Sunday, September 27, 2009

Seiko Bellmatic 4006-7021

Seiko Bell-Matic adalah satu lagi keluaran Seiko yang unik. Perkataan loceng terlekat pada namanya memberikan sifatnya sebagai penggera di lengan. Lewat tahun 1966 telah menyaksikan jam ni memasuki pasaran sehingga tahun 1978. Model yang sudah tidak dikeluarkan lagi ini boleh dikatakan unik kerana Seiko tidak lagi mengeluarkan jam automatik yang mempunyai alarm sebegini. Hanya model quartz sahaja yang mempunyai alarm pada ketika ini. Sudah pasti jika Seiko masih mengeluarkannya lagi (automatik), harganya mungkin mencecah RM1k ataupun lebih.


Tidak pasti siapa yang memulakan jam berpenggera ni, kerana pada tahun keluarannya, banyak jenama yang mengeluarkan model seperti ini. Bell-Matic popular pada ketika itu & mempunyai pelbagai bentuk, design serta movement yang berbeza. Menggunakan movement 4006, ia mempunyai samada 17, 21 ataupun 27 jewels. Jam aku ni mempunyai 27 jewels. Tiada perbezaan yang ketara di antara movementnya melainkan bilangan jewels saja berbeza.


Mempunyai 2 crown dimana crown di atas bertindak sebagai 'butang' on/off untuk penggeranya. Didatangkan dengan non-solid bracelet, ia memberikan keselesaan kepada pemakainya.


Mungkin ramai yang bertanya bagaimana cara untuk 'set' alarm jam ni. Caranya sama dengan setting alarm jam loceng yang pakai bateri tu. Kalau jam loceng guna jarum kecik untuk setting masa alarm berbunyi, jam ni pula guna bezel luar dail yang mempunyai anak panah kecil padanya (bulatan merah).


Crown perlu 'dikunci' terlebih dahulu. Tarik crown pada posisi pertama & putar crown sehingga anak panah bergerak & 'set'kan pada waktu yang diinginkan tu. Tarik crown kedua (crown atas) untuk 'on' alarm. Apabila sampai waktunya, jam akan berbunyi. Janganlah mengharapkan bunyi merdu dengan pitching yang sempurna kerana yang kedengaran hanyalah "trrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr"........


Casing stainless steel dengan polished finishing ini sangat sempurna dengan kesan calar yang sangat-sangat minima. Mempunyai diameter casing 37mm (tidak termasuk crown). Penentuan hari adalah cara non-quick set & penukaran hari hanyalah perlu menekan crown atas. Penukaran hari & tarikh masih sempurna tanpa tersekat.


Bracelet ini memberikan rasa klasik pada jam ni. Nampak tua & aku juga jadi tua dibuatnya... Untuk memberikan rasa segar pada jam ni, aku tukar tali kepada tali kulit dengan jahitan benang putih dikelilingnya. Tali kulit ni adalah tali sport kalis air buatan Germany.


Nampak segar & lebih bermaya.


Aku dah polish jam ni untuk memberikan kilatan tambahan padanya. Keunikan jam lebih terserlah & tak ku sangka jam yang hampir separuh abad ni masih berdetik & berfungsi dengan baik.


Dail hitam berkilat jam ni sudah tidak begitu berkilat kerana kesan tompok-tompok ketuaan pada dail. Kalau dapat dail baru yang elok, aku nak tukar lain. Masa aku dapat jam ni, jarum berada tak berapa tepat pada waktu yang sepatutnya. Dua kali aku buka movementnya untuk 'tepatkan' jarumnya. Kalau sepatutnya jam pukul 4, kelihatan seolah-olah pukul 5. Susah nak tengok & susah nak set alarm. Bezel alarm juga aku adjust semula kerana alarm berbunyi bukan tepat pada anak panahnya.


Usaha menjulingkan biji mata bercampur air mata memberikan keputusan yang cemerlang buat aku apabila berjaya adjust semula waktu & alarm seperti yang setautnya.


Berjaya juga akhirnya walaupun alat tak berapa cukup. Guna saja apa yang ada.... Keadaan movement agak longgar dalam casing. Aku tak pasti kenapa pada mulanya. Masa aku keluarkan movement jam ni untuk pertama kali, ada satu cebisan kecil seperti metal jatuh dari movement. Halus & berkarat. Disebabkan aku tak tau keluar dari mana & tak tau nak sumbat balik kat mana, aku biarkan saja... Tengok jalan elok ja jam ni....


Lepas buat sedikit research, barulah tau kenapa dia longgar. Itulah sebenarnya yang terkeluar dari movement masa aku keluarkannya. Itu adalah 'casing spring' yang bertindak sebagai pemegang movement. Tanpanya movement akan longgar & bergegar. Ianya sangat nipis & cenderung untuk berkarat. Memang benda ni la yang terkeluar tu. Memang berkarat & halus.


