Monday, November 16, 2009

Long Way Round Semenanjung - Episod 1

Sebenarnya, "Long Way Round" adalah ilham dari pengembaraan Charlie Boorman & Ewan McGregor (Obiwan Kenobi, Jedi filem Star Wars) yang pusing dunia dengan moto. Dokumentari pengembaraan mereka adalah satu semangat aku & sahabat aku di Jerman untuk mengembara. Sampaikan kami ada rasa nak mengembara bersama macam depa dua tu. Lepas "Long Way Round" pada 2005, depa buat pulak "Long Way Down" pada 2007. Boleh google tajuk kedua-duanya & anda akan tahu lebih lanjut. Insyaallah tahun depan aku akan buat "Long Way Down" juga. Dari utara ke selatan pula.

Long Way Round Semenanjung dirancang untuk bermula dari Perlis ke pantai Timur melalui laluan tepi laut & berterusan hingga ke Johor & naik semula ke utara. Laluan tepi laut di pilih sepanjang pengembaraan ni. Untuk pengembaraan ini, kami membuat tabungan dalam masa yang agak singkat. Sebab rancang memang dah lama, cuma masa saja yang terhad. Takda waktu yang sesuai melainkan waktu kami cuti tu saja. Cuma RM2k saja yang sempat kumpul untuk tabung. Duit back-up ada la juga.... err... duit jam aku.... Wakakaka.....
Syarat-syarat pengembaraan:
1. Ikut jalan lama saja. Hanya naik highway kalau terpaksa.
2. Cuba ikut had laju kebangsaan..... errr aku try cuba....
3. Cuba dapatkan cenderahati di tempat-tempat persinggahan jika ada.
4. Guna duit tabung sebaik mungkin & berjimat cermat
5. Fast food tidak dibenarkan sama sekali. Kena makan makanan tempatan.



HARI PERTAMA
Sabtu (30 Oktober 2009)

Lebih kurang pukul 9.30 pagi, kami bertolak dari rumah ke Kangar dahulu untuk urusan dengan saudara Zahir. Terima kasih kepada saudara Zahir kerana sponsor 2 bendera Perlis untuk aku. 3 bendera aku lekatkan atas cermin belakang kereta. Bendera Malaysia, Kedah & Perlis. Selepas selesai urusan dengannya, kami teruskan perjalanan ke Kedah. Destinasi, kampung aku dulu. Hari ni, nak periksa Beetle buat kali terakhir sebelum bermula langkah jauhnya. Tapi belum jauh langkahnya.... belum keluar Perlis lagi, 2 bendera (Kedah & Perlis) dah terbang..... Ekekeke.... Aku berhenti & selamatkan bendera Malaysia. Hmmm.... Sebenarnya, walaupun keadaan Beetle dah ok, tapi aku yang tak ok. Dalam perjalanan tu aku macam tak percaya ja yang kami nak pusing Semenanjung dengan Beetle secara solo. Ish. Biaq betui! Dok bincang dengan wife sebab dia pun sama macam aku. Hahaha... Tapi kalau dok teragak-agak camni sampai bila pun takkan pi. Bertekad! Jom!

Sampai kampung, berselisih dengan abang Imad (kalau baca artikel lepas, akan tahu siapa abang ni). Aku SMS dia bagitau kami nak pusing semenanjung. Naik jelous dia. Bermula saat tu, tak lepas-lepas dia SMS aku tanya khabar. Wakakaka... Beetle di periksa secara keseluruhan. Bendera Malaysia & Perlis (nasib baik la saudara Zahir bagi 2 bendera. Macam tahu-tahu ja nak terbang... Hehehe...), aku ikat dengan dawai kat bumper belakang. Nampak gayanya, double sided tape bendera tak kuat mana pun. Seharian Beetle diperiksa sampailah puas hati. Segala nasihat & spare part dah ambil. Minyak hitam aku spare 2 botol & petrol 1 botol (in case).


HARI KEDUA
Ahad (1 November 2009)

Hari ni bermulalah episod baru untuk Beetle ni. Aku tak pasti sejauh mana Beetle aku pernah berjalan sepanjang 36 tahun hidupnya. Tapi aku yakin, akulah tuan yang bawa dia paling jauh merantau. Lebih kurang pukul 9.30 pagi, aku bersiap sedia untuk memulakan perjalanan. Segala nasihat, kata-kata perangsang mak & abah aku ambil... doa & restu mereka sangat penting dalam perjalanan ini. Keluarga sebelah Johor tak tahu yang kami akan ke sana. Nak surprise depa nanti.


