Friday, July 17, 2009

Seiko Monster - Kenapa begitu popular?

Ini bukanlah Seiko Monster... tapi Cookie Monster...



Kalau sebut Monster, rasanya semua peminat jam dah tahu model mana. Namanya cukup sinonim dengan rekaannya, bentuknya, fungsinya serta kualitinya yang cukup memberangsangkan. Monster setanding dengan jam diver yang berjenama lebih mahal & merupakan salah satu jam pilihan terbaik untuk dimiliki & berbaloi dengan harganya.




Terdapat 5 jenis Monster di pasaran, iaitu Black Monster, Orange Monster, Blue Monster, Yellow Monster & juga Red Monster. Blue Monster, Yellow Monster & Red Monster merupakan jam yang amatlah sukar untuk dijumpai sekarang ini. Hampir tidak wujud lagi dah sekarang. Nak jumpa yang jual 2nd hand pun payah. Blue Monster sudah tidak dikeluarkan lagi. Manakala Red Monster pula adalah edisi terhad dengan hanya 1313 unit sahaja dikeluarkan. Manakala Yellow Monster juga adalah edisi terhad & lebih rare dengan 300 sahaja dikeluarkan di seluruh dunia. Sudah pasti, kesemuanya sudah pun terjual. Namun anda jangan tertipu jika ada orang yang menjualnya dengan murah, kerana terdapat juga jam replika Red Monster yang dijual dengan harga hampir RM1000. Kalau original? Tapi aku sanggup kalau ada.... Black Monster masih boleh didapati pada banyak kedai. Tu pun kena rajin cari kerana tak semua ada. Tapi kalau Orange Monster, sangat susah nak jumpa. Macam dah jadi rare model ni. Kedai yang menjual jam diver belum tentu menjual model Monster ini. Banyak kedai yang aku pi jarang ada Black Monster, apatah lagi Orange Monster. Aku ke Mid Valley Megamall, KL beberapa bulan lepas. Hanya ada satu kedai saja kalau tak salah aku jual Black Monster. Aku bersembang dengan sorang seller di salah satu kedai di Mid Valley, dia pun bagitau yang Orange Monster susah nak jumpa & di Sungei Wang Plaza pun takda (dia pernah kerja di situ dulu). Untung juga aku jumpa seketul dulu rupanya.


Blue Monster
Rare model


Model ni sudah tidak dikeluarkan lagi... kalau tak salah lah...


Namun hati-hati kalau terjumpa jam ni. Cuba tengok betul-betul jam n. Ini adalah jam tiruan Blue Monster.



Red Monster
Edisi Terhad (1313 unit sahaja di dunia)

Lihat saja perbezaannya di antara Monster biasa. Warna dail & cermin yang berbeza serta warna nombor bezel yang sama dengan dail sudah membuatkannya nampak istimewa.



Didatangkan dengan kotak yang cukup menarik & eksklusif.



Features:
  • Lebar lug 20mm
  • Ketebalan case 11mm
  • Diameter casing 42mm
  • Cermin sapphire
  • Water resistant 200 meter
  • Nombor produksi jam tercatat pada case back (xxxx/1313)
  • Penunjuk hari/tarikh pada pukul 3
  • Jarum saat berwarna oren & perkataan "LIMITED EDITION" pada pukul 6
  • Dail berwarna merah
  • Caliber 7S36 (23 jewels) - automatik
  • Stainless steel case & bracelet

Peringatan! Terdapat jam replika Red Monster... anda jangan tertipu!



