HARI KETIGA
Isnin (2 November 2009)
Awal kami keluar pagi ni. Adik ipar pergi kerja, kami pula terus keluar rumah. Kalau tengok gambar, waktu jam tu tak betul sebenarnya. Aku lupa nak set. Waktu ni dalam pukul 8 lebih. Keluar dari kawasan perumahan akan jumpa lapangan terbang di sebelahnya. Cantik design lapangan terbang tu. Rasa macam nak lepak je tepi lapangan ni, tengok kapal terbang berlepas/mendarat. Tapi takot orang situ la cakap aku jakun pula. Ekekeke...
Hari ni kami bercadang nak pusing KT. Mak abah cadangkan kami ke muzium, Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal & naik bot. Depa dah pi semua tempat tu melainkan muzium. Destinasi pertama, Taman Monumen. Guna GPS pasal tak tau jalan. GPS bawa kami melalui taman perumahan. Mula-mula tak confident, kami tak ikut jalan dia bagi. Pastu GPS recalculate jalan & kali ni kami ikut. Masih ikut jalan perumahan lagi. Biaq betui! Memang betul, jalan tu lebih dekat. Tunjuk video kat adik ipar pun dia terkejut sebab memang lebih dekat dari jalan utama.
Jalan raya tar bertukar menjadi jalan berbata seolah-olah memberitahu kami dah sampai ke kawasan yang dituju. Destinasi ke Taman Monumen bertukar ke Muzium Utama dulu apabila bertemu dengan muzium dahulu di sebelah kiri. Masuk ke pintu utama membawa kami berjumpa dengan struktur bangunan yang mengagumkan. Sangat besar & cantik. Hasil seni sentuhan pada bangunan ni seperti istana tradisional Melayu. Yang berbeza ia dibina dengan batu & saiznya sangat besar.
Cari parking bagi Beetle rehat tempat best punya. Kami disapa oleh sorang pekerja yang membawa train. Dia jemput kami naik & akan dibawa pusing tengok rumah-rumah lama. RM2 sorang. Kami tak naik sebab bercadang nak masuk dalam muzium dulu, balik nanti baru nak naik. Di bawah garaj tu diletakkan kenderaan-kenderaan yang pernah digunakan oleh kerajaan Terengganu (gambar 1,2 & 3). Antaranya kereta Cadillac (kegunaan Sultan), Mercedes (kegunaan MB), Proton Saga, kapal terbang, kereta perisai & sebagainya. Beetle jealous aku ushar Merc. "Jangan marah Beetle... aku tengok ja. Hang jugak pujaan hatiku...."
Landskap muzium dibuat dengan cantik sekali. Rasa tenang berada di sini. Memandangkan hari tu bukanlah hari bercuti, takda orang lain yang datang melawat melainkan kami saja pada waktu tu. Rasa syok betul, macam VIP pulak, takda sapa kacau kami dating dalam muzium.
Papan tanda yang jelas tentang waktu melawat & kadar tiket. Tapi sayang, kamera tidak dibenarkan dibawa masuk. Laju je guard bagi kunci loker suruh simpan kamera bila nampak videocam kat tangan aku. Tapi kemera digital dok dalam poket aku..... tapi kemera handphone kan ada... ekekekeke....
Dalam muzium hanya kami ja pelawat waktu tu. CCTV banyak dipasang dalam muzium. Seperti kebanyakan muzium, banyak benda-benda, artifak yang menarik. Ada juga pameran batik & songket berserta monitor touch screen yang dibuat untuk paparan multimedia. Menarik betul. Kebetulan waktu tu pula adalah waktu rehat. Hampir tiada pekerja di dalamnya langsung. Rasa muzium tu macam kami punya ja. Muzium yang besar ni buat kami penat berjalan. Seperkara yang buat kita lebih penat berjalan, hanya satu laluan saja dibuat untuk setiap bahagian pameran. Ada 3 blok bangunan, A. B & C. Nak ke tingkat atas/bawah hanya ada satu tangga saja. Lepas pusing, kena cari tangga tu balik untuk turun. Penat beb. Patut buatlah 2,3 tangga lain di suatu tingkat. Kalau ramai orang, jenuh jem kat tangga.