Beetle berdebar-debar & tak sabar memulakan perjalanan. Enjin dapat hidup hanya dengan sekali start saja. Begitulah keadaannya sebelum ni pun. Sekarang dia guna starter baru, dari Honca Accord punya. Bunyi start pun lain. Best!


Perjalanan dimulakan dengan doa. Harap Allah berkati perjalanan kami & melindungi kami sepanjang perjalanan. Alhamdulillah, aku memang rasa keagungan-NYA & rasa dilindungi-NYA & rasa rahmat-NYA sepanjang perjalanan ini.
Gambar 1 - Keadaan jalan ke Baling. Jalan ni lah aku dok layan koner dengan moto aku dulu. Dulu hentam jalan ni dengan CBR, la ni hentam dengan Beetle pulak. Tak sempat nak ambil gambar tempat yang pernah aku kemalangan dengan moto. Sejak tu aku fobia dengan koner. Dulu naik moto, pantang nampak koner. Layan koner gila-gila sampai cecah lutut. La ni, jangan harap lah.... Tapi gila pulak dengan Beetle. Wakakaka....

Gambar 2&3 - orang panggil jalan ni highway sebab jalan ni banyak lurus dari Butterworth ke Gerik. Antara jalan favorite aku speeding dulu. Tapi jalan ni bahaya. Banyak kematian direkodkan di sini. Mengikut ststistik di Malaysia, kemalangan banyak berlaku di jalan lurus berbanding jalan bengkang-bengkok. Anda pun tahu mengapakan?

Gambar 4 - Kami berhenti di stesen minyak Caltex di Baling untuk isi angin tayar. Yang syoknya, petrol tak isi pula. Aku terlupa bab tu. Petrol aku dah isi full di Perlis. Tapi bukanlah sebelum perjalanan, beberapa hari sebelum tu. Dengan minyak tu lah dibawa pi kerja & ke sana sini. Lepas dah bergerak dari Caltex tu, barulah teringat nak isi. Tapi aku confident lagi sebab meter minyak masih banyak & bercadang nak isi di Petronas Tasik Banding nanti....


Jalan lengang dengan kenderaan. Angin menerjah masuk ke dalam Beetle dengan nyaman sekali. Tak laju, ikut had laju kebangsaan ja. Kelajuan yang jarang aku bawa dari kebiasaan.... hehehe... Masa lalu jalan ni dulu, aku nampak ada satu rumah yang sangatlah cantik. Besar pulak tu. Aku cuba snap gambar rumah tu, dapatlah ambil gambar skit. Rumah diperbuat dari kayu dengan design tradisional.


Jalan ni aku suka sebab jalannya sangat elok & panoramanya cantik. Kereta pun kurang hari tu, aku bawa dengan tenang sekali. Tak bimbang pasal nampak kenderaan datang dari jauh. Masa aku pakai moto dulu, ada member suruh aku mai jalan ni. Practice connering. Tapi aku tak pernah mai pun. Pasal jauh sangat dari rumah. Jadi apa-apa nanti, susah aku.


Kebiasaan di jalan biasa, papan tanda lembu melintas adalah satu kebiasaan. Tapi di sini, ada papan tanda kijang/rusa melintas. Tapi pelik skit, pasal dok jumpa ada rusanya takda tanduk, ada pula yang ada tanduk. Mungkin yang takda tanduk tu rusa betina atau remaja kot. Biasalah orang muda, suka rempit. Kena hati-hati dengan depa ni. Sepatutnya di pekan-pekan perlu letak juga papan tanda kucing melintas. Sebab banyak kucing kena langgar dalam pekan.... Ekekeke....


Dalam dok sembang pasal superbike layan koner, tiba-tiba seketul Suzuki GSXR1300 Hayabusa potong aku. Lepas tu seketul lagi potong. Waduh.... teringat zaman muda.... walau la ni tak tua mana pun.... Jalan depan lagi, jumpa segerombolan superbike layan koner turun bukit pula. Hmmm.... Nak layan koner kat jalan ni ok lagi sebab jalan memang cantik. Kalau atas lagi, tak berapa selamat & risiko tinggi. Pernah kawan aku layan koner lepas hentian Titi Wangsa dulu. Pi 4 ketul, balik cuma dia sorang. Lagi 3 kemalangan. Hmmm... Salah satu sebab buat aku mula takut layan koner dengan moto, bila ramai kenalan aku meninggal akibat keseronokan layan koner di jalan raya.


