Lama aku menghilang ni sebenarnya aku pergi bercuti. Percutian selama seminggu telah mambawa aku pusing satu Semenanjung Malaysia. Alhamdulillah, aku terlepas dari kejadian banjir sepanjang perjalanan. Sampai saja di Johor, Kelantan & Terengganu banjir. Banjir kat kawasan yang aku lalu pulak tu. Kalau tidak, terperangkap aku kat sana. Mau jadi salah sorang mangsa pindahan & Beetle pulak nampak bumbung saja.... Fuh!
Sebenarnya rancangan untuk pusing satu Semenanjung dah lama aku & isteri rancang. Rancang sejak 5 tahun yang lalu, sejak zaman bercinta dulu. Hehehe.... Masa tu aku pakai moto besar, memang bercadang nak naik moto nanti. Tapi moto dah jual, & sekarang pakai Beetle, kami bertekad pula untuk naik Beetle. Memang saja naik Beetle sebab 'feel' naik Beetle tak sama dengan mana-mana kereta. Hanya orang 'gila' VW saja faham dengan maksud aku ni.
Kalau ikutkan, bulan Oktober perjalanan akan dibuat. Tapi atas sebab kerja yang sibuk, terpaksa tangguh awal bulan November. Alhamdulillah, timing memang cantek... terlepas dari cuaca yang tak menentu ni & waktu yang tak sibuk dengan kerja. Tuhan memang lorong kami untuk bercuti pada waktu ni. Lebih kurang sebulan sebelum bertolak, persiapan kereta aku mula buat. Kondisi kereta sebelum ni bukanlah di tahap ideal, tapi dengan tahap tu lah aku dah sampai Terengganu untuk kenduri adik aku di sana. Boleh baca artikel aku sebelum ni... Konvoi Beetle Ke Terengganu.
Bagi aku, Beetle adalah kereta yang paling 'pemaaf' setakat kereta yang aku pernah bawa & pakai.... dulu pakai kereta lama gak. Family pun bukan senang, pakai kereta lama & buruk ja. Dalam banyak-banyak yang pernah family aku guna, Beetle ada kereta yang kerap jual & beli kembali, paling senang dibawa & tak banyak masalah. Beetle juga adalah kereta manual pertama aku belajar bawa.
Turning point untuk aku mula repair enjin Beetle ni, apabila kawan aku tegur bunyi enjin kuat & macam longgar. Aku cakap memang macam tu sebab dah terbiasa macam tu. Enjin leaking & karburator pula selalu overflow, tapi tak pernah la tak jalan. Selalu aku check minyak hitam & tambah kalau kurang, tak peduli sangat bab karburator dia. Aku cakap bunyi tu dari tin-tin kat enjin yang longgar. Sekali tu, kawan pi tekan air filter...... terus terangkat karburator dari tempatnya.... enjin mati..... Barulah aku perasan yang karburator tu sebenarnya dah loosed. Skru satu hilang & satu lagi nak terkeluar dari trip dia. Boleh angkat keluar karburator tu.... Hahaha... Kalau tak sebab kawan aku tegur, aku memang tak tahu pasal tu. Sebab 'tekan' minyak.... jalan je. Laju ja jalan. Masa pi kerja, boleh gak tekan sampai 120kmj dengan karburator longgar tu. Kalau kereta lain, confirm tak jalan dah. Hehehe.... Sejak saat tu, aku memang percaya dengan enjin klasik VW ni.
Turning point untuk aku mula repair enjin Beetle ni, apabila kawan aku tegur bunyi enjin kuat & macam longgar. Aku cakap memang macam tu sebab dah terbiasa macam tu. Enjin leaking & karburator pula selalu overflow, tapi tak pernah la tak jalan. Selalu aku check minyak hitam & tambah kalau kurang, tak peduli sangat bab karburator dia. Aku cakap bunyi tu dari tin-tin kat enjin yang longgar. Sekali tu, kawan pi tekan air filter...... terus terangkat karburator dari tempatnya.... enjin mati..... Barulah aku perasan yang karburator tu sebenarnya dah loosed. Skru satu hilang & satu lagi nak terkeluar dari trip dia. Boleh angkat keluar karburator tu.... Hahaha... Kalau tak sebab kawan aku tegur, aku memang tak tahu pasal tu. Sebab 'tekan' minyak.... jalan je. Laju ja jalan. Masa pi kerja, boleh gak tekan sampai 120kmj dengan karburator longgar tu. Kalau kereta lain, confirm tak jalan dah. Hehehe.... Sejak saat tu, aku memang percaya dengan enjin klasik VW ni.
