Tuesday, September 15, 2009

Jam diver

Entah mengapa sejak akhir-akhir ni trend mencari jam diver semakin meningkat. Aku bukanlah seorang peminat jam diver yang hardcore. Hanya diver tertentu saja yang aku minat. Banyak model-model diver terutamanya dari Seiko yang menjadi kegilaan ramai sahabat.

Model diver dibuat untuk mereka yang sukakan aktiviti luar yang melibatkan air. Sukan air, berenang, snorkeling, menyelam & skuba adalah aktiviti yang sangat sesuai untuknya. Namun, tak semua dari kita akan selalu ke pantai, laut, sungai dan sebagainya. Walaupun begitu, jam ini tetap menjadi pilihan kerana ia boleh digunakan dua alam.

Ada banyak model diver dalam pasaran dengan pelbagai bentuk, saiz, warna & jenama. Aku hanya nak tumpukan kepada beberapa jenama saja terutamanya Seiko memandangkan jenama ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari peminat jam di Malaysia. Tak tau kenapa begitu ramai yang meminatinya. Aku yang tak begitu arif dalam model diver pun jadi tahu bila kawan-kawan dok cerita kat aku. Terima kasih bro... Maklumat-maklumat yang disampaikan telah membuka mata aku dengan jam diver, jenis-jenisnya, model serta nombor enjinnya.


Ini antara sebab kena jam diver menjadi pilihan:

Binaan yang kukuh & tahan lasak

Kukuh, gagah, tough...
  • Selain menggunakan bahan yang terbaik, buatannya juga harus halus & memenuhi kriteria sebagai penyelam. Setiap mm dari badannya haruslah tepat & dibuat dengan cukup baik supaya tiada air dapat menyusup masuk ke dalamnya.
  • Casing/badan yang lebih tebal & sasa dari jam lain. Mungkin sebab tu, jam-jam diver semuanya macam Incredible Hulk.
  • Binaannya perlu cukup kukuh untuk menahan tekanan yang tinggi & dapat menahan kesan hakisan yang tinggi oleh air laut. Untuk itu, ia dibuat samada dari stainless steel, titanum, seramik & resin sintetik/plastik.
  • Casing perlu mempunyai perlindungan yang baik dari daya magnetik & gegaran yang kuat.
Caseback skru yang tebal.

  • Caseback tebal jenis skru & tiada cermin yang boleh menampakkan enjin.


Kalis air
  • Sekurang-kurangnya 100m. Lagi dalam lagi bagus. Sebab angka-angka ini menunjukkan kekuatan & ketahanan sesuatu jam diver itu. Anda boleh bayangkanlah sendiri bagaimana pembinaan jam tu (aku ada terangkan mengenai jam kalis air dalam artikel yang lepas).
  • Angka-angka seperti 200m, 300m, 500m, 1000m malah lebih lagi menunjukkan kegagahannya & perkataan 'SKUBA' atau 'DIVER' itu memberikan suatu keyakinan kepada si pemakai serta dapat menggerunkan lawan.


Crown

Screw down crown yang meningkatkan keselamatan & menghalang air dari menyusup masuk ke dalamnya.
  • Crown jenis skru menceritakan ianya tahan. Stem crown juga terselamat dari bengkok dari tindakan yang tidak bertanggungjawab/penyalahgunaan crown. Juga terselamat jika dengan tak sengaja si pemakai terhentak, terhantuk, terjatuh @ terpele'ot tangannya sendiri. Crown yang terkunci baik ini akan terselamat dari perkara-perkara yang tak diingini. Tuan jam juga akan bertindak berhati-hati apabila ingin menariknya. Selamat juga akhirnya.


Cermin

Hardened glass pada Seiko Monster yang berbentuk dome.
  • Mempunyai cermin yang tebal & ada juga yang berbentuk dome untuk meningkatkan ketahanan melawan tekanan tinggi.
  • Boleh dibuat dari cermin akrilik, hardened glass & sapphire (sintetik) yang mana masing-masing mempunyai kelebihan & kelemahan masing-masing.


Design yang menarik

Omega Seamaster 600 Ploprof Dive ini cukup rare & jam ini dengan keadaan camni dijual dengan harga mampu milik USD$7800 (+RM27k aje...)
  • Lihat saja bentuk-bentuk jam diver. Ada bermacam bentuk dengan design yang unik, pelik & tersendiri. Ada juga yang simple tapi tersembunyi senjata yang hebat di dalamnya.