Lebih kurang pukul 10 pagi, kami sampai di hentian Perah. Perut agak lapar, tapi tak terasa nak makan kat sini. Nak makan masakan di Kelantan. Tapi tak mau makan di kedai yang pernah kami berhenti dulu masa sampai di Jeli. Agak mahal. Selepas selesai menunaikan keperluan di sini & beli makanan habuan lapik perut, perjalanan pun diteruskan kembali bila Beetle cakap "ok".


Boleh tengok suasana pagi Ahad yang kurang kenderaan. Mungkin sebab Kelantan hari berkerja, kenderaan yang lalu pun kurang. Ada jalan yang sudah diturap baru. Masa konvoi dulu, banyak jalan sedang dalam penaikkan taraf. Banyak juga tempat perkelahan yang boleh jumpa sepanjang perjalanan. Ada juga kem tentera di atas bukit tu.


Masa dalam perjalanan aku nak isi petrol di Petronas Tasik Banding. Waktu tu petrol dah kurang. Tinggal 1/3 ja lagi. Penderaan kaatas Beetle dikurangkan dengan bawa lebih slow. Gambar 1 ada signboard stesen minyak di hadapan. Yang bestnya, aku tak perasan signboard pun tu sampailah aku tengok balik gambar ni. Hahaha... Punya la dok cari stesen minyak tu kat mana, tak jumpa-jumpa. Sebenarnya, Petronas tu dah lama tutup. Cis! Patutlah cari tak jumpa. Tapi waktu ni, aku tak tahu menahu lagi pasal tu. Yang aku ingat, Petronas ada selepas tasik.

Lepas jambatan tu, nampak simpang kanan masuk ke Belum Rainforest Resort yang dimajukan EMKAY. Kami masuk nak bergambar. Yang syoknya, aku boleh tak ingat yang di situlah dulu letaknya Petronas. Adoi la! Sekarang dah jadi tempat parking.... Aku tengok... "ooo... tempat parking".... Naik atas pi ke resort tu, ambil la gambar kenangan. Boleh datang lagi ikut aktiviti kat sini. Depa buat pakej. Kena datang ramai-ramai baru berbaloi. Masa sampai, tengok kereta kat situ semua hebat belaka. Ada 1 BMW 5 Siries baru parking sebelah Beetle. Depa terkejut kot kami mai naik Beetle ja. Orang muda pulak tu. Ehehehe... Sepanjang perjalanan, abang Imad tak henti-henti SMS kami. Hahaha... Rupanya dia pun nak buat Jalan Sutera pusing semenanjung bulan Disember ni. Cuma 2 ketul Beetle ja. Dua-dua dia punya. Satu bagi kawan dia bawa. Tapi aku la pulak tak boleh ikut. Cuti dah habis.

Dah puas bergambar, sambung balik perjalanan. Cuba bawa slow, kadang-kadang tekan juga bila nampak koner cantik.... sampai wife pun marah... Hehehe... Jumpa lagi satu jambatan lintas Tasik Banding. Di bawah jambatan tu dekat dengan tasik, ada tempat rehat & jeti. Dah lepas tempat tu baru terasa nak pi.


Dah lepas jambatan, nak patah balik, terjumpa signboard gajah ni. Apa lagi, kita posing dulu. Bukan senang nak jumpa signboard ni. Jakun juga jadinya.... Berlari-lari anak aku ke situ. Orang lalu-lalang mesti kesian tengok aku yang jakun ini... Sepanjang perjalanan, tak jumpa gajah macam konvoi yang lalu. Tapi hanya jumpa sisa buangannya saja. 'Parking' bayek je tepi jalan. Besar gila....