Caseback jenis skru & keadaannya masih baik. Model & nombor enjin tertera pada caseback.


Cermin akrilik berbentuk dome masih berkeadaan baik & kedua-dua crown masih original. Aku tak kisah kalau jam tu tak cantik asalkan kesemua parts jam tu original. Kalau dibuat/refurbish elok pun, biarlah ke semua partnya original & bukannya rojak. Lega juga kerana jam ni walaupun dail tak begitu cantik, tapi keseluruhan jam ni masih sempurna.


Di bawah sinaran matahari yang redup memberikan suasana yang menyenangkan pada jam ni. Marker timbul pada jam masih 'lekat' dengan elok. Jarum mempunyai luminous marker namun sudah tidak bermaya lagi. Upgrade coming soon...


Movement bersih & bergerak lancar. Hairspring masih berkeadaan baik. Berlainan dari movement biasa, ianya mempunyai 'tukul' yang mengetuk 'tiang' (aku tak tau nak guna istilah apa) untuk memberikan bunyi yang merdu itu.


Itulah 'tukul'nya. Masa keluarkan movement ni juga, beberapa skru sudah longgar termasuklah skru 'tiang' tu. Apabila semua skru yang longgar dah diketatkan, jam berkeadaan lebih baik seperti orang yang baru keluar hospital. Hmm... Tak betul ayat ni...


Untuk yang saja-saja buka caseback tengok movement, jangan sekali-kali ubah kedudukan jarum/skru pada 'F-S' tu. Sebenarnya ia untuk adjust kelajuan pergerakan jam. Kalau jam dah elok pergerakannya, jangan gatal tangan ubah suka-suka. Nanti ada la penyakit lari laju atau malas nak berjalan.... jadi, jangan cari penyakit...


Dengan tali kulit ni, jam kelihatan bukan saja lebih segak malah berjiwa muda. Sebenarnya aku silap order tali ni, aku ingatkan saiz lug jam ni 18mm, rupanya 19mm. Rupanya macam orang pakai seluar tak cukup inci jadinya. Tapi takpa, tak nampak ketara sangat. Kalau nampak pun, buat-buat tak nampak dah la...


Bila pakai jam unik & rare camni, syok juga bermain dengan alarm dia. Sekali sekala tu seronok juga dengar bunyi dia yang menyeramkan tu. Jam bukan saja berbunyi, malah vibrate juga. Terasa vibration jam tu kat tangan walaupun sedikit. Unik & best. Kalau jumpa yang elok, jangan lepaskan peluang untuk dapatkannya satu sebab suatu masa nanti, harga jam ni akan naik disebabkan keunikannya, rare & sukar didapati jam yang elok sebegini.

Untuk bacaan lanjut & terperinci, boleh layari web & blog dari link di bawah. Tak sangka, ada website yang dibuat khas untuk pencinta Seiko Bell-Matic.

http://www.bellmatics.com/

http://bellmania.blogspot.com/

http://thewatchspotblog.com/?tag=seiko-bell-matic

8 KOMEN ANDA:

Jay muzill said...

Salam raya,

Saya ada sebijik jam Seiko Bell-matic dial warna grey.

Tapi tak pernah pakai pun. Tak berapa pandai lagi nak usik-usik alarm.

duniajam said...

Saya pun mula2 tak reti nak guna. Lepas main2 dengan dia baru dapat caranya. Best jugak ada jam camni... Hehehe...

Anonymous said...

Salam bro, saye ade satu jam jam poljot baru lepas servis, bunyi die boleh dikatakan kuat la, kalau letak atas meja, konfem vibrate macam tepon(nokia 3310)
Nak tanye, mane kuat seiko bellmatic dengan jam russia saye tu sebab kalau lagi kuat die punye bunyi, berkenan nak amik satu, prinsip saye beli jam yang mampu dulu tapi movement lain

duniajam said...

Salam. Tak pasti plak mana lagi kuat pasal tak pernah compare. Kalau Poljot tu vibrate macam nokia... mmg kuat betul. Hehehe...

Selalunya jam Rusia vintage ni lebih murah dari jam jepun. Kalau elok lagi, boleh beli jam tu

Anonymous said...

Cool blog....Gimme a good excuse to brush up my rusty BM....Keep it up.

tenzin_jinpa@hotmail.com

duniajam said...

Thanks man. Really appreciate it. Hehehe...

Unknown said...

Saya ada sebiji seiko bellmatic model 4006-6002,dapat 2nd hand,saya mencari crown alarm & set time yg original..
sape2 yg ada 2nd hand atau baru crown tersebut boleh ctc saya di no 0111 3273 819..hayat
terimakasih..

Unknown said...

good