Rolex Submariner yang evergreen.
  • Bentuknya yang menarik serta bezel yang berwarna hitam menampakkannya sebuah jam yang gagah, garang & sedap dipandang. Kebanyakan jenama menggunakan hitam pada bezelnya. Warna lain ada juga, tetapi hitam tetap menjadi pujaan ramai.


Pengiraan/penentuan masa
  • Mempunyai bezel yang boleh berputar untuk jam analog & stopwatch untuk jam digital. Bezel ini berfungsi untuk menentukan & pengiraan masa semasa menyelam. Ini sangat penting bagi penyelam. Penggunaannya juga ada caranya. Nanti aku akan ceritakan di artikel akan datang.
Unidirectional bezel.
  • Bezel hanya boleh diputar satu hala saja. Jika boleh putar 2 hala & anda pula seorang penyelam, sila pakai jam lain. Ini boleh bahayakan nyawa anda ketika menyelam.



Pembacaan waktu

Warna dail yang fancy ini membantu dalam bacaan waktu dalam suasana suram dalam air.
  • Dailnya perlu jelas apabila dilihat dalam suasana yang suram di dalam air. Sebab tu ada pelbagai warna dail yang dibuat untuk jam diver. Warna yang agak fancy bagi dress watch tapi sangat sesuai untuk diver. Ada yang berwarna oren, kuning, pink, biru, putih & lain-lain. Ini untuk mewujudkan kontras semasa di dalam air & memudahkan pembacaan waktu.

  • Jarum & marker yang besar & jelas.

  • Luminous marker pada jarum & dail. Superluminova pada Seiko amat bagus & amat terang di dalam gelap serta tahan lama. Tritum (trigalight) merupakan suatu teknologi lain yang boleh digunakan. Jenama seperti Luminox & Traser merupakan antara jenama yang menggunakan teknologi ini.



Tali/bracelet

Tali getah yang cukup lembut & selesa dipakai.
  • Tali kulit langsung tak sesuai. Jadi tali getah, silikon atau polyurethane ataupun stainless steel bracelet amat sesuai untuknya. Untuk bracelet, perlu ada extension deployment clasp yang boleh dipanjangkan untuk memudahkan memakai jam setelah baju selam dipakai.
Extension deployment clasp



Kesesuaian pemakaian
  • Sangat sesuai untuk aktiviti yang melibatkan air. Takat seluk tangan dalam air, tak perlu buka jam... bagi dia "kacang je tu".... "Aku boleh selam la wei"....

Sesuai walau di mana-mana situasi.
  • Boleh dipakai juga sebagai dress watch walau habitatnya di dalam air. Boleh dipakai secara formal ke mana saja. Orang akan tengok kita sebagai seorang yang confident, macho & rugged.... ada batui ka?
  • Jika pakai jam ni & tiba-tiba memerlukan kita buat sesuatu yang lasak + air & kita pula tak sangka kena buat, tak perlu nak risau pasal jam kita penyelam. Memang sesuai & tahan walau di mana saja.


Harga yang berpatutan
  • Jika dibandingkan dengan apa yang kita dapat dari sebuah jam diver, harganya amat berpatutan. Seiko diver, Citizen diver umpamanya boleh didapati bawah RM1k. Ke semua ciri-ciri tersebut kita dapat dengan harga tu. Kualiti jam-jam ini juga amat bagus & boleh memalukan jenama-jenama Swiss yang lebih mahal.

Rolex Submariner yang lain dari kebiasaan. Harganya?


Ke semua di atas adalah ciri-ciri yang boleh kita nampak secara fizikalnya & boleh kita hargai. Tapi tahukah anda, setiap jam diver perlu memenuhi kehendak & kriteria tertentu untuk mencapai standart ISO6425 sebelum dianugerahkan title DIVER padanya?..... dan tahukah anda Seiko adalah perintis (pioneer) untuk standart ISO (International Organization for Standardization) & JIS (Japanes Industrial Standart) ini? Ini berlaku selepas Seiko menjual jam diver pertama mereka pada tahun 1965. Tak sangka syarikat Jepun ini telah memahat namanya & berdiri teguh sebagai pembuat jam diver yang disegani dunia & dijadikan contoh pula.