Patah balik & tuju ke sini juga sebab entah bila akan ke sini lagi. Janji bagi sampai ja. Dapat jejak pun jadilah. Dah nama pun jalan-jalan, jumpa apa pun singgah kalau sempat. Di sini ada pondok polis, kedai makan & jeti. Panorama sangat cantik dengan suasana yang agak sejuk walau matahari terpacak atas kepala. Kaki pancing boleh datang sini sebab boleh sewa bot memancing di tasik tu. Ada 2 orang uncle Cina yang baru balik dari memancing tegur & tertarik dengan kami yang naik Beetle ni. Famous jugak hang Beetle no...


Chewah.... Beetle pun mintak nak bergambar. Aku tak sangka yang kami & Beetle ada kat sini. Bendera Perlis & Malaysia masih ada walaupun gam dah tak lekat. Harap ikat dengan dawai ja. Biaq pi lah, jangan terbang sudah.


Papan tanda pengenalan Taman Negara Royal Belum. Boleh baca kalau rajin. Lepas bergambar layan kecantikan ciptaan Tuhan, kami teruskan perjalanan kembali. Perjalanan yang seronok pada mulanya menjadi bimbang bila tengok meter pertol yang semakin berkurang. Bila naik bukit, meter rapat terus (empty).... bila turun bukit, meter naik skit. Dalam perjalanan nampak papan tanda stesen minyak lagi 57km! Naik seram aku dibuatnya. Perlahan-lahan Beetle mendaki sampailah ke hentian rehat Titi Wangsa.


Susana dingin walau matahari tinggi. Angin sepoi-sepoi bahasa dapat dirasakan. Rehat lama skit kali ni sebab dah dera Beetle naik bukit tadi. Kesian dia. Check minyak hitam berkurang. Aku tambah minyak & rehat sampai agak-agak enjin dah sejuk skit. Setiap kali berhenti, aku akan buka bonet enjin untuk mengeluarkan haba yang panas, enjin pun cepat sejuk. Bila dah sejuk, bolehlah check paras minyak hitam dengan senang. Masa dalam perjalanan, terjumpa juga kawan Beetle ni. Kami masing-masing bagi isyarat. Jumpa mana-mana Beetle, mesti aku tegur. Kalau aku tak mula, orang tu yang akan mula. Biasa lah, orang pakai Beetle ni ada semangat setiakawan walau tak kenal. Seronok bukan main Beetle aku jumpa kawan dia. Warna putih pulak tu...


Kelajuan permulaan lebih kurang 80kmj menjadi 60kmj bila petrol semakin berkurang. Nak habis terus..... berdasarkan meter tu la.... Aku makin cuak bila cari Petronas tak jumpa-jumpa... Tak terfikir langsung yang tempat parking sebelah resort tu sebenarnya bekas tapak Petronas. Walaupun ada petrol simpanan, aku seboleh-boleh tak mahu guna. Nak test sejauh mana ketahanan minyaknya. Tapi aku dapat rasakan performance karburator Combi ni jauh lebih baik dari yang lama.

Semakin lama, perjalanan semakin menuruni bukit. Sampai kesudah tak jumpa juga Petronas. Lepas tu nampak papan tanda stesen minyak lagi 15km. Aik! Makin lama menyusuri jalan tu, makin banyak jumpa benda-benda yang aku familiar....


.... lebih-lebih lagi bila nampak kedai makan bumbung biru di sebelah kiri tu. Dah sampai Jeli rupanya! Hahaha... Petrol pula dah nazak. Dulu masa konvoi, pernah berhenti makan di situ. Kami tak mau makan dah kedai tu sebab mahai. Gerimis mula menyimbah Beetle yang kepanasan itu. Jalan depan lagi, maka nampaklah destinasi wajib singgah. Kami isi minyak penuh di situ. Cuma RM54 saja. Wah! Terkejut aku. Jimat. Jauh lebih jimat dari karburator lama. Sebelum ni, meter petrol tak jalan. Kalau orang lain isi minyak, aku pun turut isi.... ni bila berkonvoi la. Dah solo ni, kena bagi fungsi gak la meter tu. Jenuh kalau tak fungsi. Cuma yang frust, trip meter tak jalan. Nasib meter kelajuan berfungsi. Tak boleh agak sejauh mana perjalanan & susah nak budget minyak.


Jalan agak lengang. Bila lalu, semua yang tengok seronok nampak kami. Tambah-tambah kalau budak-budak. Bendera di belakang memberi maksud dari mana kami datang. Itu pun kalau orang tahu la rupa bendera Perlis. Tak semua orang kenal bendera. Perjalanan ke Kota Bharu masih jauh. Destinasi pertama, nak ke Rantau Panjang dulu.


