Thursday, November 26, 2009

Long Way Round Semenanjung - Episod 4

HARI KELIMA
Rabu (4 November 2009)


Lepas subuh, kami dah mula bersiap-siap. Sebelum bergerak, kami sarapan dulu di hotel. Kami ja dalam cafe. Hehehe.... Takda orang lain dah rasanya. Disebabkan takda orang, pihak hotel hanya sediakan 1 menu saja. Hanya ada masakan American style ja. Agaknya itu yang paling mudah & jimat kos. Kalau nasi goreng, mee goreng, nak kena goreng, boh sos plak., isi itu ini... Leceh. Pagi yang cerah pada mulanya disimbahi dengan hujan rahmat. Lebat pulak. Nasib la hujan tak lama.... sangat.


Bila hujan dah berhenti, kami pun mulakan perjalanan. Barulah nampak pekan Mersing dengan jelas. Pekan tak berapa sibuk. Jalan pun smooth ja.


Dari Mersing, kami nak ke Desaru. Kena ke Sedili dulu. Jalan pagi tu tak sibuk. Jalan elok & lebar. Beetle menderu sambil menyanyikan lagu apa ntah. Alhamdulillah dia tak minta minum banyak & tak meragam. Gambar last tu nampak macam kubu ja. Mungkin dulunya tu tempat pemeriksaan pihak berkuasa. Mungkin dari tahun 50an. Aku ni pandai ja mengagak, tak tau apa sebenarnya tu... Heeee..... Mungkin ia sengaja dibiarkan sebagai kenangan & sebagai peringatan.


Johor ni banyak dengan kelapa sawit & nenas. Banyak jumpa ladang-ladang kelapa sawit di sepanjang jalan. Dulu abang ipar buat rombongan sekolah ke Putrajaya. Budak-budak tu macam tak berminat langsung.... "ini belakang rumah aku pun ada".... Wakakaka... Keliling Putrajaya ladang kelapa sawit.


Lepas Jemaluang, kami nak ke Sedili. Nak ke Sedeli perlu melalui felda-felda. Banyak felda yang kami dah lalui. Yang aku ingat, kami lalu ikut Felda Tenggaroh (gambar 1 & 2). Banyak juga perkampungan orang asli di sepanjang jalan tu. Banyak lori keluar masuk jalan ni. Jalan elok & kurang kenderaan. Kalau ikut peta, kami dah jauh dari jalan utama. Ikut GPS ja ni. Perjalanan terhenti (gambar 4) setelah bertemu dengan kerja-kerja penaikkan taraf jalan ni. Lama juga terlekat kat situ. Nasib Beetle ada angin sejuk. Kalau tak, mandi peluh kami. Seperkara yang buat aku kagum di kampung-kampung yang kami lalu ni, ialah rumah-rumahnya. Rumah peneroka felda di sini amatlah besar. Terkejut aku. Cantik & besar betul. Nampak perbezaan dengan rumah orang lain. Ramai peneroka disini yang aku kategorikan sebagai peneroka berjaya. Ada satu rumah yang tak sempat aku snap gambar. Sangat cantik & sangatlah besar. Tak sangka ada rumah sebesar tu dalam ceruk felda.


Setelah mengharungi liku-liku perjalanan tadi, sampai juga kami di persimpangan dilema. Simpang empat... terus ke Tanjung Sedili, kanan ke Sedili Kecil. Dalam peta, Tanjung Sedili tempat yang paling hujung. Cadang nak ke situ... tapi lepas tengok peta, GPS & bincang, kami batalkan sebab takda jalan keluar lain melainkan jalan tu saja. Kalau ke sana, nak ke Desaru dah takda jalan lain melainkan kena patah balik jalan tu.

Akhirnya kami ke Sedili Kecil. Nampak ada tempat rehat tepi pantai. Kami pun singgah (gambar 1). Suasananya cantik dengan angin yang menderu tu sangat nyaman sekali. Pasirnya agak kasar & lautnya tak sesuai untuk mandi manda (gambar 2). Dari situ boleh nampak Tanjung Sedili. Ada sorang biker moto besar di situ. Tengah-tengah ambil gambar Beetle, brader moto tu sapa aku. Rupa-rupa dia pun dari Perlis. Abang Khairudin dari JPN. Dia mai sorang ja naik moto. Wah! Respek! Dia nak pergi dah, tapi dia perasan bendera Perlis kat Beetle, tu yang pi jumpa aku. Lupa pula nak bergambar dengan dia. Dah dia pi baru teringat (gambar 3). Bersebelahan dengan tempat ni ada resort. Jason Bay Beach Resort, Telok Mahkota. Ingatkan terbengkalai, rupanya masih beroperasi. Agaknya sebab takda orang pi, tu yang nampak usang & tak terjaga. Yang boleh tahu tu pun sebab bersembang dengan orang kedai makan tu.