Lepas puas berjalan keliling muzium sampai kaki pun lenguh + lapar, sampailah masanya kami keluar dari muzium ni. Jam pun dah pukul 2, petugas muzium & pengunjung mula datang. Sebelum keluar, sempat juga beli cenderamata buat kenangan. Cadang nak naik train pula sebelum ke Taman Tamadun Islam, tapi takda rezeki.... train dah takda. Takpalah, lain kali datang lain. Destinasi seterusnya...... Taman Tamadun Islam.
Perjalanan ke Taman Tamadun Islam dibuat dengan cantik. Laluan tepi laut memberikan pandangan yang indah. Rumah-rumah di sepanjang laluan ni pun terima tempias dari kemajuan di sini. Yang bagusnya kawasan ni, muzium, Taman tamadun Islam, Pengkalan Tok Ku Paloh & Masjid Kristal berada dalam kawasan yang sama. Senang nak ke semua tempat ni.
Pintu gerbang indah ni seolah menjemput kita untuk masuk & saksikan keindahan di dalamnya (gambar 1). Masuk ke ke kawasan taman ni, boleh nampak replika kubah masjid di sebalik tembok tu (gambar 2). Rasa tak sabar nak masuk. Kawasannya luas & terdapat juga rombongan yang datang ke sini. Sebelum kemana-mana, kami nak isi perut dulu...
Bangunan yang macam masjid tu adalah pusat konvensyen (gambar 1). Mula-mula nak cari makan kat luar, tapi rasa dah malas nak keluar... kami masuk sini bila nampak signboard ada kedai makan dalam ni. Nampak eksklusif, tapi hentam sajalah.
Nak cepat, kami order nasi ayam & ABC. Mahal, tapi lapaq tak sangka dah. Tibai ja lah walau tak sedap mana pun.
Jam yang beraksi dalam pegembaraan ni, Junkers Hooters & Seiko Orange Monster. Wife pakai Monster & aku Junkers. Bertukar-tukar gak jam ni bila boring. Makan dengan perasaan yang tak selera sebenarnya. Tapi habislah juga nasi tu pasal terlalu lapar.
Kami ke Taman Monumen dengan semangat yang jitu. Boleh tengok waktu operasi kat gambar tu... kalau-kalau ada yang nak datang nanti. Harga tiket RM5 untuk warganegara Malaysia. Kena tunjuk IC baru dapat RM5. Warga asing RM10. Tiket masuk seperti passport. Kena cop masuk & keluar. Kalau datang kali kedua, bawa passport ni & kita berpeluang untuk dapat naik basikal atau tram secara percuma. Kali ketiga datang, akan dapat discount 30% sewa buggy & percuma naik basikal atau tram. Kali keempat? Dah takda bang.... depa bagi takat 3 kali ja.
Kawasan Taman Monumen 800 meter persegi. Boleh pusing semua tempat ni dengan berjalan, naik tram, basikal ataupun buggy. Naik tram, depa akan pasang kaset penerangan di sepanjang laluan. Kalau naik buggy, akan disediakan pemandu pelancong yang akan bawa kita bersama penerangan di setiap monumen di dalamnya.
Basikal: RM3 (sejam)Train: RM3
Buggy: RM35 (boleh isi 4 orang)
Kami nak buat kelainan skit, kami pilih basikal....baru thrill... dah lama aku tak naik gerek ni.... Hahaha... Pengunjung yang datang tak naik basikal, hanya kami 2 ja. Jadi boleh pilih mana-mana basikal yang suka. Kena pilih betul-betul pasal basikal tak semua elok. Angin pun kurang. Nampak macam tak terjaga sangat basikalnya. Aku pilih basikal ni, ternyata basikal ni tak selesa. Basikal wife pilih lebih best. Gambar 2 tu sebenarnya basikal yang dah di tukar. Itupun lepas melawat banyak monumen... lepas wife cuba bawa, dia terus pi tukar. Hahaha.... Ni yang cayang nih... muah!!!
Pelbagai replika monumen & masjid di bina di dalamnya. Banyak senibina Islam yang aku tak pernah tengok sebelum ni dibina dengan begitu cantik sekali. Gambar 1 adalah Masjid Kul Sharif, Kazan di Rusia. Gambar 2 tu mengejutkan aku. Sebenarnya itu adalah masjid! Itu adalah Great Mosque of Agadez, Niger. Ia diperbuat daripada tanah yang dikeringkan dibina pada abad ke-16 pada zaman kegemilangan Agadez.
