Monday, March 8, 2010

Bruno Banani - First Designer Brand In Space



-->
Bruno Banani? Ish.... jenama apa plak la DJ review sekarang? Mungkin itu yang bermain di fikiran anda. Sebenarnya aku pun tak tau jenama apa sampailah aku membelinya. Jam yang pernah diiklan dalam blog saudara Jamlama ini disunting selepas terlalu berkenan dengan design jam ni. Harga yang ditawarkan pada waktu tu juga sangat tak mampu aku nak tolak. Lepas aku beli, dengar kata ramai lagi yang berminat nak beli.... Rezeki aku nampaknya...
bruno banani ialah suatu lebel fesyen dari Jerman. Seperti jenama fesyen lain, selain mengeluarkan pakaian, pakaian dalaman, perhiasan, bag, minyak wangi & lain-lain lagi, mereka turut mengeluarkan jam dalam siri produksi mereka.
Tahun 1994 merupakan tahun pelancaran lebel ini dalam dunia fesyen. Tahun 1995 mereka mula mencipta & menaikkan imej jenama ini. Seperti tag line mereka "not for everybody", mereka terkenal sebagai jenama yang membuat perkara yang syarikat lain tidak buat. Contohnya, mereka membuat ujian tahap maksima terhadap produk mereka iaitu, underware yang seterusnya menjulang jenama mereka itu sebagai "your perfect underware".
Ujian terhadap underware ini bukan saja di dalam filem, malah turut juga digunakan sebagai ujian ekstrem dalam ekspedisi merentas gurun Afrika sejauh 10000km pada tahun 1996. Dengan pelbagai keadaan cuaca di sana, ianya menjadi suatu ujian yang ekstrem yang turut diikuti oleh kumpulan pengkaji/designer bruno banani. Dengan pelbagai ujian & cabaran itu, produk mereka bertahan dengan cukup baik sehinggakan melayakkan mereka mendapat simbol "Advanture Tested" pada produk mereka & merupakan designer pertama yang mendapat gelaran itu untuk underwarenya.
Pada tahun 1998, bruno banani menjadi designer underware pertama di dunia yang membuat ujian di angkasa lepas di stesen angkasa lepas MIR dengan koleksi "Your Dynamic Underware". Apa yang orang lain tak buat, itulah yang mereka buat. Itulah kelainan yang ditampilkan mereka. Pelbagai ujian dijalankan terhadap produk mereka itu sehinggakan mendapat anugerah "Space Proofed".
Sebagai lebel fesyen yang terkemuka, mereka turut juga menghasilkan jam sebagai koleksi mereka. Design yang dihasilkan pula banyak yang berbentuk segiempat. Turut dihasilkan juga model chronograph. Tidakku sangka, salah satunya masuk dalam koleksi aku.... Lepas beli, barulah aku kaji jenama ni. Barulah aku tahu akan harga sebenarnya. Jam-jam koleksi terkini mereka dijual lebih RM400++.


Seperti berada di planet yang aku pun tak tahu.... ia memberikan pandangan seperti berada di angkasa lepas. Bermula dari tali kulit silver, terus ke casing sampailah masuk ke dail... jam ini sangat menunjukkan apa yang ingin disampaikannya itu. Bentuk luarannya sudah cukup untuk memberitahu kita jam ini bercirikan angkasawan.

Pandangan dekat menyaksikan rupanya yang kemas itu. Jarang sekali jam fesyen dapat menarik perhatian aku... tapi jam ini telah merambangkan mataku.


First Designer Brand In Space... itulah yang menyebabkan aku mencari akan kewujudan jenama ini. Tak sangka bukan calang-calang nama rupanya... Dail hitam dengan marker kawah seperti di bulan itu dibuat dengan cantik sekali. Gambar roket yang bertindak sebagai jarum saat itu, seperti menggambarkan roket yang sedang mengorbit bulan. Ia turut mempunyai kawah yang lebih dalam di pukul 6 yang memberi bacaan tarikh padanya. MIR Mission... itulah misi yang telah dibuat oleh bruno banani terhadap produk yang telah di ceritakan tadi. Jarum minit & jam seperti tersembunyi di belakang roket memberi inspirasi seperti satelit. Jarum-jarum yang bertindak seperti antena itu bergerak perlahan seperti gerakan satelit yang sedang meninjau. Jarum dengan luminous itu memberi cahaya yang terang pada waktu malam.