Setiap hujung minggu aku balik kampung untuk periksa kereta terutama enjinnya. Tapi balik kali ni, abah suruh turunkan enjin & buat top overhaul. Dua minggu aku balik kampung, barulah enjin siap pasang balik.
Kerja-kerja bengkel hanya buat di rumah saja. Disebabkan takda 'jek' besar macam di bengkel kereta tu, gunalah apa yang ada. Aku tak boleh bayangkan macammana abah buat kerja ni sorang-sorang. Aku buat dengan dia pun rasa jenuh & susah. Sebelum ni dia sorang ja... ish, ish... tu dia otai...
Lepas kereta di jek cukup tinggi, agak-agak lepas untuk enjin lalu, bahagian tengah enjin di jek juga. Enjin VW hanya ditambat dengan 4 skru besar saja. Senang sungguh nak buka benda ni rupanya. Kerja-kerja repair enjin VW klasik (tolak enjin VW yang baru) ni sebenarnya tak susah. Tapi ramai mekanik tak berani buat. Sistem enjin pula paling ringkas di dunia! Lepas keempat-empat skru di buka, jek di bawah tu diguna sebagai penahan dari jatuh. Cara abah, tarik enjin keluar dari trip skru tu & tahan dengan kayu/bata (gambar 2). Turunkan sikit demi sedikit sampailah enjin rapat ke lantai. Di atas lantai tu pula, letak kayu panjang (gambar 4).... habuan nak tarik enjin keluar. Kalau takda kayu, habis sagat bahagian bawah enjin tu. Tapu sebelum tu, kena buka setiap komponen di bahagian atas enjin dulu. Mudah nak keluarkan nanti & ringan skit enjin tu.
Dari enjin tersimpan dalam kereta, kini dia dah keluar bernyawa di luar pula. Mesti lama tak tengok dunia. Tak pasti sejauh mana tuan asal kereta ni jaga dia. Enjin nampak tak begitu bermaya dengan leaking & adanya benda-benda tak patut.
Sementara abah check enjin, aku tukar boost kat gearbox. Boost tu dah pecah, ada 2 ketul. Abah memang standby parts Beetle. Jadi, senang kerja benda dah ada. Pakai glove tuuu.... hahaha... bukan la takut minyak. Malas nak cuci tangan teruk-teruk nak solat, makan nanti. Kalau aku buat kerja, memang tak pakai baju. Panas. Boleh tengok urat saraf ototku yang gagah itu...
Enjin VW klasik adalah sama saja samada 1.2, 1.3, 1.6 & 1.8 adalah sama saja layout dia. Yang berbeza hanyalah pada blok, piston & head. Enjin jenis boxer ni lebih kurang sama dengan enjin Porsche & Subaru. Boleh tibai enjin-enjin tu kalau nak power. Ada kawan abah pakai enjin Porsche kat Beetle. Luar buruk gila, tapi...... Huh!
Apa yang dibuat hanyalah top overhauled. Piston & ring dicuci & buat grind valve balik. Tak susah kalau ada alat & semangat. Jangan terlebih skru sudahlah bila pasang enjin balik. Muahahaha.... Lepas blok & piston dipasang balik. Head yang dah dicuci bersama valve yang telah di grind juga dipasang balik. Abah ajar aku camna nak adjust tepet. Banyak juga ilmu aku dapat dari abah.
Tapak flywheel yang sebelumnya kotor dengan minyak dicuci sebelum pasang flywheel balik. Di bahagian tengahnya ada oil seal berbentuk ring. Elok tukar yang baru.
