Saturday, July 18, 2009

Tanjung Dawai

Kali ni aku nak beralih arah skit dari dunia jam. Sabtu lepas 19 Julai 2009 aku ke Tanjung Dawai. Bukanlah nak mencari jam, sajalah nak makan angin kebetulan pi makan kenduri di Yan. Aku pun dah lama tak ke situ & isteri pula belum pernah pergi lagi.



Inilah Arked Perniagaan Tanjung Dawai.


Itulah jetinya.


Keadaan pekan Tanjung Dawai.


Jeti bot nelayan.



Suasana bot-bot yang nampak berderet ni menarik perhatian aku. Syahdu ja... Moga selamat pergi & balik...


Sebuah bot baru balik... rezeki untuk mereka & rezeki untuk kita juga...


Arked ni amat jelas sekali dari Pantai Merdeka. Dulu warna bumbungnya hijau... sekarang merah.


Salah satu bot tambang datang dari Pantai Merdeka.


Keadaan jeti. Bot-bot tambang banyak ada di sini.


Tanjung Dawai terletak di Kedah & merupakan kawasan yang terletak di tepi laut. Nama pun dah tanjung, memang tepi lautlah koordinatnya... Boleh dikatakan di sini kampung nelayanlah seperti di Kuala Muda. Di sini merupakan salah satu tempat di Kedah untuk peraih beli ikan. Bapak aku pun pernah jual ikan di Felda Teloi Kanan & ambil ikan kat situ. Jauh gila. Dalam 40km+ sehala. Seperti di perkampungan perikanan yang lain, sumber makanan berasaskan laut amat banyak & senang diperolehi di sini. Terdapat Arked Perniagaan Tanjung Dawai di sini yang menempatkan kedai-kedai yang menjualnya. Hmm... Tapi awat aku cerita plak pasal tempat ni?


Pantai di hujung sana tu lah Pantai Merdeka. Ikut jalan darat nak ke sana dari Tanjung Dawai lebih kurang 60km kalau tak salah aku. Kalau jalan laut, nak berenang pun boleh. Dulu laut di sinilah aku dok berkayak satu ketika dulu.


Pantai Merdeka.... lama betul aku tak ke situ.


Perkara menarik di sini ialah kita boleh nampak Pantai Merdeka dari sini & kita pun boleh ke Pantai Merdeka dengan menaiki bot tambang yang disediakan di jeti Tanjung Dawai. Namun laut di Tanjung Dawai tidak boleh mandi manda. Tak sesuai untuk aktiviti itu. Amat berbeza dengan di Pantai Merdeka. Nak mandi kena ke Pantai Merdeka.



Inilah kueh/cucur tu. Nampak macam pulut udang. Dibakar macam pulut udang gak. Di jual hanya di Tanjung Dawai. Boleh beli di kedai-kedai makan di Arked Perniagaan Tanjung Dawai. Satu 3 kupang (30 sen).


Dulu aku pernah cerita pada kawan-kawan & isteri aku yang di sini terdapat satu cucur/kueh yang sedap. Aku lupa pula namanya. Tapi ada perkataan 'ubi' kat nama kueh tu. Tak kisahlah nama apa pun, janji sedap. Kalau ke sini, pasti aku akan beli kueh ni untuk di bawa balik. Kat tempat lain langsung tak jual kueh ni. Hanya di Tanjung Dawai saja ada. Ini yang buatkannya special. Bapak aku kalau bawa student maktab ke sini (berkayak dari Pantai Merdeka ke Tanjung Dawai), pasti dia akan memperkenalkan kueh ni kat depa. Sedap..... Kalau sesiapa ke sana nanti, jangan lepaskan peluang rasa kuah ni yang di tempatkan kat kedai makan di arked perniagaan tu. Semua kedai makan di situ, ada kueh tu. Orang yang buatnya letak kueh tu di semua kedai.


Pelik aku masa mula-mula tengok aktiviti budak-budak ni.


Jenguk apa tu dik?


Tapak sulaiman yang sudah pun kering banyak atas anak tangga. Tak tau la camna tapak sulaiman ada kat situ.... dia panjat kot....