Perjalanan kami diteruskan melalui kawasan Sedili Kecil... melalui kampung-kampung... makin lama jalan semakin kecil & semakin sunyi. Abang Khairudin ikut jalan ni tadi pun cakap memang sunyi, tapi pemandangan cantik. Sebelum masuk ke jalan yang semakin kecil tu, akan menyeberangi jambatan besar ni (gambar 1). Aku berhenti di tengah jambatan tu untuk bergambar. Jambatan ni menyeberangi muara sungai yang bercantum dengan laut. Luas betul (gambar 2). Sebelahnya ada juga resort. Memang terpencil & tersorok betul kawasan ni. Perjalanan melalui jalan ni (gambar 3 & 4) hanya kami saja. Takda kenderaan lain. Sunyi sungguh. Kalau malam, confirm aku tak lalu & tak confident. Dengan mengharapkan GPS & peta, kami melalui jalan ni dengan tenang & steady.


Akhirnya perjalanan terhenti bila sampai di sini. Subhanallah! Cantiknya tempat ni! Pemandangan sungguh mempesonakan. Sampai aku rasa nak buat rumah di sini. Pemandangan sangatlah cantik. Sukar untuk aku gambarkan di sini hanya dengan gambar atas ni. Dengan situasi, keadaan, tempat & persekitaran pada waktu tu, buat aku rasa bukan berada di Malaysia. Suasana pada ketika tu dirasakan seperti di tempat lain. Mungkin di kepulauan Mediterenean. Amboi... macam pernah pi ja... Hahaha... Bukan apa, aku nak gambarkan betapa cantiknya tempat ni. Amat berbeza suasananya dari tempat-tempat yang pernah kami lalui sebelum ni. Rasa berbaloi betul ikut jalan ni. Abang Imad 'terbakar' bila cakap kami ada di sini.... Ini ayat SMS dia.... "Syoknya. Laluan yang biasa di lalu dulu. Feel bersama VW adalah yang terindah. Tak sabar nak buat Laluan Sutera pula. Bulan 12 Abang Imad pula"... Baca SMS dia ni, buat aku rasa suatu yang sangat berharga berada di sini. Lama juga dok situ menikmati pemandangan. Fuh! Bahagianya...


Yang paling seronok & terharu ialah Beetle (gambar 1). Tak sangka kot dia mai tempat ni... isk... Suasana dengan pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya yang amat berlainan sekali (gambar 2), buat perasaan tu rasa tak sama & bukan di Malaysia. Lepas puas, kami teruskan perjalanan (gambar 3)... Nanti nak datang lagi.... Sekali sekala ada juga berselisih dengan orang naik moto. Bestnya depa dok sini.... Aku la yang best sebenarnya. Depa dah boring kot... Pelik tengok orang lain jakun kat tempat ni... Hehehe... Laluan menyusuri jalan ni akan membawa balik ke 'Malaysia'... akhirnya apabila pokok kelapa sawit mula kelihatan (gambar 4). Isk! Dah sampai Malaysia balik....


Kawasan ni memang satu ladang kelapa sawit yang cukuplah luas. Seluas mata memandang (gambar 1).... Semua tu kelapa sawit... sampailah bukit bukau yang jauh tu.... Gambar halus tak jelas sangat. Ada juga ladang sayur diusahakan di sini. Besar betul. Orang yang kerja di sini seolah-olah pelik & mungkin terkejut tengok ada Beetle lalu sorang-sorang di sini. Sampai sini (gambar 3) jalan makin kecil. Lubang banyak, besar pulak tu. Bau laut masih ada..... kelihatan lagi laut di hujung sana tu (gambar 4).


Laluan yang kecil ni berterusan ..... jauh juga... Dari kami masuk selepas jambatan tu sampailah jumpa roundabout yang boleh membawa kami ke simpang Desaru. Dasaru dipilih & akan melalui jalan yang cantik (gambar 1). Mata kami di jemput dengan resort yang sangat besar (gambar 2). Mungkin bertaraf lima bintang. Akhirnya, bertemu juga dengan pintu gerbang Desaru (gambar 3). Banyak resort di sepanjang jalan ni... sampai pengakhir jalan ni akan bertemu dengan resort golf.