Model 2006 Seiko diver.


Berikut adalah kriteria standart ISO6425:
  • Kalis air sekurang-kurangnya 100m.
  • Bezel yang boleh putar sehala (unidirectional) yang mempunyai marking setiap 5 minit (sekurang-kurangnya) & pre-select marker (dari 0 - 15/20 minit). Contoh jelas Seiko Pepsi, Warna bezel merah sehingga 15 minit & biru/hitam untuk yang seterusnya (15/20-60 minit)
Inilah yang dimaksudkan dengan pre-select marker (merah) untuk memudahkan lagi pembacaan & pengiraan dilakukan.

  • Perbezaan yang jelas untuk membezakan marking minit pada dail.
  • Mempunyai kebolehan untuk membaca/melihat waktu yang memadai dalam suasana gelap pada jarak 25cm (9.84 inci).
  • Mempunyai penunjuk yang menunjukkan jam bergerak di dalam gelap. Dalam kes ini, jam analog mempunyai jarum saat yang sentiasa bergerak serta mempunyai luminous padanya.
  • Tahan daya magnetik.
  • Tahan gegaran & hentakan.
  • Tahan dengan tindakan bahan kimia.
  • Tali/bracelet yang solid.
  • Mempunyai penunjuk End Of Life (EOL) untuk jam yang menggunakan bateri.

Setelah lepas semua ujian ini, barulah sesuatu jam itu layak untuk diiktiraf sebagai jam diver. Tanpa pengirafan ini, ia tidak layak untuk mengaku dirinya jam diver.


Seiko diver terbaru 4R15. Agak besar dengan saiz 44mm. Bezel hitam & jarum & dail seperti model Pilot cukup menarik perhatian. 2 in 1... sesuatu yang amat jarang dilakukan pada sesuatu jam.


Sekarang kita dah tahu perihal jam diver. Jadi, tidak perlu disangkal lagi ketahannya & tak pelik sekiranya ia menjadi bualan & pilihan ramai. Aku yang tak berapa minat pun dah mula meminatinya & ditambah pula masa buat artikel ni, aku baca banyak fakta mengenainya. Dari pembacaan, penglihatan & pertanyaan, sudah cukup untuk menarik minat aku ke arah jam diver pula. Nak cari Samurailah satu lepas ni....

6 KOMEN ANDA:

TIMUR said...

Yeahh... Samurai, lebih ekslusif dari seiko diver lain...

duniajam said...

Nak cari la yang fening kapla tu. Tak pernah jumpa lagi kat mana2 lagi pun. Huhu..

ayisy said...

Salam duniajam. Bila aku baca entry ni, rasa macam minat plak dengan jam diver. Nak tanya, harga jam diver harga purata berapa? Kalau paling murah boleh dapat berapa RM? Aku masih belajar lagi jadi kalau nak beli yang mahal-mahal takut lari bajet. Hehehe..

duniajam said...

Salam ayisy, memang best jam diver ni. Solid bila pakai. Harganya diantara RM700-1000 ke atas untuk jam Jepun tak kira jenama. Itu harga sebelum diskaun.

Aku syorkan ambil jam Jepun, samada Seiko, Citizen @ Orient. Harga tak tinggi sangat & banyak pilihan. Kalau Seiko 100m boleh dapat bawah RM600. Orient & Citizen pun tak mahal sangat.

Alternatif lain, cari jam diver lama. Murah banyak. Tapi aku tak jamin sejauh mana ketahanan kalis airnya lagi. Maklumlah jam dah berpuluh tahun umurnya.

ayisy said...

Terima kasih pemilik duniajam di atas info ini. Aku memang tengah fikir nak beli jam baru. Cuma tak tau nak beli jenis apa. Tengah survey kat internet dulu. Pastu baru survey di kedai. Papepun, memang tengah minat dengan jam diver ni. Huhu..

duniajam said...

Selamat datang ke dunia diver. Hehehe...

Kalau tak minat dengan jam automatik, boleh beli jam diver yang pakai bateri. Kalau malas nak tukar bateri, boleh cari Citizen Eco-drive. Ecozilla sebagai contoh.

Kalau diver auto, memang pilihan banyaklah. Macam-macam ada... hehehe...