Seiko Bell-Matic adalah satu lagi keluaran Seiko yang unik. Perkataan loceng terlekat pada namanya memberikan sifatnya sebagai penggera di lengan. Lewat tahun 1966 telah menyaksikan jam ni memasuki pasaran sehingga tahun 1978. Model yang sudah tidak dikeluarkan lagi ini boleh dikatakan unik kerana Seiko tidak lagi mengeluarkan jam automatik yang mempunyai alarm sebegini. Hanya model quartz sahaja yang mempunyai alarm pada ketika ini. Sudah pasti jika Seiko masih mengeluarkannya lagi (automatik), harganya mungkin mencecah RM1k ataupun lebih.
Mungkin ramai yang bertanya bagaimana cara untuk 'set' alarm jam ni. Caranya sama dengan setting alarm jam loceng yang pakai bateri tu. Kalau jam loceng guna jarum kecik untuk setting masa alarm berbunyi, jam ni pula guna bezel luar dail yang mempunyai anak panah kecil padanya (bulatan merah).
Aku dah polish jam ni untuk memberikan kilatan tambahan padanya. Keunikan jam lebih terserlah & tak ku sangka jam yang hampir separuh abad ni masih berdetik & berfungsi dengan baik.
Dail hitam berkilat jam ni sudah tidak begitu berkilat kerana kesan tompok-tompok ketuaan pada dail. Kalau dapat dail baru yang elok, aku nak tukar lain. Masa aku dapat jam ni, jarum berada tak berapa tepat pada waktu yang sepatutnya. Dua kali aku buka movementnya untuk 'tepatkan' jarumnya. Kalau sepatutnya jam pukul 4, kelihatan seolah-olah pukul 5. Susah nak tengok & susah nak set alarm. Bezel alarm juga aku adjust semula kerana alarm berbunyi bukan tepat pada anak panahnya.
Usaha menjulingkan biji mata bercampur air mata memberikan keputusan yang cemerlang buat aku apabila berjaya adjust semula waktu & alarm seperti yang setautnya.
Berjaya juga akhirnya walaupun alat tak berapa cukup. Guna saja apa yang ada.... Keadaan movement agak longgar dalam casing. Aku tak pasti kenapa pada mulanya. Masa aku keluarkan movement jam ni untuk pertama kali, ada satu cebisan kecil seperti metal jatuh dari movement. Halus & berkarat. Disebabkan aku tak tau keluar dari mana & tak tau nak sumbat balik kat mana, aku biarkan saja... Tengok jalan elok ja jam ni....
Lepas buat sedikit research, barulah tau kenapa dia longgar. Itulah sebenarnya yang terkeluar dari movement masa aku keluarkannya. Itu adalah 'casing spring' yang bertindak sebagai pemegang movement. Tanpanya movement akan longgar & bergegar. Ianya sangat nipis & cenderung untuk berkarat. Memang benda ni la yang terkeluar tu. Memang berkarat & halus.
Cermin akrilik berbentuk dome masih berkeadaan baik & kedua-dua crown masih original. Aku tak kisah kalau jam tu tak cantik asalkan kesemua parts jam tu original. Kalau dibuat/refurbish elok pun, biarlah ke semua partnya original & bukannya rojak. Lega juga kerana jam ni walaupun dail tak begitu cantik, tapi keseluruhan jam ni masih sempurna.
Bila pakai jam unik & rare camni, syok juga bermain dengan alarm dia. Sekali sekala tu seronok juga dengar bunyi dia yang menyeramkan tu. Jam bukan saja berbunyi, malah vibrate juga. Terasa vibration jam tu kat tangan walaupun sedikit. Unik & best. Kalau jumpa yang elok, jangan lepaskan peluang untuk dapatkannya satu sebab suatu masa nanti, harga jam ni akan naik disebabkan keunikannya, rare & sukar didapati jam yang elok sebegini.Untuk bacaan lanjut & terperinci, boleh layari web & blog dari link di bawah. Tak sangka, ada website yang dibuat khas untuk pencinta Seiko Bell-Matic.
http://www.bellmatics.com/
http://bellmania.blogspot.com/
http://thewatchspotblog.com/?tag=seiko-bell-matic





8 KOMEN ANDA:
Salam raya,
Saya ada sebijik jam Seiko Bell-matic dial warna grey.
Tapi tak pernah pakai pun. Tak berapa pandai lagi nak usik-usik alarm.
Saya pun mula2 tak reti nak guna. Lepas main2 dengan dia baru dapat caranya. Best jugak ada jam camni... Hehehe...
Salam bro, saye ade satu jam jam poljot baru lepas servis, bunyi die boleh dikatakan kuat la, kalau letak atas meja, konfem vibrate macam tepon(nokia 3310)
Nak tanye, mane kuat seiko bellmatic dengan jam russia saye tu sebab kalau lagi kuat die punye bunyi, berkenan nak amik satu, prinsip saye beli jam yang mampu dulu tapi movement lain
Salam. Tak pasti plak mana lagi kuat pasal tak pernah compare. Kalau Poljot tu vibrate macam nokia... mmg kuat betul. Hehehe...
Selalunya jam Rusia vintage ni lebih murah dari jam jepun. Kalau elok lagi, boleh beli jam tu
Cool blog....Gimme a good excuse to brush up my rusty BM....Keep it up.
tenzin_jinpa@hotmail.com
Thanks man. Really appreciate it. Hehehe...
Saya ada sebiji seiko bellmatic model 4006-6002,dapat 2nd hand,saya mencari crown alarm & set time yg original..
sape2 yg ada 2nd hand atau baru crown tersebut boleh ctc saya di no 0111 3273 819..hayat
terimakasih..
good
Post a Comment