Sampai Bukit Bunga, boleh singgah kedai-kedai tepi jalan ni. Boleh beli buah salak di sini. Manis. Stesen minyak Petronas tu, tempat isi minyak masa konvoi dulu. Ada sejarah Beetle aku start tak hidup sampai bateri nak kong sebab karburator overflow. Kali ni, tak bimbang dengan karburator Combi ni.... walaupun karburator lama tu ada aku bawa sekali sebagai spare.


Perjalanan ke Rantau Panjang pada mulanya buat kami tak yakin sebab laluannya macam jalan kampung ja. Tapi bila tengok banyak kenderaan lalu, barulah tahu itu jalan utama rupanya. Percubaan ikut had laju kebangsaan tak berjaya sebab kereta lain laju-laju. Terpaksa ikut kelajuan trafik. Nanti orang marah pulak aku bawa slow. Nanti kena cop "dah la bawa kura-kura, bawak pun macam kura-kura gak".... tapi takpa juga, dah nama pun kura-kura. Ekekekeke....

Sampai di persimpangan (gambar 1), buat aku confius sebab jalan terus akan masuk ke komplek imigresen tu. Nampak Gen-2 masuk simpang, aku pun ikut masuk. Perjalanan kami dibantu oleh peta Malaysia & GPS. Wife aku boh GPS dalam henfon dia semata-mata untuk kembara ni. Muah! Hahaha... Memang banyak membantu pakai GPS ni.

Kami terus ke Rantau Panjang sampai terjumpa komplek imigresen (gambar 3). Berhenti tepi jalan, sebab tak pasti kat mana pekan Rantau Panjang. Pada mulanya nak patah balik terus ke Kota Bharu.... tengok punya tengok, nampak ramai orang lalu di tepi kompleks tu. Rupanya ada jalan di tepi tu. Aku teruskan perjalanan lagi sampailah jumpa kompleks yang satu lagi (gambar 4).


....Confius balik. kami masuk ke tepi bahagian pemeriksaan imigresen sebab tak pasti samada boleh lalu ke tak (gambar 1). Lama juga aku 'kaji' tingkah laku orang di situ. Tengok orang lain selamba ja masuk. Tengok pula pekan di sebelah tu masih tulisan Melayu. Plate kereta juga Malaysia lagi. Budak-budak sekolah pun berpakaian Malaysia lagi buat aku yakin yang pekan tu sebahagian dari Malaysia lagi.

Kami pun masuklah macam orang pemalu (gambar 2). Rupanya, itulah pekan Rantau Panjang (gambar 3). Pekannya agak crowded dengan deretan kedai yang rapat-rapat & memanjang di sepanjang laluan. Macam orang asing ja kat situ bila banyak mata tertumpu pada kami. Tak singgah pun, saja nak tengok pekan. Kami patah balik menghala ke Kota Bharu pula.


Terkejut juga bila tengok rumah-rumah orang Kelantan. Besar-besar. Ada juga rumah yang dibina sama tinggi dengan jalan besar. Ada yang bina dalam petak sawah, tapi bahagian bawah rumah tak ditambun... tapi dibuat tiang tinggi sampai sama level dengan jalan utama. Bagus juga idea ni. Banyak rumah-rumah yang aku tengok di negeri lain, tambun petak sawah dulu, barulah bina rumah. Jadi, kos pun akan meningkat. Cara yang dibuat di Kelantan ni boleh jimatkan banyak kos.


Cuaca mendung sepanjang jalan. Petak-petak sawah boleh dilihat di sepanjang jalan. Rasa macam kat Perlis pula. Cuma petak-petaknya lebih kecil berbanding petak sawah di utara.


Perjalanan yang jauh tu membawa kami sampai ke Kota Bharu. Besar betul bandar KB. Jalan 'jem' skit tapi bergerak. Cadang nak ke Pasar Siti Khadijah. Mak cakap dulu dia pi , Pasar Siti Khadijah masih dalam penaikkan taraf....


Nampak signboard & ikut petua abang Imad, jumpa bangunan baru & besar tu. Cantik juga. Rupanya itulah wajah baru Pasar Siti Khadijah. Nak parking cari tak jumpa. Kalau parking juga, takut Pasar Siti Khadijah tak buka lagi. Kereta pun banyak & 'jem', jadi kami teruskan pejalanan, dapat lalu depan dia pun jadilah. Tengok keadaan sekitar waktu tu yang sibuk buat aku hilang minat nak singgah.

