Saturday, November 21, 2009

Orient Submariner


Tak sabar pula rasanya nak review jam. Nak tunggu habis cerita pasal trip, lama lagi... sementara tu aku buat review ringkas pasal jam ni dulu. Orient Submariner merupakan homage jam Jepun terdekat dengan Rolex Submariner. Sekali imbas sebijik macam Sub.


Jam yang fully stainless steel ini didatangkan dengan kotak yang ringkas. Bersaiz 38mm, ia sangat serupa dengan Sub baik dari segi design pada casing, bezel, jarum, dail mahupun crown.


Cermin mempunyai cyclop pada tarikh & berfungsi dengan baik kerana dapat membesarkan nombor tarikhnya. Cyclop dari bahan akrilik itu hanya dilekatkan dengan gam pada cermin mineral tu. Ia sangat menonjol & serupa seperti Sub.


Jam yang baru keluar dari kotak ni masih dara dengan plastik yang masih berbungkus. Bracelet yang polish finishing keseluruhannya dibuat dengan baik walaupun dirasakan tidak begitu solid... padanlah dengan harganya...


Bezel uni-direction dapat diputar dengan senang. Namun bezel dirasakan sedikit longgar. Rasa kurang solid bila pegang. Takda masalah sebab jam ni bukanlah jam diver.


Walaupun jam ni cuma water resistant 100m, crownnya dibuat seperti jam diver. Seperti kebanyakan Orient, movement tidak boleh dikunci... apatah lagi hack. Crown dapat diskru dengan baik & mudah.


Design marker dail & jarum yang serupa dengan Sub ini mempunyai luminous padanya. Namun tahap kecahayaannya tidaklah sebaik Seiko. Seperti Seiko, nombor enjin tertera pada dail di pukul 6. Nampakkan tarikhnya dibesarkan pada cyclop? Kalau jam replika, cyclop tidak memberi fungsi seperti yang sepatutnya. Nombor tidak dibesarkan pun.


Bezel dibuat lebih lebar dari casing untuk memudahkan memutar bezel. Bracelet jam agak longgar & tidak begitu solid.


Finishing polished di sisi casing dibuat dengan begitu baik sekali. Brush finishing pula dibuat di bahagian atas casing.


Caseback jenis skru ini hanya dipolish di bahagian bevel sahaja. Bahagian atasnya adalah polish finishing & mempunyai stiker reflektif Orient padanya.


Clasp jenis klip mempunyai safety clasp yang bertindak dengan baik. Memandangkannya ia bukanlah jam diver, tiada extension clasp padanya.


Selesa pada tangan & sekali imbas seperti Rolex yang sebenar. Jam yang dibuka untuk jualan ini sudah pun dihold tuan baru sebelum aku iklankan dalam blog lagi. Harap tuan barunya akan suka dengan jam ni.


-----------------------------------------------------------------------

Orient vs Rolex


Samakan? Tulisan Orient juga hampir sama dengan Rolex. Model terbaru Orient, mempunyai lambang crest Orient & bukan tertulis seperti ni. Dari segi design casing & bracelet, Orient sedaya upaya meniru Rolex. Untuk mereka yang tak mampu memiliki Rolex, Orient ini adalah alternatif terbaik untuk jam Jepun.


Cermin Rolex mempunyai coating anti reflektif, manakala Orient tiada. Macammana nak tahu jam tu ada coating anti reflektif? Tengok saja Rolex, macam tiada cermin. Boleh nampak dail dengan jelas. Saiz lug Orient kecil sedikit berbanding Rolex. Dari segi finishing, kawasan polished adalah sama iaitu di sisi casing & brush finishing di bahagian atas casing. Perhatikan rupa stainless steel kedua-dua jam. Nampak perbezaan yang ketara. Itulah bezanya Rolex.


Casing Rolex curve membulat pada lug, manakala Orient sedikit bersegi. Crown Orient tiada sign & kecil sedikit berbanding Rolex. Ketebalan kedua-duanya pula hampir sama.


Rupa bracelet juga hampir sama, namun Orient sedikit kecil saiznya & tidak solid, longgar & loosed.


Orang yang tak tahu mesti tak sangka Rolex tu sebenarnya berharga RM14500 berbanding Orient tu yang boleh dapat lebih kurang RM500-700+ (harga yang aku survey di banyak kedai).


Berbanding caseback Orient yang mempunyai info padanya, Rolex langsung tiada info. Sebab tu, replika Rolex senang dibuat. Sampaikan otai jam juga menghadapi masalah nak kenalpasti jam original dengan replika.