Masa dok bergambar di jeti, aku ternampak sekumpulan budak bermain-main air di tangga jeti. Pelik juga aku dengan apa yang depa buat. Bila perhati betul-betul, rupanya budak-budak tu tengah sauk obor-obor dengan tangan. Terkagum aku dibuatnya. Hahaha... Masa tu, barulah nampak betapa banyaknya obor-obor putih kecil di sekitar jeti tu. U mak ai aku terperanjat! Memang banyak betul. Aku tanya dengan depa, "tak gatai ka?". Dengan selamba jawab..."dak pun". "Kalau yang bintik-bintik gatallah". Aku kata pulak, "abang pernah maksuk wad pasal kena obor-obor ni. Obor-obor kuning"..... "Ooo.... yang panjang tu.... itu rasa syot kalau pegang", sampuk sorang budak.


Obor-obor putih kecil penuh kat sekitar jeti tu.


Ya, aku pernah dimasukkan ke wad tahun 2005 pasal terkena obor-obor masa berenang di Teluk Senangin, Perak. Serik rasanya nak mandi laut lepas tu. Hanya tuhan saja tahu betapa dahsyatnya penangan sakit & seksaan terkena haiwan kecik & lembut tu. Saiz obor-obor tu kecik ja, warna kekuningan & ada jaringan yang cukup panjang. Kalau terjumpa tolonglah jauhkan diri. Tambah-tambah kalau budak-budak. Masa mula terkena tu rasa seperti kena renjatan elektrik & sangat panas. Gatal pun ada. Dalam 5 minit, seluruh tangan aku naik bijik-bijik halus penuh satu tangan. Sakit di tangan aku boleh tanggung lagi walaupun sakit teramat... tapi sakit di perut amatlah aku tak tahan. Perut aku rasa amat sakit & cramp. Sangat-sangat cramp & sakit yang teramat sangat. Aku langsung tak boleh berjalan. Kejang satu badan. Papah pun tak boleh. Sebab tak mampu nak bergerak langsung. Kena angkat naik kereta. Pi ke klinik swasta, doktor bagi makan ubat. Tak lama lepas tu, aku muntah. Doktor bagi tau, kena pi hospital. Dia call klinik kesihatan, Medical Assistant on call ada. MA tu bagitau, kalau rasa sesak nafas, bagitau dia. Pasal minggu lepas ada orang meninggal pasal kena obor-obor. Lepas tu aku cuma ingat mati ja. Serius! Bila fikir balik.... syukur alhamdulillah sebab aku kena obor-obor tu di pinggir laut. Bukannya tengah laut. Mau tengah berenang tengah laut terkena benda tu? Mau lemas aku pasal cramp satu badan.



Anatomi obor-obor.


Mungkin jenis ini yang aku kena tu.... panjang berjela dia punya unjuran-unjuran tu.


Dalam ambulan punyalah tak selesa. Aku rasa kalau orang sakit akan bertambah sakit dalam ambulan tu. Sampai wad kecemasan, takda apa-apa yang boleh dibuat kat aku. Pasal racun akan hilang dalam sistem badan secara natural. Takda ubat untuk racun jenis ini. Tunggu doktor punyalah lama... itu satu hal la..... Dah tak boleh buat apa, doktor suruh masukkan ke wad.


Tak pasti pulak di mana ni, tapi besar betul obor-obor tu. Nampak beberapa pekerja tengah 'siang' obor-obor. Ada orang yang makan obor-obor ni... ish, kita 'kena' pun nak separuh mati, depa buat makanan ja. Ish, ish...


Fenomena 'serangan' jellyfish di Jepun. Kumpulan obor-obor ni telah mengganggu gugat industri perikanan di Jepun.



Obor-obor ni boleh membesar sehingga 2 meter dengan berat 220kg. Agaknya kalau terkena, mau terus goal...


Selama 3 hari aku dok kat wad. Punyalah boring yang teramat sangat. Pergerakan juga amat terbatas. Aku langsung tak boleh bangun. Kena orang tarik baru boleh bangun dari keadaan baring. Masa tu lah baru tau betapa sayangnya famili aku kat aku. Isk... Selama berada dalam wad aku tak boleh makan, sebab kalau makan aku akan muntah sebab perut terlalu cramp. Aku hanya minum saja. Badan amatlah lemah & tak bertenaga sebab takda makanan langsung yang aku jamah. Nurse datang check dari semasa ke samasa bagi ubat untuk aku. Ubat tahan sakit paling kuat pun tak mampu hilangkan sakit aku ni. Diagnosis aku Severe Allergy to Jelly Fish.


