Tuesday, September 8, 2009

Seiko Diamatic 6119-9410

Kadang-kala photoshoot outdoor di tengah panas terik menarik juga sebab lain dari kebiasaan. Panas jangan cakap la... Tapi bila tengok jam panjat pokok camni, terus sejuk...



Diamatic merupakan salah satu keluaran Seiko sekitar tahun 1970an. Bentuknya yang bulat/bujur merupakan ciri-ciri Diamatic. Pelbagai bentuk & design telah dikeluaran Seiko bagi memenuhi permintaan serta kehendak pengguna yang pelbagai ragam. Ada yang nak bujur telur, ada yang nak bulat lonjong, warna pulak satu hal.... macam-macam warna yang nak. Maklumlah dunia kita ni, orangnya pun pelbagai warna.... Susah benar nak penuhi kehendak semua orang. Walau pun berbeza bentuk, kita boleh kenal walau hanya tengok dari jauh. Sebab ciri-ciri bulat yang ada padannya tu, satu macam skit.

Antara bentuk lain Diamatic.


Design yang cukup sederhana tapi cukup menarik & unik. Orang perempuan pun suka. Mungkin ada ciri-ciri feminin padanya. Mungkin bentuknya yang bulat tu menarik minat kaum hawa. Tapi itu tak mematahkan semangat aku untuk pakai jam ni sebab ia cukup menarik perhatian. Bukanlah pakai nak menunjuk, cuma nak maksudkan tarikan yang ada padanya.


Caseback tak boleh buka sebenarnya. Tertulis 'open thru glass' padanya. Kena buka cermin dulu untuk keluarkan enjin. Sama macam Mido Commander. Jadi aku biarkan saja enjinnya sejuk di dalam casing. Movement automatik dengan 21 jewels menggunakan movement 6119.


Sekali pandang, ada iras bangsa lain... Omega Dynamic. Titoni pun ada juga bentuk camni. Tahun keluaran kesemuanya juga hampir sama. Biasalah tu... Inilah persaingan. Persaingan yang cukup sihat yang mewarnai dunia peminat jam. Bentuk hampir sama dengan jenama yang berlainan memberikan pelbagai pilihan kepada pengguna untuk memilih. Bila ada kuasa membeli, jenama sudah tidak penting.... akhirnya kehendak hati yang akan diikut. Pengumpul jam mesti ada perasaan ni & akan faham apa yang cuba dimaksudkan ni...

Omega Dynamic. Bangsa ni pun ada macam-macam warna.


Rupa yang masih berkilat & dail yang bersih membuatkan sesiapa pun terpikat. Dengan body yang cukup mantap tanpa unjuran tajam memberikan maksud... "pilihlah aku jadi temanmu". Crown yang selari dengan casing membuatkan jam nampak bulat tanpa bonjolan. Penentuan hari agak unik. Crown hanya dapat di tarik ke satu posisi saja. Putar crown untuk menukar hari. Penukaran tarikh pula hanya perlu tekan crown ke dalam. Caranya terbalik dari Seiko Actus.


Terdapat tompokan merah pada dail. Munkin nak menunjukkan sudah tiada dara. Design dail cukup sederhana tapi cantik dipandang. Nombor enjin & model tertera di dail pukul 6.


Diamatic mungkin boleh disamakan dengan diamond. Cantik & berkilauan. Pandainya...


Casing stainless steel dengan diameter 37mm membuatkannya amat sesuai dengan tangan aku. Bling!


Jam lama vs kereta lama...


Caseback yang hampir flat serta bracelet yang melengkung ke bawah mengikut bentuk tangan membuatkannya sangat selesa dipakai.


Cantik walau dari mana ia dipandang... Polished finishing pada casing tanpa calar ni sangat memuaskan & brushed finishing pada bracelet juga masih berkeadaan baik. Bracelet stainless steel bukan solid ni amat selesa dipakai. Bracelet tak perlu 'dipotong', hanya ubah saiz pada clasp.


Cermin akrilik berbentuk dome masih berkeadaan baik & memuaskan. Keadaan jam sangat sempurna & aku rasa amat yakin bila pakai jam ni. Kadang-kala dalam diam isteri aku pakai jam ni ke tempat kerja. Itulah Diamatic...

2 KOMEN ANDA:

Zulekhzan B. Fauzi Saadi said...

movement dibukak ikut cermin ni beb...takleh pakai pisau...ada tulis kat caseback cover tu,'open thru glass'..aku ada jam ni dulu satu..dah jual dah...http://jamlama.blogspot.com/2009/07/182-coming-soon-seiko-diamatic-21.html

duniajam said...

Ya tak ya. Hahaha.... Nasib aku tak cuba cungkil. Kalau tak memang calar balar lah. Kena ubah info. Thanks bro.