Kalau tak salah aku ada 5 replika monumen yang mempunyai tanyangan video di dalamnya. Salah satunya yang kami masuk ni... The Palace of Al-Hambra (istana merah), Granada, Sepanyol. Ia adalah istana purba & kompleks kubu yang dibina di antara tahun 1238-1354M di bawah pemerintahan Mohammed bin Ahmar, raja Nasrid pertama.
Gambar 1 nak tunjuk projektor slide yang touch skrin. Gambar 2 adalah tanyangan video mengenai Al-Hambra. Persembahan selama 10 minit ni sangat bermakna, sebab tak sangka betapa hebatnya senibina Islam ni. Rasa macam ambil gambar video cetak rompak pula. Replika Al-Hambra terletak di atas bangunan ni (gambar 3 & 4). Aku dok ushar kot-kot ada grandfather clock kat dalam... hehehe...
Gambar 1 nak tunjuk projektor slide yang touch skrin. Gambar 2 adalah tanyangan video mengenai Al-Hambra. Persembahan selama 10 minit ni sangat bermakna, sebab tak sangka betapa hebatnya senibina Islam ni. Rasa macam ambil gambar video cetak rompak pula. Replika Al-Hambra terletak di atas bangunan ni (gambar 3 & 4). Aku dok ushar kot-kot ada grandfather clock kat dalam... hehehe...
Tak sangka aku betapa hebat & cantiknya senibina Islam. Masjid-masjid yang wujud sampai sekarang ni nampak hebat & besar. Kalau real punya mesti tersangatlah besar masjid-masjid ni.
Gambar 1 - Great Mosque of Qairawan, Tunisia. Dibina pada tahun 670M oleh Uqba ibn Nafi. Ia merupakan monumen Islam tertua di Tunisia. Hari ni, setelah dibina semula sebanyak tiga kali, masjid ini melambangkan kesamarataan di Qairawan.
Gambar 2 & 4 - Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi. Madinah adalah Madinat Rasul Allah atau Bandar Rasul Allah yang merupakan kawasan kedua paling suci bagi umat Islam. Masjid ini dibina di atas kawasan rumah Nabi Muhammad SAW & tempat baginda disemadikan.
Gambar 3 - Masjid Suleyman, Turki. Masjid ini dibina pada tahun 1557M di zaman Empayar Ottoman dalam tahun ke-46 pemerintahan Sultan Suleyman. Ia merupakan tempat infirmari, sekolah perubatan, hospital, kedai, penjara & tempat penyimpanan senjata. Sebab tu lah ia sangat besar.
Lanskap dengan tasik buatan memberikan ketenangan kepada pengunjung yang hadir. Seronok juga exercise dengan basikal. Tapi punggung aku dah mula sakit. Keras gila kusyennya. Aku cuba basikal wife, fuh! Macam naik Merc rasanya. Hahaha...
Gambar 1 - Gambaran dekat Masjid Suleyman.
Gambar 2 - Gambaran dekat Masjid Nabawi.
Gambar 3 - Masjid Mohamed Ali, Egypt. Ia juga dikenali sebagai Masjid Alabaster berikutan penggunaan bahan ini dengan banyak dalam pembinaannya.
Gambar 4 - Kagum aku tengok binaan atas bukit ni. Boleh bayangkan betapa besarnya ia kalau tengok live. Ia adalah Aleppo Citadel di Syria. Cukup kagum aku tengok kota ni. Dianggarkan dibina pada abad ke 10 SM di atas sebuah bukit di Syria. Kota ni membuktikan kecanggihan teknologi umat Islam pada masa tersebut.
Gambar 1 - Abu Nasr Parsa, Afganistan. Dibina pada abad ke-17 dalam gaya Timurid. Antara ciri menarik makan berbentuk oktagon ini ialah 2 tiang berpusing di hadapannya. Pembinaan makan ini bagi mengabadikan jasa ahli teologi terkemuka, Khwaja Abu Masr Parsa.