Yellow Monster SKZ203K1
Edisi Terhad (300 unit saja di dunia) - SANGAT RARE



Features:
  • Edisi terhad 300 unit saja
  • Cermin sapphire dengan cyclops date
  • Water resistant 200 meter
  • Nombor produksi jam tercatat pada case back (xxx/300)
  • Penunjuk hari/tarikh pada pukul 3
  • Jarum berwarna putih & perkataan "LIMITED EDITION" pada pukul 6
  • Dail berwarna kuning
  • Caliber 7S36 (23 jewels) - automatik
  • Stainless steel case & bracelet



Orange Monster




Orange Monster (SKX781K) mula memasuki dalam pasaran pada tahun 2001 & telah menjadi terkenal & popular. Ia juga memasuki komuniti jam diver bersama-sama dengan jenama yang jauh lebih mahal. Seiko kini tidak malu dengan jam mereka yang setanding dengan yang lain. Dengan rekaan yang unik, bezel unidirectional dengan engraving nombor yang cukup cantik & berkualiti membuatkannya setanding dengan jenama lain. Dengan harga yang jauh lebih murah telah menyebabkannya menjadi idaman peminat jam diver & merupakan salah satu pilihan penyelam di seluruh dunia.






Dail berwarna oren amat sesuai untuk menyelam kerana pencahayaan kurang di dalam air. Ianya akan nampak begitu jelas sekali berbanding warna lain & luminous marker pada dail & jarum jenis Super Luminova memberikan pencahayaan yang amat terang di dalam gelap & seterusnya memudahkan bacaan waktu dalam suasana yang gelap. Aku rasa inilah jam yang paling terang lume-nya setakat ini. Lebih terang dari cahaya Trigalight (Jeep Chronograph). Walaupun cahayanya tidak akan bertahan terang begitu lama, namun sudah mencukupi untuk kita melihat masa dalam keadaan gelap. Kalau dipakai sebagai casual pun, jam ini amat menarik perhatian kerana warnanya. Nampak smart betul.


Luminous marker Super Luminova Monster cukup terang & memuaskan.


Perbandingan dengan 2 lagi Seiko. Seiko 5 & Seiko 5 Sport.


Perbandingan dengan Trigalight Jeep Chronograph (kiri) sebelum & selepas. Cahaya lume Seiko cukup terang pada mulanya, namun lama-kelamaan semakin pudar. Trigalight, cahayanya akan sentiasa terang & tak akan pudar (half life 20 tahun). Walaupun Seiko semakin malap, waktunya masih boleh dibaca walaupun samar-samar.


Mempunyai saiz casing yang agak besar dengan diameter 42mm & tebal 12.5mm membuatkan jam ini agak berat. Namun cukup selesa pada pergelangan tangan. Menggunakan cermin mineral crystal cembung hardlex reinforced yang tebal ianya amat sesuai sekali digunakan pada kedalaman 200 meter. Ciri-ciri Seiko automatik dengan mempunyai hari & tarikh dikekalkan. Menggunakan enjin automatik 7S26 dengan 21 jewel adalah cukup reliable & tahan lama. Oleh sebab itu, ada jam diver recon yang memilih enjin ini sebagai jantung baru jam tu.








Seiko Orange Monster, (bersama Black Monster) kini telah menjadi ikon sejak pengeluarannya & merupakan salah satu jam terbaik di dunia. Banyak jam yang dikeluarkan kini masih lagi menggunakan Monster sebagai perbandingan. Seolah-olah Monster adalah jam penanda aras untuk jam diver. Ia telah score dengan begitu cemerlang di semua bahagian baik dari segi rupa, ciptaan, ketepatan mahupun finishing. Dengan harga yang amat berpatutan, tidak hairanlah ia menjadi idaman hampir semua penggemar jam & juga penyelam.



Features

  • Caliber: 7S26
  • Movement: Automatic
  • Cermin: Convex hardlex yang mengurangkan reflektif
  • Bezel: Bezel unidirectional yang tebal & solid
  • Bracelet/Strap: Solid stainless steel bracelet
  • Water resistance: 200 meters
  • Diameter casing: 42mm
  • Ketebalan casing: 13mm
  • Ketebalan bracelet: 20mm




-----------------------------------------------------------------------------------------


Orange Monster dengan tali Titan Fastrack


Aku saja ja buat ni. Nak tengok rupa Orange Monster ni dengan tali kulit.



Nampak segak juga Seiko ni dengan tali kulit. Nampak sporty. Kebetulan pula tali Titan memang cukup cantik.








Lepas ni, aku nak cari tali kulit yang lebih kurang camni. Nampak lain skit. Lain dari yang lain.


Orange Monster merupakan salah satu idaman aku sejak dulu. Setakat ini, aku cukup berpuas hati dengannya & ia tak pernah menghampakan aku. Keluarlah jam diver yang lain pun, Seiko Monster tetap di hati.... Jam ini juga merupakan jam kegemaran aku. Anda bagaimana?


P/S: Untuk yang berminat, boleh hubungi aku sendiri ataupun saudara Muzil (Limau Tambun). Insyaallah akan diusahakan cari untuk yang betul-betul berminat.

32 KOMEN ANDA:

Anonymous said...

Hi, im really interested in this SEIKO MONSTER and have been looking at their photos for quite sometimes. Was planning to look for that watch whenever possible until i saw this SEIKO SCUBA DIVER TITANIUM LE SKZ215.
Pernahkah saudara terserempak dengan jam ni kat msia? Dan ada apa informasi yang saudara ada dengan jam ni?

duniajam said...

Belum pernah tengok lagi jam tu di mana-mana kedai lagi. Nampak macam landmonster pulak. Kalau saudara berminat, boleh order dari roachman.com. Ada dijual jam tu dalam web tu.

duniajam said...

Ini link ke jam tu. Ini ke yang saudara cari?

http://www.roachman.com/seiko/diver/SKZ215.html

ex001 said...

kalau ikut link ni, ni seiko 5 landshark/atlas. lebih pada jam utk explorer darat bukan diver tapi 200m mengqualifiedkan dia utk menyelam. Jam ni boleh tentukan arah utara berdasarkan kedudukan matahari.

dulu ada satu jam ni tapi bukan yg Limited Edition ni. Stainless steel biasa ja. Tapi dah juai utk memberi laluan kepada jam2 lain hehehe biasa la kan...

duniajam said...
This comment has been removed by the author.
duniajam said...
This comment has been removed by the author.
duniajam said...

O landshark rupanya. Nampak agak bulky. Tak pernah ushar lagi jam ni dekat2. Best gak dail dia. Sandwich dail

Anonymous said...

memang sudah check kat roachman dah, tapi Limited Edition la, habis kena jual...haha

Anonymous said...

kalau kat KL, mana tempat masih boleh cari yang SEIKO MONSTER tu?

duniajam said...

Tak pasti kat mana yang jual. Aku pernah tanya seller kat Mid Valey pun ckp payah nak jumpa. Sg Wang pun takda. Kat Mid Valey aku tgk dulu cuma ada Black Monster ja.

ex001 said...

try cari sini utk landshark Titanium limited tu...

http://milanclassic.net/category.php?id=58

tapi kena order online la...

bro DJ memang sandwich dial ala2 Panerai tuu...

Anonymous said...

titanium tu macam 2nd hand punya la....boleh beli ke? RM1000? apa komen saudara kalian?

li

Anonymous said...

tapi kenapa jam tu dipanggil LANDSHARK?

li

duniajam said...

Li, kalau sanggup boleh beli. Kalau tak sanggup baik jangan. Takut menyesal. Limited edition susah nak jumpa. Sapa yang ada kira bertuah jam limited ni sebab tak banyak produce.

Landshark tu nama yang diberi Seiko untuk pengenalan model-modelnya supaya senang orang ingat & kenal. Macam Orange Monster, Samurai, Sumo lebih dikenali & glamour nama tu berbanding nama code jam tu. Kalau sebut SKX781, ramai orang tak kenal. Tapi kalau sebut Orange Monster... semua orang tahu. Hehehe....

Anonymous said...

DJ,
sanggup memang sanggup, tapi saya tengok jam tu ada calar sikit. lebih baik i pegi cari cari lagi di tempat lain (mungkin SG).
anyways, terima kasih ke atas advice saudara...
;)

*semoga saya ada luck untuk cari jam itu, haha...

ex001 said...

betoi kata Bro DJ tu... sebagai pengenalan atau nickname jam2. ada yang pengeluar bagi ada yang pengumpul2 jam gelar. Landshark sebab dia ada inner bezel penunjuk arah (utara, selatan, timur, barat) untuk kegunaan darat dalam masa sama tahan air sedalam 200m. jadi mcm jerung di daratan. untuk explorer dan diver.

salah satu thrill dalam mengumpul jam ni ialah mencari jam yg susah nak jumpa dah. boleh termimpi mimpi. tapi bila dah dapat... fuhh kepuasan dia... priceless.

ada yang dapat kepuasan peribadi bila dapat mengrestore jam2 lama yang teruk keadaan fizikalnya. ada pulak yang dapat kepuasan bila dapat jam yang rare.. dan ada pulak yang rasa puas bila jam dalam koleksinya beratus-ratus atau beribu-ribu.

macam2 kepuasan peribadi yang dicari oleh peminat jam. berbagai2. yang penting minat ni jangan sampai melalaikan atau memudaratkan kesihatan atau poket hehehe...

bro li... selamat berjaya dalam pencarian... mesti dapat punya...

duniajam said...

Pengumpul jam macam-macam jenis, macam bro ex001 cakap tu. Tak semuanya sama walau minatnya sama. Ada yang suka kumpul Seiko saja. Ada yang suka Swiss, diver, military, chronograph & ada juga tak cukup dengan 1 jam. Minat sampai beli 2,3 jam yang sama. Yang penting kepuasan. Perasaan tu hanya kita yang rasa.

Ada kalanya jam yang kita beli tu rupanya tak seberapa di tangan tuan sebelum kita. Tapi bila sampai di tangan kita, jam tu dijaga, polish, dibelai sampai sempurna jadinya. Cakap dari pengalaman ni. Hehehe...

Kalau bro Li rasa jam tu satu kepuasan & satu kemahuan, better go for it. Nanti melepas pula. Tapi kalau rasa janggal nak ambik, baik jangan. Sebab mungkin dengan kesabaran tu, boleh dapat yang lebih baik & baru. Hehehe...

Susah juga ye pilih jam ni. Wakakaka....

Anonymous said...

bro dj / ex 001
very well spoken la berdua anda, haha, memang mempunyai pengalaman yang sangat mendalam....bagi saya, jam LANDSHARK memang cantik dilihat, dan hampir setiap minit pun termimpi...tapi kalau terbeli sesuatu yang calar, tak shiok la kerana semua jam tangan saya memang sangat baik dijaga, walaupun sesetengah yang murah harganya....

tapi saya akan cuba cari SEIKO MONSTER dan LANDSHARK tu lagi...shall see how it goes.

for some SWISS MADE watches, apa pendapat saudara dengan jam BELL n ROSS?

li

duniajam said...

Li, aiseh... cakap dari pengalaman je. Hehehe... Kita sama la. Kalau jam tu calar balar, rasa lemah skit kalau nak pakai. Ada gak yang beli calar2 sebab jam susah nak jumpa & dah takda dalam pasaran. Balik rumah, cuci, polish... jam dah elok. Puas hati bila jam yang dulunya calar-balar, jadi elok & cantik. Heheheh...

B&R salah satu jam yang sangat aku minat. Suka design dia yang low profile, dail pilot & segi empat tu. Tapi harga mahal sangat. Model basic pun dah RM15k. Lebih berbaloi kalau ambil Rolex lagi. Kalau mampu ambil B&R, better ambil Rolex. Pastu barulah rasanya ok kalau nak ambil B&R. Ni pada aku la. Ada gak B&R RM5k. Model ana/digi. Movement sama dengan Brietling Airwolf

ex001 said...

B&R, TAG, Panerai dan beberapa brand swiss lain pada saya agak overpriced... sebab kebanyakannya ETA base, dan dijual pada harga berbelas ribu, agak tak masuk akal. Bukanlah bermaksud enjin ETA tak bagus tapi bila enjin yang sama kita boleh dapat dalam jam yg berharga kurang dari 3 ribu... rasanya lebih berbaloi beli yg murah tu.

* Pendapat peribadi, tak ada kena mengena dengan tuan blog... hehehe

duniajam said...

Ehemm..... tetiba sakit kerongkong. Hahaha... Aku memang minat gila dengan B&R. Tu yg beli Jeep. Hari tu hampir gak tersambar Junkers yang bentuk cam B&R tu. Tapi rega dia mahal rm1k dari Junkers yg aku amik tu, enjin sama. Tu yg tak ambik.

Aku setuju dengan bro ex001. Banyak jam Swiss pakai enjin yg sama untuk jam2 mereka. Enjin yg sama dijual dengan harga yg berlainan mengikut jenama. Dalam kes enjin yg sama ni, jenama yg dlm kelas teratas yg menang. Kiranya jam tu menang branding la. Enjin sama dengan jam jenama lain yg jauh lebih murah. Bukannya beza sikit. Banyak lak tu.

Pada aku, kalau dah mampu nak beli jam berbelas ribu.... 1st consider Rolex. Pastu barulah yg lain. Sebab harga Rolex tak jatuh & makin meningkat dari tahun ke tahun. Beli Rolex macam beli emaslah. Disebabkan harga Rolex yg sentiasa meningkat saban tahun, harga untuk jam Rolex 2ndhand pun akan naik juga. Kita boleh jual Rolex yg dibeli tu samada dengan harga kita beli balik @ lebih mahal.

Contoh, dulu aku jumpa sorang seller di Taman Selat, Butterworth. Dia jual Rolex Explorer 2 dengan harga RM9.8k. Dia beli jam tu sejak 5 tahun yg lalu hanyalah RM5k+ ja. Sekarang dah naik dekat RM4.8k. Dia tak rugi apa-apa pun sebab jam dia tu di jual di kedai RM12k (2nd hand). Dia jual RM9.8k tu dikirah murah le tu. Ish.... bestnya kalau aku pun ada Rolex.....

Anonymous said...

icic, tak sangka jam rolex pun boleh di 'invest'. tapi i pun memang tengok tengok je, maklumlah, more than 10k bukan senang lar...haha....
tapi kalau mampu, memang shiok lar..

li

duniajam said...

Tu la. Buat masa sekarang ni mmg aku pun tak mampu beli lagi. Tapi mana tau ada rezeki nanti.... boleh angkat seketul. Hehehe...

Anonymous said...

ada satu tempat Orange Monster yg masih terjual (aku tengok bulan lepas)....itupun cuma satu sahaja. Cuba cari di kompleks membeli belah AEON Bukit Tinggi Kelang kalau2 masih ada lagi kat sana. Black Monster pula aku ada jumpa latest 3 hari lepas di kedai jam KLIA Main Terminal. Siapa nak sambar cepat2 sikit. Nanti habis payah nak cari lagi. Banyak dealer kata stok dah tak ada.

Anonymous said...

banyak enjin ETA yg sama diguna pakai pada pelbagai jenis jam yg berjenama tak kira lah dari Swatch Group atau lain2 jenama jam independent tapi harganya berbeza2 mengikut keutuhan 'jenama' terkecualilah kalau yg ada COSC.

Bagi pendapat aku kalau nak kan jam yg bermutu yg guna enjin ETA tapi tak mampu nak beli dgn harga 5k keatas, banyak jenama yg boleh dibeli seperti TITONI, MIDO, RADO, CERTINA, TISSOT, HAMILTON, CYMA, CERRUTI dll. Sama saja ketahanannya. Lainlah kalau yg kaki invest...mesti nak cari yg jenama mahal2 punya supaya boleh dijual semula dgn harga yg mahal juga. Tapi kalau setakat nak beli untuk pakai sendiri dan tahan lama beli ajer lah yg harga 2k/3k tu...

Cuma perlu nak bagitahu disini dari maklumat yg aku baca dari artikel yg di sampaikan oleh Managing Director syarikat jam MIDO, dia bagitau jam MIDO dalam 5 tahun akan datang akan jadi jauh lebih mahal dari harga sekarang kerana ianya jenis jam yg masuk dalam ketegori 'timeless' dan sedang aktif dalam pengembangan sayapnya ke seluruh dunia. Time less yg dimaksudkan itu adalah ianya kekal dgn fesyen dan ciri yg ada tidak seperti setengah jenama yg lain bila setiap tahun ada saja fesyen2 terkini yg dikeluarkan dan fesyen yg sebelumnya akan terjual dgn harga berdiskaun yg lebih murah pada tahun berikutnya. Kalau betul apa yg dia cakap (semoga bukan semata2 kerana strategi perniagaan) maka elok lah disambar satu jam itu.... :)

duniajam said...

Kena sambar Mido Ocean Star satu nampaknya nih...

@L said...

hello bro

apa macam?
nak tanya sikit pasal jam tangan ni.
hari tu, terserempak ngan satu jam tangan, memang cantik
brandnya Ingersoll, tapi masa saya check ngan sales tu, dia cakap ini actually brand UK, tapi guna ASIA MOVEMENT. kalau u tanya i, memang saya harap jam tu guna some other movement like swiss movement, kerana harga tu pun tak murah , and when i thought of ASIA, i thought of CHINA.
apa pendapat saudara tentang jam ni? berbaloi ke nak beli?


Li

Heidzir.Lorn said...

Saya berminat dengan Seiko Monster Orange tu. Ada jumpa kat Pertama Complex. Harga dalam 800 lebih die letak. Cuma nak tau ape beza yg original ngn tiruan atau replika. Kalau boleh tnjukkan cara nak kesan.

Heidzir.Lorn said...

Salam bro Dunia Jam
Berminat ngn seiko diver ni. Ada jumpa kat satu mall ni, Jual harga 800 lebih, nak tanya harga tu harga normal ke? yg saya jumpa tu seiko diver orange. lagi satu nak tau macam mane nak tentukan ianya original atau replika. ada ape2 cara yg boleh tgk kat jam tu ke macam serial number.

duniajam said...

hello Li....

Ingersoll pernah bankrup suatu masa dulu. Pastu diambil alih oleh syarikat lain di Britain. Design ala2 Germany tapi mmg guna movt Asia. Kemungkinan besar China lah.

Dari segi harga tak mahal sangat. Dengan complication yg ditawarkan, murahlah berbanding jgn jam Swiss yg punyai complication yg lebih kurang sama. Satu lg jenama yg pakai movt China.... Arbutus.

Nak kata berbaloi tu, agak subjektif.... terpulang pada individu. Tak berbaloi pada org lain, tp pada kita mungkin rasa berbaloi. Asalkan kita suka jam tu, sambar je bro. Hehe

duniajam said...

Salam Lonkai

Rega Monster lps diskaun di antara 700-750 di kedai sekitar KL (ikut maklumat kwn2 di KL). Itu Monster yg pakai movt lama.. 7s26.

Model terbaru Monster skrg pakai movt baru. 4r36. Harga dia tinggi skit dari model lama. Rasanya mungkin RM800 tu rega Monster yg latest tu. Movt baru boleh hack & winding. Movt lama tak boleh. Confirmkan balik dgn kedai tu movt apa.

Monster lama mmg wujud replika. Kena hati2 skit

MizZHannA said...

tali steel boleh beli kt mna?? hrga berape . tq