Sunday, November 22, 2009

Long Way Round Semenanjung - Episod 3

HARI KEEMPAT
Selasa (3 November 2009)


Hari ni hari terakhir aku berada di KT. Terima kasih kepada adik-adik tersayang di atas hospitality yang anda bagi kepada abang & kakak sepanjang kami di sana (gambar 1). Insyaallah abang akan ke sana lagi... Laluan keluar akan melalui lapangan terbang (gambar 2). Mula-mula nak terus keluar KT... tapi tiba-tiba teringat nak pi tengok stadium yang runtuh tu (gambar 3 & 4). Dari jauh, rasa macam ada raksasa nak keluar di belakang stadium tu. Nasib baik ada ultraman...


Runtuhan ni mengingatkan kita... walau betapa agung & gagahnya suatu ciptaan manusia.... dengan sekelip mata saja boleh hilang... sentiasalah mensyukuri nikmat yang kita dapat...


Jalan keluar dari KT membawa kami berjumpa dengan banyak sekali tempat-tempat menarik. Tergugat juga tengok tempat-tempat tu. Rasanya, perlu sehari lagi di sini untuk ke semua tempat tu. Nampak juga signboard ke Tasik Kenyir... aduuu.... Lain kalilah mai lain... Jalan untuk ke Pahang ada dua. Kami ambil jalan tepi laut (gambar 3 & 4). Best jalan ni. Jalan 2 lane, nampak macam baru siap. Banyak kedai & rumah di pesisir pantai & di sepanjang laluan ni.


Dari rumah adik, bercadang nak ke Rantau Abang... tengok penyu. Pakai GPS pasal aku memang tak tau jalan. Jalan cantik dengan deretan pokok-pokok rhu di sepanjang jalan. Perasaan seronok masa tu tak dapat lah aku gambarkan. Perjalanan ke Rantau Abang lebih kurang 60km dari KT. Sekarang tak rasa jauh pun kalau jarak 100km. Semua tempat rasa dekat. Akhirnya sampai juga kami ke Rantau Abang (gambar 3).

Guna GPS kami cari Rantau Abang Turtle Sanctuary. Nama pun dah gempak, tu yang nak pi. Tapi terlajak juga sebab masa sampai, GPS tunjuk ke masjid. Tak jumpa pun tempat/bangunan seperti yang diharapkan tu. Kami patah balik (gambar 4)....



... masuk ke masjid. Rupa-rupanya ada jalan turun di tepi masjid. Parking kereta dalam masjid & kami turun ikut jalan tu ke pantai.


Sampai saja di pantai, tiada apa yang jumpa. Tak pasti di mana sanctuary tu. Kami bergambar ja la di situ (gambar 1 & 2). Takda orang di situ nak tanya. Tengok ombak (gambar 4) buat aku gerun ada kat situ. Besar betul...


Asyik Beetle ja bergambar, jam-jam pun minta juga....


Lepas tu, kami bercadang nak ke Pusat Penerangan Penyu (gambar 1). Sebenarnya, kami dah sampai situ masa mula-mula masuk ke Rantau Abang. Tapi teragak-agak nak masuk... tu yang terus ke Rantau Abang Turtle Sanctuary. Lepas tak jumpa apa-apa di pantai tu, balik semula ke Pusat Penerangan Penyu untuk dapatkan info.

Masuk ke pusat tu sebagai pengunjung pertama & satu-satunya pengunjung buat kami rasa bebas. Banyak info yang dapat mengenai penyu di sini & aku cadangkan kepada yang ke sana nanti untuk singah tempat ni. Rombongan sekolah amat sesuai jika ke sini. Aku tanya petugas situ nak tengok penyu, dia bagitau kena ke bangunan lain dalam 500m dari situ. Nak tengok penyu, kena ke tepi laut. Itu pun kena bincang dengan petugas di sana pula. Rasa macam kena lalui banyak proses, kami pun teruskan perjalanan untuk ke Kerteh pula...