Sebelah kiri tu adalah clutch plate. Camtu la rupanya. Klac tu baru abah tukarkan. Body lama, cuma plate dia ditukar baru. Abah hantar kat foundry buat plate baru. Kalau beli baru RM180. Buat yang ni numa RM48 ja. Jimat kos. Orang yang buat tu berani jamin yang plate ni memang setahan yang original. Sebab memang dia dok buat pun untuk kenderaan. Setakat aku pakai round Semenanjung, memang terbukti tahan. Gambar kanan nak tunjuk macammana keadaan clutch plate dalam flywheel.
Ini adalah oil seal yang diletakkan pada tapak flywheel. Ada 3 jenis. Yang kiri sekali tu yang original. Terpampang lambang VW padanya. Yang tengah jenama NOK. Paling teruk & tak boleh pakai langsung. Harga cuma RM10 ja. Yang kanan, yang ok juga. Aku pakai yang kanan sebab sama kaler dengan Orange Monster aku. Wakakaka....
Bila blok & lain-lain dipasang semula, sampailah masa untuk pasang manifold ekzos pula. Enjin VW diperbuat dari bahan alumunium. Kena hati-hati masa buat kerja-kerja ni. Kalau patah, tak boleh welding balik. Akibat buat kerja dengan kekuatan Hulk, aku dengan senangnya telah mematahkan trip skru manifold. Adoi!
Dalam abah dok kata suruh hati-hati tu, aku pula bagi patah pula benda tu. Hmmm... Abah cuba keluarkan trip skru yang patah tu, tapi tak terkeluar. Tak tau pasal pa. Macam-macam kaedah dah buat tapi tak berjaya keluarkan sebab trip skru tu dah terlalu haus & terlalu ketat dalam casing enjin. Cara abah tu memang caranya kalau nak buka trip skru yang patah... dah tak berjaya, kena cari alternatif lain. Alternatif lain, buka balik head, tukar dengan head enjin lain. Terpaksalah aku cuci head enjin satu lagi tu. Enjin VW banyak kat rumah, tu yang tak bimbang. Hehehe... Tapi masa dah terbuanglah. Sepatutnya enjin dah siap pasang, tapi akibat tindakan aku tu, terpaksalah sambung sampai malam. Malam barulah siap pasang kat kereta balik. Huh. Penat sungguh. Lepas ni aku akan beringatlah bila buka enjin VW yang lain pulak.
Kira-kira dalam 2 kali hujung minggu aku balik, enjin pun siaplah. Pakai dalam seminggu, tiba-tiba enjin leaking dahsyat sangat. Minyak hitam menitik atas lantai macam air. Waduh! Pasal pa pulak? Tapi sebelum tu memang aku tekan minyak habis-habisan. Sampai rumah, nampak lantai basah dengan minyak hitam. Bila check, minyak memang kurang. Tapi masa tu, minyak menitik keluar kat kawasan gearbox. Aku syak, minyak dari gearbox sebab kawasan sekitar gearbox memang basah dengan minyak hitam. Hah! Sudah! Sepanjang minggu tu, wife bawa Beetle pi kerja. Aku bawa yang satu lagi tu.
Hujung minggu tu, balik kampung lagi. Abah syak oil seal bocor. Aku pulak risau gearbox. Naya nak tukar benda tu. Turunkan enjin balik, nampak kawasan dalam gearbox basah & minyak hitam bertakung. Bila turunkan enjin, barulah nampak apa sebabnya....
... oil seal kat tapak flywheel tu yang bocor. Fuh! Lega! Nasib baik juga abah ada seal yang original. Kena buka yang tu ganti dengan yang baru. Tapi bagus juga jadi benda ni kat sini & bukannya masa aku round Semenanjung nanti.
Dah tukar oil seal baru & diletakkan juga gam gasket. Sebelum ni tak letak gam tu sebab abah tak pernah boh kat enjin Beetle dia yang lain pun tak pernah leaking. Bila semua minyak hitam dah dicuci, barulah pasang enjin balik ke perumahnya. Alhamdulillah takda masalah lagi kepas tu.
