Tuesday, September 21, 2010

Kepelbagaian tali military Seiko


Tali military merupakan keluaran tali khas untuk jam-jam military. Namun penggunaannya tidaklah terhad terhadap jam military saja. Ianya juga sesuai untuk jam-jam lain juga.



Tali jenis ini agak sukar didapati dijual di kebanyakan kedai, malah mereka juga tidak tahu harganya. Mungkin ia tidak begitu popular & jarang dicari pembeli membuatkan banyak kedai tidak menjualnya. Kedai yang ada pula rata-rata menjualnya di antara RM50 hingga RM90. Mungkin bergantung kepada saiz & jenis.



Dalam pengetahuan aku sekarang cuma ada 5 jenis tali military keluaran Seiko. Boleh lihat 3 perbezaan nyata tiga jenis tali di atas. Tali keluaran Seiko mirip seperti tali biasa yang memerlukan spring bar di masukkan ke hujungnya untuk disambungkan kepada lug. Ia tidak sama seperti tali military Zulu & Nato.





Gambar diambil dari http://www.mwcwatches.com

Ini adalah tali military Nato. Tali Nato berbeza sedikit dengan tali Zulu dimana ia mempunyai tali tambahan yang perlu diikat di bawah caseback seperti gambar atas. Tali dibawahnya itu membantu untuk mengekalkan casing supaya tidak menggelongsor. Namun hasilnya, ia akan lebih tebal di bahagian bawah.



Gambar diambil dari http://www.broadarrow.net

Ini pula adalah tali Zulu. Tali Zulu lebih mudah pemakaiannya. Talinya hanya lurus tanpa tali tambahan di bawah caseback seperti Nato. Ia hanya perlu di masukkan saja melalui spring barpada lug & perlu adjust kedudukan casing di tempat yang bersesuaian.



3 jenis tali yang ingin diketengahkan ini mempunyai perbezaan antara satu sama lain. 2 tali di atas adalah sama jenis. Menggunakan kanvas yang halus & nampak kemas. Namun jahitan pada lug nampak seperti tidak sekukuh & tahan seperti yang lain.Tali hitam menggunakan kanvas yang lebih besar & tidak mempunyai jahitan di sekelilingnya. Manakala yang hijau nampak lebih kasar kanvasnya, lebih tebal & lebih kasar buatannya. Namun ia nampak lebih kukuh & tahan. Aku sukakan dengan adanya sisipan tali dari stainless steel itu.


3 jenis tali dengan 3 jenis buckle yang berbeza.



Stainless steel-B & stainless steel-Z... mungkin huruf itu menunjukkan jenis & perbezaan buckle.



Ini pula satu lagi jenis tali keluaran Seiko. Tali ini kepunyaan YB Dato' Hassan DetikDuaBelas yang dipakaikan kepada Seiko Samurai. Pertama kali sebenarnya aku tengok tali ni semasa buat kunjungan raya di rumahnya tempoh hari. Talinya menggunakan kanvas yang besar & di bahagian bawahnya pula di lapik dengan satu lapisan kulit. Hasilnya tali lebih tabal & lebih keras berbanding tali kanvas keseluruhan. Harganya 2 kali ganda lebih mahak berbanding tali kanvas biasa.



Kita lihat pula keadaan pemakaian tali military yang berlainan kepada jam pula. Disebabkan Seiko Military itu berdial hitam, apa-apa warna tali sesuai dengannya. Jam ini bakal direview di masa akan datang.



Beginilah pula rupa Timex yang baru-baru ini direview.



Ini pula keadaan jam diver dengan tali military. Perbincangan dengan saudara DetikDuaBelas dahulu, kami membuat kesimpulan bahawa selain tali getah, jam diver juga sesuai dengan tali military berbanding tali kulit kerana tali kanvas adalah tahan terhadap air, tidak kembang, tertetas atau terkeluar gam seperti tali kulit. Buatannya juga agak utuh & cepat kering jika terkena air. Jadi penggunaannya terhadap jam diver dirasakan sangat sesuai jika sentiasa terkena air.



Casio DEP-610 dengan 3 tali berbeza. Gambar pertama dengan tali getah original, gambar kedua dengan tali kulit & 2 gambar seterusnya adalah dengan tali military.



Selesa juga pakai jam diver dengan tali military. Pemakaiannya dirasakan seperti memakai tali getah kerana tiada lagi perasaan risau terkena air sepertimana risaunya dengan tali kulit.


Cuba-cubalah menyesuaikan pula jam anda dengan tali military. Mungkin sedikit pengubahsuaian ini memberi suatu lagi peluang menghilangkan perasaan bosan dengan rupa lama & satu lagi kelainan sekiranya ingin mencuba.

6 KOMEN ANDA:

TIMEasitis said...

ntah la, aku memang sejak azali tak minat tali mcm nie...aku panggil tali kain...baru baru nie baru tahu org panggil nie tali military...hehhe

ye, memang aku akui aku tak biasa dgn konsep jam military, and bila aku dah kenal jam military, antara lain yang membuat aku kurang minat pasal tali nie...

tapi nampaknya aku sorang jer, rupanya ramai yang minat...sah jakun aku nie...

ini la best nyer ada laman blog mcm dunia jam, dan lain lain...tak lupa pada forum...dapat berkongsi minat, membuka minda dan bertukar pendapat...

so, akhirnya, walau aku masih tak minat, aku akui sesetengah jam nampak sesuai dgn tali military nie...not my cup of tea, tapi sebenarnya ada keistimewaannya sendiri...

duniajam said...

Ye betul bro. Setiap org ada minat sendiri. Bukan semua yg kita minat org lain pun minat. Tak semua jam sesuai dgn tali military. Ada yg mmg fail terus bila boh tali military. Haha... Mungkin kecik2 dulu aku suka main combat... tu yg suka. Wakakaka....

HFI said...

Salam bro, Kat Malaysia ni mana nak cari tali Maratac?

duniajam said...

Salam HFI,

Tak pasti la plak bro kat mana nak cari jam tu. Kalau kat eBay ada rasanya.

Unknown said...

Macam mana saya nk contact tuan yg menjual tali jam ini yer..
Harap tuan dapat membantu
+60142557440
Wassap saya tuan

duniajam said...

AFANDI ISMAIL

Ada tali yang dalam gambar saya beli dari kedai jam. Ada tali dari sahabat saya Tuan Hassan DetikDuaBelas.blogspot. Tuan boleh hubungi tuan Hassan jika beliau masih ada stok.

Terima kasih