Tidak seperti tempat lain, tiada pantai awam di sini. Sepanjang pantainya dimiliki oleh resort. Wife & famili selalu datang mandi manda di sini... 10 tahun yang lalu. Salah satu sebab sekolahnya berada tak jauh dari sini. Sekolahnya adalah destinasi selepas ni. Ada papan tanda ke pantai. Ingatkan pantai awam. Rupanya tidak. Itulah pantai yang orang selalu pi mandi. Nak masuk tempat ni akan dikenakan bayaran.... yang sedihnya, bayaran pada ketika wife aku pi dulu bukannya ikut parking kereta. Kena bayar ikut kepala. Kalau famili 5 orang? Kadar bayaran (10 tahun yang lalu), kalau tak salahlah dewasa RM3, kanak-kanak RM1. Sekarang tak pasti. Pantai yang sepatutnya percuma, dijadikan suatu bisnes oleh pihak resort. Sepatutnya kerajaan Johor sediakan pantai/beli tanah/kawasan pantai untuk rakyat. Tak taulah, ini politik punya kerja...

Aku tak masuk kawasan yang kena bayar tu. Sebab kami bukan nak mandi. Sekadar nak berehat & bergambar ja. Tak berbaloi kena bayar mahal cantu. Idea aku, masuk mana-mana resort, parking kereta & berjalan ke pantai. Kami ikut jalan tu sampai penghujung untuk tengok resort mana yang 'line clear'. Nampak satu resort yang ok, aku pun masuk. Lesen dengan angkat tangat kat pak guard. Kononnya nak stay resort tu. Hahaha....


Kami park hujung bangunan & terus berjalan ke pantai. Kebetulan pula ada sekolah buat aktiviti (gambar 1). Pantainya indah & angin pun kuat. Lautnya yang kehijauan tu buat aku 'terbakar'. Rasa nak terjun ja... Adoi.... Meluap-luap perasaan nak terjun tu. Berapa banyak pantai dah kami hanya tengok saja.... Inilah pertama kali aku ke sini & kali pertama tengok orang main surfing di Malaysia (gambar 3). Kesian juga orang Malaysia. Takda peluang untuk main surfing dengan jayanya. Lama juga aku perhatikan brader tu untuk berdiri atas surfing board tu (gambar 4). Masa dia dah bersedia nak berdiri tu, menjerit-jerit dia panggil kawan dia. Mungkin suruh ambil gambar kot. Lama betul aku tunggu untuk dia sampai tahap tu (gambar 4). Itu pun sempat main 'koner' hanyalah beberapa saat ja. Hehehe... Orang tak begitu ramai di sini. Mungkin hujung minggu penuh dengan orang.


Puas juga perhatikan orang-orang di situ. Jom kita ke sekolah pula... Sekolah yang sudah ditinggalkan 12 tahun yang lalu dikunjungi kembali (gambar 2). Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi hanyalah berada 6km dari Desaru. Banyak perubahan telah berlaku di sekolah ni (gambar 4). Kami tak masuk dalam sebab wife segan. Hahaha... Cukuplah untuknya mengingat kembali kenangannya di sini. Banyak juga cerita yang berlaku dalam sekolah & di luar sekolah dicritakan padaku..... "Datang dengan seribu impian, balik dengan seribu kenangan".... Ayat spontan keluar dari mulut aku masa mula bergerak tinggalkan sekolah tu... tambah sikit... + kejayaan....


Jalan ni wife & kawan-kawan tunggu & tahan kereta untuk keluar ke pekan sebab bas sangat jarang lalu kawasan ni (Bandar Penawar). Dahulunya pekan di sini hanyalah pekan 'koboi'. Sekarang dah agak maju dengan banyak bangunan dibina di persekitarannya. Jumpa pula papan tanda pelik (gambar 2). Mungkin banyak monyet berkeliaran di sini. Kami teruskan perjalan ke Sungai Rengit pula.


Dari situ ke Sungai Rengit agak jauh. Kalau nak ke pekan Kota Tinggi dari situ dah tak jauh. Tapi disebabkan nak ikut laluan tepi laut, kami ke Sungai Rengit dahulu & akan ke Kota Tinggi selepas tu. Akan jadi jauh lagi & makan masa sebab kami akan masuk semula ke Bandar Penawar tadi sebab tiada jalan lain ke Kota Tinggi dari Sungai Rengit. Takpa, kita nak pusing semenanjung. Jom pi jugak.