... sebelum bertolak... Beetle nak posing dulu...


Perjalanan ke Kerteh akan melalui banyak pekan/bandar seperti Marang, Dungun... Aku tak pasti gambar ni di mana... Banyak sangat gambar, tak tau yang mana satu & di mana...


Akhirnya kami bertemu dengan pusat pemprosesan petroleum yang sangatlah besar di Paka. Fuh! Tak taulah berapa hektar keluasan tempat ni. Di kiri kanan jalan utama boleh tengok. Pusat ni kepunyaan Petronas. Tak berapa lama bergambar, abang Azlan Jamkoleksi call aku... wakakakaka....


Takjub jugalah tengok tempat ni. Besar sungguh. Berapa ribu pekerja pun tak taulah...


Sampai juga kami di pekan Paka selepas tu (gambar 1). Macam dekat je, dari KT terus ke Paka. Sayang trip meter tak berfungsi. Yang confirm lebih 100km dari KT ke sini. Kami bertemu dengan kawasan perumahan yang luas di sebelah kiri (gambar 2). Rumah-rumah kelihatan kosong & terabai. Aku yakin ia bukanlah kawasan perumahan awam, tapi lebih kepada kuarters. Mungkin juga kepunyaan Petronas.


Dalam perjalanan, kami bertemu pula dengan Pantai Kemasik. Singgah sekejap & cadang nak makan tengahari di situ. Pasir pantainya halus seperti PCB & Pantai Bisikan Bayu. Luas pantainya & ombak juga tidak begitu kuat. Melihatkan suasana pantai di sini, buat aku rasa nak berlari-lari & terjun ke dalam laut tu. Gambar 2 tu aku tak pasti brader tu buat apa kat batu tu. Lama juga aku perhatikan dia, sampai ke sudah tak tau dia buat apa pasal nampak pelik sangat.


Lepas makan tengah hari, perjalanan diteruskan ke Cherating. Kami sampai di Cherating agak awal... 1.30 tengah hari. Sebelum ni memang bercadang nak bermalam di situ, tapi sampai awal lah pula... Dari pantai ni, boleh nampak chalet yang mak abah pernah sewa dulu. Banyak chalet yang boleh disewa di sini. Harganya juga berpatutan. Kami rehat sebentar sambil menikmati suasana. Terlupa pula nak ambil gambar pantainya pasal dok ambil dengan kamera video. Pantainya terbentang luas & jauh dari tempat aku ambil gambar ni (gambar 2). Kebetulan air tengoh surut, jauh betul air laut dari sini. Suasana (gambar 3 & 4) dirasakan bukan kat Malaysia. Macam di Hawaii pulak rasanya... walaupun aku tak pernah pi sana.... Aku tak pasti pula, apa tujuan & significant bulatan atas jalan tu dibuat camtu (gambar 3).


Destinasi seterusnya ialah ke Desaru. Cadang nak bermalam di Desaru. Tapi jauh lagi tu. Tak pasti sempat ke tak sampai sebelum maghrib. Perjalanan menemukan kami dengan Pekan, Pahang. Rupanya Pekan terletak di sebelah sungai (gambar 3). Sungai Pahang la kot. Beetle bergambar sekejap di Pekan Riverfront (gambar 4). Tanpa buang masa, perjalanan diteruskan lagi...


Perjalanan ke Rompin agak best. Suasana di sini agak berlainan dari jalan-jalan sebelumnya (gambar 1 & 2). Pokok-pokok yang tumbuh sekitarnya juga lain skit. Jalannya agak sunyi & bengkang-bengkok. Kenderaan yang menyusuri jalan ni juga kurang. 10 tahun yang lalu, wife pernah lalu jalan ni untuk ke Kelantan (zaman sekolah) untuk pertandingan bahas. Laluan ni adalah jalan utama bas ekspress. Memang bas cukup laju ikut jalan ni. Takut juga aku tengok. Lori yang terbalik tepi jalan (gambar tengah) sebagai peringatan untuk lebih berhati-hati. Banyak pokok-pokok bakau tumbuh liar di sepanjang pantai. Suasana seperti di gua apabila dekat dengan Nenasi (gambar 4).