Ini kesan selepas terkena obor-obor. Ini kes teruk. Keadaan aku tak seteruk ni. Tapi kesan luka memang macam tu. Sakit macam kena renjatan elektrik/air panas/asid.


Keadaan selepas luka tu lega. Ini bukan tangan aku, tapi kesannya macam ni lah.


Hari ke-2 aku rasa ok skit. Tapi ada sorang pakcik sebelah katil aku meninggal sebab dia tak mahu makan ubat yang diberi. Doktor marah dia pun tak mau makan & depa bergaduh, tak berapa lama lepas tu, dia meninggal. Kelam kabut doktor masa tu, doktor dah usaha sedaya selamatkan dia, tapi apakan daya, takdir tuhan. Lepas pakcik tu meninggal, pesakit sekeliling barulah nak dengar nasihat doktor sebab yang lain pun jenis ketegaq (degil) gak. Alhamdulillah keadaan aku semakin ok. Boleh makan skit walaupun badan masih lemah, dah boleh berjalan perlahan-lahan ke tandas. Kalau tak, aku kena dibangunkan orang & kencing dengan 'bed pan' saja di katil. Kepala teramat pening jika bergerak. Kena gerak & jalan dengan amat perlahan untuk ke tandas. Tu pun dengan bantuan.


Ini tangan kiri aku. Anak panah tu nak tunjukkan parut yang masih ada kesan dari terkena obor-obor tu. Nampak jelas kesan tu sampai sekarang sejak 2005. Tangan kanan pun ada gak. Tapi tak berapa nampak sebab tangan kiri yang tibai obor-obor masa berenang. Tangan kanan aku guna untuk buang unjuran obor-obor tu.... tengok-tengok tangan kanan pun terlekat gak unjuran tu walaupun sedikit.



Hari ke-3 aku buat-buat ok pasal nak balik awal. Doktor mai check aku cakap dah ok, walau hakikatnya aku tak ok lagi pun. Bangun & buat muka selamba walau terseksa di dalam. Doktor discharged aku & balik rumah rehat serehat-rehatnya. Selepas seminggu keadaan beransur baik, walau tangan aku masih sakit. Lebih kurang sebulan, barulah aku pulih sepenuhnya. Alhamdullillah, Allah masih sayangkan aku. Barulah aku tau perasaan orang yang tengah sakit, perasaan bagaimana tunggu doktor begitu lama, perasaan yang berbelah bagi & confius dengan ungkapan yang keluar dari mulut doktor yang berbeza, perasaan orang yang dok di wad, perasaan berada di kalangan orang sakit, perasaan dok sebelah orang sakit yang meninggal, perasaan sakit tanpa ada orang di sisi & bermacam-macam lagi perasaan. Barulah aku tahu.... Kesemuanya dah bagi pengajaran kat aku & setiap kali aku ke wad, perasaan yang aku alami dulu datang balik & buat aku rasa simpati & empati dengan orang lain. Betapa bertuahnya kita mempunyai kesihatan yang baik berbanding orang lain. Ingat 5 perkara, sebelum datang 5 perkara.


Sauk dengan tangan ja...


Selamba betul budak ni pegang.


Berbalik kepada cerita budak-budak tadi. Aku tengok depa dengan selamba ja kaut obor-obor tu dengan tangan naik ke tangga. Lama juga aku tengok apa depa buat. Aku tak dapat tangkap lagi apa yang depa buat sebenarnya, pasal yang aku nampak depa ambil obor-obor tu, cabut kepala & ekornya (macam 'perisi'), sapu/tolak skit & buang balik dalam laut. Kiranya obor-obor tu mati la lepas tu. Ish... Nampak macam main-main & saja buat camtu. Memang banyak betul obor-obor kat situ. Dah lama aku tengok, barulah aku tanya..."hangpa buat pa sebenaqnya ni?". "Kami nak ambil udang". Barulah aku nampak apa yang depa buat tu. Bila aku pi dekat, barulah nampak dalam kepala obor-obor tu ada udang. Siap ada yang masih hidup & berenang lagi. Ada juga ketam kecik yang terperangkap & masih hidup. Lepas tu barulah aku tahu semuanya.


