Wednesday, September 23, 2009

The father of orange


Doxa adalah watchmaker pertama yang memperkenalkan dail yang berwarna oren. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1967 dengan model diver mereka sejak lebih dari 40 tahun yang lalu. Sebagai bapa kepada dail berwarna oren, mereka harus berbangga kerana ciptaan mereka ini telah menjadi ikutan sehingga kini oleh hampir semua watchmaker.


Doxa Sub 5000T Professional merupakan jam diver keluaran Swiss dengan movement automatik. Mempunyai kekuatan selaman sehingga 5000 kaki (1000m). Ia dibuat dari kepingan stainless steel, bukannya dengan kaedah casting. Bezel yang digunakan mereka juga unik & telah dipatenkan (US patent no. 350808). Sukar didapati & harganya juga tinggi.

4 KOMEN ANDA:

JACK' TREASURE CHEST said...

Saudara Asmar, jam Doxa dial warna oren ini antara yang pernah saya miliki tetapi model Sub 600 T-Graph, dah dijual pada tahun 2007. Doxa Sub 5000T baru dijual sekitar USD2,000 (RM7,000) manakala model Sub 600 T-Graph sekitar USD3,990 (RM14,000). Kalau saudara ada jam jenis ini, baik simpan dan jgn jual. Jgn jd mcm saya dah jual teringat-imgat balik hehehehe

duniajam said...

Terima kasih Tuan Syed. Dulu saya ingat jam ni tak la mahal sangat. Rupanya mahal. Payah nak jumpa lak tu. Mamu kedai SP selalu dok promote saya Doxa. Tapi model Noble yang macam Rolex tu. Marker dia real diamond. Tp bentuk dia yg tak minat tu. Hehehe...

Kalau ada duit, nak cari gak Doxa diver ni. Jam camni best kalau dijadikan koleksi. HEhehe...

Anonymous said...

kalau tak silap doxa sub tak masuk pasaran malaysia.

kalau masuk nak jugak sambar barang seketoi dua.

hehehe

ex001

duniajam said...

Betul. Setakat ni tak pernah jumpa lagi jam ni di mana2 kedai. Banyak jumpa Doxa Noble ja