Perbezaan kualiti nampak ketara dengan view ni.


Clasp Rolex yang lebih gemuk itu juga adalah jenis klip dengan safety clasp padanya. Ada kawan syorkan kepada tuan Rolex untuk menukar bracelet original ini kepada replika. Namun tuannya lebih suka dengan bracelet original. Biasalah kalau bracelet calar. Baru nampak kita pakai. Itulah tujuannya. Memang untuk dipakai & bukannya disimpan.

Perbandingan ini bukanlah untuk menunjukkan yang mana terbaik atau condemn yang mana-mana. Cuma untuk menunjukkan kesamaan kedua-dua jam berlainan bangsa ni. Beleh tengok bagaimana Rolex influence jenama lain untuk meniru rupanya yang evergreen ni. Design yang tak lapuk dek zaman ini akan berkekalan sampai bila-bila.

Memiliki jam Rolex adalah satu kepusan abadi & langsung tak rugi memilikinya. Sekarang harganya RM14500. Tunggulah tahun depan, nescaya anda tidak akan dapat lagi jam ni dengan harga tu. Setiap tahun, harganya akan naik. Kepada yang berkemampuan, aku syorkan beli jam ni sementara harga belum mencecah RM20k. Kepada yang kurang kemampuan macam aku ni, cukup dahulu dengan jam homage kerana kepuasan tetap ada walaupun ianya bukan Rolex. Sebab ia jam original & bukannya replika....

8 KOMEN ANDA:

ex001 said...

perbezaan Rolex dgn jam2 stainless steel lain ialah rolex guna stainless steel gred 904L manakala jam lain pakai gred 316. kalau tgk sebelah sebelah baru nampak perbezaan besi ni.

jalur brush finish pada rolex nampak cukup selari dan kurang shining (bling). cukup low profile. tapi dari segi tahan calar rasanya tak berbeza sgt antara 2 gred besi ni. 904 pun calar jugak.

Walaupun hagra rolex nampak tak masuk akal langsung tapi bila ada di tangan dan boleh membandingkannya dgn jam2 lain barulah kita akan nampak perbezaan yg membuatkan ia dipanggil King atau the 'R". dan masa tu perkataan "patutlah dia mahal" akan terpacul dari mulut tanpa kita sedar... hehehe

Orient pulak bukanlah budak ingusan dlm bidang jam tangan... bukan calang2 pengeluar... buktinya Orient 300M dan mencecah harga RM4000 lebih di pasaran... setaraf jam diver swiss dan mendapat byk respons positif dari peminat jam seluruh dunia. dengan kemunculan model Mako dan Mako 2 telah berjaya mengukuhkan lagi penguasaan jam2 diver orient kerana faktor harga yg lebih mampu milik. jadi kalau kumpul diver tapi takda 1 orient maka tak lengkaplah koleksi adanya hehehe...

duniajam said...

Aiseh bro, baca komen ni rasa 'terpaksa' beli Orient satu. Hahaha....

Ya, kalau tengok Rolex orang yang tak tau pasal jam ni mesti pelik awatlah dia mahai. Tapi mcm bro kata tu, bila boh kat tangan.... aduu..... memang patut dia mahai pun...

Narong said...

mana nak cekau mako II nih....merata aku round...tak jumpa daaa....blue mako ada la aku jumpa...

duniajam said...

Ada... kalau ko nak, aku boleh dapatkan seketul.... Hehehe...

Narong said...

fuhhh...mencabar minda nih...harga dia menggerunkan tak..???

ex001 said...

Orient Mako II... satu alternative terbaik utk menggantikan Seiko Sumo yg susah nak dapat kat 1 Malaysia ni...

Saiz lebih kurang sama... berat lebih kurang sama... sama cantik sama menarik... tapi harga 1/4 dari harga Sumo...

gusti jepun lawan jerung Mako... pergh!!!

duniajam said...

Narong, harga tak menggerunkan minda. Dengar mesti nak terus punya. Hahaha.... Kontek aku... Hehehe....

duniajam said...

Orient Mako II, hampir aku ambik dulu. Tapi pi gatal tangan try Seiko 4R15. Terus angkat.... Hampes....

Aku dalam proses nak kumpul diver. Kumpul 1 dari setiap jenama... Jepun dulu la... Kalau Swiss, mampuih duit....

Orient tu memang lawa & smart. Ada jam kalau tengok memang lawa, tapi tak smart... Jam ni memang smart. Ish, apa aku cakap nih.... Wakakaka...