Mula-mula tengok nampak macam budak-budak ni saja 'bunuh' obor tu. Bunuh... buang balik dalam laut. Macam main-main pulak. Ish, ish.... dah la aku ni pecinta haiwan... ekekeke....


Lepas aku tanya depa buat apa sebenarnya, barulah aku pi dekat dengan depa.


Macam 'perisi' obor-obor tu.


Rupa-rupanya...


...depa nak ambil udang yang terlekat dalam kepala obor-obor tu. Waduh! Barulah tahu. Sapa la yang dok ajar budak-budak ni? Jakun betul rasa masa tu.



Video ini menunjukkan apa yang budak-budak tu buat.


Video ni menunjukkan gambaran yang lebih jelas.
Kawan aku kaki pancing pun terkejut tengok budak-budak ni. Dia pun baru tau ada orang lagi dahsyat dari dia cari umpan. Wakakaka...


Lepas dapat umpan... gunalah untuk pancing ikan pulak. Kreatif betui!



Hebat budak-budak ni.



Rezeki hari tu... moga hangpa semua dimurahkan rezeki & dijauhkan dari malapetaka.


Depa tangkap obor-obor, ambil udang untuk dijadikan umpan memancing ikan. Patut la tadi ada budak tunjuk ikan kat aku. Aiseh... betapa jakunnya aku. Langsung tak nampak semua tu tadi. Inilah pertama kali aku tengok kejadian ni. Aku takda pengalaman langsung memancing ikan. Teringin gak, tapi takda masa. Kawan aku yang kaki pancing pun terkejut tengak gambar & video ni. Kagum betul dengan budak-budak tu. Rasanya, apa yang dibuat tu suatu yang diperturunkan kepada mereka dari zaman-berzaman. Apa yang aku tengok tu suatu pengalaman baru & berharga untuk aku yang tak tahu apa ni. Banyak benda menarik diluar sana yang masih aku tak tahu sebenarnya. Menarik betul apa yang budak-budak tu buat dengan makhluk Allah yang aku dah fobia..... obor-obor!


WAH!

11 KOMEN ANDA:

Anonymous said...

1 nice article! :)

duniajam said...

Terima kasih...

jijah montel said...

husband aku org merbok.. bila raya 2 tahun sekali kat sana.. mesti beli belacan kat situh.. hehehe

duniajam said...

Kalau ada rezeki boleh tengok aktiviti budak2 tu. Menarik betul

JACK' TREASURE CHEST said...

Ni aku kira National Geographic versi Blog Malaysia, tahniah dan sangat informatif. Aku cadang hang buka blog khas untuk cerita-cerita macam ini, banyak ilmu dan pengetahuan yang boleh diperolehi, baik untuk bebudak sekolah nak buat rujukan... Keep it up and it is worth the effort

duniajam said...

Makaceh banyak bang Syed. Insyaallah akan diteruskan cerita-cerita menarik camni. Suatu benda baru tengok budak-budak tu. Hehehe...

warikh said...

Informatif! hebat kau bro.. Aku yang dah dua tiga kali ke situ hanya beli ikan talang masin je! tak tau pulak dalam kepala obor-obor ada udang. Aku suka cara kau 'melihat'.

duniajam said...

Trima kasih. Kebetulan masa nak berangan jadi model majalah kat jeti tu.... dok nampak meriah sangat budak-budak tu main kat tangga jeti. Dok nampak budak2 tu sauk benda. Tak sangka obor-obor. Mau tak terkejut. Uuhhh.... tak sanggup aku nak pegang. Tapi terasa gak nak pegang... macam best je budak2 tu pegang. Tp tak sanggup ambik risiko. Hahaha...

Rain said...

rindula time tgk blog u..tringat time i bdk2 dulu..tg. dawaila tmpt i mbesar sblm bpindah ke kelantan thn 1995..smpai skg ni blum ada ksempatan nk g tg.dawai lg...tq so much..n len kali amik gmbr byk2 sket ye...

duniajam said...

O... Terima kasih. Dari kecik sampai sekarang ni memang selalu saya ke situ. Pekannya kecik tapi ada macam2 cerita. Hehehe...

sahabat alam said...

Very good information n thx...I love it.