Tujuan seterusnya... Pantai Cahaya Bulan (PCB). Kali ni buka GPS. Perut lapar. Guna GPS cari kedai makan. Tak jumpa yang berkenan. Memandangkan kami nak ke PCB, cadang nak berhenti di mana-mana kedai makan yang jumpa....


Banyak butik-butik batik & songket macam bangunan tu boleh jumpa dengan senangnya di Kelantan. Pencarian kedai makan yang bermula sejak tadi belum membuahkan hasil. Banyak kedai sudah terlepas. Bila dekat baru nampak kedai makan. Malas nak patah balik, teruskan lagi & nak berhenti di kedai yang seterusnya. Cari-cari punya cari, sampai rasa nak patah balik ke kedai yang terlepas tu. Akhirnya, nampaklah satu gerai.... tapi gerai Burger la pula. Memandangkan dah berhenti, singgah ja la...


Tidakku sangka, ada kedai makan di hujung tu. Alhamdulillah. Makan ja la. Tak kira dah kedai mana pun. Lapaq tak sangka dah ni. Kami berhenti juga sebab abah bagitau kedai makan di PCB "mahai bedengu" (sangat mahal ikut dialeg orang utara). Cakap ni berdasarkan pengalaman, bukan cakap-cakap orang. Bila ingat kata-kata tu, buat kami nak cari sangat kedai makan sebelum sampai PCB.


Kedai Janie Nasi Kukus ni menawarkan... nasi kukuslah. Tak pernah makan lagi nasi yang dikukus ni. Kedai tak seberapa, buat aku tak yakin nak makan. Tapi naluri perut dah tak tahan tengok lauk, aku makan juga lah. Budak kedai makan tu tanya apa entah dalam bahasa Kelantan pekat... yang aku faham nak minum air apa... "Teh o ais". Bila dia tanya sekali lagi, rupanya tanya nak lauk apa. Hahaha... Lupa pula yang orang Kelantan tak sebut juga 'teh o ais'. Nasib baik dia faham juga. Hehehe... Kedai ni pernah dapat anugerah Kedai Pilihan Pengguna pada 2008/09. Memang patut pun sebab makanan memang sedap & murah. Kalau ada yang lalu, jangan lupa cari kedai makan ni yang hanya beberapa kilometer dari PCB.


Tengok lauk memang semangat dengan nasi kukus. Berselera betul tengok dengan cara hidangannya tu. Masakan semua masih panas. Bila masuk dalam mulut.... wah! Sedap beb! Serious! Tak mahal. Wife amik menu sama dengan aku... cuma RM8.60 termasuk air (2 orang). Murah beb! Kalau kebiasaan kedai makan, banyak kucing melata di bawah meja, buat muka cute & minta makan. Kedai ni special skit. Ayam jadi pengganti. Ada ayam dok patuk-patuk lantai. Lupa pula nak snap gambar ayam tu.


Perut pun dah kenyang, semangat pun kembali berkobar untuk ke PCB. Ada kedai-kedai jual batik di tepi jalan sebelum masuk ke PCB. Penat tak rasa langsung. Mungkin sebab Beetle dah sedap & tengah seronok round Semenanjung Malaysia.


Akhirnya, sampai juga ke destinasi. Ramai yang cakap PCB dah berubah wajah. Aku tak pernah sampai, inilah kali pertama. Jadi tak tau apa perubahannya. Orang lain tengok gambar ni yang cakap camtu. Di sepanjang pantai ni, banyak deretan kedai makan sampailah ke penghujung pantai (gambar 1). Kami terus sampailah ke penghujung (gambar 2). Pantai PCB katanya tak sesuai untuk mandi. Aku pun tak nampak orang mandi. Ramai yang ke situ hanya untuk berehat. Boleh juga main wau. Sangat sesuai kerana angin memang kuat. Ombak juga kuat & besar (mungkin pasal musim tengkujuh). Pantai agak curam. Banyak batu-batu besar disusun di sepanjang pantai untuk mengelak hakisan.