Perjalanan yang agak jauh & sunyi tu akhirnya bertemu dengan kawasan yang aku tak sangka. Nampak kilang seketul masa sampai & tak sangka sebenarnya dah sampai Sungai Rengit. Ingatkan pekan rupanya tidak. Jalannya juga tak berapa elok & berdebu. Sungai Rengit merupakan kawasan aktiviti perkapalan (gambar 1). Pekerja yang naik moto semuanya pakai uniform yang sama. Semua biru & ada juga hijau. Setibanya di hujung jalan (gambar 2), aku terkejut dengan panoramanya. Terlajak dah sebenarnya, kami patah balik & park di laluan keluar masuk lori (gambar 3). Biarkan orang kata apa pun sebab aku tak pernah tengok kapal-kapal besar berpuluh-puluh penuh di lautan biru tu. Banyak sungguh. Di Penang pun tak sebanyak tu. Mungkin sebab dekat dengan Singapura kot. Kami dok tepi jalan tu diperhatikan macam alien oleh orang yang lalu lalang. "Peeewwiiittt!!!", sapa ntah sebut tu. Kredit harus diberikan kepada Beetle sebab memungkinkan ini semua berlaku.... Cuaca mendung, tapi tak hujan. Tapi 'bunga-bunga' tu dah ada...


Kami masuk ke kampung & parking betul-betul di hujung tebing tinggi (gambar 1) untuk mendapat pandangan yang lebih jelas & luas. Suasananya juga cantik. Kawasan perkampungan tepi laut ni berbeza sedikit dari kawasan yang pernah aku pergi. Dok betul-betul depan rumah orang pula tu. Taklah Pak Long, nak bergambar ja. Terima kasih no.... Tengah syok bergambar, aku nampak seekor anjing macam nak 'berjinak-jinak' dengan aku di bawah tu (gambar 3). Potong stim betuilah.... Apa lagi, lari masuk keretalah. Wakakaka...

Perjalanan ke Kota Tinggi (gambar 4), akan membawa kami semula ke Bandar Penawar semula. Nak dijadikan rezeki, sahabat aku saudara Zahir kebetulan dok tengah deal dengan tuan Seiko Samurai. Masa dia tanya, kebetulan aku di Bandar Penawar. Dia tolong dealkan harga yang sangat menarik untuk aku. Kebetulan pula, tuan Samurai ada di Kota Tinggi. Timing cantik betul. Hahaha... Terima kasih banyak bro. Macam tahu-tahu ja.... Ekekeke... Sepanjang perjalanan tu, kepala aku dah terbahagi kepada 2. Separuh trip & separuh Samurai. Wakakaka....


Tak sabarnya..... perjalanan yang jauh dari Sungai Rengit ke Kota Tinggi dirasakan dekat sekali walau jaraknya hampir 100km. Masa ni, 100km tu dekat je bang. Dah beribu kilometer kami dah lalu... 100km tu takda hal lah. Betui dak Beetle?

Sampai saja di Kota Tinggi, hujan mula turun. Sebelum tu dah 'set' nak jumpa dengan tuan Samurai. Kami sampai di Petronas Kota Tinggi dah waktu zohor. Molek sangatlah tu. Solat & boleh bagi Beetle rehat lama sikit. Tak berapa lama lepas tu, tuan Samurai datang. Wah! Tak sabar aku.... Lepas jumpa, terus beli. Hehehe... Alhamdulillah, tak sangka pengembaraan yang bermakna ni menjadi lebih bermakna bila aku dapat jam yang sangat aku nantikan ni.


Inilah jamnya. Masa mula aku tengok, aku teragak-agak nak ambil sebab jam nampak tak terjaga. Calar sana sini ditambah dengan kesan kotoran + bulu-bulu rambut di celah-celah jam. Bulu pun ada! Hahaha... Sangsi nak ambil, tapi takut dah tak jumpa dah. Perasaan berbelah bagi tu bertukar manjadi 'bagi duit kat tuan' apabila aku tak tau perasaan aku di mana. Pejam mata, terus ambil. Hehehe...

