Tuesday, July 14, 2009

Titoni


Titoni merupakan suatu jenama tua dalam industri jam tangan Swiss. Titoni Ltd. merupakan beberapa syarikat jam Swiss yang masih beroperasi secara bersendirian yang menyumbang dalam sejarah pembuatan jam tangan.

Tahun 1919 merupakan detik permulaan perjalanan Titoni dimana ia ditubuhkan oleh Fritz Schluep di Grenchen. Sehingga kini, syarikat ini masih dimiliki oleh ahli keluarga Fritz yang merupakan generasi ke-3. Sejak penubuhannya, jam mereka dijual terutamanya di Asia & Timur Tengah & telah bertapak di pasaran Asia selama lebih 50 tahun (walaupun masih baru di pasaran US).


Banyak syarikat jam lain turut menumpukan juga kepada movement quartz, Titoni masih tetap menumpukan kepada jam mekanikal. Nampaknya mereka memang tidak mahu 'lari' dari konsep & tradisi mereka, iaitu jam mekanikal dengan pergerakan automatik (self winding). Setiap komponen dipilih satu-persatu untuk memenuhi standart tinggi yang telah ditetapkan. Ini untuk membezakan mereka dari syarikat lain yang membeli keseluruhan movement untuk dipasang pada jam mereka. Namun tidak bagi Titoni, setiap komponen dipilih sendiri satu persatu untuk memastikan kualiti yang tinggi. Pemasangan movement, finishing & final control secara keseluruhan jam dibuat di kilang mereka sendiri.

Namun, tradisi itu dipecahkan apabila mereka menciptakan juga jam ber-movement quartz iaitu, Airmaster Tradition Quartz & Airliner Quartz. Ini mungkin untuk mempelbagaikan model yang sedia ada & untuk bersaing dengan jenama Swiss lain di pasaran Asia.


Beberapa siri model Titoni telah keluarkan seperti:
  • Airliner
  • Airliner Quartz
  • Airmaster Classic
  • Airmaster Tradition
  • Airmaster Tradition Quartz
  • Business Woman
  • Cosmo King/Queen
  • Diver
  • Impetus V
  • Impetus VI
  • Master Series
  • Pilot
  • Slenderline
  • Space Star
  • Sportster
  • Wall Street


Sebagai tanda untuk menunjukkan betapa lamanya pasaran mereka di Asia, lebih-lebih lagi di Malaysia, Titoni mengeluarkan jam keluaran khas edisi terhad untuk meraikan ulang tahun mereka ke-54 di Malaysia. Pihak Titoni memberi jaminan yang jam ini adalah edisi terhad dengan hanya 54 utas (18 utas dengan 18k emas & 316L utas stainless steel). Hebat juga ya penangan orang Malaysia...

Features:
  • Dial: Mother of pearl with Malaysian Map
  • Case: 18K Gold / 316L Stainless Steel, transparent back.
  • Crystal: Sapphire front & Back.
  • Rotor dengan dekorasi Jalur Gemilang
  • Setiap jam didatangkan dengan serial number

Maaf gambar jam ni aku cari takda. Yang ada pun terlalu kecik... Harganya? Sendiri mau ingat la....


-----------------------------------------------------------------------------


Titoni Airmaster



Titoni Airmaster ini merupakan siri klasik Airmaster. Dengan casing stainlees steel & solid stainless steel bracelet dengan fully gold, membuatkan aku cukup tertarik padanya.

Diameter casing 35mm. Dail hitam dengan penunjuk hari & tarikh pada pukul 3 (quick set). Terdapat luminous marker pada jarum & dail. Jarum jam berbentuk lambang Mercedes seperti Rolex Oyster. Menggunakan cermin jenis sapphire.


Bunga sakura... bak kata kawan aku.... Engraving lambang Titoni yang jelas & kemas pada crown.




Bling! Bling! Bergemerlapan jam ni bila terkena cahaya.


Polished finishing dengan brush finished menampakkan lagi kekemasan & kualiti jam ni.

Single clasp dengan lambang Titoni yang amat jelas.


Stainless steel case back jenis skru. Aku tak buka case back sebab jam ni baru. Tak mahu rosakkan seal-nya. Movement (automatik & kunci) 25 jewels dengan power reserve 38 jam.


Jam yang mid size ni amat sesuai dengan pergelangan tangan aku yang kecik ni.

Movement lancar dengan fungsi automatik & kunci. Sangat selesa pada pergelangan tangan.


Model-model Titoni boleh didapati hanya pada butik jam tertentu sahaja. Anda boleh layari http://atgwatch.com/Titoni_Retail.html untuk mendapatkan alamat retailer yang menjual jam Titoni.

Untuk mereka yang sukakan jam lama, masih boleh mencari jam-jam lama Titoni dengan harga yang jauh lebih murah dari model baru. Namun agak sukar untuk dapatkan jam Titoni dengan mint condition sekarang ni. Cuma kena rajin skit. Selamat mencari...

6 KOMEN ANDA:

Anonymous said...

mmg otai jam titoni ni!
waktu aku kecik2 dulu, mkck aku dh pakai 1 titoni.
tu la brand jam yg 1st aku tau.

smart la band dia (band jubilee?) 8)

duniajam said...

Band dia memang best. Selesa bila pakai. Jam ni pun tak seberat Seiko 5 Sport.

khiaq said...

aku ada sebuah, cosmos king dah 30 tahun agaknya. Tp muka pakai plastik la..bole tukar ke?

duniajam said...

khiaq

Muka yang dimaksudkan dial ataupun cermin. Kalau cermin takda masalah nak tukar. Tapi kalau dial ada masalah skit la psl nak cari yg dia punya dial original rasanya sangatlah susah

ray ban said...

Titoni space star 5ATM brp harga boleh jual ye..siapa tahu

Unknown said...

Saya punya jam titoni cuman tak tau model apa