Keputusan poll kali ni banyak skit dari yang dulu. Terima kasih kepada semua yang mengundi. Tujuan utama aku buat bancian ni nak tengok sejauh mana 'kegilaan' seseorang dalam memakai jam. Aku rasa nak buat bancian ni lepas aku kawan aku cakap dia pakai jam kat kaki. Dia memang minat jam tahap hardcore. Terkejut gak aku dengar kenyataan dia tu, sebab tak sangka ada orang pakai jam kat kaki. Aku cuba nak kupas satu persatu... anda boleh bagi pandangan anda sebab ini bukanlah satu kajian/fakta. Hanya sekadar andaian & pendapat aku saja.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_U5LgC4QkzWUMn3NvpiZzHTsfZMnbejqiF2RFAmo6gzBqitQR61PXFApgRYK23DKrzae3uDR88u6Z6aQu9bUyc2szpQrK5n3-_H6Qh18Hn8sDAY6xtqduVNh0QQENxvgpqamC2Hw3KbM/s400/Graf+poll+2.png)
Bancian dibuat selama sebulan & sebanyak 48 undi telah masuk. Keputusan yang dapat juga amat memuaskan hati kerana terdapat julat yang tinggi antara satu sama lain. Ada 6 kategori yang diberi pilihan dimana pemakaian jam di tangan kiri adalah lebih tinggi dari yang lain.
Tangan Kanan
Pemakaian jam di tangan kanan mendapat undian sebanyak 22% & merupakan undian kedua tertinggi. Dari segi Islam, memulakan kerja dengan tangan kanan adalah lebih afdal. Makan pun dengan tangan kanan, menulis, mengaji & segala-galanya di mulakan dengan kanan. Ke semua ni adalah sunnah Rasullullah. Kadang kala aku pun pakai jam sebelah kanan. Tapi jarang-jarang. Aku pakai pun untuk jam bersaiz besar. Sebab tangan kanan lebih besar dari kiri. Maklumlah tangan kecik... ada jam yang guna saiz minimum pun masih longgar. Comelkan? Wakakaka.... Sebab lain ialah aku rasa kekok bila ada jam di tangan kanan. Rasa kurang selesa sebab terbiasa dengan tangan kiri. Tapi pakai jam dua-dua belah rasa ok pulak. Mungkin disebabkan tangan rasa sarat dengan jam.
Antara sebab aku jarang pakai jam di sebelah kanan secara ringkas:
Tangan Kanan
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-eBhMjvyHB2Vy-GDXenrXeaXlnaF6mwIs18Ab74qNQk_yDVof5mzfgEmuQm1c6vfXtHRtLw4eTZ8QVJenrC05p3yTA35E0fX5NmFJwxOoXk8-WEnz2VGN5BxC7vpHinJVUY4ln9vTjJs/s400/DSCN9170.jpg)
Antara sebab aku jarang pakai jam di sebelah kanan secara ringkas:
- Jam bersaiz besar
- Rasa kekok bila pakai di tangan kanan disebabkan tak biasa.
- Jam rasa kurang selamat & berisiko tinggi untuk tercalar. Entahlah aku rasa tak syok, sedih & frust bila jam aku calar. Seboleh-boleh aku nak jaga, lindung dia dari risiko-risiko ni.
Anda pula bagaimana?
Tangan Kiri
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJwIC_cLmOOQIyf0rlmzUqSM1CbcEioUnhDjNPxKTZPw_s_rXJEwNMHzA4WrnGe5s1_dTSgu8Pdwvvgy0aaWgdNKT8nrxxj0MPYNXY3mP1Pk3AkwhV5IOB8X9BFUChfDvYwodCbJYVnYE/s400/DSCN9169.jpg)
Berikut adalah antara sebab aku pakai jam di sebelah kiri:
- Sejak kecil aku pakai sebelah kiri & sudah menjadi kebiasaan. Disebabkan kebiasaan aku ni, tangan kiri akan lebih berjaga-jaga (untuk menjaga jam) supaya tidak terhantuk/tercalar terutamanya ketika berjalan di sebelah dinding. Kadang-kala jari aku akan naik seakan-akan nak sentuh dinding. Kalau jari aku dah cecah dinding, maksudnya dah sampai limit & aku akan lebih berhati-hati supaya jam tak terkena dinding.
- Pernah cuba-cuba pakai jam kat tangan kanan, tapi rasa kekok. Kononnya nak tiru abah yang pakai jam sebelah kanan. Tapi sekarang semakin ok walaupun rasa kekok tu masih ada. Bermaksud di sini, jam akan lebih terjaga dari calar di tangan kiri sebab aku dah cuba banyak kali. Jam boleh calar hanya dengan menulis disebabkan geseran.
- Disebabkan tangan kiri kurang bekerja berbanding tangan kanan, jam aku rasa lebih selamat sebab kurang risiko untuk tercalar, tersagat ataupun terhentak disebabkan aktiviti yang lebih aktif di sebelah kanan.
Kedua belah tangan
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhkj4jIrirWgFYCrNNGbGnsdSoY2vR9yupFcVG90EXBk83xGlfbiCIhUyV_V9lggUEGnLDlUPfxtJIBijwhBFyD5iMIdLmcJ8nwcrGL2CyDvdUK9yV0V-uTqnvjSX6JS30YTBwX62T3p1Y/s400/DSCN9165.jpg)
Kaki & kedua belah kaki
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1bWWZPRPXnHQ4nlRkyuL4aRSak7w-AEHl1VPyL90lFT7kFhefDPJkIofsF4dOc7D38Z3sAYNLH_4i92oOMg_y_Z6NRDyVCgz4x-p4EYoQ6ulCnrJmLa6DPz2mlXItmjiXingnHqvtKrI/s400/DSCN9150.jpg)
Lain-lain tempat
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjeLVlIGsQh7wfpi3hWvpyOWgKF1gaio7QqYSHHJK_Egjq1BVUkv8yMh7rPfM6XQSGMGtQFqyOacSoJpkxxvFEsqW4dPNGd-66Fi6ptJKX99LbJhqT1tGkwwrevhXK5AVr8XscpwDuNI94/s400/DSCN9158.jpg)
Bagi akulah, 'kegilaan' seseorang terhadap jam ada macam-macam. Lain orang lain caranya, baik dari segi cara pakai, taksub terhadap sesuatu jenama, model mahupun cara pemerhatiannya. Macam-macam cara orang pakai jam untuk menunjukkan dia 'gila' dengan jam. Gila jam takpa, jangan 'gila' terus sudah. Hehehe.... Pelbagai cara orang mengekspresi minatnya. Ada yang pakai jam dua belah tangan, pakai 3 ketul skali pun ada, pakai kat kaki, pakai jam terbalik & macam-macam cara lagi. Walau macammana cara sekali pun anda pakai jam, anda adalah anda. Anda tahu apa yang anda buat & semestinya anda seorang peminat jam sejati...
0 KOMEN ANDA:
Post a Comment