Keadaan jam agak sedih. Ni pada aku lah, sebab aku memang jaga jam betul. Bila jam calar sikit pun dah sedih. Tapi mungkin aku mengharapkan jam yang cantik seperti baru. Itu tak bolehlah sebab jam ni pun terpakai. Ayat saudara Zahir suatu semangat untuk aku bersama jam ni. "Kadang-kala bukan tuan cari jam... tapi jam cari tuan". Ada betulnya. Mungkin jam yang dahulunya tak bermaya atau mungkin 'tak lalu' nak pakai tu bertukar wajah bila berada di tangan kita. Jam tu dah bertukar tuan yang bertuah... Macam dululah cikgu suruh buat karangan, 'aku sebuah basikal', 'aku sebuah televisyen' & lain-lain aku menjadi alien.... Macam-macam versi boleh dengar. Hehehe...

Kota tinggi suatu bandar yang cukup besar (gambar 2). Seperti bandar lain, kemudahan cukup banyak di sini. Di sini ada satu restoran nasi ayam yang terkenal. Dah lama dengar pasal restoran ni tapi tak berkesempatan nak pi. Lepas tanya orang, rasanya kami terpaksa pergi makan di situ. Kalau tidak, tak cukup syarat. Akhirnya kami jumpa juga dengan Restoran Nasi Ayan Baseer. Sedap (gambar 3). Ramai orang keluar masuk restoran ni. Ramai betul. Puas hati juga. Perut pun dah kenyang.... kami nak ke Kulai pula (gambar 4). Kalau selalunya kami naik highway & tak masuk bandar Kulai, kali ni kami akan ke Kulai untuk ke rumah abang di Simpang Renggam. Ikut cadangan pertama, nak ke Pasir Gudang & JB berjumpa abang-abang lain. Nak surprise depa lah. Tapi kami jarak ke Kulai & Pasir Gudang lebih kurang sama & kami pula dah kesuntukan masa. Terpaksalah batalkan hasrat & terus ke Simpang Renggam.


Perjalanan ke Kulai agak sibuk. Kena bersaing dengan lori-lori besar di sepanjang jalan (gambar 1). Ada jalan yang 2 lane, tapi kenderaan besar yang perlahan langsung tak bagi peluang. Bawa di lane laju plak tu. Tak mau mengalah langsung. Bukan saja lori, kereta pun sama. Nak potong kena ke lane kiri. Hampeh. Banyak dah jumpa pemandu camni. Bawa slow tapi dok di lane laju. Tak tau apa yang depa dok fikir.... menyampah aku... Perjalanan ke Kulai akan melalui ladang kelapa sawit di kiri kanan jalan (gambar 2). Jaraknya agak jauh & jalannya banyak yang lurus (gambar 3). Boleh bawa laju skit. Laju gak la sampai kereta lain pun tercabar. Hahaha...


Akhirnya sampai juga kami di Kulai. Bandar Kulai memang sibuk & agak 'jem' (gambar 1). Bandarnya tak besar mana, tapi banyak kilang. Lori pun banyak. Dok race dengan lori kat trafik light. Kalau dia depan, jenuh la aku nak ikut.

Minta maaf aku cakap sini, banyak pemandu teksi di bandar-bandar agak sedikit 'kureng' di jalan.... mohon maaf kepada semua... Contohnya teksi biru tu (gambar 2 & 3). ...aku delete leteran panjang aku....

Seperti bandar-bandar perindustrian lain, Kulai juga sedang pesat membangun. Banyak bangunan kedai-kedai baru dibina (gambar 4). Perjalanan kami ke Simpang Renggam masih jauh & kami nak cepat sebab progress di Johor tak berapa bagus perjalanannya berbanding semalam (Terengganu-Pahang-Johor).


Setelah pusing sana, pusing sini layan koner sana sini.... kami pun sampai juga Simpang Renggam. Nak bermalam rumah mak hari ni. Dalam perjalanan memang lalu rumah abang. Jadi kami singgah rumah dia dulu. Selalu datang naik kereta lain, kali ni Beetle sangat seronok kerana dia akan surprise semua orang.


Sampai juga akhirnya (gambar 1). Waktu tu lebih kurang pukul 6 petang. Terkejut anak saudara yang tengok. Beetle tersenyum riang... Bagi salam, abang tak keluar lagi.... anak-anak dia punyalah tahan gelak. Selalunya kalau kami datang, laju je dia keluar. Dia ingat kawan dia, tu yang slow skit. Lepas dia keluar, punyalah terkejut dia. Hahaha... Bila tengok Beetle, lagilah terkejut & kagum dia. Wakakaka... Sampai lenguh semua muscle muka aku gelak... Ekekeke....

