Saturday, September 4, 2010

Casio ALT-6200 Twin Sensor Alti-Thermo - Model Protrek terawal?



Sekali tengok, model Casio ini tidaklah berada dalam kategori 'handsome'. Design yang ditampilkannya seperti suatu alat hardware berbanding jam tangan. Namun bentuk yang pelik ini telah menarik perhatian aku untuk melihatnya dengan lebih dekat.



Bezel jam diikat dengan 4 skru pada casing. Kualiti buatan & finishing Casio memang bagus sejak dari dulu lagi. Teknologi Twin Sensor mula dikeluarkan Casio di awal tahun 1990an. Model terkini Casio kini menampilkan teknologi Triple Sensor dengan model Protrek. Entah apa nama jam ni pula aku pun tak tau. Yang pastinya dalam siri model Twin Sensor. Mungkin model ini adalah permulaan idea penciptaan model Protrek.

Apakah yang dimaksudkan dengan Twin Sensor? Maksudnya jam ini mempunyai 2 sensor..... yang setiap model keluaran Casio adalah berlainan keupayaan & jenis sensor yang ditampilkan. Setiap jenis sensor itu dibuat berdasarkan fungsi kegunaan jam tersebut. Kini jenis-jenis sensoritu di sekalikan dengan satu jam saja. Maka Casio Protrek merupakan model yang berteknologi tinggi juga dengan gabungan 3 jenis sensor. Tak perlu lagi beli 2, 3 jam yang berlainan untuk mendapatkan ke semua sensor itu.

Permulaan teknologi memang begitulah. Bermula sebagai jam dengan fungsi biasa, diperkembangkan dengan penampilan satu sensor. Kemudian 2 sensor. Nampaknya tidak mencukupi dengan memaksa pengguna membeli beberapa jam dengan sensor yang berlainan. Model terkini tampil dengan 3 sensor. Tak mustahil akan ada 4 sensor pula selepas ini. Bagus juga permulaan begitu kerana kita dapat melihat perkembangan teknologi. Jika anda mempunyai model terawal sensor, mungkin boleh disusun jam-jam tersebut mengikut tahun & perkembangan teknologinya. Sudah tentu boleh nampak trend peningkatan samada dari segi teknologi mahupun design.



Jam ini sebenarnya mempunyai 2 tona warna. Keadaan casing sangat memuaskan & didatangkan dengan tali original. Susah betul nak jumpa jam Casio lama masih bertali original.



Jam dengan sensor begini sangat mengujakan bukan saja kerana jam sudah tidak dikeluarkan lagi, tapi kerana sudah jarang ada lagi keluaran jam dengan sensor begini sekarang. Terasa istimewanya di situ. Ada lagi ke jam baru yang ada sensor begini?



Usah khuartir kerana Casio masih mengeluarkan model dengan sensor di bahagian tepi begini.Casio Marine Gear menampilkan design seperti abang-abangnya yang terdahulu. Terdapat juga model Forester dengan design yang serupa. Aku tak pasti perbezaan antara keduanya. Tapi namanya itu sendiri sudah beri kita idea perbezaan fungsi & kegunaannya.



Penampilan 2 LCD dengan 2 tona warna ini sudah menunjukkan ia dibuat untuk tujuan tertentu. Bahagian LCD atas lebih besar & mempunyai garisan graf. Sudah tentu model ini bukanlah suka-suka dibuat begitu. Serius benar nampaknya...



Jam ini mempunyai sensor termometer & altimeter. Altimeter adalah sensor yang boleh mengira ketinggian dari paras laut. Mode automatik ataupun manual boleh dipilih untuk mendapat bacaan altimeter. Boleh nampak kenaikan bar yang menunjukkan ia sedang mengesan ketinggian dari aras laut.



Jam boleh merekodkan data sebanyak 50 memori. Altitud minimun & maksimum akan direkodkannya. Ia juga mempunyai mode ALARM & STOPWATCH.



Sukar nak cari model Casio dengan tercatatnya JAPAN di caseback kini....



Kini mode ALTIMETER sedang digunakan.... jam sedang mengesan bacaan altitud di kedudukan aku sekarang. Bacaan jam dengan sensor begini mengambil sedikit masa untuk memberi bacaan yang sekata. Dari bacaan manual, jam dengan sensor begini tidak sesuai untuk digunakan dalam keadaan gerakan yang laju kerana akan dipengaruhi pula oleh tekanan angin. Setakat berjalan boleh la lagi. Langsung tak sesuai ketika berbasikal, bermotor & sebagainya.



Bar akan semakin banyak dipaparkan... memberikan maksud bacaan masih diteruskan. Bacaan maksimum & minimum dapat kita tengok semula. Ketinggian aku sekarang 60 meter dari aras laut.



Pemakaiannya di tangan memberi perasaan berbeza. Kalau sebelum ni jam yang pada mata aku'handsome'... tapi yang ni lain macam sikit..... Pelik juga aku tengok pasal tak rasa macam pakai jam. Tak apalah.... asalkan ia CASIO.


8 KOMEN ANDA:

TIMEasitis said...

altimeter pada jam jam nie mcm nie biasanya menyukat ketinggian berdasarkan bacaan tekanan udara...lagi rendah maka lagi tinggi kita berada...

that is why it is known as pressure altimeter or barometric altimeter...

in later model we see a lot of of protrek make use of word barometer..

bagi pengembara , hikers, etc pengunaan barometer yg betul dan peta topografi, boleh menunjukkan kedudukan/lokasi anda lebih tepat dari GPS yang membuat pengiraan berdasarkan kedudukan satelit, GPS mempunyai julat yang besar dan satu ketika signal mungkin tak dapat berdasarkan kedudukan anda...cuma aku tak pasti betapa tepatnya pengukuran jam ini...tak pernah dgr lagi org calibrate jam casio nak memastikan benda nie tepat pengiraannya...

apa apa pun, jam mcm nie memang hebat...tak rugi simpan satu...aku memang dah ada plan satu hari nanti nak ada jam yg boleh ukur pressure pasal ada kaitan dgn kerja aku...sekarang aku ada satu alat besar handphone utk aku monitor suhu, kelembapan udara dan tekanan udara...memang kena ada selalu...huhuhuh...tapi satu jer masalah...mahal siot jam protrek ni...tue yg lemah sikit tue..hehheh

TIMEasitis said...

berapa harga jam nie DJ?

duniajam said...

Tq bro. Satu penjelasan yang jelas. Best!

Rega jam ni RM580. Ingat2 lupa dah. Haha...

TIMUR said...

DJ, Serba hitam...best, hampir sama dgn model klasik AW-360 yang nak dijual kat blog aku tu la... cuma yg tu anadigi.. http://detikduabelas.blogspot.com/

duniajam said...

Ye. Bentuk dua ni lebih kurang kan? Yg bro tu best gak. Bukan senang nak jumpa dah tu.

hadi_8149 said...

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Bila nak tunjuk grail watch daa.....

duniajam said...

Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh....

Sampai masanya nanti aku akan tunjuk. Hahaha....

fairuzyusoff said...

Rare model. Best ni