Gambar 2 - Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei. Ia dinamakan sempena nama Sultan Brunei yang ke-28 & dibina pada tahun 1958. Struktur kumah emas ini merupakan struktur tertinggi di Brunei.
Gambar 3 - Masjid Badshahi, Lahore, Pakistan. Masjid ini dibina untuk Maharaja Mughal Aurangzeb Alamgir pada tahun 1673M. Ia merupakan masjid yang terbesar di zaman tersebut. Mengikut sejarah, ia boleh memuatkan sehingga 65000 orang jemaah. Masjid ini pernah masuk dalam rancangan Jejak Rasul yang lepas.
Gambar 4 - Hampir di setiap monumen, ada pelantar ni yang boleh kita naik untuk tengok keadaan monumen di dalamnya. Naik, barulah nampak secara keseluruhannya.
Gambar 1 - Great Mosque of Samarra, Iraq. Masjid ini dibina semasa pemerintahan Khalifah Abassiyah Al-Mutawakkil pada abad ke-9. Berdiri dengan megahnya di dalam bandar tertua di dunia. Salah satu keunikannya ialah Menara Berpusing yang terletak di bahagian utara masjid ini.
Gambar 2 - Kubah As-Sakhrah, Baitul Muqaddis, Palestin. Dibina pada tahun 692M di bawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik ibn Marwan. Ia menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah & untuk memperingati perjalanan Nabi Muhammad SAW untuk bertemu Allah. Siapa yang tengok tayangan videonya pasti akan menangis.
Walaupun ada 5 monumen yang ada tanyangan video, kami cuma masuk tengok 2 saja. Yang lain, kami akan datang tengok di episod yang akan datang. Sebab nak jimat masa. Petugas di Al-Hambra lelaki, dia bagi kami ambil gambar. Masuk yang lain-lain yang petugasnya wanita, tak bagi langsung. Nak tahu yang mana ada tayangan video, bangunan yang ada pintu macam gambar 2 tu ada tanyangannya. Tayangan mengenai monumen di atasnya tu.
Gambar 1 - Masjid Negara kita, kami tak meuk tengok sebab dulu selalu sangat pi solat situ. Lain kali kami datang lagi.
Gambar 2 - Masjid Xian di China. Masjid ini didirikan pada tahun 1392M oleh Laksamana Haji Cheng Ho pada zaman Dinasti Tang. Walaupun rupabentuknya kelihatan seperti kuil Buddha, tetapi kedudukannya adalah mengadap kiblat. Masjid tu mengakhiri perjalanan kami di sini. Nak keluar dah. Penat beb.
Ada banyak lagi monumen yang aku tak letak gambar di sini. Ada 23 monumen ke semuanya. Mak abah sehari suntuk ada di sini. Kami pula tak berapa lama sangat & tak belek dengan detail setiap satunya pasal kesuntukan masa. Lepas cop passport keluar, kami beli t-shirt kenangan & pergi pula ke Pengkalan Tok Ku Paloh yang cuma terletak sebelah restoran kami makan tadi... jom naik bot pulak...
Takda orang langsung masa tu. Sekurang-kurangnya 4 orang 1 bot. Tambang RM10 sorang. Disebabkan takda orang lain, kami charted 1 bot untuk kami 2 orang. Romantik beb. Hahaha....
Disebabkan bot tu kami punya, gaya bebas boleh kami buat. Kami lalu orang semua tengok, ingat VIP kot charted 1 bot. Ekekeke..... Agak frust sebab pemandu pelancong tak buat kerja dia. Mungkin dia malas kot sebab kami 2 orang ja. Masa mak abah naik dulu, depa buat penerangan di setiap tempat, benda yang nampak. Sampai rumah cikgu dia kat tepi laut tu pun dia cerita. Ekekeke.... Yang ni, aku yang kena tanya dia itu apa, yang tu apa...
Kelengkapan menangkap ikan banyak diletakkan di tiang jambatan (gambar 1). Rumah-rumah penduduk tempatan sekitar tepi laut macam-macam saiz & bentuk (gambar 2). Lepas tu, bot kami slow & stop bila nampak bot tunda ni (gambar 3). Aku nampak bot tu tengah tarik tundanya (gambar 4). Risau juga sebab nampak macam hanyut. Risau terlanggar ja. Teringat aku cerita Titanic....