Menu special petang tu, pisang goreng & cendawan goreng (gambar 3). Inilah cendawan goreng paling sedap pernah aku rasa. Memang kerap aku beli kalu ke rumah dia. Makan sampai kenyang. Bukan senang nak dapat. Hari pun dah semakin gelap, kami pun bergerak semula untuk ke rumah mak. Dah tak jauh dari rumah abang.

Sampai rumah, bagi salam mak tak keluar. Pelik agaknya bila dengar suara yang sangat familiar bagi salam. Lambat dia nak buka pintu pasal tak confident. Lepas banyak kali bagi salam & perkenalkan diri.... punyalah terkejut dia. Ini kali kedua kami kejutkan dia balik kampung. Hahaha... Dia ingatkan sapa, mak kata dia dengar macam kapal terbang turun depan rumah. Wakakaka.... Punyalah seronok kami balik. Alhamdulillah mak sihat. Kami rehat serehatnya untuk sambung perjalanan yang lebih menarik esok.....


akan bersambung....

9 KOMEN ANDA:

Muzill said...

Satu pengembaraan yang hebat dengan beetle yang kuat...

Kalau bawak Morris ayah saya,ajak pergi kebun, sebut je durian terus meragam tengah jalan. Jangan kata nak pergi Terengganu atau Johor...

Jadi nak mintak petua pujuk kereta tua supaya boleh jalan jauh...

duniajam said...

Terima kasih. Ya. Beetle 1 kereta yang kuat. Cukup tahan. Enjin dia ringkas, tapi sangat reliable. Dulu abah pernah pakai Mini Minor & Clubman, tapi 'manja' kata abah. Suka meragam.

Saya tak tahu sangat pasal kereta klasik yang lain. Yang paling penting untuk kereta lama ialah enjinnya. Body tak kisah sangat, yang penting enjin.

Moris auah tu tukar enjin lain insyaallah ok. Mau lak boh enjin turbo, mau terbeliak orang lain tengok. Hahaha...

ahmad norman said...

cuba kaji bulu yg melekat kat jam tuh...mungkin bukan dari manusia...bigfoot?

duniajam said...

Aiseh. Kalau camtu aku kena dapatkan sampel DNA bulu tu. Kalau big foot... sejarah baru telah diciptakan Samurai. Big foot pernah pakai. Wakakaka....

Haizul- antique said...

DASYAT LA HANG WA CAYA LU.DULU GUA ADA VESPA ASIK PUTUS CABLE CLAS AJA .WA JATUH HUKUM KAT DIA.HUKUMAN JUAL SAMPAI RUGI .TENGOK BEETLE HANG KESIAN PULAK... KESIAN....KESIAN...

ex001 said...

yaa kadang2 memang jam cari tuan... sebab kebetulan yg jarang berlaku... kebetulan penjual dan pembeli ada kat tempat yg sama walhal org yg tolong deal dok jauh di utara...

jaga jam tu elok2 bro... ada kenangan tu

duniajam said...

Bro Haizul, barang lama harus disayangi. Tapi Beetle bukan saja perlu sayang tapi kena pakai lasak. Baru 'feel' Beetle. Enjin sangat tahan lasak & memang terbukti tahan. Enjin dah bikin tu yang percaya tu. Memang buat khas untuk trip ni. Brek depan pun dah tukar disc. Pakai Saga. Memang perfect keta ni wa cakap lu. Wakakaka...

Bro ex001, kalau tak sebab bro masakan kini dapat rasa jam tu. Tak bercadang pun nak cari jam dalam trip. Rupanya rezeki datang bergolek... Hehehehe... Kenangan bro jam tu. Jauh benor dapat. Hahaha.... Dah jodoh la katakan, kebetulan dok di tempat yang sama, orang yang deal dok juah nun di utara. Camtu pun boleh jadi. Ekekeke... Hebat!

thunbergia said...

sungguh travelogue yang menarik, sumer tempat haku dah lalui kecuali jason bay nak terjah entah bila, kehh

good blog, keep it up

salamm bro duniajam,

duniajam said...

salam thunbergia, terima kasih.

Apa yang dilalui waku tu suatu yg tak dapat dilupakan. Terasa nak buat lagi tahun ni. Cuma masa yang tak mengizinkan lagi. Hehehe..