Jamu mata sampai kenyang & Beetle pun dah start boring tunggu kami, maka teruskan lagi perjalanan. Kali ni keluar dari KB nak ke Kuala Terengganu (KT). Cadang nak bermalam di rumah adik di KT. Jimat duit hotel. Pandainya aku...


Perjalanan masuk & keluar KB membawa kami berjumpa beberapa pintu gerbang (gambar 1,2 & 3). Tiga pintu gerbang dengan 3 jenis seni buatan. Gambar 4 tak berapa jelas. Gambar diambil dengan kamera hand phone. Leceh betul, bateri kamera aku dah abis. Tak terfikir nak beli bateri spare. Tapi sepanjang perjalanan, kami record juga dengan videocam. Rasa macam wartawan pula bercakap depan kamera. Hehehe... Mesti orang pelik sebab apa pula aku ambil gambar perhentian bas... Takda apa yang istimewanya hentian tu pun sebenarnya. Yang menarik minat aku ialah tag line di atasnya tu... "Kota Bharu Come Sokmo". Hahaha.... Belum pernah lagi aku jumpa hentian bas ada tag line dialeg negeri masing-masing di mana-mana negeri pun. Best!


Perjalanan keluar dah tak sama dengan KB. Kini suasana kampung kembali di sepanjang perjalanan. Gambar 1 nak tunjukkan nama yang sama ada di Perlis. Ada beberapa lagi nama tempat yang sama aku jumpa di tempat lain. Gambar 2,3 & 4 buat aku kembali confius. Tak pasti samada itu sawah atau tidak.

Gambar 2 - kalau itu sawah.... nampak tak terjaga langsung. Banyak lalang tumbuh. Tak sama suasana ni kalau tengok di negeri sebelah utara yang lebih bersih & terjaga.

Gambar 3 - mungkin kawasan ragut untuk lembu & kerbau. Bagus sebab ternakan takkan masuk ke tanaman orang lain macam penternak di negeri lain. Kalau di tempat lain, lembu/kerbau/kambing dibiarkan berkeliaran masuk ke kebun, tanah orang mahupun tepi jalan. Bila ada orang langgar, tuan dia buat tak tahu ja. Sapa pun tak mengaku. Hmmm... Abah pun pernah langgar lembu lintas jalan sebab terkejut dengan moto yang tiba-tiba dengan sengaja rev minyak sebelah lembu. Lembu terkejut, lari lintas jalan. Abah tak sempat brek, terus langgar lembu. Moto tu lari.... Kalau ada parang time tu, mau aku parang mat moto tu sekali dengan lembu tu.

Kepada penternak lembu, tolonglah fikir hal ni. Kena fikir kehalallan duit yang anda dapat dari lembu anda yang kadang kala menyusahkan orang lain & makan tanaman orang.

Gambar 4 - sah sawah! Yang lain tak pasti.


Sebelum bercuti, aku ada bertanyakan kawan aku dari Kelantan tempat-tempat menarik. Dia recommend aku Pantai Bisikan Bayu berbanding PCB. Aku tak perasan pintu gerbang ni. Wife yang tegur. Dah terlepas.... kami patah balik. Suasana masuk ke situ buat aku teringat suasana yang aku tangok dalam drama TV. Mungkin kampung-kampung ni yang orang berlakon tu. Kalau di utara, suasana/panorama padi orang selalu guna untuk lakonan. Perlis antara negeri pilihan produksi drama/filem. Bangga tu.... Wah, wah wah....


Seronok Beetle sampai tempat ni. Senyum memanjang. Heee... Syok pasal dia boleh rehat. Wakakaka.... Pantai Bisikan Bayu cantik dengan suasana damai & tenang. Suasana kampungnya begitu menyenangkan. Seronok rasanya kalau ada rumah di sini. Pantainya yang agak landai & panjang amat sesuai untuk mandi manda. Aku nampak ada orang mandi jauh dari aku ambil gambar ni. Tak nampak, tapi aku skodeng zoom dengan videocam. Hahaha.... Kantoi!

Perjalanan diteruskan & laluan tepi pantai dipilih untuk ke Kuala Terengganu. Best betul laluan ni. Ambil petua abah & abang Imad (yang sentiasa SMS... hehehe...) untuk ke laluan tu, juga dibantu oleh GPS buat kami rasa secure & tak takut sesat.