Minggu berikutnya, balik kampung lagi. Kali ni balik nak repair aircond Beetle. Kisah ni dah diceritakan dalam artikel yang lepas... Kuala Muda Selepas 4 Tahun.
Minggu terakhir sebelum pengembaraan bermula, aku balik kampung lagi nak check karburator yang selalu leaking & overflow tu. Walaupun enjin dah direpair, tapi leaking kat beberapa bahagian enjin masih berlaku. Abah kata, itu resam enjin VW. Memang selalu camtu. Tapi ok... selain dari leaking, itu baru masalah. Kesimpulan, enjin leaking takda masalah. Wakakaka... Karburator dibuka & check pelampung. Syak pelampung ada masalah. Tapi nampak macam ok. Abah suruh pasang karburator Combi kat Beetle sebab Combi tengah dok repair enjin. Aku 'pinjam' sat...... ambil terus la maksudnya... Karburator ni lebih bagus dari yang lama. Takda masalah overflow & leaking, pick-up lebih power & minyak jimat pulak tu. Yeah!
Cat Beetle aku agak season di beberapa bahagian terutamanya dibahagian mudguard depan & bonet depan. Tuan sebelum ni parking Beetle ni bawah pokok & sebahagian Beetle terdedah dengan pancaran matahari. Hujan, panas, hujan, panas.... lama-lama cat pun 'turun'lah. Aku nak cat baru Beetle ni, tapi modal asyik lari ke arah jam ja... Hehehe... Untuk menutup jerawat yang timbul, aku & abah buat la corak suka hati.... buat corak abstrak. Hehehehe....
Boleh nampak cat yang season tu. Sebenarnya aku dah lama gosok, nak spray hitam satu kereta sebenarnya macam bonet depan tu. Tapi masa takda. Tergendala sentiasa. Untuk tidak menghilangkan semangat rondaan nanti, buat la projek kecil ni. Setiap bahagian tak sama coraknya. Hasilnya.....
Tu dia! Nampak ceria skit walau ringkas. VW buatlah macammana pun, boleh terima keadaannya. Karat sampai nak lekang pintu pun orang boleh terima. Kalau ada karnival VW, memang ada kategori VW terburuk. Hehehe....
Sebelum bertolak minggu akan datang, aku dah senaraikan barang-barang/alat-alat ganti yang perlu aku sediakan. Banyak tips & nasihat abah beri sepanjang aku buat persediaan ni. Keadaan Beetle dah dalam keadaan elok & jauh lebih baik dari sebelum ni. Harap-harap Beetle dapat beraksi baik dalam perjuangannya kelak nanti.....
akan bersambung.....
5 KOMEN ANDA:
wuih... ingatkan dok overhaul jam saja... kereta pun boleh... hebat hebat
kesimpulannya kalau nak tukar oil seal jgn ikut warna jam kesukaan, nanti bocor hehehehe...
mak aiihhh lama betul tak singgah sini.. wehhh.. aku kagum nehhh.. ko doktor gigi kan? boleh jadi doktor keta jugak ni.. :)
FULAMAK CAYA LAH! NYESAL AKU JUAL BEETLE AKU PLATE NO. JG4140 HUHUHU
bro ex001, ingatkan ikut warna jam boleh bagi lagi power. Lain pulak jadinya. Hahaha...
Cik Jijah, dok cabut gigi orang ja. Try gak la cabut gigi keta pulak. Boleh jadi mekanik plak pasni. Dulu makanik moto, la ni keta pulak. Wakaka....
Tuan Syed, nanti cari seketul. Kita konvoi sama-sama jumpa bloggers jam di seluruh Malaysia. Hahaha... Best wo naik Beetle..
ps: banyak sangat gambaq nak kena pilih & edit. Tu yang lambat nak update blog
assalammualaikum,
Pertengahan tahun depan,
saya bercadang nak buat Trike guna engin VolksWagon.. kalau ada sesiapa ada engin yg tersadai.. boleh maklumkan kpd saya.. hamri
email : mohdhamri@gmail.com
tel : 0105295405
terima kasih.
Post a Comment