pernah kena. Terpaksa beli. Ekekeke...

Boleh relume balik. Luminous paint yg paling ok dari Lume-Tec. Tapi mahal dia punya serbuk tu.

manok said...

luminox 8817 sudah sampai.ringan giler.tikam yg brbaloi xpe.rubber strap lembut rasa mcm nk trkoyak.lume mmg mantop,tp xsmpt nk belek2 sgt.bini baru brsalin sabtu lps.klu jam jenis chrono,tgn mesti gatal nk tekan mcm2.nasib 8817 date je yg ada.kot free bole post kt fb dj.

*satu skola ngan nasrul jalal ke

duniajam said...

Tahniah bro. Rasanya tali dia lembut tp susah nak koyak. Mungkin dasi silikon. Nnt bolehlah upload kat FB. Hehe