Sampai di Nenasi, kami isi minyak. Banyak perkampungan orang asli di sepanjang laluan. Rumah-rumah mereka kecil saja berbanding rumah orang Melayu. Tempat ni terletak dalam daerah Rompin.


Akhirnya kami sampai juga di pekan Rompin. Kami berhenti di Masjid Tengku Mahkota Abdullah untuk bersolat & rehat. Sempat juga aku mandi di sini. Bilik airnya bersih & ada shower. Aku bersembang dengan guard masjid, dia bagitau, masjid ni adalah tempat persinggahan peniaga dari serata tempat yang datang berniaga. Hujung minggu memang penuh masjid ni & banyak khemah didirikan. Banyak juga tips keadaan laluan yang bakal kami lalu nanti diberikan guard tu. Terima kasih bang. Semoga abang dimurahkan rezeki & dirahmati Allah. Kami teruskan perjalanan ke Desaru.... tapi nampaknya hari dah semakin gelap...


Perjalanan kami terganggu & terkejut bila bertemu dengan kemalangan ni. Kemalangan maut rupanya. Mayat masih berada atas jalan & banyak kereta berhenti tengok. Moto vs kereta. Dengan perlahan kami melaluinya... kami berdoa agar kami selamat di sepanjang perjalanan...


Perjalanan ke Mersing akan melalui jalan ni (gambar 1 & 2). Best jalan ni. Boleh speeding skit. Pakcik naik Proton Saga tu seboleh-boleh takmau bagi aku potong & tekan sungguh-sunguh. Mungkin jalan dia & dah hafal semua jalan. Keadaan jalan walaupun bengkang-bengkok tapi jalannya cantik & nampak kenderaan dari jauh. Tu yang berani speeding kebetulan pula dah nak maghrib.

Akhirnya kami sampai juga di pekan Mersing. Pekan Mersing terletak besebelahan dengan laut. Banyak hotel kami jumpa tapi tak pasti yang mana nak sewa. Mulanya bercadang nak sewa chalet tepi laut, tapi kena pusing balik & tambah lagi perjalanan 16km. Akhirnya, hotel dalam pekan Mersing yang dipilih.


Hotel Havanita dipilih. Harga promosi yang ditawarkannya tak boleh nak aku tolak. Harga biasa RM220, goverment price RM178. Promosi sampai hujung tahun ni, RM138 termasuk sarapan pagi. Hotel yang baru beroperasi 2 tahun ni telah menang anugerah The Best Hotel in Mersing.

Bilik yang cukup standart. Best. Lantai kayu dengan queen size bed, mampunyai ruang menonton TV, meja study & sofa. Design & dekorasi dalam bilik sangat menenangkan perasaan. Rasa berbaloi betul setelah berpenat-lelah sepanjang perjalanan tadi. Tak pasti berapa jauh jarak perjalanan kami dah tempuh tadi. Dari Terengganu, Pahang & seterusnya Mersing, Johor. Jauh betul. Macam-macam seuasana, pemandangan & situasi kami dah jumpa sepanjang perjalanan. Tak dapat aku gambarkan kat sini melainkan kena rasa sendiri.

Malam tu, nak pi cari makan pun satu hal. Tak jumpa kedai makanan Muslim. Dok nampak KFC dari tadi. Banyak kali kami pusing pekan Mersing sampai orang tepi jalan pun dah mula perasan kami. Naik segan pulak. Kami makan di restoran pinggir pekan Mersing. Bila balik baru nampak kedai makan Muslim (sebelum tu dah tanya pekerja hotel). Takpalah, dah kenyang pun.... balik bilik.... zzzzzzzz.....................


akan bersambung..... lagi........



0 KOMEN ANDA: