Seperti yang dijanjikan, aku nak bandingkan diantara Seiko 5 original dengan ciplak/tiruan. Aku berpeluang untuk tengok 2 jenis Seiko tiruan. Yang pertama, jam kawan aku. Dia pun dah sedia maklum dengan Seiko 5 lepas aku cerita ciri-cirinya.

Jam ni dibeli dengan harga hanya RM10. Inilah yang aku maksudkan dalam artikel sebelum ni pada jam
ciplak/tiruan.

Case-back Seiko 5 sepatutnya ada
exibition window yang nampak enjin tu.

Kualiti
bracelet tidak bagus. Ya lah, nak harap macammana lagi untuk jam RM10. Padan la dengan harganya.

Aku rasa
bracelet ni macam dibuat dari tin. Bulatan merah menunjukkan kesan bengkok
(bend). Kurang selesa ketika pakai. Jam ni juga terlalu ringan.
Crown yang terlalu kecil & kesan kemek pada
clasp. Nampak seperti
bracelet jam ni di buat/ketuk dengan tangan saja.

Tiada
engraving Seiko pada
clasp.
Sebelah kiri merupakan
Seiko 5 original. Perhatikan
case-back &
bracelet. Memang nampak perbezaannya.

Ini gambaran yang lebih jelas perbezaan di antara keduanya. Lambang
'5' pada jam
tiruan tidak begitu sempurna seperti
original. Memang nampak sangat kalau tidak dibandingkan seperti ini pun. Ciri-ciri
Seiko 5 tiada pada jam
tiruan ni. Saiz
casing juga adalah lebih kecil. Pergerakan sudah semestinya quartz.
Jam kedua merupakan jam abang ipar aku. Kualiti jam ni nampak lebih baik dari jam tiruan di atas. Menurutnya jam ni sebenarnya tukaran/barter dengan kawan dia. Dulu dia pakai jam replika Tag Heuer. Kawan dia berkenan jam dia & buat deal untuk buat tukaran. Menurut kawannya, Seiko ni dibeli dari kedai pajak gadai. Tauke pajak tu cakap jam ni original & kawan dia pun belilah jam ni. Sekarang ni, jam Tag yang kawan dia pakai tu sudah rosak, tapi jam 'Seiko' ni masih ok.
Sekali imbas macam original. Tapi lepas aku tengok, jam ni tidak menepati ciri-ciri Seiko 5 yang pertama. Lepas tu, aku belek betul-betul untuk tengok sejauh mana mereka meniru jam ni. Berat & saiznya pun hampir menyamai original. Hampir tertipu juga sebenarnya masa pertama kali tengok.

Boleh tahan juga rupanya. Sekali imbas rupanya seperti
Seiko 5. 
Bila diletakkan atas tangan aku rasa lain skit. Tak sama dengan
Seiko. Susah juga nak cerita
'feel' dia. Letak pun dah tahu bukan
Seiko, dah kira misteri ni. Ekekeke...
Clasp jenis
push & release dengan
engraving Seiko padanya.



Saduran pada
crown sudah tertanggal meninggalkan rupa sebenar
crown.
Seiko original tidak akan memberi kesan seperti ini.
Bracelet juga seperti
original. Memang boleh tertipu untuk mereka yang kurang arif mengenai
Seiko 5.
Case-back bukan jenis
see-thro. Salah satu ciri sudah kantoi. Terdapat
engraving nombor pada
bracelet. Boleh tahan juga mereka tiru jam ni. Punyalah nak buat macam jam asli. Tengok saja
engraving yang tertulis padanya. Nampak memang macam jam yang 'sebenar'. Tapi perhatikan
casing di sekeliling
case-back. Nampak pengoksidaan sudah pun berlaku. Lama kelamaan, keadaan ini akan jadi semakin teruk. Sudah nampakkan perbezaannya?

Saduran hitam di sekeliling
bezel sudah tertanggal. Nampak bahan yang sebenar di bawah saduran tu.

Keadaan
lume agak mengecewakan. Hanya bercahaya sekejap saja. Aku tak dapat
shot yang terbaik untuk ini. Ini yang paling baik pun.

Sebelah kiri ialah
Seiko 5 Sport yang
original. Perhatikan apa yang dibulatkan tu pada jam
tiruan.
Font Seiko 5 Sport (merah) agak sedikit cacat. Ciri-ciri
Seiko 5 iaitu tarikh/hari berfungsi & tulisan WR100 dengan perkataan automatik & 23
jewels seperti original.
Lume pada jam tiruan agak teruk buatannya. Langsung tak kemas. Macam 'titik' dengan
liquid paper ja. Bulatan
kuning pula menunjukkan tulisan yang tak sepatutnya ada. Ejaan
'MADE' dieja sebagai
'MAED'. Tengok jam
original.... ringkas saja.
Tapi yang paling kantoi ialah pergerakannya. Pergerakannya quartz. Kantoi! Ini benda pertama yang aku perasan masa tengok jam ni buat kali pertama. Ciri-ciri pertama Seiko 5 sudah tiada... iaitu automatik. Kalau ciri-ciri ini tiada, jam ini adalah tiruan walaupun ciri-ciri yang lain ditiru serupa seperti original. Tidak wujud sama sekali Seiko 5 original dengan pergerakan quartz. Kalau yang tak tahu ciri-ciri Seiko 5 pun akan pelik, sebab dail tertulis automatik, tapi pergerakan quartz. Itu yang menarik perhatian aku sebenarnya & nak dimasukkan dalam blog buat tatapan semua. Seiko 5 lady aku letak bersebelahan sebagai perbandingan.
Satu lagi yang aku perasan, apabila crown diputarkan, dail juga turut bergerak sedikit. Jam ni sebenarnya dijual sekitar RM50. Aku terjumpa di pasar malam & di pasar karat. Kalau ada yang ingin jual jam ni pada anda & katanya original, anda tahulah nak buat penilaian.
4 KOMEN ANDA:
terima kasih atas info yang diberikan.
Terima kasih bro baca blog sy
tq bro, ada x web utk kita rujuk tahun jam seiko beranak
Web rasmi kalau tak silap saya tak ada dulu masa saya dapatkan maklumat ni. Tak pasti sekarang ada ke tak lagi.
Post a Comment