Memandangkan belum solat, kami cari masjid yang berdekatan. Jumpa Masjid Ibnu Abbas, Besut. Masjid nampak agak baru. Perjalanan musafir di teruskan lagi lepas tu. Perjalanan semakin gelap. Videocam dah tak mampu nak fokus lagi. Kamera digital dah lama habis bateri akibat banyak sangat ambik gambar di Tasik Banding. Lepas tu, kamera henfon yang jadi sibuk.


Gambar 1 - Beetle standart hanya dilengkapi dengan 1 meter sahaja. Meter petrol tak berfungsi sebelum ni sebab pelampung tak berfungsi. Pinjam pelampung tangki petrol abah sebenarnya ni. Meter tambahan rpm & voltan (cahaya biru) aku tambah sendiri. Nak tambah boost meter pulak kat atas. Manalah tau, kot-kot nak pasang turbo nanti. Wakakaka....

Gambar 2 - laluan dah tak susah sejak masuk Kampung Raja sebab papan tanda ke KT terpampang dengan jelas. Sayang sekali sampai sini dah malam. Tak nampak laut di sebelahnya. Tak dapat juga berhenti makan makanan laut di gerai-gerai tepi laut tu. Takpa lah. Dulu dah pernah rasa. Tempat-tempat yang pernah kami lawat, kami tak pergi lagi sebab nak jimat masa. Takut tak sempat seminggu pusing Semenanjung. Kalau semua tempat singgah, tak cukup seminggu. Kena sekurang-kurangnya 2 minggu.

Gambar 3 - kenderaan tak begitu banyak. Beetle bergerak ikut had kelajuan kebangsaan. Tak rushing sebab adik pesan takpa kalau sampai pukul berapa pun. Jadi, takda apa yang perlu dibimbangkan lagi. Adik ajak makan di rumahnya. Jimat lagi.... ehehehe....

Gambar 4 - papan tanda selekoh sebesar kereta terpampang & jelas dari jauh. Suatu yang bagus untuk elakkan kemalangan tambah-tambah di waktu malam.


Dah dekat dengan KT, hujan mula turun. Maka Beetle pun bolehlah main hujan. Sorry lah Beetle takdak sabun nak bagi hang mandi.... main la hujan puas-puas. Wiper Beetle hanya ada 2 kelajuan. Tapi Beetle aku hanya berfungsi 1 kelajuan saja. Nasib baik aku dah letak wax water repellent. Permulaan gerakan wiper yang malas seperti bangun tidur menjadi semakin rancak lama-kelamaan. Makin lama, makin laju. Hmm... Beetle, Beetle....

Rumah adik terletak bersebelahan dengan lapangan terbang. Petua, lalu di sebelah lapangan terbang. Sampai simpang tiga depan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), ambil ke kanan untuk ke lapangan terbang. Akhirnya sampai di rumah adik lebih kurang 8.30 malam. Cepat juga rupanya. Ingatkan sampai lewat. Rupa-rupanya laluan lapangan terbang tu adalah jalan jauh. Tak perlu masuk kanan pun di simpang tiga tu. Hanya jalan terus. Rumah adik cuma 5 minit dari UMT ja. Adoi! Hahaha....

Adik punyalah seronok kami sampai. adik ipar aku pun tak sangka kami naik Beetle. Makin syok dia nak angkat satu. Barulah Beetle aku ada kawan. Ehehehe... Makan masakan Terengganu yang cukup lazat. Sembang sambil layan gambar video yang diambil sepanjang perjalanan... akhirnya.... ZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzz......


akan bersambung lagi......





4 KOMEN ANDA:

ex001 said...

ala takat bendera kecik tu apa la sgt...
dont mention it la bro...
yang penting selamat pergi dan selamat kembali...

dan mudah mudahan honeymoon kedua ni akan membuahkan hasil
HAHAHAHA!!!

duniajam said...

Aiseh. Malu pulak. Doa2 la. Kot2 ada rezeki. Wakakaka...

Muzill said...

Tengok hidangan nasi kukuih... teringat masa dok pi stadium Sultan Mohd, KB. Dekat situ pun ada nasi kukus dengan ayam goreng panas. Lepas game kat stadium,pekena nasi kukuih memang terangkat habeh...pehhh

duniajam said...

Fuh! Baca komen ni pun dah rasa sedap. Teringat masa makan nasik kukus tu dulu. Hahaha...