Friday, September 11, 2009

Seiko 7005-7001

Jom skodeng tengok apa dia tu.... ataupun dia yang tengah skodeng kita. Jangan kena terkam sudahlah... Kena pi dekat & selak daun-daun yang kehijauan tu.... dekat lagi, dekat lagi.... ish jam apa ni?.....


Wah.... cantiknya! Tak pernah tengok lagi jam camni. Pandai dia menyamar di sebalik rumput-rumput ni.... Inilah Seiko 7005-7001. Entah apa namanya, tapi bentuknya seakan-akan Seiko DX.


Cantik! Itulah perkataan masa aku mula-mula dapat jam ni. Bukan aku sorang saja yang cakap, orang lain pun sama. Dari ketiga-tiga Seiko yang aku preview hari tu, jam ni memang sangat memberi impak kepada siapa yang melihatnya. Tak sangka kecantikannya itu telah membuatkan orang lain pandang 2 kali. Banyak pujian aku dapat bila pakai jam ni. Nampaknya pelaburan aku tak sia-sia...


Seiko dengan dail hijau ini sudah memberi suatu galakkan untuk aku sentiasa berada dalam keadaan kemas. Bentuknya yang tampan serta dail hijaunya yang sangat menyerlah dengan tali kulit berwarna perang telah memberikan suatu sinar dimana ia adalah mesra alam. Mengarut plak. Tu la, bila pakai jam cantik camni... fikiran pun melayang tak tentu hala... Kebanyakan jam aku berdail hitam. Mungkin disebabkan warna dailnya yang sangat kontras dari jam lain telah menyerlahkan jam ini & memilihnya sebagai pemenang.


Seperkara yang aku suka pada jam ni ialah rangkanya yang slim. Cermin akrilik yang masih berkeadaan baik memberikan perlindungan yang baik pada dail. Dilahirkan sekitar tahun 1970an, hampir menyamai seperti adik-beradiknya yang lain. Dah tua rupanya... tapi rupanya masih awet muda. Pandai dia make up.


Dail hijau berkeadaan bersih & masih segar tidak menampakkan umurnya yang tua itu. Walaupun dail sedikit pudar di bahagian sekitar pukul 6 namun kecatatan ini dikaburi dengan rupanya yang cantik tu. Penetapan tarikh adalah jenis quick set. Marker timbul dengan perforated di bahagian tengahnya unik walaupun tidak mempunyai luminous marker pada jarum & dail.


Caseback stainless steel jenis cap memerlukan pisau untuk membukanya. Sama seperti Seiko Actus, aku tak berani buka tengok enjin disebabkan terdapat sedikit kesan retak padanya. Mungkin cara pemasangan semula caseback adalah tidak betul & berhati-hati telah membuatkannya retak. Inilah satu kelemahan caseback jenis ini. Movement automatik dengan 17 jewels masih bergerak lancar dengan larian yang sempurna & tepat. Setakat ini, masanya masih belum lari dari sepatutnya & memberikan bacaan waktu yang tepat bila diperlukan.


Casing stainless steel dengan polished finishing di keseluruhan casing & caseback masih berkeadaan sempurna. Diameter casing 34mm (tidak termasuk crown) & saiz lug 18mm. Saiznya sangat sesuai dengan tangan aku. Nampak tampan & kacak bila pakai... walau itu cuma perasaan sendiri...


Rasa seronok & teruja bila pakai jam berkeadaan elok camni. Berkilauan walau dimana saja ia berada.


Slim & seksi... Bentuk casing yang agak bersegi nampak selari & 'masuk' dengan bentuk cerminnya juga.


Pujian harusku berikan padanya. Sentiasa bertindak cemerlang sepanjang masa & menjadi pemujuk setia dikala kesedihan. The most beautiful Seiko watch I ever had...

2 KOMEN ANDA:

warikh said...

apa kabor bro?
aku ada jam seiko yg sama juga. aku buh tali kulit ijau. mmg cool! jam ni slesa kat tangan kan? sbb shape backcase dia fit kat lengan

duniajam said...

Salam. Alhamdulillah sehat...

Ya. Memang selesa. Aku cukup suka jam ni. Warda dail dia tu yg menarik sangat tu. Lain dari yang lain. Ehehehe...