Thursday, July 30, 2009

Tissot Seastar

Ramai yang menyebutnya "tis-sot", termasuklah aku untuk... Tapi sebutan yang betulnya ialah "tis-so".... huruf 'T' hilang pi mana ntah. Tapi itu la sebutan yang betul. Tissot merupakan salah satu jenama dalam keluarga Swatch Group & telah bertapak dalam keluarga ini sejak 1983. Mereka merupakan salah satu jenama yang terlama dalam sejarah pembuatan jam tangan. Dilahirkan di Switzeland pada tahun 1853 , mereka merupakan antara jenama yang bersaing sengit di pasaran dunia. Dengan harga yang tidak semahal adik-beradiknya yang lain, telah menjadikan mereka salah satu pilihan penggemar jam tangan di seluruh dunia.

Model Le Locle diilhamkan dari tempat kelahirannya.


Tissot Porto Chrono.
Masa mula-mula tengok jam ni, ingatkan automatik. Rupanya quartz. Cantik & nampak klasik. Harga RM2k++.


Tissot diasaskan oleh Charles-Felicien Tissot & anaknya Charles-Emile yang menubuhkan kilangnya di bandar Le Locle. Jam poket merupakan produk pertama yang mereka keluarkan secara meluas pada tahun 1853. Tahun 1929-1930 memperlihatkan pula pengeluaran pertama jam dengan anti-magnetik.


Tissot Diver Seastar


Tissot Stylis-T



Setelah pengeluaran jam anti-magnetik, mereka juga memegang rekod dengan pengeluaran jam plastik pertama dunia, the Rock watch, the Wood watch & model T-Touch (dengan fungsi touch pada cerminnya)... macam LCD touch screen. Hebat! Semua ni adalah hasil titik peluh pekerja, technician & jurutera mereka yang cukup dedikasi & berinovasi. Penciptaan jam-jam ini telah melonjak mereka ke satu tahap yang tidak dicapai oleh jenama lain.


Tissot T-Race Moto GP Limited Editon.
Yang kuning tu model 2008 & merah 2007. Hanya dikeluarkan sebanyak 8999.
Harga RM3.8k.


Tissot T-Race Moto GP Limited Edition.
Berbeza dari model atas. Caseback tak boleh tukar seperti di atas. Aku hampir beli jam ni. Tapi tak jadi atas beberapa sebab. Aku lebih suka model ni dari atas sebab design yang lebih mengancam, perkataan 'Limited Edition' yang jelas & unik, harga lebih murah (RM2.2k) & hanya dikeluarkan sebanyak 4999. Sebab lain aku kurang minat model atas dari yang ni, sebab design jam atas tu sebijik macam model unlimited edition.


Pasaran Tissot teleh meliputi lebih dari 150 buah negara & mereka telah menjadi 'official timekeeper' pada banyak sukan di seluruh dunia. Jam mereka juga digunakan dalam beberapa filem Hollywood seperti Lara Croft: The Cradle of Life & Mr. & Mrs. Smith dengan model T-Touch.

T-Touch.
Harga dijual atas RM2k. Padanlah dengan teknologinya.


Berikut merupakan model-model Tissot yang telah dikeluarkan:
  • T-Touch Expert - T-Race
  • T-Touch - PRS 516
  • T-Navigator 3000 - PRC 200
  • T-Sport - PRS 200
  • TXL&TXS - PR 50
  • Bascule - PRC 100
  • Six-T - T-Race MotoGP
  • T-Wave - Ice-T
  • Equi-T - Diver Seastar Automatic 1000
  • Bellflhour - Seastar 660
  • Flower Power - V8
  • Cocktail - Le Locle
  • Heritage - T-Lord
  • Seastar 7

PRS 516



Tissot T-Tracx



Tissot T-Sport Racing.
Model terbaru 2008.



---------------------------------------------------------------



Tissot Seastar


Jam ni dibeli dari saudara Haizul Antique. Masa mula dapat jam ni, aku cukup teruja... senyum sampai ke telinga pasal jam ni langsung takda calar. Betul-betul macam jam baru. Terkejut aku dibuatnya. Ekekeke...

Jam cantik camni jadi lebih menawan dengan konsep bunga-bungaan. Tengok pun dah rasa cantik lagi wangi...


"Waa... bunga aku"... bini aku cakap...


Dari banyak view, jam ni menunjukkan kecantikannya. Ada member yang tengok pun cakap macam jam baru. Kembang sekejap hidung aku...



Tengok saja kecantikkan jam ni... boleh buatkan peminat jam lain telan air liur.


Cermin akrilik berbentuk dome. Dail biru ni buat aku tertarik.



Semua original dengan lambang 'T' yang cukup jelas pada crown.


Caseback jenis skru.


Sudahlah terkejut buat kali pertama... ini pun buatkan aku terkejut jugak bila nampak lambang Rolex pada tali. Uii... Aku tak pasti sejauh mana ketulenannya. Tak kisahlah janji syok sendiri.


Walaupun nipis, tapi cukup selesa pada tangan. Kesian boya ni...


Casing stainless steel dengan diameter 35mm (tidak termasuk crown). Finishing pada jam cukup mengagumkan dengan brush finishing pada permukaan atas & polished pada bahagian tepi yang langsung taak terjejas.


Aku nak tukar tali yang lebih tebal lepas ni. Nak nampak lebih sasa & macho.



Movement automatik & kunci dengan 17 jewels. Cukup bersih & lancar. Saudara Haizul Antique sudah serviskan untuk aku. Terima kasih banyak bro... moga rezeki saudara bertambah-tambah lepas ni...





2 KOMEN ANDA:

Cik Alejandra Amante said...

Anda kedai membeli jam tangan terpakai kah??

duniajam said...

Minta maaf... Saya bukan kedai jam. Saya tak beli jam terpakai untuk dijual. Minta maaf ye....