Posisi ini memberikan gambaran kawah yang lebih jelas. Pergerakan roket itu mengasyikkan untuk aku sentiasa melihatnya. Bezel polished didakap oleh casing yang dibuat finishing sandblasted. Crown polished yang design sebegitu rupa cantik tapi tak praktikal bila nak adjust masa atau tarikh sebab tak boleh grip dengan baik.... licin. Namun, atas sebab seni.... aku dapat memaafkannya...


Casingnya agak nipis & lug dibina menjadi sebahagian dari casing. Talinya pula tidak menggunakan pin seperti kebiasaan jam. Tapi talinya itu dicantumkan dengan lug oleh skru di bahagian bawahnya.

Suatu ciri yang sangat menarik perhatian aku memilikinya ialah talinya ini. Designer bruno banani cukup bijak untuk menghasilkan tali yang mirip baju angkasawan. Sebenarnya buckle dah ditukar kepada jenis deploy ini.


Caseback jenis skru ini mempunyai nombor siri yang dibuat seperti kod bar. Skru yang mengikat tali dapat dilihat dengan jelas. Dari pencarian aku mengenai jam mereka, ciri-ciri ini dipunyai oleh semua jam mereka, iaitu:
  • Semua jam mereka adalah Swiss Made
  • Semua jam mereka menggunakan sapphire glass
  • Semua jam mereka adalah water resistant 100 meter
  • Semua jam mereka menggunakan caseback jenis skru
  • Semua jam mereka mempunyai nombor siri yang berlainan

Enjin dari China digunakan, namun menggunakan komponen dari Swiss & dipasang oleh syarikat Prestige Time Co Ltd. Menggunakan 1 jewels, jam ini telah diservis setelah jarum saatnya itu tersekat-sekat. Sekarang ia berjalan dengan lancar sekali.

Namun yang indah hanya sementara...... Setelah jam dililit di tangan, terus nampak tak kena. Terus ia memberi imej feminin padaku. Akibat tak sanggup menerima tanggapan feminin oleh diri sendiri, jam tampak lebih sesuai untuk isteri. Maka dengan itu, seronoklah dia dapat hadiah jam baru & koleksinya pun semakin bertambah. Harharhar.... Isteri aku aim Submariner.... Wah... boleh aku 'pinjam' nanti. Silap-silap aku yang kena sewa.... Muahahaha....
Jika dibandingkan dengan watchmaker, jam fesyen nampak begitu berlainan baik dari segi design mahupun target groupnya. Ada yang sukakan fesyen, ada yang sukakan watchmaker. Bagi aku yang lebih sukakan watchmaker ini, terpaksa memberi peluang kepada bruno banani ini hadir dalam hidupku.... tidak ku sangka, ia mampu memberikan aura angkasa lepas kepadaku....




4 KOMEN ANDA:

Zulekhzan B. Fauzi Saadi said...

BRUNO BANANI - NOT FOR EVERY BODY

duniajam said...

Dia pun dah cakap awal2. Bukan untuk semua orang... hehehe...

TIMEasitis said...

unik tapi bukan untuk DJ la...
feminin sangat...hehehehhe
tapi rasa claim first designer watch in space tue sesuai ker?
saya that russian watch (lupa nama) lebih berhak dapat tittle tue...or pehaps russian brand tue bukan designer ?? apa lak bukan designer , dah design jam tue jadi la designer tak ???hehehhehe

duniajam said...

Mmg bukan untuk aku.. memang sesuai dengan pompuan. Hehehe...

Jam Russia watchmaker, tu yg depa claim depa 1st designer. Nak dapat title tu dulu sebelum orang lain. Hehehe...