Tuesday, June 16, 2009

Jam Mekanikal & Quartz (Bahagian 2)


Secara umumnya terdapat 2 jenis movement, iaitu mekanikal & quartz. Serba sedikit mengenai jenisnya aku dah terangkan pada artikel lepas. Boleh baca pada link di bawah ni:

Jam automatik vs quartz

Kali ni aku nak tambah kat mana yang kurang untuk kita sama-sama dapat info yang lebih sedikit mengenai jam kesayangan kita. Aku masukkan beberapa video klip untuk penerangan yang lebih jelas & supaya kita sama-sama lebih mudah faham.


Mekanikal



Movement-nya terdiri dari 2 jenis iaitu automatik (self-winding) & kunci (manual winding). Kedua-duanya sudah diterangkan pada artikel lepas. Berikut merupakan rentetan tahun evolusi penciptaan jam secara ringkas.

1500'an
Jam sudah mula dipakai dengan diikat pada pakaian @ dipakai seperti rantai di tengkuk. Jam ini adalah berat & besar. Ia juga hanya mempunyai jarum jam sahaja & dail tidak mempunyai cermin. Hanya dilitupi dengan 'grill' kecil yang diletakkan di atas dail sebagai cover.

Pada 1556 jam poket dengan spring-powered diciptakan & merupakan jam yang mempunyai 3 jarum yang lengkap iaitu; jam, minit & saat.



1600'an
Kaum lelaki sudah mula menggunakan jam poket & pendant bagi perempuan. Tetapi mekanisma movement jam tidak begitu bagus kerana detikan masa bergantung kepada pusingan spring & detikan masanya akan berkurang apabila spring unwind. Pergerakan hanya ok apabila spring diputar penuh. Macam kereta mainan zaman aku muda-muda dululah (macam la sekarang tua sangat). Bila kunci penuh, macam kereta turbo 'perginya'. Masa putaran spring unwind, semakin slow... last-last berhenti macam minyak habis...


Balance spring

1667
Balance spring diciptakan untuk meningkatkan ketepatan jam. Dimana pergerakan kedepan-kebelakang balance wheel adalah inertia wheel itu sendiri. Jadi, kuasanya tidak akan hilang dengan senang seperti sebelum ini & ianya akan lebih sensitif dengan 'kuasa' yang dijana dari mainspring. Balance spring ini akan menyebabkan balance wheel menghasilkan detikan yang sekata & kalis gangguan. Ini akan menghasilkan jam yang lebih tepat (accurate).


Video ini menunjukkan pergerakan balance wheel



Video ini pula menunjukkan pergerakannya dalam rakaman berkelajuan tinggi.
.
.
.
.
.
.
1850
Jam dihasilkan secara besar-besaran dengan bahagian yang boleh ditukar-tukar. Temperature compensated balance wheels mula digunakan secara meluas bersama-sama dengan jewels bearing.


1900
Design jam mekanikal ketika ini sudah menjadi standardized & menggunakan bahan yang lebih baik dalam pembuatan jam, tighter tolerance & cara pembikinan yang lebih baik. Balance wheel yang digunakan pula menggunakan bahan yang mempunyai koefisyen terma yang rendah & menyebabkannya hampir tidak tergugat dengan perubahan suhu. Pada tahun 1903 semasa mereka cuba menghasilkan artificial sapphire telah memberikan kesan yang baik kepada pembuatan jewels. Dimana penemuan ini telah menyebabkan penghasilan jewels dengan kos yang rendah. Sejak itu, banyak jam mekanikal sekarang menggunakan jewels termasuklah movement berkos rendah seperti Miyota.


Trench Watch

1920
Sebelum Perang Dunia 1 (WW1), hanya wanita yang memakai jam tangan. Jam tangan menjadi suatu aksesori fesyen apabila ianya digunakan oleh tentera semasa WW1. Jam tangan pertama dinamakan "Trench Watch" yang dibuat dengan movement jam poket. Bentuknya agak 'gemuk' & besar; & trench watch terawal mempunyai crown pada pukul 12 seperti jam poket.

