Saturday, September 25, 2010

Misteri UFO terungkai kini....


Inilah dia UFO yang dimaksudkan itu.... Bentuknya unik, agak pelik, pipih & bulat menampakkannya seperti objek asing itu.....

Casio Ana-digi UFO AW-55.

Ia adalah salah satu model yang agak rare di pasaran kita. Penampilannya ringkas & sederhana... namun mempunyai daya tarikan sehingga membuatkan aku terasa ingin mendekatinya dengan lebih dekat....



Model analog-digital (ana-digi) bukanlah suatu yang baru kerana model ana-digi telah pun dikeluarkan sejak tahun 1980an lagi oleh pelbagai jenama terkenal & masih lagi dikeluarkan jam jenis ini hingga kini.



Design yang ringkas ini digarapi dengan design dial yang juga ringkas namun menarik untuk diperhatikan. Warna dial yang kelabu itu ditanda dengan marker yang dibuat embosed dengan warna kelabu metalik. Jika kebiasaan display LCD jam jenis ini lurus/tegak, ia dibuat melengkung menyusuri bentuk bulat dialnya. Fungsi asas jam (ALARM, STOPWATCH) adalah suatu kebiasaan yang dimiliki Casio untuk kemudahan penggunanya. Ia mudah digunakan & adalah suatu bonus dengan adanya fungsi tambahan begitu.



Cermin timbul memberi reflektif yang cantik, susun atur & dekorasi ringkas serta moden jam ini sekaligus memberi daya penarik yang tersendiri kepadanya. Ia nampak cukup unik & jarang kita berjumpa dengan jam seperti ini jika tidak dilihat betul-betul. Logo-logo yang dibuat embosed pada casing itu sendiri menunjukkan fungsi yang ada padanya sekiranya ditekan button kelabu yang terselit cantik mengikut bentuk casingnya.



Daya tarikan itu ditambah pula dengan pembuatan casing bertekstur. Jarang benar untuk kita berjumpa jam dibuat begini dari jenama lain malah Casio sendiri pun... yang kebiasaannya dibuat licin. Kelainan memang dirasakan & nampak keistimewaannya di situ. Jam yang ringkas begini dibentukkan dengan cukup cantik dengan penampilan yang cukup unik.



Bentuknya bertambah sleek dengan pembuatan tali yang menjadi sebahagian dari casing itu sendiri. Nampak ia selari & bersambung dengan casing dengan baik. Gabungan ini memberikan hasil yang cukup sempurna.



Ia direka supaya jam ini melekap & memeluk tangan si pemakai dengan cukup kemas.



Boleh dikatakan pembuatan jam oleh Casio agak detail juga untuk model ini.



Hasilnya cukup selesa, sangat ringan & nipis.


Jika tidak cuba lihat, mungkin tidak nampak kelebihan dimilikinya. Mata sukar memberikan input kepada otak sekiranya penglihatan tidak fokus kepadanya. Jam-jam yang sebelum ini kita tidak pandang, jika ditumpukan kepadanya mungkin akan ada bahagian menarik yang terpacul di dalam minda. Input diproses untuk memberikan maklumat penilaian.... suatu yang sebelum ini mungkin tidak cantik akan menjadi indah apabila mula mengenalinya..... tak kenal maka tak cinta....

0 KOMEN ANDA: