Pernah dengar nama Titan? Mungkin ramai yang tak tahu kewujudan jam berjenama Titan. Titan adalah sebuah syarikat pembuat jam dari India. India? Macam tak percayakan India pun buat jam sendiri. Bilalah Malaysia nak buat... Hmmm.... nantilah aku buat jenama aku sendiri... D.J...... Dunia Jam... Sebenarnya memang berangan pun. Muahahaha...
Titan Industries adalah pengeluar jam tangan ke-6 terbesar dunia. Gempak! Setakat ini, mereka lebih menghasilkan jam ber-movement quartz. Antara model yg mereka keluarkan adalah seperti:
- Edge (the slimmest watch in the world)
- Fastrack
- Heritage
- Sonata
- Nebula
- Octance
- Orion
EDGE
Inilah model yang paling nipis di dunia. Harganya dalam lingkungan RM500+.
FASTRACK
Ini adalah model Fastrack sepasang. Nampak selari je design-nya.
Inilah model yang paling nipis di dunia. Harganya dalam lingkungan RM500+.
FASTRACK
Ini adalah model Fastrack sepasang. Nampak selari je design-nya.
Penghasilan jenama ini adalah dengan kerjasama dengan Tata Group & Tamil Nadu Industrial Development Corporation (TIDCO). Produk mereka termasuklah jam, aksesori & berang kemas. Mereka mengeksport jam mereka ke 32 negara di seluruh dunia (tahun 2005 ke 40 negara) & mempunyai kilang mereka di Hosur, Dehradun, Goa & mengeluarkanbarang kemas mereka di bawah jenama Tanishg (satu-satunya jenama negara mereka).
Penghasilan produk jam mereka bermula sejak 1987. Semasa pelancaran, ia merupakan jenama ke-3 dilancarkan di India selepas HMT & Allwyn. Titan bekerjasama dengan Timex yang mana berakhir pada tahun 1998.
Titan juga telah mengatakan (claimed) yang mereka telah menghasilkan jam yang paling nipis di dunia dengan penghasilan model Edge. R&D selama 4 tahun telah berjaya menghasilkan jam yang cukup nipis iaitu hanya 3.5mm dengan movement setebal 1.15mm. Cukup nipis. Lebih nipis dari Swatch Skin.
Titan Automatic. Cantik betul. Aku tak pernah jumpa lagi jam ni. Menurut sorang rakan blog, harga jam auto ni lebih RM1k.
Titan agak sukar dijumpai di mana-mana butik jam. Jika anda jumpa, cuba perhatikan model-modelnya. Design yang cukup menarik, kualitinya juga hebat & harga yang cukup berpatutan. Hebat untuk sebuah negara seperti India menghasilkan jam bertaraf dunia. Kita bila lagi?
---------------------------------------------------------------------------------------
Titan Fastrack
Kalau ada yang perasan iklan ni. Mungkin ingat Titan ni jenama terbaru. Ini adalah keratan iklan dari Harian Metro.
Kalau ada yang perasan iklan ni. Mungkin ingat Titan ni jenama terbaru. Ini adalah keratan iklan dari Harian Metro.
Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu kewujudan Titan sehinggalah aku tengok iklannya di surat khabar. Lepas tu, aku cari jenama ni kat kedai-kedai jam. Tapi model dalam iklan tu takda la pulak. Yang menarik pasal Titan, jam mereka cukup berkualiti & harganya pula amatlah berpatutan. Aku pun angkatlah seketul... Titan Fastrack.
Design jam menarik & trendy dengan tidak melupakan ciri-ciri sporty. Aku cukup suka cara crown diposisikan pada pukul 4 tu. Rupa dail mengingatkan aku seperti berada di trek perlumbaan. Terdapat juga penunjuk tarikh pada pukul 4.
Jikalau anda terjumpa jenama ini, cuba-cubalah lihat keunikan jam ini. Harga yang berpatutan cukup membuatkan jam ini sangatlah berbaloi dengan kualiti yang kita dapat. Model ini dijual dengan harga RM200+ di mana-mana butik.
15 KOMEN ANDA:
wahhh.. good idea for birthday husband aku next week.. thanx.. aku nak gi carik gak.. :)
Hehehe... Banyak model Titan ni. Banyak gak yang cantik2. Harga pun sangat ok. Jam ni kadang2 bini aku pun pakai. Ekekeke...
3minggu lps g sunway pyramid.
situ ada kedai titan.
cumanye yg auto blum ada..
jln msjd india, KL pn ada 1 kedai apek jual titan.
tp cm model2 lama je..
Tak banyak kedai yg aku jumpa jual Titan. Kalau kat Mid Valley mmg kirim salam la. Jam jepun cuma ada Seiko ja. Orient & Citizen takdak langsung. Pelik gak aku.
dekat sp ada gak klu x silap sbb ayah saya pernah beli jam tue utk hadiah ari jadi my bro..
yg bleh rspect dgn jam titan bkan paa sebab ttan nie agak famous gak dgn design jam dia yg nipis
Kat SP pun ada ka? Kedai mana tu? Nak cuba pi tengok nanti. Jam Titan ni bagi aku cukup berkualiti, sesuai dengan harganya & dengan apa yang kita dapat. Best!
cba abg g cri kat kdai jam kat vilage mall sbb ayh sya bli jam tue kat ctu
aku dah minat tul kat titan edge ni.minggu dpn musti mau angkat satu.mmg btul nipis gile.smpi skang ni terbayang2.aku ada jumpa kat kedai jam dlm kafu batu pahat.
aku ade seketul..tp bli 2nd hand,haha..titan octane chrono..cantik designnye..aitu tgk kt sunway pyramid, kat butik titan,rm500++..tkjut gak tgk harge yg baru,sbab aku bli rm180 jek,yang mint condition,haha..
don, mmg nipis gila. Kalau tak salah aku paling nipis di dunia! Boleh amik tu.
deen, murahnya! Best tu
dah angkat seketul...rembat di jusco, bandar perda penang...mmg puas hati...harga berpatutan..dpt less kalo ada Jcard..hahahahaaaa
Ary...
Tahniah atas pembelian jam tersebut. Memang puas hati jam ni. Harga pun berpatutan & berkualiti pula.
Acam syok aje...huhuhu..nk try arr jam titan ni...wuuuu~~~
aku dah guna jam TITAN ni 10 tahun. Alhamdulillah takde rosak apa2... tukar bateri baru 3x seoanjang 10 tahun ni....
Post a Comment