Aktiviti perkapalan, nelayan boleh lihat di sekitar perairan ni. Garaj untuk perbaiki bot ada banyak di sekitarnya (gambar 1). Budak-budak yang mandi-manda di tepi laut ni suka bila kami tengok & rakam aksi mereka. Macam-macam gaya sukan Olimpik depa tunjuk. Ada juga yang dok melambai.... Kami lambai balik pasal perasan macam anak raja naik bot masa tu. Ehehehehe....
Di sinilah juga Monsoon Cup diadakan. Aku pernah ke sini pada 2006 dulu. Meriah betul. Masa aku datang dulu, resort tu (gambar 1, 2 & 3) masih dalam pembinaan. Depa tambak laut tu untuk bina resort tu. Resort ni bertaraf 5 bintang. Banyak juga pembuat kapal & bot di Dayang Bunting ni. Kapal besar (gambar 4) tu dihasilkan di sini. Hebat juga ye kita sebenarnya.
Bangunan putih yang memanjang tu adalah Pasar Payang. Kami tak pi situ pasal dah pernah pergi masa konvoi lepas. Skip tempat tu & pi tempat yang belum pergi lagi. Dari situ boleh juga lihat Monsoon Cup.
Pelayaran dengan bot keliling Pulau Duyung mengambil masa di antara 30-45 minit. Kalau tadi suasana kampung, sekarang pula suasana bandar. Bangunan tinggi (gambar 2) tu adalah Felda Residence. Hotel bertaraf 3 bintang. Destinasi seterusnya Masjid Kristal (gambar 4).
Bot menyusuri sebelah Masjid Kristal. Senibinanya cantik & buat siapa yang memandang terpukau. Walaupun pemandu pelancong tak cerita, aku tahu juga serba sedikit ceritanya dari mak. Di atas menara tu terletaknya kristal. Bila terkena pancaran cahaya matahari, akan bersinar kristal tu dari jauh. Nampak cantik. Masjid yang dibina hampir keseluruhan dindingnya dengan kaca ni sangat cantik dipandang lebih-lebih lagi pada waktu malam.
Puas hati jugalah naik bot 2 orang tu. Kami ke Masjid Kristal untuk solat. Orang tak ramai, senang nak parking. Dari jauh nampak besar. Bila pergi dekat, masjid ni taklah besar mana pun.
Dah seharian kami kat sini, dari pagi sampailah lewat petang. Sampailah masa untuk balik ke rumah adik. Malam ni bermalam di rumah adik lagi. Jimat 2 malam duit hotel. Perjalanan pulang menemukan kami dengan segerombolan mat moto (gambar 1). Budak-budak ja. Penuh jalan tu. Macam-macam aksi boleh tengok. Dah la tak pakai helmet. Tapi nak buat camna, itu tempat depa.
Gambar 3 - masa konvoi dulu, jalan depan Maidin ni penuh dengan ratusan mat rempit.
Gambar 4 - tadi kami lalu di bawah jambatan ni. Sekarang jalan di atasnya pula. Boleh nampak Masjid Kristal yang cantik tu. Masa konvoi dulu, cuma perhati dari jambatan saja. Kali ni kami dah pun sampai sana.
Penat betul hari ni, tapi seronok. Puas hati. Esok kami nak bertolak keluar dari KT. Nak menghala ke Pahang pula. Malam tu makan di rumah adik & layan video yang dah dirakam siangnya tadi. Best pula layan balik. Kenangan yang tak dapat dilupakan. Malam pun dah lewat, aku pun tidur dengan nyenyaknya sambil tersenyum....
akan bersambung lagi...
akan bersambung lagi...
4 KOMEN ANDA:
best jugak bercuti-cuti Malaysia ni...
Memang best... bro kena pi gak.... serius siyok....
bro kalau ada masa bagi la tips pada semua ttg beetle dan juga value dlm used car market maybe ada juga yg berminat nak angkat sebijik dua buat koleksi. nak beli yg latest model mmg tak mampu
Insyaallah... kena ambik tips dari otai-otai VW dulu. Masih banyak yg masih aku perlu belajar psl Beetle ni
Post a Comment