Selepas perang, jam poket sudah tidak menjadi ikon fesyen & pada tahun 1930 nisbah di antara jam tangan dengan jam poket adalah 50:1. Sistem jam automatik (self-winding) yang pertama paling berjaya diciptakan oleh John Harwood pada tahun 1923.



Movement jam elektrik

1950
Generasi pertama jam elektrik dikeluarkan semasa zaman ini. Ia menggunakan bateri sebagai sumber kuasa, mampunyai transistor oscillator circuit didalamnya & ini memberi kuasa kepada balance wheel melalui selenoid. Namun penciptaan movement quartz selepas lebih kurang 20 tahun penciptaannya telah membelakangkan jam jenis ini. Aku pun sebenarnya tidak tahu tentang kewujudan jam elektrik sebelum ni.



Panerai, jenama yang masih mengekalkan movement kunci pada jam mereka. Harganya pun boleh telan air liur...


Kini jam automatik (self-winding) diguna secara meluas berbanding jam kunci (manual winding). Sukar untuk jumpa jam kunci model baru (kalegori sederhana) sekarang. Jam kunci kategori sederhana boleh dikatakan sudah tidak dihasilkan lagi. Hanya boleh dijumpai jam-jam lama (vintage) untuk jam kategori ini. Hampir semua jenama kini menghasilkan jam automatik melainkan jam-jam mewah.


Jam-jam berjenama mewah masih lagi menghasilkan jam kunci, aku rasa macam 50:50 ja. Sebab aku tengok jam automatik dengan kunci hampir lebih kurang sama banyak ja. Ini hanya pendapat aku saja la. Jenama-jenama yang tak mampu milik ni.... (buat masa sekarang....ekekekeke....) aku hanya tengok dalam internet ataupun kat kedai-kedai. Itu pun sekadar pandang-pandang, jeling-jeling ja.Waaah...


Video ini menunjukkan perbezaan di antara jam mekanikal & quartz.



Quartz


Kristal quartz terletak di dalam transistor yang dibulatkan tu.

Jam quartz menggunakan elektronik oscillator yang dijana oleh kristal quartz untuk penentuan masa. Elektronik oscillator menghasilkan signal yang berfrekuensi sekata & cukup tepat. Secara amnya, jam quartz adalah lebih tepat berbanding dengan mekanikal. Sejarah penciptaan quartz telah diceritakan pada artikel lepas. Sejak penciptaan movement ini (1970), ianya telah diguna pakai secara meluas di seluruh dunia. Harganya juga jauh lebih murah, mudah dijaga & senang diselenggara berbanding jam mekanikal.


Kristal quartz

Ramai yang tidak tahu sebenarnya quartz yang digunakan dalam pembuatan movement ini adalah dari sejenis batu. Pelikkan? Batu boleh buat jam? Ish, ish, ish... Gambar di atas menunjukkan kristal quartz yang digunakan dalam pembuatan jam quartz. Sebab apa batu ni? Bukannya batu kelikir, batu bata @ kepala batu.... Sebenarnya kristal quartz adalah sejenis batu yang cukup unik kerana ia boleh menghasilkan getaran.... getaran yang berfrekuensi sekata & ianya amat sesuai sekali dalam pembuatan jam tangan sebagai regulator. Wah! Hebat tu! Inilah ciptaan Tuhan Yang Maha Esa!



Video ini menunjukkan sejarah quartz dengan lebih jelas.








Jadi, yang mana lebih baik? Susah juga aku nak cakap... pasal ke semua jenis mempunyai kelebihan & kekurangan masing-masing. Jenis apa yang paling sesuai dengan kita? Kesemuanya bergantung kepada minat sendiri.... tepuk dada, tanya selera... Selera aku... lebih kepada jam mekanikal. Sampai terasa nak pergi kursus watchmaker kat mana-mana kalau ada. Tapi malangnya... di Malaysia memang tak ada. Kena ke luar negara. Dengan keadaan 'darurat' penularan H1N1 sekarang ni, memang tak berani nak ke mana-mana la. Waduh....

Diharap sedikit sebanyak informasi ini dapat memberi pengetahuan kepada kita. Sedikit sebanyak aku juga dapat belajar mengenainya dengan penulisan artikel ini.

0 KOMEN ANDA: